Wedding

The wedding the day…

IMG_5718

meja makan pengantin dan VIP, nampak yang servers 2 orang tu, siap beruniform yeah. Caterer sini bagus ler…

IMG_5712

aku pun tak tau napa akak ipar aku pilih pink belacan ni jadi tema hahahaa….pink pun pink ler

nasib ada biru.

 

SAM_0782

 anak buah dan kakak kerjanya untuk beri gegula kat kiddos

SAM_0791

ha besar kan besarkan dewan ni, aku suka konsep open air kiri kanan depannya,

SAM_0799

tetamu pun mula membanjiri, eh dak kecik pun nak tolong bagi Pak Longnya doorgift

 

SAM_0811

one of my jobs tolong kak abang ipar passing the doorgifts

 

IMG_5743

resmi sini (Kapar too), bila guests datang terus bagi doorgift. bukan waktu balik, takut balik tak terjumpa kekdahnya…ni kalau pink2 ni sume family mertua aku ler, adik badik laki aku bagai

SAM_0824

 Zeeshan in between perlukan attention, abang kakak pun busy, kawan2nya (cousins) pun dah ke mana kejap2 nih…aku keje2 gak tapi mata memang tak lupa tengok kat anak kecik aku nih

IMG_5730

ok askar kecik aku masih mengekor mak nya…abang is also the photographer of the day too

SAM_0830

ko dok situ diam2 jap ye dik

SAM_0832

atau ko pergi kacau apak kau ngan kereta biru kau tuh

 

IMG_5746

pasalnya aku ada camera canggih baru gitu kan, so abang memang amik job ni lah. but tu pun nak kena remind2 gak, bang….gambar bang oo bang.. idok kang dia meleka

IMG_5752

mak mertua jaga bag kaup (bag isi angpau dari salam kaup), kak ipar posing huh kaki silang hehehehee, mak merah touch up make up yang dah mencair gila tak cair, dok bawah matahari oiiii

SAM_0850

ni kompem dari camera abang yang cantik ni kan…kita dah nak siap sedia menyambut ketibaan pengantin dan rombongannya

SAM_0851

 ni barisan our side le kalau dah pink segala kan. Mak Pak pengantin on my right shoulder tu, pastu biras aku 2 orang tu, then akak ipar, mak mertua and another biras gak.

SAM_0856

yeah RD antara yang menyambut rombongan…

IMG_5775

mak merah amik job siram bunga rampai untuk rombongan

kakak amik job bawak bunga manggar gak

IMG_5785

dan jugak amik job betulkan kain veil pengantin yang panjang berjela2 nun…dedulu ye le ada mak andam kan, skang mana ado, skang make up pengantin yo. or siap kat butik, and datang ke dewan. simple boliau

IMG_5787

ko bangun lu elin, kasi cantik sket kain ko ni kembang2 ke depan patutnya. eh bukan kain, but veil

IMG_5789

ko ni tinggi, kasut kau je 6 inci,  tak yah pakai tempat holder kasut ni…

SAM_0874

ok kita panjang2kan veil ko ni, wuii lawanya, masa maktam dulu takde panjang gini, kalau ada kaler merah dulu camni, maktam pakai dah kot

SAM_0878

ha cantik dah…kekembang veil ko tu

SAM_0924

lepas tu majlis merenjis, dimulakan dengan keluarga belah lelaki, kemudian our side lah, time our side, kita wefie

SAM_0926

 dan aku tak sesudah nak betulkan kain untuk lapik pelamin ni, bling2nya bergerak le pulak

SAM_0935

pastu Zeeshan, tetiba naik pentas and salam the cousins hahahaa…turn parents kau dah sudah ler, skang turn makcik pakcik bongsu kau

IMG_5815

makan beradab, menyelit gak laki aku

IMG_5827

pengantin mulut penuh mengunyah hahahaaaa

IMG_5830

ada meja untuk belah pengantin lelaki, ada kosong, so aku suruh anak2 buah dok sini makan, berhidang lagi hah…

 

SAM_0967

alamak mata abgmi tertutup plak. the complete of family pengantin, maknya tu kakak sulong laki aku. lelain tu suami dan anak2nya…dapat dah menantu lelaki

SAM_0973

lepas tu, family pengantin balik jer, kita reramai dok gatah2 lauk pengantin (RD tu nyibuk jer, aku ngan my 2 other biras yang dok meratah2). Aku gatah ikan tiga rasa sebelum tu menyuap Zeeshan makan gak, pusing satu dewan kejarkan dia untuk makan nasi putihnya.  Dia lapar tapi dia nak main gak…so kena nasi datang kat dia, memang dia bukak mulut

IMG_5848

si kecik protest tak nak langsung pandang camera, amik gambar ngan pengantin pun kena tangkap dia, dok mainnn jer. main lagi penting pada dia dari bergambar lah kan…but gambar bawah ni, nak pulak dia dok diam coz the girls yang dok dia rapat main tu sume sama dok bergambar, jadi dia pun pasrah

IMG_5853

ha tenbgok semua the girls bergambar, so Zeeshan pun join le jugak tapi nak kena berdukung. mengado anak bongsu acik ni heh….

satu big family all of us, the Red Kapar. hahahah memandai je kan. Kapar pasal itu le hometown asal RD, maknya pun dok situ, di Kuala Kangsar ni coz kakaknya suami kerja di sini, majlis di sini la.  Ini ada satu family takde (urusan kerja)

SAM_0997

free style

IMG_2506

candid behind the scene, donno la dari camera mana plak nih

IMG_2509

tumpang photobomb

IMG_2523

team kanak2 penat

IMG_2525

team  mak kejar anak bagi makan nasi putih

IMG_2548

 team majlis dah habis…

 

IMG_2571

aku kan tak makan nasi so aku suh le laki aku belikan kepok le grg pisang bagai kat depan dewan, sekali kau dia bawak untuk 20 orang punya makan, itupun sekali letak pap pap habis hahahahaa laju memasing. lapau ke sedap

IMG_5902

last sebelum depa tutup kedai

SAM_1332

last lagi….hajat nak berlima posing but knowing Zeeshan, hemm..malas dah abang kakaknya nak naik stage

 

 

IMG_5862

penutupnya, gambar pengantin perempuan. Aku rasa cantik sangat la hai posing camni. Camerawomannya ni pun aku gak, tapi tu lah, dinding dewan ni tak berapa cantik le, nak kena orang terer edit2 ni betulkan sket belakang tu, hah memang power le lagi cantik gambar nih. Pengantin pompuan ni dah lah tinggi, kurus melidi, pakai camni lawo. Veil tu asalnya depa datang ngan rombongan depa pi pegang belakang veil tu, aku suh lepaskan. Tujuan panjang berjela memang untuk ditayangkan (selain untuk bersihkan lantai kahkahkah). Biak pi la kena lantai pun, baru lah nampak tujuan pakai veil panjang.

Ini 2 kali je majlisnya, campur nikah 3 kali je lahkan. Ada member aku punya nak buat sekali jer, sudahnya sampai 4 kali! ko ingat ko kawin takde family, so makpak nya nak buat gak gegempak, hah…

Begitulah berakhirnya majlis ni…pastu tinggalkan dewan, macam tu je, tak yah pikir. kitaorg pi jalan makan laksa duyung! Tapi tuan rumah tinggal ler depa nak uruskan apa yang last2 sebelum handover dewan kan.

Begitu selesai majlis persandingan Elin – Shuk, ulasan by Mak Tam korang.

Comment: 3

Persandingan Pink Belacan :)

IMG_5565

dalam sejarah aku siap awal than everyone, cuma sanggul aku tu je tak sesiap coz pin rambut dalam kereta. tu leh buat lam kereta jer. Depa semua pi minum makan breakfast kat bawah, aku kan tak makan minum tu yang aku dapat bersiap laju. Tapi rupanya ada sejarah kejadiaan tragis berlaku waktu depa pergi makan mamak tu, i was told hanya pada malamnya!

Nak kena anak banak semua ni tau!! grrrrr. nanti aku cite kat korang. Luluh jantung aku dengar cite tu.

IMG_5573

mak tolong bapak, bapak tolong pakaikan anak….aku kena sambung melayan cik Zeeshan kecik aku tu, nak ni nak tu lar….

ini our hotel room kat Kuala Kangsar tu

SAM_0516

terus kami ke dewan untuk majlis perkahwinan Pink Belacan hahahaaa

SAM_0517

cantik dewan, konsep open kiri kanan, elok gak macam ni, angin masuk sesepoi jer, ada gak kipas dalam dewan

IMG_5593

sebelum peluh meleleh dan make up cair, kita posing 5 beranak first, temanya sekali lagi pink belacan tapi aku boh je janji semua pink. The boys repeat pakai baju melayu raya.

IMG_5595

semua aku dah siap bawak bungkus dari KL ler kan…

IMG_5687

banyak le pulak camera kiri kanan heh

IMG_5690

dress kakak ni dari kedai yang sama kat Kuala Kangsar nun tapi silap kakak, dia iron dress ni sampai terbakar kainnya. Adoi ko ni kak, so sepanjang wedding tu, aku kepitkan yang terbakar belakang (sangat obvious) dengan kepit rambut aku. Balik KL nya, aunty yelly cakap dia tak boleh nak godek, so aku pass kat member mak aku, mintak dia buatkan tutup ngan bunga ke, jadikan kembar kiri kanan  so nampak le macam pesen sket, takkan setepek semangkuk je kan, or labucikan ke. Gila kau takkan nak buang, nak tampal pun obvious gak, jadi kena pandai akal le sket. Baru je beli kan, leh pakai lagi nih.

IMG_5695

Nak bergambar berdua ngan abang, tapi adik eh, datang nak posing sama ngan kereta biru kau (yang dia pau bapaknya dari kedai toys bawah hotel), kulu kilir bawak keter ni.

SAM_0590

up lagi satu with kakak, aku lupa nak button baju aku for bawah sekali, dah nak abis majlis baru aku perasan kay!

IMG_5699

baju ni pun dari Jakarta (jadi memang banyak le kan aku memborong kat Jakarta nun hiks), kain ni pulak dari Variente (i wore the red one masa raya, ini pink nya plak aku beli right after it).

SAM_0622

oh dia ni jangan cakaplah, sekali lagi berpeluh di hari ini, gang2 dia ngan the girls jer pun, takde the boys at all. tapi ada sorang tu memang dia berkepit je, hah tu satu lagi entry khas gak hahahaaa

IMG_5708

pelamin besar, luas. kalau dapat tutup yang belakang kiri kanan tu lagi molekkan, tapi bape banyak besau la kain nak pakai oi…dewan ni besar

SAM_0646

main la kejar2 pastu jatuh, cari mak kau ngadu, pastu sambung lagi main, jatuh lagi, carik mak!

IMG_5717

ada biru ada pink

SAM_0772

sebelum tetamu2 sampai, makan la dulu, tapi aku tak makan le, aku cuit ayamnya je…family lain sume makan lapik perut dulu

IMG_5721

muka memasing masa ni berhias jer, lepas tu peluh tokseh cakap lah….tu pasal aku tak paham camne wakdoyok leh pakai suits tengah panas beliang nun hahahahaa

IMG_5723

Zeeshan yang takde mood nak main, nak berkepit je ngan mak yo…both 2 cousins Zeeshan

IMG_5727

sakan ko yek minum air sejuk

 

IMG_2497

alright dah abis posing sana sini, dah boleh le buat kerja, guests pun dah mula nak datang pun. Dok Kuale ni best le, i mean for area akak ipar aku ni lah, masjid senapas, tempat makan sekangkang, laksa duyungggggg pun 20min jer, omeng sedapnya laksa tu punya kuah! dewan nak buat majlis ni pun besar gak, luas. RELA siap berjaga lalulintas. Pas thari tu ada makcik2 meniaga goreng pisang kopok depan dewan. Best ler dok sini, tenang yo.

Macam umah aku skang tenang yo rasonya bila dah takde bikngokngek. Aritu aku amik half day, saja lah cuti petang dok rumah. Hajat nak tidur petang le kan ngan Zeeshan, sekali eh kang malam payah tidur, so aku buat kerja rumah. Kemas2 dapur, biasa malam baru basuh baju tapi petang tu aku dah siap basuh sidai. Paling hebat aku siap iron baju lagi, jarang wor aku iron baju, bertahun2 biasa maid buat, skang baju laki aku yang baju kemeja kerja dia susah nak iron tu hantar laundry. Baju sekolah anak2 depa iron sendiri or the cleaner Indon yg datang rumah aku tu buat, tapi kali ni aku buat. Semua aku kasi iron.

Pendek kata, kalau momentum tak lari, tak yah dah suh cleaner part time tu datang. Kalau nak datang pun dia leh datang masa mak aku nak kena blend2 kat dapur nun, coz mak aku kalau masak memang macam buat kenduri, stok blend kena ada banyak (bawang segala, halia, cili bagai).  Even kain baju berlipat pun, macam aku cakap, takde tinggal, hari2 aku lipat. Dok depan tv and melayan Memori Cinta Suraya ngan kakak and Zeeshan hahahaha, sesambil. Weih aku terjebak tengok dek kakak ler nih, cite ni 148 episodes! apa ke gila banyak nau. skang baru bebelas. alahai…

Speaking of iron gak, buat tu dalam bilik bawah lah, bilik maid asalnya skang aku dah convertkan ke bilik kain baju mak aku, baju Zeeshan sikit and even baju tido aku pun ada dalam tu coz kadang2 aku  balik kerja tak naik atas, terus menyalin buat keje kat bawah kan. Pastu masa cuti ni gak aku kemas lagi bilik bekas bibik aku tu, almari gobok dia aku godek balik, rombak tengok. Amboi, ada kain merah aku, dalam tuh, tahun bila aku bagi, dasar pencuri. pastu dia sorok 3 helai handkerchief baru kat celah kain merah aku tuh. Ni nak mencuri tapi lupa nak amik hapuskan bukti ler kan. Sebelum tu dalam hp mak aku, amboi gambar dia ke main posing. Mak aku mana le cek2 benda ni. Dia boleh bergaya posing ngan tudung anak aku, kat bilik anak aku, pakai hp mak aku. Hish betul2 kau mainkan mak aku kan bibik! Mulut depan manis, rupanya ko pakai hp mak aku melayan FB kau dari hp mak aku (how ai tau, apa guna jadi pompuan cantik yang hot dan brilliant on IT – LOL).

Tapi tu ler, selama setahun dia pakai hp mak aku, aku tak cek pun, mak aku tu main bagi je, ingatkan dia surfing youtube ke hapa. Aku pulak tak check FB dia, sakan berupdate status FB dia yek…for over a year. Tu lagi gahnya, siap bilang kat orang kampungnya dia kat Kolumpo ni bukan kerja jadi maid yek. Ye kita tengok, habis duit kau RM14ribu tu, tengok apa akan jadi akan datang yek…coz kat sana depa tak kerja tau,  nak makan bagai depa kutip sayur kat tepi2 rumah, tapi gaya dalam FB, manjang liburan.

 

Comment: 7

Nikah Kuale…

SAM_0325

sudah sampai kita di masjid, tak lama kemudian datang pulak belah pengantin lelaki

SAM_0335

anak sedara pertama RD, cucu pertama mak mertua, gadih manis 25 yo

ko kahwin masa baya2 maktam la dulu elin.

SAM_0355

rombongan pengantin lelaki

orang Melaka – tapi aku tengok bila dah kekenal tak de la gaya macam orang Melaka cam aku and family aku sangat, depa macam dah boarder Melaka/Muar

IMG_5404

so majlis nikah pun berlangsung, lelaki di depan

SAM_0364

wanita perempuan dok belakang2

IMG_5421

sampai naik blushing pipi dia hah merah, dok  main pusing satu masjid ngan the cousins (all girls coz no boy baya dia)

berpeluh2, basah kuyup melencun. datang kat mak nya bila nak mintak air suamnya jer….(isi minyak)

SAM_0381

Pengantin siap dinikahkan, kalau tak silap aku 3 kali akad gak baru sah

SAM_0391

selamat dah, jadi suami isteri, yey dah halal!

IMG_5439

masa majlis batal air sembahyang, nak pakaikan gelang tangan, menggigil2 tangan suaminya kau….kitorg dok mengacau ler kan…nampak sangat dia punya ketar tu

aku suruh suaminya cium dahi isterinya, pun dia tak nak. pemalu gilerrr.

IMG_5444

the memakcik, yakni my ipar biras

 SAM_0414

selamat sudah kalian, 7 dulang hantaran berbalas 5

IMG_5451

keluarga besar Kapar di Kuala Kangsar

SAM_0432

hantaran pun ada resmi pink pink nya …. korang tunggu masa sanding, pun lagi ler pink belacan lagik

IMG_5467

kami menumpang hantaran orang jer…

ini je satu gambar yang jadi, lain gambar sume kena photobomb dek anak2 aku

SAM_0433

kemudian terus ke dewan sebelah, untuk makan2 sikit…

at this hour hujan lebat dah kat luar nun…ringkas dan senang je majlis nikah sini

IMG_2485

gang2 menantu dan mertua

IMG_5496

4 menantu pompuan(missing 2 tak cukup korum – sorang tak dapat datang, sorang lagi pulak ada ke mana tah)

jubah mak mertua aku tu dari Jakarta gak aku belikan, tapi yang last year punya not this year, tak nampak mak mertua pakai lagi, ada 2 ke 3 pasang rasanya aku bagi.

IMG_5512

habis majlis nikah, kita terus balik hotel, mandi manda tapi aku nak gak kena cari kain baju jubah untuk Kakak, pink belacan tema untuk esoknya, bawah hotel ada kedai2 jubah kain baju gini, hah apa lagi, the first kedai kita masuk, the first tu aku terus beli. Beli 2 helai terus untuk next week nya tema purple too (tudung pun 2 helai terus aku beli sini nak matchkan ngan dress pink kakak).

Bukan yang orang tu pegang, ada nantilah sok sok keluar kat entry lain. Beli siap pun senang yek, tapi tak tau le kalau ramai orang pakai yang sama je kan. Kakak dah tak minat ngan baju kurung, aku pung kot, bolehle pakai kalau ada. Ini all 4 pcs (2 dress jubah and 2 tudung) RM310. nak tambah lagi selai jubah merah tapi aku takut tak cukup cash lagi nanti nak pakai. Bapaknya and the boys dah selamat naik hotel kau…bukan ada lift nak turun naik banyak kali.

Nikah selesai, baju untuk tema pink belacan esoknya for kakak pun settled.

Comment: 3

To Kuala Kangsar, Perak…

 

IMG_5328

cuti 3 hari Kebangsaan, pagi Sabtu kami dah bergerak ke Kuala Kangsar, will be there for 2 nites 3 days untuk majlis pernikahan dan persandingan anak buah sulong (cucu pertama mak mertua) di sana. Ayah pengantin (my biras) kerja and based di Kuala Kangsar so tu yang kami bergerak ke sana, dulu bertunang buat kat Kapar rumah mertua but nikah kahwin buat di Kualer la yer.

Berhenti di R&R Sg Buloh asalnya untuk beli air tapi dah nak noon so langsung makanlah. Elok sangatlah tu coz memasing dari tak lapar (earlier dah makan kat rumah) terus jadi lapar balik.

IMG_5332

Jarang kami makan kat sini, tapi bihun supnya sedap, nasi lauk pauk pun sedap. Zeeshan dengan nasi putih kosong tapi aku tarukkan kuah sup bihun tu, bertambah2 dia makan. Sodap…

IMG_5355

sandwich…apa lagi yang kita nak buat, tidur je ler lam kereta. aku and Zeeshan pun tidur sama. He sejak dah setaun tak pakai car seat ni dok bertenggek ngan aku je lah kat depan, tapi jarang ler tak selalu, sokmo dok belakang ngan abang kakak buat lawan gaduh. abang kakak lagi sonok adiknya tak menyelit kat tengah kalau tidak depa tak leh membaring macam ni, adiknya juara le yang dapat baring.

Kami sampai terus di rumah Kakak ipar, close to 4pm, Tak ke hotel dah, langsung salin kain baju di rumah kak ipar gak. Dari rumah nak ke masjid dalam 5min jer, pernikahan di sana.

IMG_2461

anak buah dan kakak tolong siapkan mak merah yang tak berpaa pandai le kan nak menyarung nih (pinjam tudung anak)

IMG_2467

mak mertua dah sampai few days earlier, tapi yang lain sume sampai lebih kurang kami, ada 1-2 families yang sampai malam sebelumnya. Aku tak boleh le nak sampai sebelumnya kan, laki aku abis keje pun midnite bahhhh

 

IMG_5364

macam salah pakai inner je kat dalam tu kan, tu serkup pala rambut aku, belasah je pungg. make up siap dalam kereta, yang 5 min tu lah jaraknya, alah bedak tetempek dah siap segala.

SAM_0321

takde tema di majlis pernikahan, super lega hahahaa….the complete 5 of us. Susah nak amik gambar bila Zeeshan lagi pentingkan main dan dunianya, memujuk kita nak dia posing sama

IMG_5367

hah tengok sampai kena pegang, nak cukupkan quorom berlima….anyway, insyallah (ye paham apa yang hangpa nak katakan hahahaa)

SAM_0322

Baju kakak, repeat pakai dari raya aritu, but ni pun my mom belikan kat Mekah nun. dia lagi selamba, tak kisah pun kalau dress tu hitam putih but pakai ngan biru nya tudung. Bebaya dia tak kisah, belum heran nak melawa sangat lagi ler kan.

My top tu dari Jakarta, kain dari Chantique.

Kat seminggu ye blog aku takde update, selain buzy jadi kuli, blogger, mak, bini, merangkap maid di rumah sendiri, 2-3 hari lepas aku demam, sama light fever with Zeeshan. Terpaksa tak join the sessi bertandang di Melaka (only laki and 2 anak2 aku jer yang pergi dan in laws lainlah) coz kang takut aku ngan Zeeshan sama melarat, panas panas haze lagi skang nih.

Skang alhamdulillah this week dah on track balik my blog. Kain baju yang dari Kualer pun dah clear, super lembab betullah the ‘indo iron lady’ yang aku suh iron kain baju tu, mak aku cakap berejam dia dok dalam bilik tidur ke hapa, tak gak clear2 kain baju balik dari Kuale, Sunday aku suh dia datang balik kasi clear iron sume sebakul tuh. Bila outstation tu memang parahlah, kalau ada kain baju melayu/modern/kurung yang nak dihadap. Aku ngelak dari kumpul kain baju, selagi boleh aku cuba lipat kain baju almost every nites, so far alhamdulillah on track. Ingat takde maid, tak boleh survive ke hapa, dulu2 pun aku takde maid gak.

Rumah aku masih maintain cantik dan berkemas still… Power of supermak.

Comment: 8

4 locations, 2 outfits…

IMG_6599

seri muka ni make up dalam kereta. Most of the time pun aku make up dalam kereta jer, melainkan kalau keluar waktu malam, hah yang tu ye aku make up dari rumah. Cincai2 jer make up pun. Sebab utamanya make up lam kereta kalau kat rumah nak kiss anak2, so tak perlu ler beria make up. Dah dok dalam kereta (either solo or berdriver, tetap gak aku make up lam kereta),  termasuklah pergi kerja. Hantar Zeeshan pepagi muka aku kosong jer, dah dalam jem, or sampai parking baru touch up.

IMG_6604

Wedding kali ni kat hemm..Bangunan RISDA. our first time gak datang sini.

IMG_6611

wedding adik temanku. Ini kakaknya. In return kerna masa wedding adik aku, si kakak hadhir, so aku membalas jemputan jugaklah.

malas nak bawak anak2, depa pun malas nak ikut, dah 2 hari berjalan kulu kilir so depa nak relaks kat rumah

IMG_6612

IMG_6614

IMG_6616

IMG_6620

nak gak tunjuk kain batik Jakarta, kaler hijau plak kali nih.

baju nih, baju lama, taun lepas punya, aku ada lagi 2 warna lain.

lepas tuh benti tepi jalan, buat photoshoot…dan bertukaran baju.

IMG_6667

Takkan ler nak berkain bagai, malas ler haku kan. Tshirt laki aku pun aku suh tukar, asalnya dia pun pakai baju batik merah.

IMG_6670

tak hehabis carik barang rumah.

IMG_6684

Setiap weekend kami memang sentiasa penuh memanjang jer lah.

IMG_0894

dan petangnya, turn bebudak pergi potong rambut. Macam ko geti je baca komik book tu kan.

IMG_0899

Mr Zeeshan, lama dia tak keluar blog kan. Bebalik cerita maknya jer. Dia ok jer, sekolah happy, hehari rajin pergi sekolah, Baru  ni sambut teacher’s day. Sebelum tu dia bawak kad dari sekolahnya for Mother’s day.  Kitorang bulan nih, memang bulan untuk pindah. Rumah aku penuh dengan segala mala kotak ler.

Hari2 buat packing. Yang buang lain, yang sayang pun banyak, yang tinggal pun pening hah.

Nak tolong?

Demi tak nak bagi korang pening, aku dah tukar tag TM’s house to Red house. Coz seriously, our new house, is sooooooooooooooooooooo RED :)

Comment: 9