AMG

Petronas Motorsports – The ride!

48hours sponsored post

Petronas The-Ride

Korang dah tengok video pendek Abduction dari PETRONAS Motorsports yang memaparkan aksi hebat kuasa pecutan kereta yang mendebarkan, melarikan diri di celah-celah bangunan di bandar dari serangan kapal induk makhluk asing dan anak-anak kapalnya? Ala dari entry aku yang lepas tu, yang akhirnya mendedahkan kuasa hebat pecutan kereta itu tadi adalah hasil gabungan kerjasama diantara PETRONAS dan AMG.

Sekarang saksikan pula iklan terbaru dari PETRONAS di mana seorang janitor yang sedang berkerja dalam makmal MERCEDES AMG-PETRONAS begitu asyik dan terpegun melihat kehebatan jentera terbaru AMG dan ditambah pula dengan satu minyak pelincir yang digunapakainya. Apalagi, dia pun nak test power la prestasi minyak pelincir PETRONAS SYNTIUM 7000 dan dengan selamba dan secara senyap-senyap dia memandu sendiri kereta berenjin turbo AMG 2.0 liter empat silinder tu. Yelah, nak test power kena la test drive sendiri.

Setelah puas pusing seround test power kereta tadi, janitor tu pun balik dengan perasaan yang sangat teruja dan memang dia terpesona dengan kehebatan prestasi yang luar biasa tadi. Rupa-rupanya, janitor tu juga ialah makhluk asing! Even pada anggapannya, kehebatan spesis baru yang dihasilkan manusia ini memang cukup luar biasa. Terus cargas makhluk asing tu melarikan diri ke kapal induknya sambil mencapai sebotol PETRONAS SYNTIUM bersamanya.

Petronas_The-Ride_Redmummy

Teknologi yang dihasilkan cukup luar biasa, sehingga makhluk di planet lain sanggup melakukan apa saja untuk cuba menandinginya 🙂 Dan sudah semestinya ianya collaboration between PETRONAS dan AMG dan minyak pelincir Syntium itu tadi adalah outcome dari penyelidikan yang dilakukan oleh PLI sebagai the official technology partner kepada Mercedes GP PETRONAS Formula One Team!

Khidmat pesanan masyarakat PETRONAS Motorsports is brought by Redmummy.com

Comment: 9

Petronas Motorsports – Abduction

 

Ingat lagi entry lama aku pasal misteri kat Stuttgart, Germany? Di mana rakaman CCTV merakamkan satu pergerakan aneh, rasanya sebuah kenderaan dan bila diperlahankan rakaman tersebut, seperti ada satu cahaya yang mengejar kenderaan tu!

Akhirnya selepas sekian lama, perkara yang sebenar-benarnya terbongkar menerusi filem terbaharu PETRONAS Motorsports! Tengok sendiri video pendek youtube bawah ni yang memaparkan aksi hebat pecutan kereta yang mendebarkan melarikan diri di tengah bandar dari serangan kapal induk dan anak-anak kapalnya!

Dan kemuncaknya, mendedahkan kuasa hebat pecutan kereta itu tadi adalah hasil gabungan PETRONAS dan AMG. Watch out for a new species!

Comment: 9