Susah senang mengambil gambar for blog

img_5138

cantik tak rantai labuh Puff Daddy gegirl? aku panggil rantai Mr T ehehhehehehe. itu rantai arr…sudah lebih 10 taun usianya, masa zaman2 kita pakai baju kurung ngan rantai2 style gitu lah, mengelip2 but it s not gold. ni aksesori dipakai di tpt kerja mahupun di kenduri kawin. aku dah wakafkan rantai2 yang aku x bekenan nak pakai kat budak kecik nih, with her selamba rock, dia sarung n bergaya kat Q Bistro.

Bebalik makan kat Q Bistro, 2 reasons kali nih:

first nya … sirman nak makan mamak :)

Keduanya ….pasal aku perlu mengambil 2 gambar for my assignments. subject dan tempat  dedua berdekatan ngan Q Bistro. Satu berjaya tiptop, since aku amik di luar kawasan ‘subject’ ehehehehhe (almaklumlah kan dah semenjak kena maki kena lock kat Suara Bangsat @ AURA Ngeri tuh kan (naruto, akak pinjam words Ngeri hehehehe), so kita kena lagi berhati2 lah). Satu lagi subject aku gagal….memang aku akan mintak izin tapi subject yang ke2 tuh degil, alasan yang sama ‘NO NO PHOTOS HERE’ apek ni kemut arrr. Jadi aku blah, aku tanya nicely, dia jawab nicely…dedua puas hati takde sakit bengkak senyonyong.

asalkan dia tak lock kunci aku dalam kedai dia, sudah cukup bagus :)

Memang kita tak boleh nak paksa orang bagi kita amik gambar jualan depa, wpun kita berniat ikhlas untuk mempromosi, tapi nak wat gano, pemahaman dan konsep business kedai kat msia or mbe seluruh dunia ‘mengambil gambar di dalam premis kami adalah dilarang!’

aku cukuplah x suka buat iklan dengan gambo2 yang dari web, ai need real photo, with real manusia nya model dari redmummy.com either aku sendiri or anak beranak aku. so project nih aku kena buat lagik kat tpt lain…aku sebab dah biasa menda2 gini, aku akan buat di tpt ‘busy’…hiksss. saya akan carik jalan, jangan riso…dah biasa.

kesusahan dan payahnya mengambil gambar apabila memblogging. udahlah aku paling tak suka bercerita kalau x dak gambar…kira ada gambar lebih bonus and attraction lah dalam sesatu entry. Tapi betullah, bertaun jadi blogger tetap, itu Aura Ngeri adalah satu pengalaman paling nyahpahitpetaka7!!!

**update sket lah pompuan korina giant dari Aura Ngeri Bandar Sri Permaisuri dalam entry nih tak sudah2 dia nak mengaco member aku ni dengan harapan member aku akan mendengar cerita version dia pulak dan hoping member aku menjaja kan mulut kot. si kornia giant tuh tak mengaku dia locked aku,dia tak mengaku dia unjuk2 hp ke muka aku suh paksa aku cakap ngan boss dia. Moralnya kan korina, napa ko x taram aku ni ha, u ve got my blog add, my mobile no, motif ko apa la nih? Hoi! udah-udahlah tu, jangan ko kaco kawan aku tuh. Aku assume that she is reading my blog and this entry, engko sungguhlah pompuan paling gila, awat pi lock customer? ko dah mereng kot ye pun takut aku ni spy kat memana beauty centre.

Jadikan pengalaman sAURA aku tuh sebagai modal blogging korang gak, nak amik gambo sila pastikan ‘anda tidak dikunci’ hiksss

img_5155

sedang kami melalui BTR, ahad kan..cam biaso ler nak melawat mak aku nak pi nganto barang bebudak nih, ha cantik baik jer keter honda tuh parking menjunam…alo bang, lesen mandu terbang ke?  2 keter accidents, yang nih sungguh kaw2 cantik dia landing kat stesyen minyak BHP tuh, alangkan tak terbang lagik jauh, ada gak plak terbakar petrol station tuh…

img_5156

close up gambo beso untuk gang redmummy.com tengok. tah camne lah depa accident, idok le teman ketahuan. ini jugak gambar for blogging, very easy lagipun subject2 nih sume di lokasi awam, tak dak sapa leh ‘kunci’ ko hikss. sambil sirman driving, boleh dia berenti kejap untuk snap the photos. Pandai dah dia, modal2 entry aku gitu kan…specially untuk subject susah senang mengambil gambar for blogging

img_5157

keter ni pulak mangsa ke dua yang accident ngan keter terbang tuh…sirman gegas campak camera kat aku untuk aku lak snap for left  shot. anak2 masa ni ngah jakun tengok kiri kanan, ater 2 keter accident kan…but the best part, abih je aku click snap camera, the white shirt man tuh, ngan blue shirt tuh, dedua dok pandang kamera kan with their smiling face dengan kuat nya cakap sambil bagi Peace fingers ‘SAY CHEESEEEEEEEEEEEEEEEEEE’ ….wah aku suka subject2 gini, very the sporting abang2 wpun ntah2 keter korang yang berdebush berlanggar tuh. Itu subject kita yang easy going, yang tak kisah apabila camera aku berkelip2 kat depa.

Sebenarnya, sejarah aku mengambil gambar banyak jugak aku tak ceritakan, tapi cam aku cakaplah the worst part was the sAURAbangsat, itu sungguhlah mempercepatkan degupan jantung aku. ada jugak kenangan2 lain waktu aku amik gambo, kena marah, kena tegur kena jeling kena diekori dek salesgirl coz depa suspect aku dah snap satu gambo barang depa, eh macam2 kenangan dan cerita sejarah redmummy bila nak amik gambar untuk hasil memblog.

tapi apapun lah kan, walau teruk camne dan pengalaman yang datang, saya tetap akan terus buat kerojer click click flash camera…. :)

Comment: 45