MAS Flight Simulator Experience!

Kesinambungan dari entry malam tadi, satu pengalaman yang takkan berulang…

img_7713

Firstly, aku mahu terima kasih sama kekasih gelap melayuku, Sultan Muzaffar kerana menjemputku dari KLCC to Subang Airport. gila jauh seiii. satu jam lebih perjalanan ngan toll ngan kiri kanan jem, ngan ada keter terbakarnya ngan accident macam2 lah sepanjang journey to MAS.

so check point kat KLCC, kami konvoi ke MAS, of cos lah SM yang kena lead pasal aku sepatah haram tak tau jalan. kalo aku tau jalan mesti aku tak yah konvoi ngan orang.

img_7715

rasanya dah tiba masa aku beli GPS tracker yang membolehkan aku bergerak sendiri tanpa berkonvoi ngan orang or sirman perlu hantarkan. how much is the GPS tracker ek? berry aku nye tracker ni cam tak syok jer ke aku yang tak geti pakai…aku nak yang setongkol letak kat sblh stering tu ha, bape ek?

napa le aku tak suruh sirman antokan ye, udahlah dia ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk cuti!

img_7771

kali ni kami (the 4 of us) terpilih untuk melawat Flight Simulator MAS. it looks small, tp dalam tu sebijik macam kokpit yang korang tengok lam tv tu lah. but rasanya button2 nya lagi melampo gila sebijik aku tak tau heheee

img_7737

img_7744 img_77451

all 4 of us dapat chance untuk face the experience, sama cam pilot2 tu lah. kami dapat menerbangkan, melanding memusing kiri kanan sampai aku kena sound awat ke kanan sangat cik kak…

Captain Kamarudin lah yang lead the session, menatang2 dia dok explain tuh ai can say 10% jer aku paham. n fyi, starting this year, they are recruiting female pilot with at least 5 kaki 1 inci (ai ai ai??)…so apa lagik korang, apply ler.

but with conditions lah, jangan selamba je nak apply kalo ko rasa ko x layak plakkan.

img_7750

img_7747

so our flight is from KL to London hehehehehee…bestttttt!

sesungguhnya aku tak tau nak pakai terma blog aku nih untuk cite menda2 suit for pilot ni lah, nak aku hapal, alangkan nama korang pun aku x ingat, nak suh aku tulih, steering aku tu kang ke mana lak nak dicampaknya kan…

anw masa testing ‘terbang’ nih dia demo for all weathers lah, waktu siang malam, snow, gelap, dawn, desert …

siap buat minimal crash landing lagik, udahlah x ckp, tekejut den!

so kalo real crash tuh lagi camne pulak yer…

aku kepoh gak…

penah MH ada crash tak kapten?

ada, back many years agooooooooooooooooo, semua tak dpt diselamatkan, kat tawau

oooooooo

u ada penah kena tak?

nonoooo, semua orang tak nak face the crash landing

ohh yek, tengok lam Madagascar hehehehe cam sonang jor

ok aku melalut udah 🙂

img_7742

img_7768

Captain Kamarudin and the 4 bloggers

both couple are from Kampungboycitygal

n encik abang bujang SM

img_7732

Wei zie and Alex, they are sharing blog. Kampungboycitygal.com

img_7726

SM was the first pilot on the house! pastuh baru aku, emm Alex and Wei Zie

img_7769

Anna from the Agent and Captain Kamarudin

kecik tol atap pala simulator ni lah, tertuduk2 pala memasing

img_7774

dan kemudian kami bergambar beramai2 bersama2 the second group yang mana kami pulang diorg pulak sambung perjalanan ke London semula heheheee

cool…

fyi, untuk masuk ke flight simulator nih, nak merasai pengalaman bawak kapal terobang tuh, u need to pay USD1500 per hour, if im not mistaken lah. idok le aku bayar, this is all under them mar 🙂

img_7773

dan semestinya MAS kemudian menghiktiraf short session yang kami dapat itu with a cert cert!

img_7776

MAS staff, Salina (cincin dia manghaik, ai should snap the photo, beso and lawaaaaaaaaaaaaaaa!) and Wai fong is one of the MAS heads and she is my longgggggggggggggggggggg time fren, sejak taun emm midst 90s gitu

img_7777

showing off the cert

img_77791

this particular boy rerupanya dok memerhatikan je gerak langkah pangai aku sepanjang aku kat sana, dia dok mengendap via CCTV kau! wah mementang ko keje sana ek…

korang tak kenal dia ke? iskk, orang kuat RM tau, gf nya lagi orang kuat RM. gfren dia korang lupa gak? gfren dia si Lilred Farah lerr…yang jauh kat New Castle tuh.

Hensem plak si Nizam nih ngan uniform nya, oh maklumlah….ada buah hati di opis yang sama. opss.!!! jangan menaip dengan banyak nanti kena ligas dengan orang jauh plak.

img_7781

we had our coffee break, and pulang ke rumah memasing. ai took a half day leave purposely to attend to this. not all event yang aku willing nak amik cuti, not all keje2 blog comes with payment if you wanna know gak about MAS nih yer. yilek seposen takdak. but sebab mahukan pengalaman yang satu manis itu, aku gigih jugak lah melupakan kepenatan, kejauhan, kepanasan, ngan parking kat tingkat 5 pastuh takdak lift wohaiiiiiii!

Thank you MAS for inviting redmummy.com and happy to work closely with your team.

emm…

bila ai nak dapat free flight tickets to London ke LA ke busuk2 pun ke Paris?

tak nak bagi satu, bagi 4 tickets for us anak beranak pun okay jugak. Murah rezeki MAS. 🙂

Comment: 36