Make Up Class with Model – RedGlow

IMG_1920

Puteri manis yang kosong wajahnya

Zana – single secara legally :)

IMG_8634

first application, bersihkan roma2 bulu kat muka, specially on the kening part

IMG_1921

langkah kedua, letak base

base ada memacam jenis, ada jenis yang goncang2 and ala2 sabun buih, ada base yang jenis cam foundation..

RedGlow’s recommendation – Shu Uemura (stick one)

IMG_8650

IMG_8651

base Shu Uemura ni kalo kamu letak kat tang kelopak mata, kaler eyeshadow ko leh naik lagi seri kay….ai will get this one. harganya x sampai 100 rasanya.

IMG_8649

IMG_1922

yah students yang sungguh2 menyalin nota. kamu tau enggak utk session make up muka sendiri aku refer balik kat nota tuh…ni macam pakai kliniko dulu lah, aku siap ada kertas refer tetiap pagi and malam kalo idak tak tau mana satu nak tempekkan…

IMG_8639

so dah abih ratakan base, abihkan satu muka ye. kalo tak pakai tudung sapu jugak kat telinga and leher

IMG_1923

kemudian pakai foundation. foundation nih ada 2,3 jenis yang elok, kalo takat cap loreal m/line tuh tak leh jalan aa…ni jugak foundation yang dipakai dek make up artist. Derma colour is the best one,for me lah. i will get this one too. bukan get as free yo ahkak, boli wuiii!

jadi sapu rata2 kat muka, pakai sponge foundation khas. kalo kat Sasa spounge tu harganya lam RM17 ada banyak lah lam tuh.

spounge tu pun aku akan beli gak, wuii banyaknya nak borong.

IMG_8640

seterusnya pakai shading. shading ni ada 2 tpt khas yang nak diletak. kat hidung and kat rahang pipi kita tuh. kalo lam tv tu ko tengok idung artis tuh cam nak tercabut ke main mancung. ha tu ada teknik2nya. so for RedGlow depa suka buat penghujung kat idung kita tuh disatukan. means dari hujung mata buat shading sampai bertemu kat atas idung. kaler yang digunakan adalah khas for shading, yang ko nampak RedGlow pegang tuh.itupun jual kat Derma Colour pun ado.

n the tone of the colour has to be darker than your skin colour. aritu RedGlow pakaikan kaler coklat gelap2 gitu. pas idung, buat lagi satu shading kat rahang kedua pipi2 kita….itu utk nampak muka kita lagi kurus ala memanjang wahahahhahaha.

IMG_8644

dah siap kan. so amik loose powder, antara yang bagus ialah loreal, mana ke gambo ngan loreal loose powder nih, aisay, nanti lam next entry aku tunjuk menda tuh yer..but loose powder ni sbb nak letak kat bawah mata. kan selalu lam keadaan kita pakai eyeshadow, dia drops kat bawah mata kan (oh aku sokmo gitu) so loose powder ni akan menghalang dari eyeshadow yang jatuh tu meresap kat muka. kira dah ada penghalang lah kat pipi bawah mata tu yer.

IMG_1925

now pakai plak highlight. highlight tu leh pakai kaler putih, kuning, pink tp yang agak2 lighter lah, pastu dilukis di bawah kening, sampai ujung mata sblh idung.

IMG_8654

then taruk pulak eyeshadow. letak eyeshadow yang di dalam kelopak mata dulu, baru letak yang di luor kelopak mata. yang nih kalo tak silap aku lah kan, RedGlow pakai bronze kaler from Bodyshop. tak berapa sure (ina tolong correct me pls)

IMG_8656

ha nampak dah, dia letak bronze kaler tu kat kelopak mata di dalam

IMG_8659

kemudian RedGlow pakaikan eyeshadow itam, from Clinique. sikit2 je dia calit and blend it together (aku nih kan terus terang cakaplah,dulu tang blend lah paling hancur!)

IMG_8666

siap blending atas, RedGlow amik the highlighter bodyshop (code 01 to 07) is the best! buat sket je kat bawah mata. not so much….

IMG_8667

kemudian kita pakai eyeliner plak yeah…itam kaler. kaler2 brown boleh buat ko tua. the eyeliner tu lukis kat atas mata,one line. ni semua org geti buat kan. RedGlow’s recommendation – Mac. aku daily pakai avon jer, wkend or special occasion baru pakai Mac, coz jimat marrrr

IMG_8673

lepas dah pakai eyeliner itam tadik,amik balik eyeshadow itam clinique tadi and blend balik kat eyeliner itam tuh. sbb kita nak nampak natural…takdelah semata2 macam eyeliner gitu kan.

IMG_8675

pastuh korang ingat tak aku ada pakai Mac nya white kohl, yang ala2 celak putih, ha amik tuh, yang RedGlow pakai tuh ke brand apa tah, so letak kat lam bawah mata tu. yah gitu yah….

IMG_8678

kemudian ambil semula yang eyeliner itam Mac tadik and lukiskan kat luoar bawah mata tuh. sbbnya kita nak nampak mata lagi sihat dan beso lam kamera dan juga cam ceria energetic bila orang tengok kita lah.

IMG_8682

seperti yang kat atas tadik, kita blend it over…blend it ngan clinique itam tuh. apa2 yang kaler itam nya eyeshadow korang ada pun leh pakai gak. balun jer! x de sapa marah pun kalo ko pakai brand lain.

IMG_8697

dan kemudian kita pakai mascara…memula kan pakai mascara ni buat ala2 zig zag. cam kat atas tu lah, sapu gitu jer.., pastu one more round baru turun, naikkan…ya paham enggak? tak paham pi kelas RedGlow lah…

IMG_8687

mascara yang direcommend dipakai. loreal yang gemuk itam gold tu pun bagus, tp tu x waterproof, so yang lam gambo nih, brand sasa. aku idak le sangka brand sasa tuh bagus!  ye saya sokong kamu pi carik mascara sasa je pasnih.

IMG_8706

nak tengok beza pakai mascara ngan tak pakai mascara? on the left tu ngan mascara (bukan fake eyelashes kay!) and yang kanan tuh lak lom apply mascara yet. itulah hebatnya kuasa mascara (tetiba aku pun dah jadi pencinta mascara!)

IMG_8710

so buat dedua belah mata, yang bulu mata bawah pun cam tu gak lah….

IMG_8721

lepas tu pasang eyelashes. tau dok camne nak pakai?

IMG_8727

gini yeah…amik glue utk eyelashes, taruk kat pelipis eyelashes tuh, and tempek kat mata. saya tidak geti pakai bulu mata palsu nih, tp satu rahsia nya ye, sejak aku dah attend the classes, 2 kali make up kat RedGlow aku pakai bulu mata sendiri. gempak tak? ado gak yang pi opis pakai bulu mata palsu ni kang….:)

IMG_8725

ini brand yang bagus utk eyelashes. ada jual kat Sasa. harganya lam RM10, kata RedGlow lah. tp aku pi jenguk kat Sasa, harganya RM29.90 ko!!!!

IMG_8732

ha yang putih lam bekas eyelashes tuh, ada putih yang leh tolak2 utk fake eyelashes kita tu lah…

IMG_8734

hampir siap dah kan, taruk eyeliner kat ujung mata just right after ko dah letak eyelashes

IMG_8741

amik liquid eyeliner,brand apa ke RedGlow pakai nih…dan buat lagi satu lining kat kelopak mata kita. coz yang tadi kita buat tuh kan dah ditutup ngan eyelashes. so kalo kita rimas kita nak bukak the eyelashes, takdelah togel je mata kita tu kan.

IMG_8746

itu eyelashes tadik, buat satu round lagik mascara kat bulu mata palsu yer. coz nak syncronizekan ngan bulu mata kita…takde lah kang tetiba nampak 2 pasang bulu mata dari pandangan tepi.

IMG_8748

ha ini bulu kening plak….aku kadang2 pakai RedGlow nya set make up yang godang tuh, amik brown colour. for Zana, RedGlow pakai kaler brown, from RedEarth kot. tp menda tu ada dijual kat Sasa gak…..

IMG_8752

pastuh pakai mascara from Mac but meant for eyebrows. yang macam aku beli ni lah..tp RedGlow pakai kaler gelap a bit.

IMG_8758

IMG_8761

blusher pulak ye…napa blusher tu RedGlow pakai kaler oren tp kena kat muka Zana jadik light pinkish yer…ha tu lah ada orang tak tau dia tengok skin kita. oren tu kat kaler nya je tp bila tempek kat pipi, melepas jadik kaler lain. untuk pipi Zana yang agak kembung, agak chubby,ada teknik,aisay susah lah aku nak tulis kat sini. korang masuk kelas lah!

IMG_8766

ni contoh plak kalo nak pakai ala2 Dolly look. dia ketara leh nampak tang pipi gitu. cam korang gelak tetiba orang kulit putih leh nampak dia nye gelak ngekeh2 tu sampai bertukar kaler bagai ha….

IMG_8772

kemudian pakai lipstick….itu kat tangan RedGlow tu lah yang harganya RM300 lebih. tp memang tahan lama. itu mmg khas utk pengantin pakai kot…ater nak cium2 kadang2 orang datang kan, so tahan lah lama lipstiknya. makan pun tak ngilang.

IMG_8783

wah udah cantik adik zana….

IMG_8649

selingan,kalau lah kata kamu ngah make up2 dah kan, sekali ko terbersin ahsyummmmmm, tetiba ko nya mascara abih tercalit kat kulit.ha camne lah pulak nak ilangkan. pakai tisu pun tak jalan gak. so belilah Mac corrector. dia bergerak ala2 liquid paper. padam ilang.

best ek, tempek kat muka,tetiba dah ilang. hikss

IMG_8793

alah comelnya ko zana….

IMG_8794

kemudian disarungkan tudung RedGlow yang didatangkan khas dari RedGlow Fashion

IMG_8797

napa ko Ina dah macam mak tiri marah si Zana tuh?

cute je aku tengok gambo nih, so harus tempek!

IMG_8802

eii cantik cantik. siap ngan crown lagik you…..zana single lagik kan? wah 8 kali aku stressed kan dia single nih

IMG_1928

ha mata Zana,cantik sik? cantik idok???

IMG_1945

inilah hasilnya. saya memang suka amik gambar mata lah you, coz mata lah paling susah nak di buat.

So sapa nak suh aku make up kan? boleh boleh..tp aku nak korang rajin2 pi register dulu kat kelas make up RedGlow dulu:

timetable

jadual bengkel make up masih dibuka….boleh visit link nih. atau sms najwa untuk sebarang soalan dan bantuan mahupun nak register to the class.

Menawarkan kursus satu hari untuk MEKAP PERIBADI DAN MENGANDAM SECARA ASAS.
Satu sesi hanya terbuka kepada 10-15 orang sahaja.
Mekap disediakan.
Makan tengah hari dan minum petang disediakan.
Tip-tip rahsia untuk mengandam dan menjimatkan kos.
YURAN RM250 seorang.
Setiap peserta DIGALAKKAN MEMBAWA MEKAP PERIBADI.

PESERTA AKAN MENDAPAT:
1-SET BERUS ASAS
2-SPAN
3-SIJIL

SILA SMS NAJWA 0123588999 UNTUK PENYERTAAN.

ok siap ye, sume gang2 dah salin catatan entry nih yer, dah print and nanti nak buat kat umah dah tau sesiap kan? aku akan kuorkan lagi satu entry bila RM sendiri pulak kena make up muka selepas tengok RedGlow buat session nih. jangan jeles yer, ai dah pandai make up hikss….

so amacam? apa komen2 anda mau bilang?

Comment: 14