Tweet tweet redmummydotcom !!!

image

ni Project Alpha nya blog kat Nuffnang

sume orang dah tau kan…

semua orang tau aku salah sorang dari 7 orang yang involve in Project Alpha. tak tau gak? iskk meh aku lempang!

image

so tu dia abang David dah mokak2 tweet2 kat #projectalpha

my episode is up on Thursday??

bukan Friday ke? hahahahah

bukan korang je suspens nak tengok, aku lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ler suspens giler nak tengok apa jadi ngan shooting arituh. isk, janganlah ada yang ‘tragedi drama’ kuor!

tengok kat hitz.fm boleh

kat youtube boleh

kat Nuffnang boleh

sumer online lah

kat RM pun ada nanti Sirman uploadkan…

Yeyyy

meh kita tengok sesama meh. Oh korang leh twitt me too 🙂

Comment: 5

Bingkisan Salam Syawal

bss_mya

Salam lebaran kak red…

harap tak terlambat eh saya nak enter frame dalam ruangan BSS ni.

saya nak wish selamat hari raya aidilfitri.  dan maaf zahir batin pada semua sanak saudara dan kawan-kawan.  tak kira la yang dikenali di dunia nyata atau pun di dunia cyber.

kalau ada yang terlaser, tersentap dan terkutuk itu ini sengaja atau tak, saya mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut.

selamat hari raya juga untuk semua pembaca redmummy.com 🙂

Mya

mya_tunang

perkh….orang sibuk beraya sakan.

ko plak sibuk bertunang

TAHNIAH MYA FOR THE ENGAGEMENTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!! pakpong pakpong pakponggggg…..

kita musim raya lagi kan, so ni last kopek nya BSS kot for this year.

Comment: 5

Not an advertorial entry :)

engko dah kenapa carik call girl kat blog aku?

tak de nya call girl pencinta merah kat sini

call girl for blogging job ado ler, aku le call girl nya. ko call aku, aku pi cover event ko. ko call aku, aku pi lah buat review product ko.

ha gitu

ni kalo mak aku baca ni

apa keje ko red jadi call girl kat blog koooooooo!

mak, bukan salah ai mak ai jadi call girl, laki ai jual ai mak ahhahahahaaaa

image

malam tadi waktu aku dok hangat hangit nak quit from my u know ai know what job ai m talking bout lah kan, sirman bagi ceramah tarbiah dia

cuba awak pikir kalau awak benti keje, awak nak buat entry pasal apa? pasal anto amik anak pi sekolah? pasal make up dari umah? pasal soping ikan ayam?

kalo pun awak pi cover advertorial event, bukan pun you leh blogkan jam2 tu jugak, you kena tunggu ads tu boleh up to post, itu pun amik minggu bulan baru leh kuorkan entry gitu.

pastu yang paling tak best

you kalau duk umah, kol 7 malam saya balik kerja, ada gak kol 7 malam you baru kuor bilik air. satu ari tak mandi lah tu, laki nak balik baru geti nak mandi!!

siot jer sirman

tapi bestkan, dok umah bangun buat sume benda tak yah mandi ahhahahahaha

menci aaa

kena gaklah kerja sampai pencen! laki orang lagi suh bini benti keje dok umah, laki aku lagi dia taji2 aku suh keje tau!

Comment: 20

RM’s Blood Donation…

IMG17526

Hey Red, you ada lunch appointment today?

Nope, i m free

You wanna do blood donation?

eh why not? jom jom….

IMG17525

Ms Choco is my good fren in the office. aku rasa korang pun dah kenal dia sesangat kan. she dah appeared in RM for so many years, cuma tengelam timbul je lah idak gitu. She is sitting next to me and she reads my blog too wpun dalam kepayahan memahami my malay’s language hahahahaha sian ko Mich.

IMG17532

This is her 2nd time doing the blood donation. we didnt plan for this at all. dia macam rasa aritu nak buat blood donation and ajak aku kot nak join. since aku memang sedang carik faktor utk kuor dari klcc kalo idak kang asik abih duit soping soping soping sampai taktau dah nak abihkan duit kat mana. ai joined her then.

IMG17534

it s very easy process. at least you need an hour gitu lah buat derma darah ni. first pi counter, cakap nak derma darah. abang hensem ni nanti akan tembak jari tangan ko, nak tengok ko nya iron blood gitu. thanks to abang yang tak bagi hint tetiba dia tembak jari aku meletup mulut aku melatah. sakit sket lah.

sakit tak sakit aku sokmo set dalam pala aku ‘aku beranak anak2 aku lagi sakittttttttttttttttt’. so momantai lah nih.

IMG17535

pastuh abang hensem akan checkkan tengok ko nya apa ke kita panggil hahaha aku lupa. tp aku lepaslah untuk buat donation. ai remember longggggggggggg time ago, masa aku lom kawin, aku pi confident nak menderma nih. tapi kena tendang kuor kay.

coz i was under weight. berat aku dulu 38kg je kan, camne le staff nurse nak terima darah aku. dia cakap aku yang patut terima darah lagi adalah. but now aku adalah pompuan gemuk yang bebila masa je rela darahnya diambil.

IMG17536

Proses check iron blood ko ni, lam less than 5 min jer. mine was 13.1 gitu so sangat molek untuk donate. sblm tuh sila fill up the form lah yer. jangan ko ada hepatits b ke aids ke idak lah boleh nak donate. isap dadah ke, pun x leh. isap dada boleh hhahahhahaha. nyahat ai.

IMG17537

sambil2 tu kalau nak check apa jenis blood kita pun boleh gak. aku dah tau blood type aku, but nak gak kepoh tengok camne abang hensem check my blood type. dia goncang2 papan darah tu…sekilas kaler darah tu dia sudah tau apa type aku.

betul kompem lak tuh.

Ms Choco is in O type. aku lak type B. ha……ingat yer.

IMG17546

pastuh kamu akan jumpa doctor kejap, dia nak tengok ko nya blood pressure. aku ni ada masalah sket blood pressure lah. my presssure rendah. tiap kali buat check up, sama je result. ha tu lah redmummy, lain kali tidur cukup2 kan sket mata tuh. takat qada tidur time weekend jer, apa barang. kena tidur lama lagi lain kali.

tidur mati arwah terus kang…haaa nangiss korang kang.

pas dah jumpa doctor, kita tatih2 pi bilik menderma darah.

IMG17544

ater pi ni ngan Ms Choco kan, aku snap gambo dia jer ler…tu ha dia ngah donate darahnya. staff nurse pun ramah tamah. sempat aku dengo gossip pasal sorang pompuan india yang mati bunuh diri (katanyalah) dek kerna ada skandal ngan anak VVVIP (katanya gak lah). wah sempat akak tu gossip kay.

gossip pun pasal news tu kuor kat tv, kitorg sambil2 menderma ni dok tengok berita ler gak. syian yer..ye ke bunuh diri ek?

IMG17547

ha kau adalah satu gambo aku ni ha ngah mencucuk darah. staff nurse tu tolong ngamikkan, dek dia tengok aku snap sana snap sini. sapa le budak ni lam nih pun nak amik gambo. waktu kami donate ni, lunch hour, ada 2 orang yang aku ngan Ms Choco tengok macam kepelikan tahap tertinggi gak lah.

sorang tu kan lelaki tau pakai earing macam Mr T….ngeri acik. tp satu…jangan judge pada rupa. hatinya baik kay pi derma darah. entah2 buku darah dia dah ke main berpuluh2 menderma.

kedua plak sorang amoi nih, very theeeeeeeeee gaya style ala2 makcik suka belasah maid sampai mati hahahahaha, peribahasa tak leh agak2. but she looks so humble bila kami sama2 dok terbaring menderma darah.

IMG17541

tempat derma darah ni macam dewan panjang. mix cecampo ngan laki pompuan. up to staff nurse tu nanti tengok bape banyak perlu ko nak kena cucuk lah. like my case dia amik aku nya satu packet darah tuh. laju ko dia mengalirrrrrr! cam Ms Choco she dah buat 2 kali so diorang amik dia lebih sket. tp tu lah dia ni nampak pucat.

ater dia kurang makan nasi, meat pun jarang. dia idup ari2 makan sandwich salad jajan. nasi tak makan kau!

IMG17543

yah gaya gini darah ku alurkan ke pack darah tu lah. banyakkkkkkkkkk! masa akak nurse cucuk, aku tak pandang pun jarum tu dia tusuk. dapat rasa je lah sakit tuh. but again aku sokmo set lam mind aku ‘aku beranakkan anak2 aku lagi sakit gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr, so apalah sangat sebatang 2 jarum nih’

IMG17549

ok ni udah part session abih menderma lah. dia potong wayar tuh, and asingkan the last point masukkan lam tube kecil plak.

nak buat apa darah ni lam tube ni kak?

nak check hepatits B and apa2 yang tak sepatutnya adalah.

oooooooooooooooo! banyaknya buat check kak yerr..bazir jer. baik masuk lam packet darah tu

hikss…ayat terakhir aku tak ckp pung :), simpan lam ati jer.

IMG17540

IMG17554

sambil menunggu aku belek buku merah darah aku tuh. and kad lawatan kaler pink. pasnih leh derma lagi. tp hanya boleh derma setiap 3 bulan. silalah pasni sapa2 nak menderma korang bleh buat je kat memana mobile section yang Pusat Darah Negara ni kan ada merata2. kalau tak pun boleh je pergi ke tempat yang aku pergi nih:

Pusat Darah Negara is located kat Jalan Tun Razak, exactly sebelah Istana Budaya. kompem leh jumpa….even parking pun senang, siap ada ample free parking depan entrance lagi untuk penderma2 macam kita nih.

IMG17557

udah abih derma darah, tunggu barang 10min jap…

bangun and sblh dewan derma darah ni ada canteen. khas untuk penderma2 darah. ai tot dia bagi folid acid jer for us, and air suam. rupanya satu tray makanan ko memang disediakan khas utk penderma darah. it s a free food!! gosh…pandai diaorang amik hati penderma darah.

nasi lemak nya sedappppppppppppppp! laju giler aku makan, mbe sbb aku lapar, aku makan kuih raya 4 keping je and black coffee sebelum datang derma darah. kamu kena makan yer sblm menderma jangan biar perut kosong. n u need to sleep at least 5 hours, kurang than that enggak bisa. and u are not on medication bila menderma ni.

ada dpt roti, cookies, milo panas, air suam and sekotak mug Terima Kasih dari PDN gak. wahh…tak sangka dapat ole2. tq PDN.

IMG17538

setitik darah kita ni kan, mungkin dapat menyelamatkan banyak nyawa. nanti korng pergi tau, boleh contact Pusat Darah Negara di talian 03 – 2693 3888 if korang nak tau kat mana tempat menderma yang terdekat dengan your location.

entry aku buat nih dah macam advertorial pulak. tak dibayar pun. ini punya entry, adalah dari pelusuk hati. eh sume entries aku dari pelusuk hati yer. aku buat blog job ke, free promo ker, apa2 sahaja asalkan knowledge yang boleh sharing together2, ha, kaw2 aku bagi korang baca.

IMG17555

menutup entry, gambar ai dalam dewan derma darah. nak kena ada. bukti nih. lagi 3 bulan, early Jan bolehlah aku menepek lagi datang sini menderma. i m calling all of you to join me to donate your blood. takde side effect pun cuma aku rasa mengantuk je bila lepas dia sucking blood aku.

tp pastu perjalanan hidup saya adalah normal. aku ni baru first time je derma, orang lain dah berpuluh2. ada sorang kelig aku dah derma more than 20 times, so ko kira ler setaun 4 kali dia menderma, bape tahun dah dia berbakti pada seluruh rakyat Malaysia.

IMG17530

Pusat Darah’s web is linked to this entry.

Jangan derma dara, dermalah darah 🙂

orang kata kalau derma darah, badan kita jadi sihat gemuk. wahahahha, leh caya ke? jangan lah weii..kang naik lagi badan aku, terus aku tak nak menderma lagi dah.

eh block your calendar yer, January 2010 nanti rombongan Redmummy.com ke Pusat Darah Negara akan beroperasi!!

Comment: 17

For the Raya’s beauty…

IMG_8064

the morning of raya Syawal tuh, kerja aku tetiap taun touch up muka pompuan2 lam my big family. but tak semua, coz my sisters they dont like make up sangat. diorang muka suci ahhahahah. but utk anak2 buah ku, memang sumer keje memang menadah mata jer. macam lah make up tuh satu nikmat dunia yang hebat.

hiks….

aku memang suka make up woi. kalo pi event,  i need 1 hour only for my face 🙂

IMG_8055

ni mesti yang amikkan gambo ni si Epi,sebab dia tak amik gambo the girls yang beratur poyo2 menunggu turn make up. adalah lam 4 orang budak kecik, tak masuk gegirl coz dia sudah ku make up kan dari awal2 kat umah pagi raya tuh. pakai travel make up kit yang aku dok bawak kulu kilir tu jer

tak teringat pun nak bawak yang hok Redglow bagik

kalo bawak tu lagi syok,memacam kaler pencil and warna pun ado.

IMG_8059

sedap lagi pakai brush ngan jari. lagi pantas ngan sedap laju dibuat. some more ngan budak2 nih tak yah lah ko nak gigih make up tetebal sebab sudahnya diorg main pastu dok gosok2 muka, abih gak make up tuh. diorang nya eksyen among the cousins jam2 tu kejap jer

kita make up cantik, acik red make up kan

alah acik red pun make up kan kiterrrrrr

alah mak kita yang make up kan awakkkkkkkkk

hamik ko dialog bebudak kecik nih sumer yer….

IMG_8073

Batrisyia lepas aku dah siap make up kan dia,mulut dia dah tak leh tutup hahahaha. terngaga je bibir dia.

tu lah sibuk nak pakai lipstick, pastu siap tiru2 kakak2 yang besau dok cakap ‘nak campur’

ko nak campur apa?

nak campur iptik (nak campur2kan kaler lipstick, tak nak satu tone jer)

ha terer kan….ni gegirllah ni pi ngajar dak2 pompuan nih

dia tengok aku pakai lipstick ngan gloss

so dia pun ngajar....’pakai 2 gloss ngan lipstick tuh kira cecampo yerrr’

IMG_7956

nampak tak bulu mata palsu aku tuh? very the memuncak naik. masa ni lom lagik aksi bulu air mata pelesu jatuh gugur mencecah ke bumi. aku cabutlah bulu mata aku coz dok nangsi2 peluk mak pak aji kan…naik sombam make up.

n rambut gegirl adalah koleksi Sinma ehehehhe….dia sibuk nak sedondon rambut kerinting dig perm cam maknya, jadiklah pakai hairband gitu

bronze kaler lagi youuu

IMG_8067

itu make up penuh Gegirl. aku pakai kan konsep gold and bronze, aku pakai Rimmel yang sponsor Project Alpha tuh. makcik ni pas je pakai lipstick terus puasa enam hahahahah

dia dah tak geti nak makan minum dah

tp bila sibuk kebulur,laju carik tisu lap terus lipstick.

padahal ko makan je lah kan while lipstick kat mulut. tak leh gak…….sama mulut terngaga je bila pakai lipstick.

IMG_7857

ini sempat gak aku nap sampai comot2 gak eyeshadow n eyelashes pun dah nak tercabut. pasal ada adegan ayomato kan. aku pakai Rimmel London from the sponsor of Project Alpha, PAC pigments, plus bodyshop plus Red Earth plus MAC. hah ko…main campor2 jer. aku tak suka pakai kaler2 brown light earth colour lah. muka aku cam tak bermaya je kalo make up yang cam nak luruh mata ke bumi tu…..

IMG17519

kalo x make up ha tengok

macam muka amoi  jepun ngan curly2 hair lagi, ngan mata pucat. setakat muka gini, aku buat modal lambat bangun pagi. tapi yang penting bila kuor umah pagi2 tu even lambat camne pun, make sure ada:

1. sunblock

2. foundation

3. loose powder

4. eyebrows

5. blusher

6. light lipstick

tang mata atas bawah ke mascara eyeshadow, do it while u are driving or later. yang penting selamatkan dulu tekak ko bagi sampai opis dulu yer….

Today, Mommy tells you a make up story….everyone happy with my red class?

Comment: 6