Seni Fotografi

24hours sticky mode for Sirman’s entry, scroll down for my new latest entries pls. thanks ye sumer.

IMG_1997

Masa mula2 beli DSLR few months back, memanglah mempunyai harapan yg tinggi nakkan hasil tangkapan gambar yg cantik. kalo tak cantik pun at least sedap la mata memandang. Lagi2 bila kawan2 meracun “eh pakai DSLR la, gambar lagi cun”.

Bila dah dapat DSLR mula la main belasah menembak sana sini, mmg quality gbr ade la nampak better dari point & shoot camera tu tapi still tak mencapai tahap piawaian DSLR tu sendiri. Tensen gak la. Apa yg salah pun tak tau la…

IMG_1950

Sy pun mula la mengoogle sana sini, baca & download ebook, join forum, tanya kenkawan tips DSLR ni, tak cukup dgn tu pegi outing tangkap gambar. Memang kita dapat semua segala info tentang DSLR ni, tapi bila dah info yg masuk bercampur aduk, kita pun konfius la gak. Org ni kata camni, org tu kata guna setting ni. Gambar yg kita tangkap pun gitu2 jer. Nak upload ke flickr pun segan hahahha. Sy pun bukan la nak jadi pro sgt tapi at least kena la berbaloi apa yg kita laburkan dak? especially bila bini yg hadiahkan huhuhu. bini aku sampai blogkanlah pasal hasil gambar tak memuaskan tekak dia.

Kata orang tua2, nak belajar kena ada cikgu, kalo dak dapat ajaran sesat nanti. Then bila belajar sesuatu benda tu, asas ataupun basic kena la tau dulu. Bukan setakat tau, kena paham sekali la! Sekarang ni nak carik cikgu fotografi bukannya susah, berlambak ada. Tinggal nak pilih jer, tapi jgn sampai tersalah masuk kelas dah la.

Long story short, setelah direkemen oleh org2 yg berDSLR yg pernah masuk kelas tu, sy pun enrolled la satu Kursus Fotografi Asas pada 17 & 18 Oct lepas.

IMG_1954

Selama 2 hari dibrainwashkan tentang asas kamera, diterangkan basic fotografi, diterjemahkan keseniannya barulah terang biji mata huhuhu. Antara yg diterangkan termasuklah asas peralatan fotografi, aperture/iso/shutter speed (ni yg penting ni), teknik metering, flash, editing & pencahayaan (ni lagi penting).  Dan hal2  technical  yg lain juga  diterangkan. Composition, framing, spacing, crop, angles, ro3, white balance, depth of field, filter, lens dan macam2 lagi la.

Juga beliau berkongsi tip-tip berharga & pengalaman berbelas tahun di dalam bidang ni. Pengalaman tu yang paling mahal tu.

IMG_2069

Sy pun masih baru dlm dunia fotografi ni, tak la kenal otai2 lagi. Yg dah lama main ngan fotografi sure kenal punya. Kursus Fotografi Asas ini telah di anjurkan oleh Myfotozone iaitu saudara Adhadi Mohd.

Adhadi – Redmummy kirim salam…

IMG_2194

BTW, dia pun ade kedai kamera kat Putra Heights (dlm Giant), kalo nak beli kamera ke aksesori kamera ke leh gak gi online shop dia kat Myfotozone.

IMG_2215

Lagi bertambah menariknya kelas ni, kita bukan sahaja diterangkan secara teori, indoor & outdoor praktikal of cos la memang ada, tapi siap ade ajar basic editing photo menggunakan Adobe® Photoshop® Lightroom® 2. Ni supaya kita dapat enhancekan lagi gambar yg kita tangkap tu. So kita tau apa yg nak diedit kalo nak hantar gbr ke printing, kalo nak upload ke blog & macam2 lagi la. Different editing for different purposes ya!

IMG_2214

Banyak lagi kursus fotografi yg bakal Adhadi buat masa akan datang ni. So kepada sesapa yg nak berjinak2 dgn DSLR, elok la belajar asas fotografi ni. Bila dah tau asas, bolehlah menjadi lebih creative or even break the rules!!! Tak pun kalo nak berkongsi ilmu ataupun menambahkan ilmu leh la join forum duniafotografi. Thanks a lot Adhadi!

- ashterix aka sirman

redmummy.com’s Manager cum Photographer :)

p/s: ni yg tak sabar nak gi outing ni :)

Comment: 24