A Family’s Entry…

IMG22246

One nite, we went and lepak Santai Cafe (agreed by 3 of them) aku kalah….x berapa suka sket ngan Santai nih lah. diorg je yg suka bonar. so make abang seat still kat kosi dia tuh, u know lar bila dia berjalan pusing satu cafe, adiknya pun ikut sekali. budak kecik tu mata ke kanan, kaki ke kiri terus jatuh lalak2, tu yang aku lotih ngan drama airmata dia kang. ok nak bagi abang dok dendiam, bapaknya start main teka teki teka tekuk wt abang. so depa belawan2 teka teki, dia tanya dia jawab. diorg tanya aku, aku bolayan.

orang cam mak ko yang dah banyak guna pakai otak utk update blog setiap hari, bila diajak lagi guna otak untuk pikir jawapan teka teki heh, kem salam lah. ko ajak aku main chess takperr. tak tau lah dah puluh taun aku ni asal main chess mmg tak penah give up and best giler rela sajer.

but aku tengok diorg nya teka teki dah  makin meraban, so aku google from d berry carik site teka teki…ahahhhha1 bijak bijak, internet hanya di tangan. dapat selambak jenis soalan, ngan berlagaknya aku bagi soalan pastu diorg cam pelik apehal soalan si merah maknya ni ke main hebat.

rupanya ada dak google…….

abang terus membuat rampasan kuasa, dia tembak soalan2 dr site teka teki tuh and tanya bapaknya.  berlagak ko bang. itulah rahsia internet di tangan hahahahha. elok gak lah, senang abang dok dendiam gak. senang sket ati aku.

IMG22237

when we got the bill, ok ni waiter tu tuliskan…sirman suh aku snap..passed kat gegirl, mintak dia carik apa yang salah dalam gambo atas nih. ha korang leh nampak tak? salah eja tu no hal weih, ni ada urupnya yang lain sket, cubaaaaaaaaaa korang buntang2 tengok apa silapnya. alangkan Gegirl yang blom 6 taun pun handal. so korang?

dapat tak?

IMG22277

aku nak lenjan entry ni pepanjanglah coz aku nak utilisekan gambar budak2 ni hah….i was on MC last Monday, doctor bagi mc 5 hari kooooooooooooooooooo! honeybossy aku cakap ‘bila dia nak bagi 2 weeks tu u should take, bila i datang opis, u datanglah, bila i x masuk opis, u dok lah umah pakai mc tuh’ hahahahahha aku x sampai hati nak amik 2 weeks mc tu lah. yelah katanya operation idung kan, wpun surgery kecik tapi sbb benda dalaman tu yang doctor mmg nak bagi 2 weeks mc gak. but no lah aku amik hok 5 hari udah.

so sebab aku MC, abang balik from NK, aku macam nak spend ngan budak2 ni. so boleh aku x bagi dia pi sek agama hahahaha….sorry ye ustaz, saya jarang dpt spend2 ngan anak saya during weekdays.

IMG22285

spend dengan suh abang buat revision mandarin english and malay. it s exam week lah cik kak. satu hari je aku pontengkan dia from Sek Agama, so alangkan aku ada kat umah, bolehlah nak tengok dia study, ngulit2 dia, and adiknya…aku budget nak tidur petang senin tuh. dahlah malam tu aku tidur at 4ish am, bangun pagi giler coz budak2 ni sekolah pagi, pastu sampai tengah malamnya baru dpt tidur balik. hishh…banyak betul benda yang buat aku melekat kat depan pc ni lah…

oh jangan ko pelik tengok Reddy meneman abang tu belajar yek. abang tak sedap hati kalau belajar kucing2nya tak dok sama ngan dia lam bilik. lagi kalau boleh dia nak si Reddy ke Kemek tu dok sama belajar kekira ngan dia gak gamaknya. huihaii….abang oh abang…

IMG22284

Terang2 aku tulih kat title of this entry is bout a family’s entry. Red Family ada Sirman @ RedDaddy, Abang, Gegirl and RM. so kalau sapa yang malas nak baca citer hal family, ok boleh skip and pi carik entry lain. biasanya yang malas nak baca kisah2 family ni orang lelaki ye dok, sbb yang bagi komen pasal arituh on entry make up aku and entry family pun orang lelaki gak. eh bukan kat RM dia bagi komen, kat blog mana tah, aku nya sesungut pala ni panjang gak, leh bau kay ko seru2 nama RM….

Selepas entry ni sepatutnya ada satu entry yang quite fun and best utk korang, mesti ramai nak rebut2…but aku tarik balik hahahahha. banyak pulak offer utk korang hari nih heh. MFB tu dah 15 seats korang dapat, pastu kang offer lain pulak, wahhahha lomaknya badan korang.

Anw, yes it s true, im rejecting the big offer already 🙂 .you know why? details of it will out soon 🙂

Comment: 45