Tonton & Menang bersama MAS di Astro Ria!

MAS Saya Nak Cuti, 48hours sticky post, please scroll down for my new entries.

Impian menjadi kenyataan! Dah la dapat percutian yg diimpikan, kos ditanggung pulak tu, pastu jadi hos untuk rancangan sendiri lagi huhuuhuuu. Chop bukan aku yg dapat, tu the lucky 7 winners for Saya Nak Cuti yg dibawa oleh MAS. Jeles mak tau

image

Korang pun sure jeles gak kan, tapi taper untuk korang sure ada, jangan risau. Kat RM kan semua ada. Ok cam ni aku nak kasi tau 2 benda baik ni. Ko nak hadiah dari menang contest? Ok cun! Aku bagi. Ko nak tengok camne yg 7 org tu menjadi tv host? Beress….aku hidang rancangan tu kat korang.

Eh tapi bukanlah lam RM nih aku letak but kat Astro Ria lah nanti kuor rancangan Saya Nak Cuti, starting 5 May Rabu nih. If korang ingat lagilah chronology aku ngan Saya Nak Cuti ni mau ada berbulan-bulan jugaklah, dari aku promote utk diorang punya pencarian calon for Saya Nak Cuti bersama Malaysia Airlines dan kemudian hingga 7 orang finalists dikenalpasti. Sangat2 panjanglah jugak sejarah aku ngan depa, team Saya Nak Cuti nih.

So back to the contest, Tonton dan Menang. Ko nonton Astro Ria, program Saya Nak Cuti, pergi mastraveller.com jawab contest kat situ. Satu soalan akan di keluarkan kan di mastraveller.com 1 week in advance sebelum episode tersebut disiarkan. Contohnya first show akan disiarkan pada 5 May 2010, so soalan pertama will be posted up on mastraveller.com seminggu sebelum iaitu pada 29 April 2010. So bila dah tonton episode tu for sure senang2 tau jawapannya. Apa lagi shoot terus hantar jawapan. Opss sebelum terlupa, kena lengkapkan slogan sekali ya. Jawapan dan slogan kena hantar dlm masa 3 hari selepas episod tersebut disiarkan di Astro Ria.

image

Syarat-syarat asas nak join the contest nih:

1. Ko jadi member of mastraveller.com, alah register login 3 minit je yang.

2. So boleh start jawab setiap soalan mingguan dan kena bagi slogan sekali yek, jangan ngelat.

3. Jangan meraban pulak carik jawapan, semua answers for the simple questions tuh ada dalam episode Saya Nak Cuti di Astro Ria, setiap hari Rabu pada pukul 10pm.
(Tapi saya paham kalau korang happen to terlepas pandang, dari tonton di Astro Ria, boleh je catch up online di  www.MAStraveller.com)

4. Kena shoot the answers korang tu within 3 days kay, must be submitted before 11.59pm of every Fridays.

5. Weekly winners nih akan diannounce 2 minggu selepas tarikh tutup peraduan mingguan.

Clear? Ok apa pulak hadiahnya Kak Red?
Hadiah untuk pemenang mingguan ni ialah 2 tickets, 2 oi 2!!! 2 tiket penerbangan MAS ke destinasi yg sama dengan episode minggu tu. Kalo minggu pertama pergi Yogyakarta, ke Yogyakarta la kita, kalo minggu tu ke Bali, ke Bali la kita. Kalau you single boleh pergi ngan kawan ke, bawak Mak ke for Mom’s Day, kalau dah kawin boleh bawak spouse, or sukati ko lah nak bawak sapa. Kalau dah tak tau sangat nak bawak sapa, hah meh bawak aku nih.

Ohh btw first episode to be shown is of Aliff Ashari yang pergi ke Jogjakarta. Cayalah Aliff, dapat kuor RM, dapat jadi host, dapat pulak kuor Astro Ria.

At least kita yg tak dapat pergi ni dapat la juga tgk apa yg ada kat sana dlm episode ni nanti. Eh tapi mana tau kot2 menang contest ni nanti kan,  ha terbang la kita ke sana huhuhuuu.

So, jom ramai2 tonton Saya Nak Cuti by Malaysia Airlines ditayangkan khas untuk korang di Astro Ria jam 10malam, setiap hari Rabu nih yek.Anw, saya pun nak terima kasih banyak to MAS for engaging me for Saya Nak Cuti program. Lepas nih, program RM Nak Cuti tapi tak masuk tv lah yek…kuor kat RM jor yorrrr.

Khidmat masyarakat MAS is brought by redmummy.com

Comment: 23