Kebasahan kehujanan dan keributan…

IMG01912-20100816-1828

ya Allah Isnin petang hujan ke main kuat, beribut taufan, pokok banyak tumbang. dahlah Sirman janji ngan aku jumpa kat makcik rendang, dia dah beli2 tapi dia tunggu beredup kat JPJ, dah aku kena turun bawak payung sama pi amik dia.  abih berbanjir ler laki bini, makcik rendang tu baik betul, amik seketul ayam kurma, asam pedas kembung and rendang daging, baru 5 inggit. siap nak tapaukan nasi lemak gak tapi aku tolak coz sapa le nak makan..

sekali punya nak cepat, rendang daging tertinggal hahahahha…ko ler sirman melaju je kan..

IMG01913-20100816-1852

seluar aku tuh kaler gold, tapi dek kebasahan, memang lencun, abih jadi tukar kaler, sibuk je le si Paris sambut mak merah…

IMG01914-20100816-1910

masak 3 lauk, tapi lain tuh banyak budak2 punya. suka betul aku tengok anak2 makan banyak, biar banyak abih dari tak abih. air diorang wajib 2, milo panas and air sejuk tapi sebab dah banyak gerai yang tumbang kat ngan JPJ tuh yang terpaksa rendahkan khemah depa sebab hujan lebat sangat, so depa dapat air ribena jer.

mee soup kuning adalah pojaan abang, dah jadi idaman adiknya gak, so depa 2 berkongsi makan mee tu selepas makan nasi. kuih2 pun pas buka gak diorg lenjan, tu pasal orang dah abih makan diorg dok mengirai makanan lagik sampai aku nak hangin korang nih berapa jam nak makannya lagik.

IMG01889-20100816-0748

budak nih selang sehari 2 tukar beg sekolah, kongsi2 ngan abangnya. suka gumbira dia kan…asal aku nak amik gambar je, muka memang senyum sesajor…Gegirl oh gegirl, she s my best gf ever, kalau bapaknya cuba lah nak peluk aku, laju je dia melibas, tak dibaginya….dari baby sampai ke nak masuk 6 tahun nih…

aku tak beli lagi lah baju raya diorg, aisay, baju harian tu takper yang skirt seluar, itu melambak aku dah beli masa kat Europe, in fact kotak aku dari London dah nak sampai soon, so momantai. ni ha baju raya tradisional, blom dapat lagik nak dicarik apa…tunggu next week kot…

tak tau nak carik kat mana tapi aritu nampak kat Alamanda, eh sapa2 yang kat Alamanda, perasan kan ada orang jual kain baju raya budak2, siap kebaya nyonya lagi tuh, RM129 sepasang. mahal ke murah tu hek? bunyik macam mahal but kebaya nyonya tuh, alah comeinya….leh teleng2 sedonon ngan maknya. Aku tak pakailah kebaya nyonya masa hari raya, but bila tengok kebaya nyonya budak, huh….

sapo2 from Alamanda leh citer sket? aku pi harituh dia dah nak tutup ler, dapat tengok seimbas jer…

Comment: 33

Body treatement…

IMG01819-20100814-0922

oh oh gegirl yang baru bangun tidur, diurut makcik urut. aku dah officially amik package makcik urut untuk 1o hari. yeszaaa! harituh aku urut 3 hari berturut2 kan, memang kaw2 sedap. pastu aku amik air jamunya gak, sebab wpun  nampak aku ni active sana sini tapi aku tak makan apa2 supplement and jamu pun. now makcik ada buat sendiri, yang penting tak pahit.

Total untuk urut 3 hari + air jamu ialah RM345.

untuk the next 10 times urut treatment pulak will be RM750.

IMG01886-20100816-0434

bila aku cakap kat korang aku tak amik langsung any supplement, korang tak caya. bukan tak amik langsung, dedulu ada amik, kadang2 dari advertorials product, kengkadang boli sendiri, pastuh bila dah habis, langsung lupa nak sambung beli. jangankan aku punya, anak2 aku punya supplement pun lupa gak, nak belikan diorg punya pun manjang lupa, tapi kalo pi tengok butik bags ingat pulak ko eh Merah!

dulu masa dalam pantang, mak aku tunggu depan mata aku nak tengok aku habiskan segala air akar kayu yang dia buat sebab aku suka ngelat. ok reminder to myself, nanti mintak duit kat bapaknya untuk supplement depa. aku dah jumpa supplement aku, ni hah, the not so pahit jamu traditional home made by makcik urut. aku minum setiap kali lepas sahur. rasanya memang tak pahit, tp sebab aku dok set dalam pala aku its air jamu jamu jamu so asal nak masuk kat tekak jer, mulalah berkerut2 kening. tp memang ok lah, elok minum sekali guk gitu. makcik bagi sebekas air botol 100plus gitu, boleh tahan untuk sebulan. dipanaskan boleh or diminum sejuk terus dari dalam fridge.

harga air jamu is RM120.

IMG01871-20100815-1901

sekali apadah, tengok2 majalah urtv, apakah kuor iklan macam ni pun adakah? wah…aku tweetkan gambo ni ke main ramai sorak…sorak hapanya? aku nya jamu tu untuk kekuatan dalaman dan bagi tenaga not gonna say for vagina ke hapa lah, malu weih nak cite dalaman openly. ada orang memang tak tau malu, but not me lah. citer urut pun dah kira paling jauh aku leh bagi.

apapun ai love my massage treatment! tangan kiri aku dah baik, betul2 on last weekend urat yang tersimpul ke, darah yang tak berjalan pun dah on track. rasanyalah dari urutan makcik urut. tapi hari terakhir tuh wuii bukan main lagi berlipat2 badan aku dibuatnya. feel so good and fresh again.

Comment: 23

Sapo nak RM buat kuih raya??

IMG00329

dulu kan aku ada satu oven, usianya emm jap kira sebelum kojol wah 6 tahun berbakti. awal2 tahun dulu buat kuih raya, kuih bukan untuk jual ek, kuih untuk makan sendiri punya. pastuh dah makin busy terus tak pakai langsung. pakai pun bila mula nak bakar ikan ayam jer. pastuh bila makin taun dia makin kong pulak. apa tuh dia nya punat temperature tuh dah tercabut, aku cuba betulkan pun tak jalan gak…

IMG01835-20100814-1802

so kena beli yang baru. coz nak main bakar2 ikan ayam bagai gak lah, bakar sotong oh sedap…takpun ada kuih raya yang leh helper aku tolong buat sementalah dia dok umah siang2 banyak masa. cam biasa aku kena provide resepi jer nanti tau lah dia nak ayak tepung tu camner. kalo nak tunggu aku buat waktu malam or hujung minggu je lah..

dulu taun 2003 ada helper aku yang lama dera aku buat kuih raya sampai takde rehat tol, balik bukak puasa kena tolong dia, tu haprak punya helper lah, sib baik tak lama je aku ngan dia, sampai tengah malam lak tuh kena tolong dia, sampai laki aku tempiklah suh masuk bilik tidur…nampak nau kena ubat2 ngan helper lama aku lah tuh.

IMG01837-20100814-1803

kat area rumah aku gak ada 2,3 kedai letrik tapi yang paling fahmes is Sen Heng lah yeop. nak lagi jauh kat Jusco. bulan2 puasa nak bawak anak2 pi jalan jejauh merata oh tidaklah, baiklah dok selenga kat rumah. so finally aku beli gak lah satu oven, wpun dah kim and shaolintiger suh amik brand yang gah canggih mahal gilos. masalahnya kat sen heng nih paling gempak pun Zanussi, Electrolux and Pensonic. apa lagik yang ado yang…

IMG01845-20100814-1819

Lembik kan tengok muka2 anak2 aku, diorg ngah tengok Avatar kat tv nun, ada tv apa tah size 50inchi, wah bestnya bila aku tengok tuh….rasa macam mewahnyaaaaaa, tapi tu lah, rumah kocik, pakai 32inci pun dah rasa ok jer..so apa ke menu resepi kuih yang aku nak buat, antaranya ialah resepi yang ayu the sun dapatkan for us, wah itu resepi, bestlah sebab abang punya fav coz pembuat kuih tu dah passed away. so meh aku sendiri belajar buat untuk anak sendiri.  tapi bukanlah nak sangat buat kuih raya, cuma nak sangat pakai untuk bakar2 panggang ikan ayam udang gitu…

IMG01917-20100816-2054

dulu aku handal gile buat kuih raya, dulu2 tu masa belum akil baligh sampailah umur teenager. mak aku memang pembuat kuih raya for our family, kuih sampan, siput, kuih bunga dahlia, hai ko sebut je apa nama kuih traditional memang akulah assistant mak aku. tepung tu aku gayak, aku lah yang jaga depan oven besau mak dulu, susun2 kuih, sambil susun sambil ngap, eh segalanya lah. pastu bila dah kawin, hui, semua main order jer. ada pun kuih yang aku buat sendiri pun goreng siput, itu paling senang jer tenyeh2 tapi resepi sume dah lupa.

my helper banyak masa kat rumah, so she insists to help me, so buat permulaan aku suh dia belajar main bakar2 dulu pakai oven nih,  untuk bukak puasa baru nih dia pandai dah pakai bila dia bakar ayam. oh cemerlang! handallah ko oven, walaupun Zanussi tak sebrand korang punya even mungkin brand biasa jer, but bukan nak buat kuih raya utk jual. nanti bila aku dah beli barang2 untuk beli kuih raya yang ikut abang nak sangat tuh, aku tayang2 show show here, kot lah jadi idak, aku tunjuk yang jadik jer hahahhaha…

aku takleh jual lah, kang korang yang buat Promo Puasa Raya tak leh carik makan plak. ngehhh….

Comment: 18

The Result of RM’s Contest…

Down:
1. malam tak lena
entry tak siap
triplets bertiga
pun jadi sangap

hint: the after effect

1. KEDAUNG – ini memang vocab dari RM sendiri, dah merata pun orang pakai, aku pun boleh jadi DBP 🙂

2. dayang2 ker? pengiring ker?

GBM – kalau tak tau gak, hahahah tak pek nak nolong dor, fyi, crosswords puzzle nih GBM yang sama2 contribute, kepalanya si Ayuthesun lah.

3. even the 6 year old in the house dah ada.. ko hado?

COACH – last month or 2 bulan lepas ada entry yang aku bagi my first Coach to Gegirl.

4. the ’shareholder’, the ‘board of director

REDDADDY – kalau aku cakap SIRMAN kang ramai leh jawab so kita tukarkan ke RD pun ramai gak dapat jawab!

5. Gambarnya paling kurang di Redmummy.com

SHAMEEL – dah tentulah abang, tapi ada yang tak tau sampai pi tengok video Project Alpha. hehehehe usaha gitu yek

Across:
1. RM is also known as…

1. MAK MERAH – kak red pun ye gak, kak merah tu panggilan, but mostly orang panggil RM as Mak Merah or KR as Kak Red, tak kisahlah memana pun, janji bunyik2 merah tu and RM sendiri orang dah tau it belongs to me.

2. The first cat in red family

2. REDDY – memang betul sungguh jawapan korang, famous Reddy!

3. RM has a deep passion in ________.

3. HANDBAGS – sayang ada sorang tu pi eja handbegs iskk…excited yek dik.

4. jinak2 merpati. you can see. you can compliment. but you can’t touch.

4. GEGIRL – nak kena jerit ngan dia, ha usiklah dia!

5. a dream come true vacation.

5. FRANCE – haisay, baru aku pasan ramai yang banyakk silap jawab kat sini. if u read 1 year entry carefully, aku tak pernah cakap Europe or London or Ams as my dream vacation. aku selalu sangat cakap aku teringin nak pi PARIS. so if i put PARIS, ramai pulak tau  so kita jadikan as FRANCE coz Paris di France. but napa le korang pi jawab Europe…oh nangis..

image

The crosswords puzzle contest can be found kat sini.

ngeh….!

sapa benar2 betul, sapa benar2 salah? sapa rasa nak tepuk dahi? sapa rasa nak tepuk mak merah? 😛 . Camne aku nak bagi hadiah nih, adiah punya banyak, penyertaan pun banyakkkkkkkkkk…..siap ada yang hantar 5 jawapan TAK TAHU, hahahahha teruklah tau korang nih. dan yang paling tragis, hanya ada seorang sahaja pemenang yang berjaya menjawab dengan perfectly betul! seorang sahaja!!

Hadiah saguhati SASA dilantingkan kepada Juliey sebab yang lain tuh, Europe dah ada tapi Handbag pun boleh salah eja, tak kira kotak ke dik? takde s pastu handbegs iskk camne leh letak e pulak tuh, dahtuh kedaung jadi Setayup, first time aku dengo perkataan setayup ni yang,  and ramai lagi jawapan2 korang yang very the kedaung. so aku rasa pilihan hadiah saguhati berhak dapat untuk seorang sahaja.

Tetapi hadiah utama SASA, yang tiada perfumes yek, aku pi baca kat blog dia, dia ingat ada perfumes SASA wahhahahaa, kalo ada akak dah sebat dulu yang oi, dah tentu mak merah nih tokey perfumes!

The winner goes to DD!

rezeki betullah DD tahun nih, banyak betul adiah ko menang kan….bayangkan, hanya DD jer yang betul menjawab FRANCE! lain apa cer? memang ramai akan kata aku baca RM ni setiap hari pagi petang siang malam, dah 3 tahun, dah 4 tahun, tapi kenapa masih lagi jawab salah….

sebabnya aku tak boleh bagi soalan yang too straight forward, kita tau korang dah terlampau loyal sampai hapal most of the syllabus dalam nih, wah syllabus ko! tapi tu lah, apa barang mya yang tokan pink pun salah? manjang TAK TAU je ko submit kan… huhuuuu!

btw, yang lain jangan rasa sedih…hadiah ada banyak lagi tuh, nanti aku buat 2nd round of contest yek. Nak Crosswords puzzle lagi tak? aku kasi senang dari utusan punya yek? sapa mau? Hadiah untuk crosswords puzzle RM adalah tajaan SASA yang saya perolehi from the SASA Bloggers Tea Session event.

Comment: 22

Red Family di Bazar Ramadhan…

IMG01825-20100814-1711

aku update bukak puasa ke sahur kat twitter yang oi, tu pasal korang jangan pelik napa takde citer makan2 buka puasa or sahur. sahihnya gambar pun aku tweet live terus. well, last friday aku sampai ngam2 lagi 5min nak berbuka, luckilylah helper aku dah pandai masak melayu, aku dah ajar dia yang oi, satu buku resepi melayu aku dah bagi dia sejak setahun dulu so dia memang dah pandai sangat masak melayu.

so on weekend, memang aku lah yang kena buat all out, and budak2 dah bagi list nak makan apa nak minum apa untuk bukak puasa. tetiba je abang dah siap list kooooo! mak haik! melampo betul listnya, makan ke mentekedarah. beli 4 inggit pun banyak tak habis inikan pulak list berjela2 tuh.

IMG01826-20100814-1712

sebab ini pertama kali kita ada masa untuk kuor as a family, ngan aku pun ikut sama coz aku nak jumpa makcik rendang yang kusayang itu….kat sekitar rumah aku memang ada melambak gerai under DBKL for pasar ramadhan nih, ko nak makan apa jer, sume ado.

IMG01833-20100814-1729

ini tempat yang aku paling suka pergi berparam…kat sinilah jugak makcik rendang meniaga, cuma nasib kurang baik, weekend makcik nih tak meniaga lah pulak, dia meniaga hari weekdays sahaja…aisayh… sapa ke penyanyi/pelakon lawa tuh, Syella yang ada butik pengantin tuh, ha dia pun ada menjual sama. lawo betullah budak tuh. putih gebu sungguh.  dulu masa belum jadi artis takde le selawa gitu, apa kah rahsianya ek?

jong jong jong! aku tak pi pun beli kat gerai dia, tak tau pun apa dia jual…

IMG01827-20100814-1720

kenapalah masa bukan ramadhan takde orang nak menjual ke main hebat macam nih yek? napa le masa bulan puasa ajer baru berebut2 orang carik duit raya, meniaga hebat gini iskk, tau tak, bukan orang melayu muslim kita jer yang sibuk membeli tapi cina india omputih segala bangsa berebut2 membeli juadah gak masa ni.

IMG01830-20100814-1724

aku cukup tak suka betul anak2 aku nih kalau nak makan sume yang diorg nampak semua diorang nak. eii, membazir betul. macam2 pulak tuh yang diorg order nak tuh nak nih….dah 2 kali berbuka gak habis membazir je buang. baik bagi kat security guards VA tuh, beli2 baik bagi diorg, ada gak pekdahnya. bengang betul aku. pasnih aku kena lagi serius ngan depa tak bleh nak manjang sumernya nak semataaa…

fishball nih amik sampai 3 jenis, makannya sebijik jer.eii korang! makan masa sahur lagilah payah coz semua makan nasi and dah tak lalu nak makan bebanyak, ater dedua pala lentok kat meja makan.

IMG01832-20100814-1727

mee kuning + soup nih sangat fav abang, dia beli ni makan sampai habis, berkongsi sama adiknya. aku kalo apa2 beli kongsi jer tak yah nak membazir kot dia nak tuh nak nih, ha beli satu korang rasa le sesama sket…tak rugi beli nih yek sirman if in d future abang nak lagik.

IMG01828-20100814-1720

nih aku tak tau lah apa mendanya nih, Puffina, tak try pun kita beli, but memang tak tau apa ke mendenya. kalau jual masa bukan bulan Ramadhan, nanti aku makan yek bang. tak pung masa aku ngah red flag datang bulan, nanti aku borong so boleh buat makan masa siang2 hari dok bawah meja ngan member yang sama2 datang bulan hahahahha…..

lecehlah, wpun red flag ko ingat senang nak makan ke, dahlah tak leh makan openly, makan kena sorok2, yang bersorok tu pun payah kay! nak buat air lagilah tak boleh, takut orang nampak, diorg takkan cakap apa tapi seganlah, sesengih sedepa je memasing nanti. ngan anak2 aku leh lagi menyorok.

IMG00324

the next station kita pergi kat sebelah tasik pulak. aku ada masak 2 lauk tapi ada yang kita nak carik macam contoh siput sedut takde jual kat depan JPJ tadi tuh. oh aku tak leh makan  siput sedut yang ada keladi yer, gatal2 kang, lgipun Gegirl pun nak makan sama, so aku kena carik siput sedut yang tidak ada keladi langsung. ni siput sedut aku tak getilah nak siang. kalau ada pun yang makan aku ngan Gegirl jer, orang lain tak geti nak makan….

IMG00325

bapak nak air cendol…yey! budak2 dah mintak air soya, tapi bila hidang diorg berebut nakkan air cendol bapaknya….

IMG00327

bubur pulut hitam ku yang sampai sudah lupa nak makan, coz tidur awal. bulan2 puasa ni banyak dugaan lah, antaranya mata cepat nak lelap wpun sat nite. sayang betullah aku dah terliur2 nak makan bubur pulut hitam nih…

aku suka sume jenis bubur kecuali bubur tu ko taruk durian, memang aku tak makan. tu pasal penah dengo aku makan tempoyak? nehi kan?

IMG00323

eh eh ada gambar catwalk ibu dan anak…

IMG00326

waa jumpa gak siput sedut tanpa keladi! aku belasah sorang nih untuk 2 inggit. tapi rupanya dalam aku ngah beli nih, sirman pi beli lauk lain gak, tu yang bila hidang banyaknya hai lauk banyaknya hai makanan….kalo makan kat umah mak ajah sedap gak.

IMG01831-20100814-1726

penutup entry aku kasi gambar ayam goreng kukus! ya allah sedap betul, tang Abang and Gegirl lah. tang sirman punya dalam dia tak masak sangat. aku tak amik coz aku tau mesti ada yang tak makan so campak kat mak nya. ni gerai kat depan JPJ tu gak, sebelah2 ngah gerai makcik rendang.

Adalah masa beli kat sebelah tasik punya bazar ramadhan kan, aku amik asam pedas ikan pari. laki aku budget 3 inggit jer, sekali 5 hinggit ko! aku terus cakap pasnih tak yah dah beli lauk2 gini, ai pun boleh masak. 5 inggit tuh! iskk… tu yang kuor twitter laki aku ngomel napa sampai sepetang punya param sampai 40hinggit anak beranak membeli. ngehh! Not like we beli everyday, tapi kalau sekali ngadap beli 40 ringgit, wui banyaknyaa!

Ahad abang teringin nak bukak puasa kat QB …. nanti aku cite apalak yang menarik under QB kay.

Comment: 22