Apr 25 2011 Monday, 3:30 pm
Exora VIP Session!
48hours sticky sponsored post 🙂
Hari Sabtu yang lepas adalah hari yang bermanafaat dan berinformasi bagi kami suami isteri. Apa taknya kami telah berkesempatan untuk menghadiri sesi satu hari penuh bersama Proton iaitu Sesi Pandu Uji Eksklusif Proton Exora di Fullhouse, Sunway Giza Mall. Sesi ini bukan sahaja untuk pandu uji Exora sahaja, tetapi ianya lebih dari itu dan lebih dari yang saya jangkakan. Dihadiri seramai lebih kurang 20 pasangan, sesi ini memang bermanafaat dan saya dapat belajar banyak benda baru serta tip-tip yang menarik 🙂
Dimulakan oleh kata-kata aluan dari representative dari Proton iaitu Raja Nur Zahirah Raja Adam, kami kemudiannya diberi penerangan dan taklimat oleh Ivan Khong serba sedikit tentang apa yang bakal kami akan buat semasa pandu uji Exora ini. Beliau ialah certified trainer yang selalu organize a car clinic teaching about the basics of car control etc. Looks like Proton memang mengambil berat tentang keselamatan kami semua semasa pandu uji ini dengan membawa orang yang betul-betul pakar tentang kereta untuk sesi pandu uji ini. Actually risau juga la kitorang, wondering cemana la Proton nak handles kami ramai-ramai ni nanti nak drive Exora ni, sebab lepas ni kami ramai-ramai akan memandu Exora dari Sunway Giza ke Desa Park City. Kang confirm ade yang sesat barat hilang entah ke mana, maklum la bukan semuanya datang dari KL, ade yang datang dari Johor, Melaka, Seremban dan tempat-tempat lain. Mak sendiri pun tak reti jalan ke sana gak hiks 🙂
Tapi sebelum kami pergi membuat pandu uji Exora ini, kami diberi taklimat tentang keselamatan pula oleh Puan Kartini Illias iaitu Pakar Klinikal Psikologi dati UiTM. Beliau menerangkan ciri-ciri keselamatan, serta tip dan teknik perjalanan terutama sekali untuk mereka yang berkeluarga. Apa yang perlu diajar kepada anak-anak kita supaya perjalnanan kita nanti akan selamat tiba ke destinasi seperti contoh memakai tali pinggang keledar of cos la kan, tidak menjenguk ke luar kereta dan sebagainya.
Saya menjadi driver untuk membawa bersama Press dari akhbar-akhbar harian tempatan 🙂
Selepas itu apa lagi kami seterusnya diberi peluang untuk memandu Exora pergi ke Desa Park City. All these Exora come with Proton navigator system sekali, so no worry sure tak sesat. Sepanjang perjalanan itu juga kami diberi arahan oleh Ivan melalui system walkie-talkie. Beliau mengarahkan arah perjalanan dan juga menyuruh kami supaya menguji Exora ini dengan membelok, membrek, menekan minyak atau accelerate dengan lebih laju. Terus terang saya katakan memandu Exora yang pada mythnya yang orang kata panjang, besar dan susah nak bawak, adalah tidak benar. Sama sahaja seperti memandu kereta-kereta yang lain even dalam keadaan yang sesak dan banyak kereta masa tu. Lagi bangga ade la, sebab kereta kita lagi besar hiks 🙂
yey semua dah selamat sampai di Desa Park City
Coincidentally saya dapat memandu kereta 1107 ni, ke ade makna lain yang tersirat 🙂 Sapa tahu apakah maknanya number 1107 Exora itu pada RM?
Di sini kami akan membuat pandu uji Exora dengan membuat beberapa ujian seperti emergency brek sambil mengelak, blind folded parking, mengisi muatan dan zig zag driving.
Ok nak start buat emergency brek sambil mengelak halangan
Ujian ini adalah untuk membuktikan walaupun dalam kelajuan yang tinggi, sistem brek Exora dapat membuat hentian yang tepat dan jitu even kita memusing stereng untuk mengelak halangan di hadapan semasa membuat emergency brek tersebut. Yup tak terbalik, kerana ianya dilengkapi dengan sistem ABS + EBD so ianya memang stabil.
Ha cuba teka berapa minit saya membuat side parking dengan blind folded begini?
Of cos la my hubby kena bagi arahan cemana nak masuk parking tu.
Ha pusing kanan, balas sket, reverse lagi lagi, depan sket, pulas kasi habis, kiri lagi. Lagiiiiiii. Ha reverse balik… ok done put gear in P. Tarik hand brake!!!
ha kau my hubby jerit…. bape minit korang teka tadi?
Don’t play-play, I did it in 1min 7secs kay. See even blind folded pun leh parking Exora yang panjang ni, inikan pula tak blind folded dak 🙂
Then lepas tu buat zig-zag driving to show that Exora is easily handle untuk pemanduan jalan yang berbengkang-bengkok ataupun bersimpang siur.
Dan ini pula kami berlumba siapa dapat memuatkan barang-barang ini secepat mungkin. 4 luggages, golf bag plus stroller memang muat masuk ke dalam Exora and still ada extra space lagi. Memang sesuai la kalau untuk balik kampung ataupun nak pergi jalan-jalan bercuti.
Ooo btw, di sini kami semua dikehendaki menjawab beberapa soalan tentang Exora dan hadiah berjumlah RM6 ribu tunai menanti kami nanti.
Yang gambar tengah tu ialah pemenang pertama kuiz Sesi Pandu Uji Exora ni. Tahniah!
Usai sahaja sesi pandu uji litar Exora tu tadi, kami pulang semula ke Sunway Giza untuk lunch. Selepas lunch dan solat, sesi kami bersambung dengan taklimat dari Dr Alvin Ng Lai Oon iaitu Pakar Klinikal Psikologi dari UKM mengenai Keselesaan. Tahukah anda hubungan kita suami isteri akan bertambah erat jika keselesaan kita amalkan. Bermakna selesa itu penting dalam hubungan kita, ini bermakna pemilihan kereta yang selesa juga penting dalam kehidupan berkeluarga ini. Bila masing-masing selesa so masing-masing happy ye dok 🙂
Diikuti pula dengan taklimat Gaya dan Keterampilan oleh Datin Sharifah Shawati di mana beliau menekankan bahawa imej dan keterampilan adalah penting untuk kita dan kereta yang kita gunakan juga melambangkan imej dan personaliti kita. So make the wise choice dalam bergaya ya 🙂
Kemudian disambung kembali oleh Ivan menerangkan lebih lanjut ciri-ciri ekonomikal Exora di mana beliau berkongsi tip-tip yang penting tentang cara-cara pemanduan yang lebih berhemah dan jimat.
Dan taklimat terakhir pula dari Perunding Kewangan iaitu Encik Al Jazzura Khan. Beliau berkongsi serba ringkas cara-cara bagaimana seharusnya kita berbelanja. 60% untuk expenses, 20% untuk simpanan hari tua ataupun study dan selebih 20% lagi adalah untuk keinginan kita. Keinginan itu sebagai contoh nak beli Exora ni tapi of cos la kena simpan 20% tu untuk few months so baru la boleh buat down payment ye dok 🙂 Beliau jugan menekankan bahawa dengan membeli MPV seperti Exora, sebenarnya kita telah membuat investment dan bukannya liability. Ade betul juga cakap dia, ye lah cuba kita fikir kalau kita beli Exora masa mula-mula kawin, then bila dah ada anak lima tak payahlah nak sibuk tukar-tukar kereta dok? Imagine kalau kita beli kereta kecik dulu… ha mana nak sumbat anak-anak? Tak ke investment namanya tu?
Sesi ini kemudiannya ditutup oleh Raja Nur Zahirah sambil menghadiahkan consolidation prize kepada semua peserta iaitu RM200 tunai ditambah pula dengan SPA session untuk setiap pasangan ialah selepas berpanas terik berpeluh ketiak berjemur di bawah matahari 90 degree kenalah merehatkan dan memanjakan diri pula.
Tapi apa yang lebih penting bagi saya ialah tip-tip dan informasi-informasi yang berguna yang saya perolehi semasa Sesi Pandu Uji Exora ini yang diutamakan. Banyak yang kita boleh praktiskan dalam kehidupan harian kita sekeluarga. It was really beneficial and enjoyable session. Dan ternyata myths pasal Exora adalah myth semata-mata. The facts are actually the opposite!
Terima kasih Proton. So korang, jangan lepaskan peluang ni, tak teringin ke nak join Sesi Pandu Uji Exora?
Khidmat pesanan masyarakat Proton Exora is brought by Redmummy.com .
Anak_Gajah
Apr 25, 2011 @ 15:38:12
1107 tu besday akk kan… coz kita celebrate hari yg sama..
appledia
Apr 25, 2011 @ 16:33:35
Ooooowwwww hakak aku JELES!!!!!!huwaaaaaaaaaa
nota kaki : Jeles2 aku TETEP sukak belausss ko yang puteh itew!Poplookkah? 8)
appledia recently posted..Har har har har harunsalimbachik!
RedMummy
Apr 25, 2011 @ 16:36:58
@appledia,
bukan redmummy.com ‘s look 🙂
Anis Czaj
Apr 25, 2011 @ 17:38:53
@RedMummy, HAHAHAH! lik2… cantik la baju RM!!
Anis Czaj recently posted..Rindu
appledia
Apr 25, 2011 @ 22:00:39
@RedMummy, RM the fashion designer pulok?????Ooooheeeeemgggggggie! :[
appledia recently posted..Terkocoh2 di Puduraya yang maju!
fara
Apr 25, 2011 @ 16:39:29
jiran sebelah ade exora, tak dapat join event ni aritu, sy naik tumpang test kete die je kak 😀
fara recently posted..Food Review- Khan Baba Restaurant
Anis Czaj
Apr 25, 2011 @ 17:39:14
@fara, GOOD2.. 🙂
Anis Czaj recently posted..Rindu
mummy wana
Apr 25, 2011 @ 17:31:19
Proton exora is the best car..:)
mummy wana recently posted..The Royal Wedding Prince William & Catherine Middleton
JAI
Apr 25, 2011 @ 17:37:37
Wahh..bestnyerrr..adeyyyy..rugi wehh..adoi..adoii..
JAI recently posted..LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU ABANG NARA & MAT TIGER MENANGIS TAK BERAIRMATA
haiqal
Apr 25, 2011 @ 17:58:58
Nombor tu sama dengan n ombor kereta Baruuuu
haiqal recently posted..Kontest-Mari Berjiwa
MrJocko
Apr 25, 2011 @ 18:31:27
bestnya kalau dapat join
auc dot com
Apr 25, 2011 @ 18:44:32
saya memang pengguna tegar proton exora, tq info yg menarik
auc dot com recently posted..Cerita sebenar Patin RM13-000
sue
Apr 25, 2011 @ 19:15:45
bukan ke 1107 besday RD kan..kan..kan..dapat hadiah ke kalu jawab betui ni… 🙂
hanani
Apr 25, 2011 @ 19:25:35
best lah event ni.. 🙂 tak pernah lagi drive keter panjang2 cam exora ni. 🙂
Jom baca ni: Free one drop perfume..Sape nak?
hanani recently posted..Konsert Untukmu Loloq
mak
Apr 25, 2011 @ 19:36:17
mmg sgt menyeronokkan dan sgt memberi ilmiah dlm event test drive eora kali ni kak
And , nice to meet you..
mak recently posted..LIVE- SOGO SALE! CERAH MATA MAK!
kojie
Apr 25, 2011 @ 23:43:51
hari yg paling best…..dpt jumpa kak red yg sporting habis n gila2….also mak mahsuri yg meriah…owh….so wonderfull…love it
cikaje
Apr 25, 2011 @ 23:54:10
best kan dapat join event tu…dok submit form tapi nama blom naik daaa… :((
Oh! Azizah
Apr 26, 2011 @ 01:30:11
OA dah submit application…. itu hari org exora ada call… tapi tak panggil pun…. pastu cuba nasib kat shout redmummy… pun tak bernasib baik gak… huhuhuhuhk…. kena mandi bunga dulu kot…. anyway.. teringin gak nak test drive coz we’re looking forward untuk upgrade kereta….
Encik Amie
Apr 26, 2011 @ 04:02:48
saya ada tulis pasai akak RED punya blog yang saya suka masuk baca ni kat blog saya, ada masa masuk dan komenlah kalau saya ada tersalah cakap kat situ eh?
Apa pon, kisah hantu dan kereta Exora untuk diReview tu menjadi igauan saya yang baru 5 bulan menulis blog nih…
http://belogapasajajadi.blogspot.com
amy pb2
Apr 26, 2011 @ 07:41:26
kak red, hari tu berminat nak pergi tp hubby balik outstation lambat. lenkali insyaAllah. nanti bg tau lagi kalau ada next time ya.. tq.
amy pb2 recently posted..Giveaway untuk 5 follower baru sehingga 30 April 2011!!
zeera
Apr 26, 2011 @ 08:32:44
EXORA ..my dream car gak coz family dah bertambah :love:
zeera recently posted..Happy 28th Birthday to Me
Qistina
Apr 26, 2011 @ 08:48:53
cantik blouse tu
ihik…i nampak kak red makan kat kfc pagi tu
anak i yg nampak dengan dialog “tu betul2 red mummy ibu”
suka dia…tp nampak kak red sibuk mkn mls nk kacau sbb i tapau je 🙂
comel kak red…;-)
Qistina recently posted..KO SE – RM 89 kembali menyerang
RedMummy
Apr 26, 2011 @ 08:53:33
@Qistina,
pagi ahad kan yg nampak makan tuh?
exora ni seharian sabtu 🙂
Qistina
Apr 26, 2011 @ 08:55:58
@RedMummy,
a aa pagi ahad
hahahha
Qistina recently posted..KO SE – RM 89 kembali menyerang
mamasuri
Apr 26, 2011 @ 11:20:02
pernah gak naik exora..oklah..not bad..harga pun tak mahal..kak red best tak sharifah shawati tu bg slot?tingin nak g slot dia..
mamasuri recently posted..murah ler
Yattie
Apr 26, 2011 @ 12:24:41
Kak Red, cantik baju.. from ThePopLook ke..? 🙂
Yattie recently posted..Stress & rajin belajar
RedMummy
Apr 26, 2011 @ 13:43:34
@Yattie,
nope. sendiri.
ashim
Apr 26, 2011 @ 21:08:03
@RedMummy, saya ada jugak baju ituuuuu.. bought it from isetan klcc.ngeee…khamis ni nak pakai lagi gi opis.
mek norfa
Apr 26, 2011 @ 12:43:09
wow k.red boleh buat side parking dengan blind folded 1 min 7 secs jer.. :[ caya lah..
mek norfa recently posted..Saya Sayang kan Mereka
haslina
Apr 26, 2011 @ 12:57:49
suka tgk gandingan kencang RD n RM.
;))
haslina recently posted..Bayam merah
Suzy Lawa
Apr 26, 2011 @ 14:30:59
Saye dah buat kuiz utk 20org yg terpilih test drive exora tu… sbb skrg sye gune mpv gak. tapi bukan proton… nk cube rase ade beza ke x..
lia
Apr 26, 2011 @ 15:00:03
kak Red, event tu mmg meletops kn..best banget….siap SPA lg
yanamib
Apr 26, 2011 @ 15:22:42
1107 tu sama dgn besday kak red lerr..hikss..11 july..tak gitu?? eh dpt exora sebijik eh klu btol jwb? wohoaa~ 🙂
yanamib recently posted..Hiasan Meja Makan
Lyn Yusoff
Apr 26, 2011 @ 18:52:06
bangga menjadi anak malaysia dgn ade exora..
kak, pants ke skirt yg akak pakai tu cantik…
nampak kat dmansara ari tuh.. tpi pendek nau.. terus cancel nak beli.. hehehe
11 07 tarikh lahir mu kan kak
Lyn Yusoff recently posted..Ikano- The Curve & Street Market
dilakochan
Apr 26, 2011 @ 18:55:39
Hallamak… hebat tuh kak red. Mata tutup pun,
semenit lebih je..
hebat hebat!
yangbaik
Apr 26, 2011 @ 20:51:46
exora! memang terbaekk punya… 🙂
yangbaik recently posted..Kumpul dan hafal ilmu Ada tips menghafal juga
ShashaCatering
Apr 26, 2011 @ 21:26:12
Wah! Seronoknya…. 😉
ShashaCatering recently posted..MERANCANG MENU UNTUK KENDURI- MAJLIS KORPORAT DAN RUMAH TERBUKA
landax
Apr 26, 2011 @ 23:43:32
wah!syoknya!kalau landax dapat peluang,memang lenjan abis lah!heeee
landax recently posted..Revolusi Internet Dalam Hidup Aku
adisarah
Apr 27, 2011 @ 09:34:52
yes, Exora – comfortable & affordable mvp
adisarah recently posted..Ayahanda tercinta dah berusia 81 tahun
cinta
Apr 27, 2011 @ 10:22:02
best gak pandu uji exora ni..jom sokong kete malaysia
cinta recently posted..Pagi pagi cinta
tips-kurus
Apr 27, 2011 @ 12:43:04
sesuai utk seisi keluarga. Belilah barangan buatan Msia. 🙂
tips-kurus recently posted..Do you know- The 5 Biggest Fitness Mistakes
sham
Apr 27, 2011 @ 13:26:21
RM nye brithdy 1107 k? same la kite… sham dh pasang impian nak beli no tu untuk kereta idaman sham suatu hari nanti…
sham recently posted..Hands-free Pumping Systems
ain
Apr 27, 2011 @ 13:53:18
Best gak ek ..dapat duit n tip-tip yang sangat bagus.
umie
Apr 27, 2011 @ 14:39:37
kak red dlm metro hari nie laa bout exora nie. hehe. 🙂
umie recently posted..NIKON D60 FULLSET UNTUK DIJUAL
tiefazatie
Apr 27, 2011 @ 18:29:50
kak red ada dlm paper hari nie!
tiefazatie recently posted..internet problem peeps!
penadigital
Nov 17, 2011 @ 23:31:20
Sypshot exora bold, model terbaru dan tersebar di merata-rata sekarang wp proton masih sembunyikannya
Experience Exora, Kami Jatuh Cinta | Eyriqazz.com
Oct 01, 2013 @ 19:14:13
[…] merasa pengalaman seperti mereka ini : Â CikLilyPutih – Seharian di Exora VIP Test Drive Redmummy – Exora VIP Session! Â ” Sesi ini kemudiannya ditutup oleh Raja Nur Zahirah sambil menghadiahkan consolidation […]
TYRA
Feb 20, 2019 @ 10:04:14
Apa yang perlu diajar kepada anak-anak kita supaya perjalnanan kita nanti akan selamat tiba ke destinasi seperti contoh memakai tali pinggang keledar of cos la kan, tidak menjenguk ke luar kereta dan sebagainya