Proton Exora

Not a little EXORA!

48hours sponsored post

IMG_1499

Kalau few months ago, kita ada kuorkan cerita pasal Proton Exora bukan sekadar MPV, kemudian aku pun ada pergi course depa, bukan takat tengok, siap menerai bagai. Infact dapat pakai Exora untuk a week lagik…

Cuma sayang masa tu dah ordered keter baru lain.
Dan masa tu jugak tak tau yang kita akan pregnant.
Kalau tau lah akan datang number 3 ahahhah…kompem bedal satu MPV Exora nih!

IMG_1577

My kids bila ditanya kenangan menaiki Exora, semua thumbs up! Mau naik lagik, but tu lah, bukan aku tak mampu nak beli, masalahnya dah beli keter lain hah, takkan nak ada sampai 3 bijik keter, mau kena bayar saman parking hari2 jer, umah aku tu allocation bukan untuk 3 parkings. But but takper, kalau saya tak de chance to have it, tak bermakna orang lain takde peluang jugak.

Comparments dalamnya yang luas, ada DVD player, semestinya untuk 7 orang, imagine if I have 3 kids + 2 adults. Iskk…yg seat tengah mesti Gegirl and baby brothernya dalam car seat lah, abang as a big boy sure nak dok sorang2 kat belakang, me pulak jadi co pilot or driver wt RD.

You can sum up Exora’s features as SPACE,
S – Safety
P – Performance & Quality
A – Advanced Styling
C – Comfort & Practical
E – Economical

image
Hey ai belum delivered yet, 3 top photos nih semuanya waktu aku melenjan dengan Exora, sib baik ler tak pitam waktu buat kerojer nih. Kalau pitam, oh senang je sumbat dalam Exora, tempatnya luaskan :) .  Mak abah aku suka naik Exora nih, so bukanlah makpak muda macam aku nih jer yang comfortable with the car but also my parents yang agak berumur tuh jugak.

My point is…
skang ngah cuti sekolah kan?

Hahahahhaa I have 1 little best value money for u ;)

Dengan tempahan dari 15 November hingga 31st December tahun nih, korang akan mendapat penjimatan RM5,000 untuk model Proton yang terpilih!!! The promotion of Incredebile Deals on Wheels nih boleh korang layari di www.proton-edar.com.my

Harga untuk sebijik standard Proton Exora bermula dari RM58,548 to RM76,998  tak sure Exora berape saving but you can call Proton i.care for further information at 1300 880 888, if not visit the nearest Proton showroom cepat! Amacam? Dah dapat Exoranya jangan lupa bilang pada Redmummy, mana tau, rezeki tu kita kongsi bersama, kasi pinjam daaaaaaaaaa….anak2 I kan dah bertambah :)

Rebut this promotion by clicking www.proton-edar.com.my sikalang jugak!

Khidmat pesanan masyarakat Proton is brought by Redmummy.com

Comment: 18

Exora VIP Session!

48hours sticky sponsored post :)

image

Hari Sabtu yang lepas adalah hari yang bermanafaat dan berinformasi bagi kami suami isteri. Apa taknya kami telah berkesempatan untuk menghadiri sesi satu hari penuh bersama Proton iaitu Sesi Pandu Uji Eksklusif Proton Exora di Fullhouse, Sunway Giza Mall. Sesi ini bukan sahaja untuk pandu uji Exora sahaja, tetapi ianya lebih dari itu dan lebih dari yang saya jangkakan. Dihadiri seramai lebih kurang 20 pasangan, sesi ini memang bermanafaat dan saya dapat belajar banyak benda baru serta tip-tip yang menarik :)

 

image

Dimulakan oleh kata-kata aluan dari representative dari Proton iaitu Raja Nur Zahirah Raja Adam, kami kemudiannya  diberi penerangan dan taklimat oleh Ivan Khong serba sedikit tentang apa yang bakal kami akan buat semasa pandu uji Exora ini. Beliau ialah certified trainer yang selalu organize a car clinic teaching about the basics of car control etc. Looks like Proton memang mengambil berat tentang keselamatan kami semua semasa pandu uji ini dengan membawa orang yang betul-betul pakar tentang kereta untuk sesi pandu uji ini. Actually risau juga la kitorang, wondering cemana la Proton nak handles kami ramai-ramai ni nanti nak drive Exora ni, sebab lepas ni kami ramai-ramai akan memandu Exora dari Sunway Giza ke Desa Park City. Kang confirm ade yang sesat barat hilang entah ke mana, maklum la bukan semuanya datang dari KL, ade yang datang dari Johor, Melaka, Seremban dan tempat-tempat lain. Mak sendiri pun tak reti jalan ke sana gak hiks :)

Tapi sebelum kami pergi membuat pandu uji Exora ini, kami diberi taklimat tentang keselamatan pula oleh Puan Kartini Illias iaitu Pakar Klinikal Psikologi dati UiTM. Beliau menerangkan ciri-ciri keselamatan, serta tip dan teknik perjalanan terutama sekali untuk mereka yang berkeluarga. Apa yang perlu diajar kepada anak-anak kita supaya perjalnanan kita nanti akan selamat tiba ke destinasi seperti contoh memakai tali pinggang keledar of cos la kan, tidak menjenguk ke luar kereta dan sebagainya.

 

IMG_0528

Saya menjadi driver untuk membawa bersama Press dari akhbar-akhbar harian tempatan :)

Selepas itu apa lagi kami seterusnya diberi peluang untuk memandu Exora pergi ke Desa Park City. All these Exora come with Proton navigator system sekali, so no worry sure tak sesat. Sepanjang perjalanan itu juga kami diberi arahan oleh Ivan melalui system walkie-talkie. Beliau mengarahkan arah perjalanan dan juga menyuruh kami supaya menguji Exora ini dengan membelok, membrek, menekan minyak atau accelerate dengan lebih laju. Terus terang saya katakan memandu Exora yang pada mythnya yang orang kata panjang, besar dan susah nak bawak, adalah tidak benar. Sama sahaja seperti memandu kereta-kereta yang lain even dalam keadaan yang sesak dan banyak kereta masa tu. Lagi bangga ade la, sebab kereta kita lagi besar hiks :)

 

IMG_0558

yey semua dah selamat sampai di Desa Park City

 

IMG_0578

Coincidentally saya dapat memandu kereta 1107 ni, ke ade makna lain yang tersirat :) Sapa tahu apakah maknanya number 1107 Exora itu pada RM?

 

IMG_0629

Di sini kami akan membuat pandu uji Exora dengan membuat beberapa ujian seperti emergency brek sambil mengelak, blind folded parking, mengisi muatan dan zig zag driving.

 

IMG_0633

Ok nak start buat emergency brek sambil mengelak halangan

image

Ujian ini adalah untuk membuktikan walaupun dalam kelajuan yang tinggi, sistem brek Exora dapat membuat hentian yang tepat dan jitu even kita memusing stereng untuk mengelak halangan di hadapan semasa membuat emergency brek tersebut. Yup tak terbalik, kerana ianya dilengkapi dengan sistem ABS + EBD so ianya memang stabil.

 

IMG_0617

Ha cuba teka berapa minit saya membuat side parking dengan blind folded begini?

Of cos la my hubby kena bagi arahan cemana nak masuk parking tu.

Ha pusing kanan, balas sket, reverse lagi lagi, depan sket, pulas kasi habis, kiri lagi. Lagiiiiiii. Ha reverse balik… ok done put gear in P. Tarik hand brake!!!

ha kau my hubby jerit….  bape minit korang teka tadi?

Don’t play-play, I did it in 1min 7secs kay. See even blind folded pun leh parking Exora yang panjang ni, inikan pula tak blind folded dak :)

image

Then lepas tu buat zig-zag driving to show that Exora is easily handle untuk pemanduan jalan yang berbengkang-bengkok ataupun bersimpang siur.

IMG_0679

Dan ini pula kami berlumba siapa dapat memuatkan barang-barang ini secepat mungkin. 4 luggages, golf bag plus stroller memang muat masuk ke dalam Exora and still ada extra space lagi. Memang sesuai la kalau untuk balik kampung ataupun nak pergi jalan-jalan bercuti.

Ooo btw, di sini kami semua dikehendaki menjawab beberapa soalan tentang Exora dan hadiah berjumlah RM6 ribu tunai menanti kami nanti.

 

image

Yang gambar tengah tu ialah pemenang pertama kuiz Sesi Pandu Uji Exora ni. Tahniah!

Usai sahaja sesi pandu uji litar Exora tu tadi, kami pulang semula ke Sunway Giza untuk lunch. Selepas lunch dan solat, sesi kami bersambung dengan taklimat dari Dr Alvin Ng Lai Oon iaitu Pakar Klinikal Psikologi dari UKM mengenai Keselesaan. Tahukah anda hubungan kita suami isteri akan bertambah erat jika keselesaan kita amalkan. Bermakna selesa itu penting dalam hubungan kita, ini bermakna pemilihan kereta yang selesa juga penting dalam kehidupan berkeluarga ini. Bila masing-masing selesa so masing-masing happy ye dok :)

Diikuti pula dengan taklimat Gaya dan Keterampilan oleh Datin Sharifah Shawati di mana beliau menekankan bahawa imej dan keterampilan adalah penting untuk kita dan kereta yang kita gunakan juga melambangkan imej dan personaliti kita. So make the wise choice dalam bergaya ya :)

image

Kemudian disambung kembali oleh Ivan menerangkan lebih lanjut ciri-ciri ekonomikal Exora di mana beliau berkongsi tip-tip yang penting tentang cara-cara pemanduan yang lebih berhemah dan jimat.

Dan taklimat terakhir pula dari Perunding Kewangan iaitu Encik Al Jazzura Khan. Beliau berkongsi serba ringkas cara-cara bagaimana seharusnya kita berbelanja. 60% untuk expenses, 20% untuk simpanan hari tua ataupun study dan selebih 20% lagi adalah untuk keinginan kita. Keinginan itu sebagai contoh nak beli Exora ni tapi of cos la kena simpan 20% tu untuk few months so baru la boleh buat down payment ye dok :) Beliau jugan menekankan bahawa dengan membeli MPV seperti Exora, sebenarnya kita telah membuat investment dan bukannya liability. Ade betul juga cakap dia, ye lah cuba kita fikir kalau kita beli Exora masa mula-mula kawin, then bila dah ada anak lima tak payahlah nak sibuk tukar-tukar kereta dok? Imagine kalau kita beli kereta kecik dulu… ha mana nak sumbat anak-anak? Tak ke investment namanya tu?

IMG_0590

Sesi ini kemudiannya ditutup oleh Raja Nur Zahirah sambil menghadiahkan consolidation prize kepada semua peserta iaitu RM200 tunai ditambah pula dengan SPA session untuk setiap pasangan  ialah selepas berpanas terik berpeluh ketiak berjemur di bawah matahari 90 degree kenalah merehatkan dan memanjakan diri pula.

Tapi apa yang lebih penting bagi saya ialah tip-tip dan informasi-informasi yang berguna yang saya perolehi semasa Sesi Pandu Uji Exora ini yang diutamakan. Banyak yang kita boleh praktiskan dalam kehidupan harian kita sekeluarga.  It was really beneficial and enjoyable session. Dan ternyata myths pasal Exora adalah myth semata-mata. The facts are actually the opposite!

Terima kasih Proton. So korang, jangan lepaskan peluang ni, tak teringin ke nak join Sesi Pandu Uji Exora?

Khidmat pesanan masyarakat Proton Exora is brought by Redmummy.com .

Comment: 47

Exora Sememangnya Kenderaan Dengan Pelbagai Guna!

48hours sponsored post :)

IMG_1393

Bila cakap pasal MPV ni, kita sure membayangkan kereta 7 seaters yang panjang, yang hanya sesuai untuk family yang ramai atau hanya untuk mengangkut barang2 yang banyak. Memang betul MPV sangat sesuai untuk benda2 tu, tapi tak semestiya untuk tujuan itu sahaja. Its actually boleh digunakan untuk bermacam2 tujuan, sama sahaja seperti kereta2 sedan yang lain.

So korang nak tengok macamana saya pelbagai gunakan exora ni? Ha jom layan tengok macamana saya yang kecik molek ni memandu kereta yang pada sangkaan korang kereta ni panjang bonar, yang susah nak dipandu.

Especially part2 saya membuat U turn and masuk parking. Memang tak dinafikan sebelum drive MPV ni dalam hati ni wonder gak, panjangnya kereta ni, boleh ke aku buat U turn nanti? Boleh ke aku masuk parking nanti? Reverse parking pulak macamana? Tapi bila dah drive sendiri, ni rupa-rupanya sama macam kereta sedan yang lain. U turn ke, parking ke even reverse parking ke sama jer. Senang gitu :)

 

IMG_1435

Ok btw, kami ada errands kat JB, so ke JB lah kami dengan Exora ni. RD masuk highway jer terus tarik seat lower sket and terus beradu. He was on a business trip n just got back at 6am that morning jugak. So memang mengantuk ya hamat, tak kuasa dia nak drive. He knows I m an expert driver jugak, katanya takat JB, takkan tak leh drive.

IMG_1577

Kids pulak layan DVD. Ha nak kabo it comes dengan DVD player installed on the ceiling. Syok la budak2 tu layan especially bila long roadtrip ke JB ni. At least this can keep them entertained and tak kaco mummy dia yang tengah driving or kaco daddy dia yang tengah sleeping :)

 

IMG_1466

Double compartments on the  dashboard

IMG_1568

Exora punya center panel on the dashboard looks simple and nice. The auto gear knob position yang memang senang dicapai memudahkan lagi untuk pemandu2 yang kurang ketinggian macam saya ni hiks :)

IMG_1630

Ops selingan, sebelum tu pun  I ada bawak my family members yg ramai untuk pergi keluar makan steamboat. Ngam2 kita sumbat 7 orang dalam tu. Selesa masing2 duduk tak berhimpit2. Memang spacious la. Naik bukit lagi dengan ramai2 tu, no underpower pun. Selamba laju jer perginya even naik bukit with full passengers inside.

 

IMG_1483

Dah kalo long roadtrip tak berhenti memang la tak sah kan. So we all stop a while for nature call :) and sempat kids pow daddy dia icecream.

IMG_1567

Eh eh ade hook untuk sangkut handbag u :)

IMG_1499

Yey dah sampai JB, lepak sat sambil tunggu my fren datang.

Sempat jugak la masa test drive MPV ni saya gunakan untuk hantar anak2 ke sekolah. See Exora  juga boleh digunakan untuk daily usage seperti hantar/amik anak ke sekolah. Anak2 saya dua orang tu memang suka sangat la Exora ni, especially bila depa boleh layan DVD. Tapi ada lagi yang depa suka, ha kena baca lagi bawah…

IMG_1545

Apa taknya depa suka, ha on the way back from JB to KL, depa pulak layan tidor. Sorang satu row depa conquer :) takde sharing2 seats. Memang comfort sungguh la.

IMG_1542

Even abang in the back seats pun muat baring tidor :)

IMG_1550

Lagi satu bila kita on the long roadtrip ni, auto cruise memang la diidam2kan. At least rileks la sket kaki dari dok tekan minyak dok. Ha nampak green led tu, that means auto cruise is activated. Senang jer nak activatekan, once u reach certain speed, in my case 110km/h sebab kita on the highway, with 2 touches button auto cruise is activated :) Then bila kita tekan brek or minyak, auto cruise akan release automatically.

 

IMG_1560

Bila dah nak balik tu sekali ade blinking minyak nak habis pulak, tapi the best part is ade indication yg tell us bape km lagi yang boleh kita pergi. Nampak 52 tu, maknanya dengan minyak yang ade skrg ni, kita boleh pergi dalam 52km. So pandai2 la kita carik petrol station within that range. Once dah tuang minyak, the indication will increase automatically setara dengan bape banyak minyak yang kita isi. Cool eh

 

IMG_1606

Ok ni pulak kalau kita ade luggages nak sumbat masuk dalam Exora ni. So kena la turunkan the back seats. Senang jer. Even sy sendiri angkat luggages tu masuk dalam. “Eh kuatnya mummy” Abang cakap hiks. Exora ni boleh downkan seats dia jadikkan 5 seaters mode boleh, kalau banyak lagi barang boleh buat 2 or 3 seaters mode.

IMG_1653

They do come in red too, but I never have white, so untuk pertama kali dalam sejarah, saya memandu kereta putih, it s Pearl White Proton Exora.

So overall memang Exora ni sememangnya kenderaan dengan pelbagai guna, tetapi juga boleh dipelbagaigunakan untuk tujuan2 harian kita. Dengan keluasan dalaman dia yang selesa + entertainment system DVD dia, a lot of compartments, pockets & bottle holders, leather seats lagi, aircond depan belakang, plus its stylish design memng tertarik sungguh saya dengan Exora ni.

Takkan saya jer dapat test drive Exora ni kan? Ok kalo korang juga nak merasa keselesaan dan keluarbiasaan memandu MPV ni, go register yourselves untuk VIP Test Drive Session kat allaboutexora.

Cool giler site exora ni, boleh selak2 macam baca buku :)

Click on the Exclusive Treats atas nun, it will turn the page. Pastu click on the Register here. Isi particulars details korang pastu Submit. You’ll love the Exora too :)

Khidmat pesanan masyarakat Proton Exora is brought by Redmummy.com

Comment: 67