Apr 2 2011 Saturday, 5:00 pm
Bunyi mengerang…
nak join segmen citer seram Red..heheheh, buleh delete saja kalau tidak menepati syarat untuk certia seram nih yer!! anyaway…TQ so much!! kamu sgt AWESOME (“,)
INI CERITA BENAR SAYA:
nak dengar satu pengalaman ngeri aku kat toilet sebelah emergency ward kat Hospital Kuala Lumpur??..kejadian dah berapa tahun yang lepas..tak ingat lawat sape kat Hospital tu ..tapi lebih kurang pukul 11 malam cenggitu. aku ngan adik aku rasa nak terkencing..so kita orang g la masuk toilet tu. toilet tu ada 3 pintu..so aku masuk kat pintu yg first tu, adik aku kat tengah..ujung tu aku nmpk pintu tertutup separuh.
tengah nak terkencing tu aku dengar bunyi macam mengerang …sekali dengar macam bunyi mengerang kepuasan sebab duk tahan kencing..pastu lelama makin pelik bunyi dia. aku ingat adik aku duk main² sbb dalam masa yang sama dengar dia gelak. aku sound dia “DIRA..ko jgn memain mengerang buleh!”, dia jawab “akakkkkkkk..” dengan suara yang macam ketakutan!!
belum sempat dia habis cakap aku dah menjerit bukak pintu terus lari keluar. dengar berdentam dentum pintu bilik kena hempas sebab adik aku pon ikut lari keluar jugak. yang paling tak tahan masa tu aku tak sempat zip seluar tapi dah cover ngan tshirt yang aku pakai..tapi sadis gila kat adik aku sebab dia berlari dengan keadaan spender di ujung kaki..tak sempat naik kat atas pon. seluar jeans pulak tertinggal kat dalam toilet.
sumpah kalau antu tu nampak pon antu tu akan bantai terkencing tengok dia. aku masa tu??? barai gila gelak..dah tak takut dah bunyi antu tu..dia nak mengerang caner sekali pon aku dah tak heran..memang spender adik aku terbaikkkk!! sampai sekarang aku memang akan gelak bila teringat kisah tu..memang segar kat ingatan caner spender tu tersangkut baik kat bawah kaki dia tu…huahahahahhaha!!
Sender: Shiela
Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.
RM Recent Comments