The Coronade Hotel’s Buka Puasa

IMG_6319

coi gambar gelap…..bape lama dah tak pegang camera ni sirman. lighting teruk nih!

yang penting…muka hafiz hamidun clear dilihat….

kak red, orang nak ajak bukak puasa ni ngan satu family akak, nak belanja akak satu family

amboi, special occasion apa?

sempena ilmu churp2 dari Nuffnang yang akak bagi setaun lepas, hasil dah dapat dituai 🙂

amboi…..kaya churp2 ler skang ni kan! ok cantik, mana mau buka?

IMG_6321

kita buka kat Coronade Hotel kak

wui kat mana tu, tak pernah dengo pun

ko pernah dok Park Royal kan kak, Coronade Hotel is between Park Royal and Lot 10

mana le ko jumpa hotel ni, mahal jugak buffet ramadhannya….RM69.90 per pax for adults and RM40 kot for kids.  Tapi tapi masa ni Coronade ada buat voucher promotion, so yang dibayar hanyalah RM50s jer gitu. not bad!

IMG_6334

lupa plak kami nak bawak iPAD and Samsung Galaxy Tab, but abang ni ada kesedaran untuk bawak buku cerita, a small bag. Katanya cikgu kata kalau nak improve lagi english mandarin, masa sambil tunggu bukak puasa, boleh baca buku cerita dulu. Memang dalam kereta ada je buku2 cerita komik depa aku dah stand by, buku cerita nih, oh my, dari zaman tok kaduk aku memuda duluuuuuuuuuu pun ado.

Abang takdak bergambar langsung masa nih, dia banyak amik gambar sendiri jer, pelepas kebosanan.

IMG_6323

Mummy, Uncle Hafiz ni dah kahwin ke?

Blum lagi, single. taun depan kawin ler kot 🙂

Takde gf ke Uncle?

Abang ada lebih gf tak? hahahahah

IMG00955-20110813-2011

ni plak gambar pakai bb jer, kasik korang dial tepon sendiri untuk dapatkan booking puasa ramadhan. makanannya memang spread banyak gak, yang penting sedapppppppppppppp. tapi teh tariknya pakai bekas panjang kecik, so nak repeat tambah 3,4 kali pun tak puas.

Abang pulak, nak berlagak cam orang besau, first time le amik teh tarik, pastuh minum suku jer, aku yang kemaruk teh tarik malam tu tak dpt nak repeat, mintak hotel panaskan balik abang punya teh tarik tu. tekak nak merasa tambah sangat sedap teh tarik Coronade Hotel nih. Sup ayamnya sedap. Kakak menambah kambing panggang lagik…keli berlada

IMG_6340

dinasihatkan kalau datang hotel nih, janganlah ikut depan Lot 10 tu yek, korang ikut dari Low Yatt or dari belakang Bukit Bintang jer, baru senang nak melepasi Park Royal terus kanan is the Coronade Hotel.

Thank you big big much to Hafiz Hamidun coz belanja Red Family di ramadhan buka puasa, bertambah biaklah rezeki ko tu ye Piz.

So…gitulah, dari ilmu Nuffnang, specially on Churp Churp….hasilnya Hafiz Hamidun dah mendapat. Korangnya Churp Churp amacam? membiak ternak tak?

Comment: 26