Sep 7 2011 Wednesday, 9:00 pm
Mamee & RM ke Rumah Anak-anak Yatim Nurul Qanaah
48hrs sponsored post
Seperti yang telah saya blogkan tempohari, saya dan Mamee akan pergi melawat serta berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim di Rumah Nurul Qanaah, Batu Caves. Bukan saya sorang jer, tapi the RedFamily pun ikut sama š
Walaupun agak terkilan kerana saya terlewat sampai dek kerana kesesakan lalulintas yang maha dahsyat, sampai kitorang berbuka kat dalam kereta sahaja š tetapi alhamdulillah kerana kami masih sempat tiba di Rumah Nurul Qanaah untuk bersama-sama mereka dan Mamee menjamu selera serta beramah mesra.
Dengan hanya melihat wajah mereka serta merenung ke mata setiap anak-anak kecil ini sudah terasa sebak di dada saya, belum lagi mendengar cerita dan pengalaman sedih dan sayu mereka, mau menjurai airmata saya bak hujan. Mereka yang seramai lebih kurang 30 orang ini terdiri dari yang sekecil 7 tahun hingga ke belasan tahun. Tinggal bersama-sama penjaga yang dianggap sebagai ibu mereka sendiri. Mereka juga adalah abang, kakak dan adik kepada mereka sendiri kerana tiada insan lain lagi dalam hidup mereka. Hidup tolong-menolong adalah lumrah mereka, susah senang sedih riang gelak ketawa juga sesama mereka. Apa yang saya kagumi adalah ketabahan dan kegigihan mereka mengharungi kehidupan seharian walaupun tanpa ada insan bergelar ibu dan ayah. Juga harapan dan doa saya semoga mereka berjaya dan beroleh kebahagiaan kelakā¦ Insyallah.
Beruntungnya kita yang masih mendapat kasih sayang dari ibubapa sendiriā¦
Anak-anak ini juga dihiburkan oleh Mamee Monster mascot yang comel ini š
Apapun saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Mamee yang sudi bersama-sama saya untuk membuat amal kebajikan seperti ni. Disamping menyediakan juadah berbuka puasa, Mamee juga meyediakan sedikit goodies untuk anak-anak kecil ini. Semoga kedatangan kami dan buah tangan ini sedikit sebanyak dapat mengembira dan menceriakan hari-hari mereka especially di bulan yang mulia ini.
1 Mamee goodie bag for each of them š
Dan seperti yang telah saya perkatakan juga dalam post sebelum ini, semua produk yang dihasilkan oleh Pacific Food Product Sdn Bhd adalah dijamin HALAL ya. Produk-produk mereka termasuklah Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.
Korang sendiri boleh mengesahkan keHALALan produk-produk ini dengan melayari laman laman web www.halal.gov.my ini, lepas tu:
- – Type Pacific Food Product Sdn Bhd
- – Go to syarikat tab
- – Click on icon beside date to see list of Halal certified products by MAMEE. You’ll see for yourselves status HALALnya, so jangan ragu-ragu ya š
Kepada anak-anak di Rumah Nurul Qanaah, dan juga anak-anak yang kurang bernasib baik di luar sana,
Percayalahā¦. masih ada yang sayang.
Khidmat pesanan masyarakat Mamee Buka Puasa is brought by Redmummy.com
Umie Artoqiemie
Sep 07, 2011 @ 21:51:06
thanks mamee monsta..
sian dorang.. :ā(
Umie Artoqiemie recently posted..Video Kekasih hati Mathluthfi90 :O
ShashaCatering
Sep 07, 2011 @ 23:11:42
Semoga RM mendapat berkat dari lawatan ini.
Dan semoga anak2 yatim tu, berbahagia di dunia dan akhirat.
Juga terima kasih kepada mamee monster
ShashaCatering recently posted..Labuan: Sandy White Beach & Crystal Clear Waters
Melatiqistyna
Sep 08, 2011 @ 07:46:35
Bergenang mata org dgn hanya membaca post kakred ni, xtau la kalau pegi sana….. Smg dorg berjaya dlm apa jua bidang……
Melatiqistyna recently posted..Tragedi Raya Ke Dua….
lov
Sep 08, 2011 @ 07:51:39
tahniah kt kak Red n Mamee Monster coz dpt membahagiakn ank2 ini walopun hnye sketika tp mzt diorg akn ingt smpai bile2..
best kalo ada pluang cmni kn kak red..sama2 dpt beramal
lov recently posted..NAJWA LATIF
mak
Sep 08, 2011 @ 07:57:25
dgn melihat anak2 yatim ini tersenyum riang dgn kehadiran kitapun dah mampu buat kita rasa bahagia kan RM??
mak recently posted..WORDLESS WEDNESDAY: MENANTI TETAMU
Rai
Sep 08, 2011 @ 08:52:42
alhamdulillah..rezeki bulan mulia..
Rai recently posted..Bila anak pandai pangkah memangkah
madammondoq
Sep 08, 2011 @ 09:16:29
ritu pernah pergi sekali rumah anak yatim ni.. mmg sebak je tengok diorang ni.. sob.. sob..
madammondoq recently posted..CROWN Melbourne Happening Giler
Dilakochan
Sep 08, 2011 @ 10:11:12
Mesti dorang gembira ade org yg bermurah hati
menemani ramadhan dorang kan =)
Dilakochan recently posted..Cerita disebalik gambar Aidilfitri 2011
kid
Sep 08, 2011 @ 10:31:58
Syukur.. Moga dipanjangkan amalan murni ini.
adha
Sep 08, 2011 @ 10:34:15
buat amal kebajika…nak mamee jugak
adha recently posted..Akad nikah dalam kategori lawak
Ken
Sep 08, 2011 @ 19:15:24
thumbs up RM and Mamee for the good cause ^_^
Ken recently posted..Wordless Wednesday 0709
Zarul Umbrella
Sep 09, 2011 @ 00:25:42
sedap juga baca sekali sekala RM bahasakan diri sebagai “saya” instead of ‘aku’..tp post sebegini mmg kena lah ber formal sedikit..dan tahniah atas kerja2 amal yg awak lakukan
Zarul Umbrella recently posted..Ops Sikap 24 Gagal?
ezna
Sep 09, 2011 @ 10:00:55
murninya aktiviti gini š
ezna recently posted..TV LCD jadi TV Plasma…..me sangat teruja….
aimaniman
Sep 09, 2011 @ 15:44:07
banyak blogger yg buat n3 pasal buka posa ngan mamee nie.. macam Eriqazz, ntah tp ada 2-3 gak aar.. tahniah lae sbb dijemput.. berbuka ngan DiGi x da ke nak taw gak kisah, tp program Mamee ni memang bagus dan murni…
AreLeez Adnan
Sep 09, 2011 @ 20:47:25
‘percayalah… masih ada yg sayang..’
sooo.. touchinglah ayat tuh. hu3..
AreLeez Adnan recently posted..STICKY MODE ENTRY: MINAL AIDIL WAL FAIZIN…
abah khalisha
Sep 09, 2011 @ 22:57:45
Alhamdulillah..sonok dapat menggembirakan mereka
Abah Teringin Nak Jadi Famous
abah khalisha recently posted..Jejak kasih bloglist abah
Lyn Yusoff
Sep 13, 2011 @ 13:02:39
bagus wat keja amal cam gini..
thumbs up kak red & mamee…
semoga kalian diberkati š