Mamee & RM ke Rumah Anak-anak Yatim Nurul Qanaah

48hrs sponsored post :)

IMG_6465

Seperti yang telah saya blogkan tempohari, saya dan Mamee akan pergi melawat serta berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim di Rumah Nurul Qanaah, Batu Caves. Bukan saya sorang jer, tapi the RedFamily pun ikut sama šŸ™‚

Walaupun agak terkilan kerana saya terlewat sampai dek kerana kesesakan lalulintas yang maha dahsyat, sampai kitorang berbuka kat dalam kereta sahaja šŸ™ tetapi alhamdulillah kerana kami masih sempat tiba di Rumah Nurul Qanaah untuk bersama-sama mereka dan Mamee menjamu selera serta beramah mesra.

Dengan hanya melihat wajah mereka serta merenung ke mata setiap anak-anak kecil ini sudah terasa sebak di dada saya, belum lagi mendengar cerita dan pengalaman sedih dan sayu mereka, mau menjurai airmata saya bak hujan. Mereka yang seramai lebih kurang 30 orang ini terdiri dari yang sekecil 7 tahun hingga ke belasan tahun. Tinggal bersama-sama penjaga yang dianggap sebagai ibu mereka sendiri. Mereka juga adalah abang, kakak dan adik kepada mereka sendiri kerana tiada insan lain lagi dalam hidup mereka. Hidup tolong-menolong adalah lumrah mereka, susah senang sedih riang gelak ketawa juga sesama mereka. Apa yang saya kagumi adalah ketabahan dan kegigihan mereka mengharungi kehidupan seharian walaupun tanpa ada insan bergelar ibu dan ayah. Juga harapan dan doa saya semoga mereka berjaya dan beroleh kebahagiaan kelakā€¦ Insyallah.

Beruntungnya kita yang masih mendapat kasih sayang dari ibubapa sendiriā€¦

imageAnak-anak ini juga dihiburkan oleh Mamee Monster mascot yang comel ini šŸ™‚

Apapun saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Mamee yang sudi bersama-sama saya untuk membuat amal kebajikan seperti ni. Disamping menyediakan juadah berbuka puasa, Mamee juga meyediakan sedikit goodies untuk anak-anak kecil ini. Semoga kedatangan kami dan buah tangan ini sedikit sebanyak dapat mengembira dan menceriakan hari-hari mereka especially di bulan yang mulia ini.

IMG_6456

1 Mamee goodie bag for each of them šŸ™‚

Dan seperti yang telah saya perkatakan juga dalam post sebelum ini, semua produk yang dihasilkan oleh Pacific Food Product Sdn Bhd adalah dijamin HALAL ya. Produk-produk mereka termasuklah Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.

Korang sendiri boleh mengesahkan keHALALan produk-produk ini dengan melayari laman laman web www.halal.gov.my ini, lepas tu:

  • – Type Pacific Food Product Sdn Bhd
  • – Go to syarikat tab
  • – Click on icon beside date to see list of Halal certified products by MAMEE. You’ll see for yourselves status HALALnya, so jangan ragu-ragu ya šŸ™‚

Kepada anak-anak di Rumah Nurul Qanaah, dan juga anak-anak yang kurang bernasib baik di luar sana,
Percayalahā€¦. masih ada yang sayang.

Khidmat pesanan masyarakat Mamee Buka Puasa is brought by Redmummy.com

Comment: 17