Yo Whatsapp!

IMG_6833

Yo watsuppp!

Eh jangan never2 whatsapp mak kita yek coz dedulu dia pernah pakai pastuh battery dia drain jer so dia disablekan w/app dia. Jadi sesapa yang sibuk nak chat ngan dia over w/app memang lupakan sajor.

Kita meragam ler, so sebab kita meragam mak kita tak dpt nak concentrate buat kerja entry dia pepanjang. Yelah kita asyik ikut mak pak abang kakak kita berjalan, ha kan kita dah tak senang nak tidur. Kita nak melekat je ngan ketiak mak kita, so mak kita susah tak boleh nak buat kerja…tersengguk2 mata mak kita tak cukup tidur.

Hari ni pulak mak kita ada meeting luar…

Kita belum biasa lagi tidur malam 8 jam straight, kita suka bangun malam coz kita nak minum susu mak kita, mungkin ikut perangai mak kita yang dedulu masa mengandung asyik berjaga malam je kan…tapi kan tapi kan, abang ngan kakak kita dedulu pun berjaga malam gak. Sian makpak kita, kitorg bertiga memang suka berjaga malam ahaks….

Comment: 28

Menangi 100 hadiah menarik dari MamyPoko Earn Your Stripes Challenge!

 

Seperti yang saya war-warkan kat FB tempohari,  MamyPoko Earn Your Stripes Challenge sedang berlangsung dari sekarang hingga 20 Mac 2012. So jangan lepaskan peluang untuk memenagi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Terdapat lebih dari 100 prizes untuk dimenangi dari MamyPoko Earn Your Stripes Challenge ini, worth a total of RM7,500. Antara hadiah-hadiahnya ialah Limited Edition MamyPoko Sleep Bags, MamyPoko Gentle Cleansing Wipes dan juga MamyPoko diapers of up to 6 months!

Challenge atau cabarannya senang jer, kita hanya perlu main any of 3 mini challenges, iaitu Find the Word, Match the Pair dan Share your points. Lagi banyak korang main, lagi banyaklah points yang korang kumpulkan, lagi besar la peluang nak menang! Apa lagi, Let the games begin!

Khidmat pesanan masyarakat MamyPoko is brought by Redmummy.com

Comment: 9

Yang muda itu…

IMG-20120216-00382

hah party halia!!! yang muda itu halia!!

#petualama mak aku cakap makan halia muda, not yang tua. halia2 nihlah yang aku balun letak kat dalam semua masakan, sampai sayur rebus pun aku letak sama gak hiks…tapi nak makan halia ni hiris halus2 lagi molek, nak blend separuh boleh gak. aku buat dedualah, kalau dapat makan ngap2 rangup gitu ha ko. Buang angin, ngan anak ko pun sekali kekentut buang angin gak. Molek tuu….

Paling aku suka gak tengok stock EBM weiiiiiiiiiiii banyak giler! tak sesia sungguh beli chest freezer.  Citer pasal susu badan, hasilnya, apa makannya nak dpt banyak bagai tuh memang nak buat in special entry gak but aku nak tunggu lagi, ai kan blogger advertorials so some contents nak pakai untuk ads jadi tu pasal kita tak nak bukak cite just yet.

Patut aku letak tajuk Wordless Friday je entry nih, semalam punya entry punya aku bebel pepanjang (kira kalau bercakap abihs ler air liur) korang baca ke lelompat hek? hah..pasnih tulis pependek jer ler…

Btw mengikut kata suamiku, itu kisah Watsons dah settled, dia pun tak kuasa nak explain kat aku camne settlenya tapi memang Watsons ppl ada contact dia ler, aku pun tak berminat nak tahu, rasa remuk je bila kenangkan budak SA tuh. Kita tengok nanti pi Watsons, ada masalah lagik ke idak. Jangan nanti aku pergi tetiba kat membership card aku kuor remarks ‘Customer Red Alert’ ha mana ler tau….maklum ler buat amukan merah kat outlet KLCC depa kan…

Comment: 31

Dan ceritanya….

IMG_8187

The not so complete RedFamily coz RM yang kena jadi photographer :).

RM ado, pemalu. ahaks. nyampah betul. Nanti ler, gambar aku nak pakai untuk few sponsored posts dulu yang anytime to publish,  ngah tunggu green light jer. Tu pasal aku on hold dulu tapi bukan aku tak jumpa orang pun, ramai je orang datang rumah aku, korang pun dah jumpa aku jalan kat luar kan, so memanglah badan aku dah susut but still ada lemak yang nak dibuang. Namapun dah beranak 3, and baru je gave birth, baru habis pantang pun. Ada orang dah bertahun beranak pun berkilog lemak, so apatah lagi orang yang baru je beranak hah…

Dulu anak pertama kedua pun bukan immediately turun, takes months gak specially aku kena pi work out, bantai main squash ke baru mengurus. Kali ni punya pantang, alhamdulillah sebab ikut cakap c/lady, mak and mak mertua and aku pun berdisiplin a bit wpun ada gak tergelincir sejak dah habis pantang nih, so far setiap minggu ada turun sekilog.

Sket je lagi untuk dapatkan figure sebelum mengandung RB but of cos i nak susutkan lagi, so  nanti boleh balun tanpa batasan. ehceh. Now pun takde sapa dah masakkan aku, aku sendiri le yang masak so aku yang kena pandai jaga makan. Masih lagi dengan halia2, mak aku cakap halia muda paling bagus, hah ko malam tadi aku pi Jusco borong halia muda bebanyak itupun dah last kopek dapat 3 packets jer.

Citernya malam tadi aisay…aku ni nak ler pergi tengok movie under Nuffnang, since depa pun tau aku dah bebas merdeka dari berpantang, udahlah aku yang drive, bawak my niece sama. Maklum le skang dah ada baby, aku ngan RD terpaksa bergilir kuor rumah lagipun aku ngah cuti so malam memang RD tak nak ikut, dia nak spend ngan the 3 kids. Aku dah tentulah ngah cuti maternity leave lagi so dapatlah kuor memalam but not siang hari le kan.

Siang hari pulak memang aku buat semua kerja, kebetulan ada my niece duduk sama ngan aku, selain dia mak abah adik beradik aku yang lain pun akan datang bantu membantu ler, rumah kitorg pun dedekat. So minggu nih aku balun jumpa dentist jer and of cos buat tangas, ni routine wajib wpun dah habis pantang. Dalam pakcage tangas tu bukan tangas je aku buat but aku buat scrub, facial, bleach, urut tungku semua tu lah. Dental pulak aku hanya spent tak sampai 1 jam pun di luar coz dentist tu dekat sekangkang je ngan rumah aku, aritu masa mengandung ya rabbi geraham kiri aku berdenyut. pastuh dah beranak, geraham kanan pulak rupanya tampalan dah tercabut. so ok settled tang tuh but will go back again jumpa dentist aku lagi 2,3 kali untuk scailing and maknek bagai lagik.

Malam pulak kalau RD nak ikut ha ramailah yang datang tolong jagakan RB specially and the kids, tak pun kalau RD tak nak ikut dapatlah aku kuor kejap buat errands. Macam jam teruk malam tadi dah terpaksa divert ke Jusco Maluri so takde ler hati sakit coz kuor rumah tapi hasilnya zero. Beli groceries, gedebak RM600 abihs. eh belum lagi pi naik floor atas tuh. Hish apa le yang aku amik.

Ni punya berangan dari lom pantang nak shopping barang aku, tapi nan ado! First day out kat KLCC tu semua barang RB. Last nite pulak barang rumah. Nak pi saloon pun tak de slot, dok rumah pun busy beeee coz tak leh nak kuor rumah sembarangan, maklum ler RB tu kan melekat je ngan aku, max aku boleh kuor lelama kat luar without RB is 3 hours tanpa bawak Avent pump. Kalau lebih dari 3 jam ha mulalah, gigil2 ler aku nak kena balik. Elok gak tak bawak pump kuor kalau tak mau aku leka menyopping tak geti nak balik cepat….

Cuma tak seronoknya, bila pertama kali drive keter dok dalam jam lelama sejam lebih last nite, divert ke jusco, and gigil2 lapar + haus, bukak air kotak ribena anak aku yang dalam barang groceries tuh coz dahaga sangat, and kedai makan sume dah tutup (earlier mmg dah dinner at 7pm but masa tu dah 9.30pm badan dah shaking sangat), so lalu pulak McD itu je yang mampu nak makan bila sume kedai makan takde kan, tetiba je aku baru 2,3 bites burger (yang masa dalam pantang bukan main lagi leleh2 air liur nak makan mcd) tapi bila dah makan 2,3 gigit boleh takde selera and aku rasa badan aku lain macam. nampak nau tanda ‘jangan makan tu jangan minum air ni, anak ko tu breastfeeding’ terus takde selera and badan pun macam lemah giler. Air suam jugaklah modal aku tak pun air Bliss and oren sunkist Tropicana tuh.

Anw tu ler cite light2 hari nih, aku ni kalau pagi2 dari bangun sampai kol 12pm memang waktu kritikal, semua kerja nak kena buat lelaju specially masak kena siap by 10.30am, bukan utk aku yang nak makan tapi aku kan ada anak2 yang sekolah. Hah satu lagi, jalan2 ngan niece aku, she s very young, very pretty….dah nak masuk U. Ramai gilerr orang ngorat dia sampai ada satu statement crew Jusco ni cakap ‘camne nak tackle, tu mak dia ada sama tuh’

ahaks…mak dia katanya. aku mak sedaranya ler!

tua benor ke aku niiiiiiiiiiii! kalo gitu umur baper ler aku kawin dapat anak yang dah boleh masuk U tu!

Comment: 18

The big boys for the tiny boy…..

 

IMG_8193

IMG_8195

IMG_8200

IMG_8203

ha cool kan?

the boys buat semua kerja kat lam nursery room. the boys for the boy too. the girls apa bikin, aku dok mengekor si kakak yang membawak stroller adiknya pi carik toys. ni dalam Isetan’s Nursery Room. best betul, superclass je aku rasa bila semua ada in one room. Nak breastfeeding tenang, nak pumping susu pun ada private room, ladies pun siap ada gak.

So since aku sibuk dok carik barang RB with kakak, RD and abang bawak lari RB salinkan pampers tapi pastuh dia nak breastfeeding, so berjojol le aku and kakak pergi and dok le aku kat situ berdua je ngan RB. The 3 pergi sambung carik barang. Bertukar2 gitulah….amik job memasing.

Tu termasuk masa nak kuor rumah, aku bagi task memasing….so bila kat luar diorang taulah nak buat apa. dari gambar atas2 nih, abang jadi assistant bapaknya untuk passing the stuff. hebat yo!

Update on Watsons ada dalam entry atas nih last part, tapi tak settle lagi. 2,3 kali depa tepon lepas je entry tu kuor, aku dah naik jemu nak deal so most of it aku suh depa contact RD, dia lebih tenang dari aku yang baru je habis pantang.

Comment: 24