Aku Sudirman

48hours sponsored post.

IMG00661-20120518-1354

Aku memang membesar dengan lagu-lagu merdu nyanyian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Maybe korang yang sewaktu ataupun segenerasi dengan aku pun sama la kot ek, bertemankan lagu-lagu beliau sedari kecil.

IMG00662-20120518-1521

Well actually bukan dari masa kecil jer, tapi sekarang ni pun aku masih melunakkan rongga telinga aku dengan irama-irama lagu beliau yang memang sedap didengar. Ai tak rajin le nak download lagu2 dari internet, aku lagi rajin beli and terus dengo begini. I am still old school listener.

IMG00663-20120518-1522

Ni dia kompilasi lagu-lagu beliau yang aku dok pusing layan sokmo…

Tapi aku tak sure pulak dengan generasi sekarang ni, entah kenal ataupun tidak penghibur berbakat besar yang tiada tolok banding dan taranya ini. Dah kalau tak kenal maka tak cinta la kan, maka tak berkumandang la lagu-lagu beliau oleh generasi sekarang.

Oleh sebab itu, bagi memperingati zaman gemilang beliau juga untuk memperkenalkan tokoh istimewa ini kepada generasi muda sekarang ini khususnya, ditambah pula ulang tahun kelahiran beliau pada 25 Mei ini, Astro dengan bangganya telah melancarkan Kempen Penghormatan buat Allahyarhan Dato’ Sudirman Haji Arshad iaitu Aku Sudirman.

Macam-macam aktiviti yang bakal berlangsung bersempena dengan kempen khas ini seperti program-program TV yang bakal mengembalikan memori kita terhadap beliau, tayangan filem HOORE! HOORE! , album yang berjudul Aku Sudirman – Suatu Interpretasi (dinyanyikan oleh AwanBand, The Kebayas, XPDC Junior, Hujan, Altimet & DJ Fuzz dan Taxi), Facebook application contest dan kemuncaknya pula ialah Konsert Kenangan Sudirman.

Tapi yang paling syoknya nanti for sure kemuncak kempen ini! Korang semua dijemput datang beramai-ramai ke Konsert Kenangan Sudirman pada 9.00 malam 3 Jun, di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur. Waa syoknya sekangkang jer dari rumah aku. Dan double syok pulak ialah masuk adalah PERCUMA!!! Dan antara artis yang akan menyerikan konsert ini termasuklah Adira, Hujan, Hazama, Alyah, Rahim Maarof, Osbon dan yang paling penting ada Datuk Siti Nurhaliza. Yabedabeduuuuu kompom aku maiiiiiiiiiiiiiii!!!

IMG_1650

Aku Sudirman kecil

Tak kira la camna gaya pun asal ada seiras, serupa dan sama gaya dengan beliau. Sama macam anak aku kat atas nun pun boleh gak hiks. Snap gambar korang dress ala-ala Sudirman kendian upload gambar tu kat Facebook contest dia. Ada chance untuk menang hadiah…

10 orang ala-ala “Sudirman” itu nanti akan memenangi

–    1 headphone Beats

–    A pair of tiket wayang “Hoore! Hoore!”

Aku dapat rasa sure happening punya konsert ni. Korang semua are invited tau! Macam aku cakap atas nun, masuk adalah PERCUMA. Lagi ramai datang lagi meriah dok. Dan apa kata kita as Redmummy’s team at least pakai the same HAT macam si Abang pakai atas tu, barulah gempak sket! Lagi ramai lagi bagus sebab ada chance aku menang camera – Nikon 1V1 with 10 -30 mm lense kit hiks 🙂

Nanti before concert start bolehlah kita together gether masuk stadium sambil berhoore-hoore “Kita menari sambil langkah kanan kiri, goyang badan goyang kaki, hoore hoore, hip hip hoore, bergembira, ha ha ha ha”

So jangan lupa join contest Aku Sudirman tu ya…

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 16