Hop On Hop Off Munich!

DSC_1956

masa tak hujan, bukan main lagi semua yang dok atas nih kan….

DSC_2008

tapi bila dah hujan, kelam kabut tarik roof cover badan pala memasing!

IMG_3865

aku tak naik atas tu pun, aku dok bawah ngan RB. gilo hapo nak dok atas tu ngah sejuk ke main cengkam kulit. Omputih lain ler, diorang tu dah biasa menyejuk, pastu kalau panas boleh selamba je dok makan minum tengah panas yang kita ni kat Malaysia berlari carik aircond semedang.

Half way ada drama dalam HOHO bus Munich nih. Oh we took the blue HOHO bus coz cheaper 1 euro dari yang merah and satu lagi hok biru tu senang sket nak beli tiketnya dari hotel aku tuh. RD pergi beli lepas kita had our breakfast di hotel. Hey…have u followed my instagram account coz some of the photos i tak post dalam blog, i letak terus dalam Instagram.

tengoklah sok sok aku dapat iPhone, lagi laju aku menyegram. skang harap pakai iPAD jer.

DSC_1979

Hah drama dalam bus kan, nampak 2 orang budak lelaki yang berjalan sorang jacket hitam sorang lagi shirt putih with hijau hitam jacket tuh? ha, budak 2 orang tuh nak masuk bus, tapi takde tickets pastu buat drama 5-10min cakap diaorang dah bayau and tapi takde dapat tickets. hey nampak benau ler menipunya kan. Bergaduh2 dengan 2 orang bus conductor and driver siap nak panggil police coz depa insists gak nak masuk dalam bus.

Aku siap dok tukar position seating dok nak tengok the best view nih sampai ada Uncle Australian dok sebelah aku pun cakap ‘i like this drama too, at least we have something different in our HOHO trip’ hiks..aku setuju betul ler ngan Uncle tuh.

tapi penyudahnya budak 2 orang tu tak naik pun, gila nak bagi naik, driver siap matikan engine bus baru depa blah…tengoklah bila dah turun bus ngan muka gelak2 lagi, memang saje mencarik pasal. Driver bus kata depa tu banyak nau minum beer tu yang memabuk nak main redah je naik bus takde tix.

DSC_1998

cantik aman tenang jer….

antara the places yang kita visit dalam HOHO tour but takde satu pun yang kita turun coz leceh dek ada baby and some more ngah hujan ler, Ahad tu Munich merenyai jer…

DSC_2006

lawa kan, kalau takde kepala kereta tu, mau aku crop buat postcard. berangan le merajin sangat.

DSC_2035

bus berenti kejap for 5min kat Stadium Olympik. aku memang tak turun ler kan…

DSC_2038suka betul dia diagah2 dek bapaknya…

anw RB ni ada perangai peramah a bit. Kalau orang tak approach dia, dia akan approach gelak2 ngekeh kat orang tuh. So orang yang muka masam pun tak jadi nak memasam bila tengok si kecik nih, depa pulak melayan agah2 anak aku heh…

DSC_2059

comei je depa susun basikal…

hujan lebat nih…tengok jalan pun basah

DSC_2061

RB tu kan, sepanjang kat Munich aku pakaikan dia stocking pants pastuh sarung pulak seluar, baju lengan panjang, jacket dah tentu stand by bila kat luar. sejuk sangat ko…sian dia. Alhamdulillah dia tak meragam and tak de apa2, mungkin kerna dia menyusu badan. The power of breastfeeding.

DSC_2067

 Sekejap jer kita naik HOHO tu tak sampai 2,3 jam rasanya pun. Cukuplah kot. Again harganya sorang Euro19, kids below 4 years percuma. RB baik je dalam bus, tengok je dia kat luar tuh, makpak sibuk snap2 amik gambar, tapi aku rasa bapaknya yang banyak amik gambar luar, maknya sesikit lagi nak mentidoq….

aku kan kalau sight seeing ada penyakit tak leh bukak mata sangat.

lain le shopping

muahahahha!

DSC_2072

Kita nak jalan ke mana pun tak tau dah pastuh coz memana merata tutup, kedai makan je banyak bukak, lagipun weather tak cantik…

IMG_3872

Lepak kejap kat Starbucks, tengok dunia social semasa

IMG_3876

si kecil bangun tidur….mencarik bahan, bosan pulak dia takde menda nak buat, so tengok balik utube dia

dok kat Aschaffenburg kan kerja aku dok upload nursery ryhmes yang baru je setiap hari, coz boleh dload 10 videos jer,since token internet pun boleh pakai 1 gadget jer tu yang kena settledkan RB sesiap, setiap malam aku berjaga le buat dload nih. memula dulu bapaknya buatkan, dah aku dok umah sini, aku le yang buat.

IMG_3883

berpatah semula ke hotel, nak amik luggage…

coz tengok kat DB train itinerary, we can hop into the next train, tak yah tunggu train malam. Supposedly our train balik Ascha from Munich kan at 7ish pm.

IMG_3886

pasnih dah tau ler, kalau nak pi Europe fly on weekend. weekdays ko bantai le jalan2 and shopping. Jangan le berangan datang weekdays and nak shopping on the weekend. Their shops are so dead on Sunday.

DSC_2095

hahah comeinya budak nih.dalam hotel takde nursing room so ngan RD sekali masuk dalam ladies toilet lagipun takde orang langsung, kita2 jer…salinkan budak kecik nih. kan aku cakap aku sarungkan dia ngan socking pants, biar takde sejuk, luar tu sejuk oi….makpak ko pun terketar2 menahan gigil…

DSC_2098

orang dok panggil dia suh tengok cermin, buat dek je dia tauuu!

DSC_2102

Pantang dokong or dudukkan dia, sibuk dia nak turun sama berdiri. btw, weekend ni RB is turning 7 months. Dia dah mula nak merangkak, dah mula panjang2 kan tangan dia tegak menahan badan and angkat bontot. Paling ngeri aku tengok sepanjang kat Ascha dia dok mengintai katil ke bawah, nak melanggar pagar tilam selimut yang aku buat kat keliling katil. eiii takut takut. biasa dulu dedua anak, bila depa dah pandai berdiri or pandai merangkak tu yang nanti RD ajar turun katil. ni dia baru je passed meniarap satu rumah. Baru nak angkat bontot nak merangkak, tak boleh jadi budak ni kena ler letak dia kat bawah je pasnih…

tapi tapi, 2,3 hari sebelum nak balik KL, dia jatuh katil gak ko kat Ascha. ahaksss! membuak2 darah, atas bibirnya pecah sian sangat, abis aku sedut2 lap. nak pergi klinik tak tau nak hala tujunya so aku tuam2 sendiri, waktu tu pun laki aku ngah kat opisnya. Makan setengah jam gak lah baru dia reda and mood ok, tu pun bila aku pasang skype abang kakaknya agah2 and dia nak gegelak balik, tu lupakan the sakit jatuh katil.

but malam tu dia meragam kooooooooooo!

oh itu di lobby Intercity Hotel Munich. If korang pemalas tak nak pikir carik duk jejauh dari train station, boleh je dok sini, aku recommend jugak, asal ko jangan banyak bunyik carik kettle ke carik mineral water. tu sume yilek yek. Breakfast dia sedap, sedap ikut tekak kita makan roti sapu2 jer ler, kopi and tea dia pun sedap2, banyak varieties.

IMG_3868

tapi kan tapi kan…

kita tak dapat nak naik the next train

sebabnya…

Comment: 9