Life of PI/The Hobbit @TGVCinemas

Suh datang awal KLCC ni, bapak ko degil, mak tau lah tun razak tu jalannya gi mana kan.aku kerja, depa datang for lunch pastu depa sambung tengok Life of PI. aku dapat tengok sesipi jer then sambung kerja balik. sokay. Mak sokmo gitu, mengalah. mak kedekut cuti, tak leh cuti sembarang bila ada baby ni. hikss! so aku hanya provide tickets wayang for them, lagipun RD cuti, dia kan opis selangor arituh ada public holiday.

kalau keluar awal, takde le asngkut kat jem tun razak. situ makin lama makin hari makin menggila jemnya. 16tahun aku kerja, 16 tahun aku ikut Jalan Tun Razak and semakin tahun you really need to back up at least an hour kat atas Jalan Tun Razak tuh. bukan di hujung di pangkal, but nun atas jalannya sahaja yang bernama Tun Razak.  Adakalanya untung sabut, clear best. paling siksa kalau hujan, kalau depa tutup smart tunnel, merasalah koooooooooooooo!

IMG-20121211-WA001

huh bapak ko menyedut spaghetti olio!

kakak dalam kereta tidur, tu lah jam punya pasal so dia bangun2 nak Chilli’s ater sampai lambat kakak oi, nak tunggu seats nya lagi, Pizza Milano sudah! sepanjang dok kat sini abang pening pala betul tengok orang berebut carik kerusi meja makan. Sampai ada satu kejadian dia nampak group dari negara India sana tu berebut ngan Arabian untuk kerusi meja makan for 5,6 pax.

alah bang, tu standard dah mak tengok kat sini. di sini, nak dok meja, ko jangan tanya kawan ko, eh nak do sini sinu kosong tuh, kalau ko nampak orang dah nak bangun, sila buat terjun tiruk terus ye ke kerusi meja makan tuh! if not, babai, pergilah carik meja kerusi lain.

IMG-20121211-WA002

anok2 dah besar nih, kita kalau makan berempat, buat sharing cuit-cuit apa yang dia makan. Janji depa dapat pizza, pizza hut jauh nun kat concourse floor so yang ni pun boleh gak buat ganti, lagipun in a rush, lagipun ada olio yang sedap, bersedut2 kakak and bapaknya makan. abang berebutkan seafood manjang, pastu tengok orang kiri kanan depan belakang, yang tak dapat kerusi meja makan. hahahaa ko tak sesudahlah bang.

btw semua tops kami dari Bandung. Baju hijau aku tuh, tak intend sangat nak beli, dah aku letakkan, aku bagi 2 bills kat RD, so aku bawak lari RB, sekali dia datang ngan baju ijau tu jugak rupanya aku dah salah bagi bills, jadi abaikan jer lah, dah bayo.

IMG-20121211-WA000

Just the 4 of us, technically depa bertigalah, i kan joined sekejap jer. Baby tinggal, jaga diri sendiri. ahhahaha! sumpah sapa percaya korang memang hish mengarutlah, tak logik tuh. Tapi memang tinggal ler, but of course ler ada yang jaga. Sorry RB, ada masa awak boleh ikut, ada masa awak kena tinggal coz masa abang kakak awak baby baby dulu pun, sama je nasib dan pangkat depa.

Begitulah putaran hidup ye RB.

Life of PI, memula anak2 macam eh ni cite orang tetua ke, for kakak ler specially, tapi bila dah keluarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr harimau godangnya ha ko, jadi gang, best movie ever for them.

IMG-20121212-01319

full crowds at the TGV One Utama for The Hobbit

IMG-20121212-01322couple seats but i m very sure, kalau kids ni boleh muat 3-4 orang, parents can letak a child as well in between! superb selesa!

You dah tengok The Hobbit, best gak, aku pi tengok tuh masa soft launching of TGV Cinemas at the One Utama, best besar gilak cinemas baru kat situ, carpet pun tebal. Couple seatspun selesa, jadi couple jap aku ngan si Nara arituh, seats tu colour merah sesuai benor le ngan mak merah, the IMAX screen besaunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, puas hati, huh untunglah hangpa yang dok kat area One Utama tuh, pecut je pergi TGV.

Jangan silap baca, the Life of Pi my family datang TGV KLCC, jimba sama maknya but for The Hobbit, i pergi solo with Nara to the soft launch TGV One Utama, hari lain walau dalam minggu yang sama.

Thanks TGV Cinemas, thanks anak2 and bapaknya datang jimba2 di KLCC. Thanks korang baca redmummy.com gak 🙂

Comment: 15