Sebarkan Semangat Ramadan di Kampung Bukit Kapar bersama Coca-Cola!

48hours sponsored post

IMG_2355

Assalamualaikum pakcik…
Waalaikumsalam nak…

Saya nak pergi Kampung Bukit Kapar, ini ke tempat dia?
Aah betullah, ni Kampung Bukit Kapar la.

Dewan Serbaguna dia kat mana ya pakcik?
Kat depan tu jer, belok kiri, dah sampai.

Terima kasih pakcik
Sama-sama

IMG_2367

Macam yang aku mentionedkan hari tu, aku kan datang ke Kampung Bukit Kapar, Meru, Klang untuk mengedarkan juadah Iftar dalam ‘Mangkuk Tingkat’ khas untuk penduduk situ. Tempat ni terpilih kerana ada antara korang telah menominasikan seorang penduduk kat sini, so here we are :)

Walaupun jauh, almost satu setengah jam perjalanan tapi demi Sebarkan Semangat Ramadan, that s ok. Sebab kalau aku tak pergi, korang takkan dapat merasa apakah dia nilai murni dan cerita dalam Semangat Ramadan Coca-Cola nih.

IMG_2415

Merah menyala mangkuk tingkat Coca-Cola

Terus-terang aku memang menyokong sepenuhnya usaha murni Coca-Cola menyebarkan kebaikan dan positive vibes supaya dapat meningkatkan dan menyegarkan lagi semangat kita semua terutama sekali pada bulan Ramadan ni. Tak kira bulan sebenarnya tapi bulan ni exra bonuslahkan, bulan mulia.

IMG_2553

Inilah isi dalam mangkuk tingkatnya, tak dilupa sebotol Coca-Cola 1.5liter, kesemua inilah yang diagihkan pada penduduk kampung

Alhamdulillah, sebanyak 625 biji mangkuk tingkat berjaya diagihkan kepada semua tak kira tua muda miskin ataupun kaya supaya mereka sama-sama dapat merasa juadah Iftar ini.

Dan surprisingly, penduduk kampung dah mula beratur seawal 2.30petang dan makin ramai memenuhi Dewan Serbaguna menjelang 3.30 petang. Officially jam 4.30 petang barulah mangkuk tingkat diedarkan dan keadaan sangat terkawal, coz this is not the first time for the crew, so line yang bersimpang siur macam ular orang beratur tu, bergerak pantas!

IMG_2432

Dan sudah semestinya ice-cold Coca-Cola yang disediakan untuk diedarkan kepada penduduk sekalian untuk juadah iftar nanti :)

Masa aku  hantar gambar Coca-Cola sejuk berduyun ni kat my Whatsapp group of family members, semua tekak dok, beralun2 hahahahahah….

Dugaan ye korang…

IMG_2554

Tapi apa yang aku perasan, semangat kerjasama yang dipupuk untuk menjayakan event ini pun seharusnya dipuji.

Boleh refer kat my keek nih camne petugas Hot FM dan Coca Cola mengagihkan mangkuk tingkat dari lori ke khemah dewan.

Jul 24, 2013 | Sebarkan semangat Ramadhan by redmummydotcom on Keek.com

Keek Semangat Ramadhan by Redmummy

IMG_2556

Sama-sama berganding bahu untuk memastikan penduduk Kampung Bukit Kapar yang datang dapat membawa pulang juadah Iftar mereka. Kerana itulah tujuan asalnya majlis ini iaitu untuk  meraikan dan menghargai mereka yang sibuk berkerja tetapi masih sempat pulang untuk menyediakan juadah Iftar kita. So hari ni kita bagi depa rehat sebab Coca-Cola dah sediakan juadah Iftar kepada penduduk-penduduk Kampung Bukit Kapar.

Terpancar senyuman tanda terima kasih di muka masing-masing bila menerima mangkuk tingkat tu. Aku pun rasa hilang penat driving jauh-jauh dari KL datang ke sini bila dapat melihat this act of kindness. Terima kasih sekali lagi Coca-Cola!

IMG_2555

And by the way, inilah dia Abang Zarul yang menang contest ini kerana menominasikan dua orang  jirannya yang mempunyai dua orang anak yang kurang upaya. Abang Zarul begitu meyanjungi jirannya yang begitu sabar dan tak pernah mengenal erti penat lelah dalam menjaga kerenah anak-anaknya itu dan mahukan beliau dihargai.

Walaupun Abang Zarul pemenangnya tetapi beliau turut sama berkongsi kejayaannya bersama jiran tetangganya.

IMG_2447

Majlis ini juga disokong oleh Hot FM dan Fafau pun turun sendiri ke padang. Seronok aku tengok makcik-makcik dapat bergambar dengan Fafau, maklumlah selama ni dok dengar suara jer.  Memang berebutlah jugak Fafau dikerumuni dek orang kampung.

IMG_2557

Sama-samalah kita menyebarkan Semangat Ramadan dengan melakukan kebaikan sesama kita, Insyallah…

Untuk pengetahuan korang ada 7 lagi tempat yang akan Coca-Cola anjurkan majlis seumpama ini. Kat mana? Terpulanglah kepada korang untuk nominatekan ya :)

IMG_2558

Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga pun sama berbuka mangkuk tingkat, terima kasih Coca-Cola :) . Walaupun hampir 3 jam pergi balik untuk aku sampai ke Meru, tapi misi dan matlamat tercapai.

I came back with the Semangat Ramadan dan menyebarkannya di sini…

Khidmat pesanan masyarakat Coca-Cola is brought by Redmummy.com

Comment: 9