This and that…Midvalley

IMG_6419

Automatic tertoleng pala ajarin dek kakaknya bila amik gambar

Hari yang betul2 aku bzzzzzzzzzzzzz. hari tu lah. one man show kan. hantar depa pi kumon, balik singgah umah mak aku amik barang and balik bersiap and kuor balik amik depa dari Kumon and terus ke Midvalley. ada event kerja kat sana. Sebabkan weekend, so aku angkut semua sekali.  Cadangnya nak pergi sorang jer tapi aku surely lama spend buat kerja so oh takperrlah, bungkus budak2 ni.

Bukan tak biasa pun, dah kat 9 tahun pun kulu kilir gini dengan kerja blog and the kids.

IMG_6421

Budak yang gagau2 sibuk nak pakai kasut dalam kereta tapi sebab nak lalu midvalley aku singgah balik rumah, tukarkan kasut abang. Kasut tu aku belikan masa kat Milan tapi tak muat dah dia pakai, ya hampun! ko bang kaki gajah betul. so kena simpan le balik kasut tu untuk turunkan ke kakak, pakailah kasut lain.

Diorng dah siap dari rumah lagi sebelum Kumon. maknya organized.

Takkan le nak bertukar baju dari dalam kereta, remeh. cuma pi kumon tu abang sarung selipar je tu yang riuh kasut tak muat.

IMG_6422

 

Posing nih untuk bapaknya. apak kat airport nak fly to Frankfurt masa tuh. Sian citer laki aku, discrimination betul dia kena tahan kat airport dek orang sana. tapi masa tiap kali travel aku ikut tak pernah ler plak kena, maybe coz family, hok ni dia balik pergi solo2 no wife no kids. Begitulah kisah pendek 2 ayat. hiks…

Apapun, kerna itu, handbag aku dari Frankfurt pun tak berjaya dia nak sebat, dek kerna kekengan masa, transit 2 jam jer, kena tahan lagi, amik angkut luggage bla bla bla. Dok ngaper ler, asal laki aku selamat balik and sampai. #ayatpengubatlaratolongthenexttripjanganlupahandbagsai !!

 

IMG_6441

Pi tayang muka, dapat sampai 30min early than the actual time for my Astro event. Kebetulan sangat the venue of the event opposite je dengan Megakidz, terus registerkan anak2 aku dalam tu, memang dah planned pun, coz kang camne maknya nak buat kerja, lama plak heh. 4 hours wor. But just kakak and RB je dok dalam Megakidz, in between aku masuk kejap2 keep checking on them, eh maid aku pun ada sama, coz kena ada guardian lah to look after them. Kalau kakak sorang je, tak bolehlah, guardian jaga depn kena 18yo and above but aku boleh je engage staff Megakidz gak to look after, lain hargalah kan.

After so many years kan, kembali gak mak merah masuk dalam nih. Dulu nya birthday anak2 tak kiralah kan. Masa Abang kekecik dulu, once a month memang masuk Megakidz tuh, pastuh kakak….dah depa masuk sekolah takdenya pergi dah besau kan but coz kita ada package si kecil so zaman back to Megakidz pun berulang kembali.

 

IMG_6582

Abang tak masuk sama, he s a big boy already. Dia ikut mak cover event, tolong2 amik gambar, tengok PakNil tengok Lisa Surihani. bukan main suka betul dia tengok si Lisa tuh hahahahhaa….sementara event berlangsung depan food junction tuh, abang duduk le minum while maknya berlari2, buat kerja and lari tengok 2 orang lagi kat Megakidz. Momantai jer…

Agak bosan dia main ipon mak. lupa nak suh bawak buku citer dia.

 

IMG_6600

Tak macam 10 12 tahun dulu, Megakidz ni dah tak penuh plak orangnya, tak de le havoc so budak2nya dalam tu sesedang jer. Bila aku panggil RB dari jauh, laju dia datang, peluk2 and posing and pastu sambung balik main. Sian kakak and maid penat depa ikut dia yang tak de rehat langsung. minus plus lam 3 jam lebih gaklah depa dok dalam nih.

He s soo happy betul, datang sebelum tu tidur dalam kereta, bila balik pun tidurrrrrr, kecapetan ya amat. Malam tu pulak pi beraya, so tidur malamnya memang lena, Orang penat ngan jadual hahahahaa….nanti kita pergi lagi ye dik ke Megakidz nih.

IMG_6679

Habis je event, nak jemput anak2 dari Megakidz balik, Lisa memang dedepan mata aku jer heh dalam event Astro tu but tak nampak handbag dia, hah Lady Dior Medium!

IMG_6680

My next handbag, hari tu tak beli kat Milan coz hem….RM10k after converting ngan Euro, la ni naik lagi harga dah tuh Euro currency pun naik sket, jadi ada macam pasnih harga dah bukan RM10k ler kan….pelan2, next target handbag.

IMG_6691

Ok anak2 dah dikumpulkan semua dan boleh pulang…RB pun dah menguap2. Abang dok riuh mummy tak nak shopping ke? eh balik balik, mak ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kerja nak buat, ngan malam kang korang nak berjalan raya lagi!

IMG_6702

On the move pun kakak dok sibuk suh bibik amikkan gambar

IMG_6711

Maid aku yang tak sesudah nak snapkan, wpun abang kakak nampak sekerat badan jer….

IMG_6719

Stroller ni kan, sampai sudah aku tak pernah pasang sendiri wpun aku dah belajar pasang dari zaman pantang dulu hahahahaha, tak kuasa. ni pasangpun coz abang yang buat, aku tak yah pikir dahlah benda2 remeh nih, takde apak ko, takper…..abang boleh settledkan.

 

IMG_6724

Mummy nak amik gambar ferrari please

10keping ok dia amik gambar kereta nih, minat betul abang ngan kereta nih. Bang, mummy doakan abang dapat Ferrari one day,  choose red colour please :)

Dan pastuh aku menggagau carik parking tix. gone hilang, habis semua bags dicarik, semua pockets aku seluk pun takdak. Hilang waktu event rasanya coz aku dok amik barang simpan amik barang simpan. halahai.

There u go my RM80, kes hilang parking tix, ni valet yang kat Midvalley tuh. Kalau kat parking bawah tu aku rasa tak yah bayar kot…my red blood brother works there hahahahaha, but nih lain company atas so bertabah je lah pejam mata bayau penalty dek hilang tix. First time dalam sejarah kehilangan tix parking nih. Aku tak de le rasa galad rabak RM80 tu tapi aku galad coz kecuaian aku. well things happened.

Lepas ni, aku nak simpan partking tix dalam purse terus, lantak pi lah, biasanya beringat sebelum kena kan, tapi ni dah kena, so lagi ler double tripple ingat.  kalian too, do remember this, sesama le beringat.

 

Comment: 8