The 68th and The Camp!

IMG_8079

kat tangah si kecil tu ada ipong apaknya yang laki aku dok seriau jer if anaknya baling ke bawah. Memang ada dia baling pun, tapi sket lagi nak masuk dalam kawah steak abang hahahaha….

we had our dinner kat Western Cafe, ada indoor and outdoor. kalau hujan mau bertempiaran lari masuk dalam. Just few of us jer, Abah pun takde, ada hal.

Bawak mak jer and my little sister’s family.

IMG_8088

First time gak kita makan kat sini, not badlah. boleh order dari western and kalau nak melayu (wpun restaurant ni ada gak melayu menu) but boleh order di cafe sebelah. Side by side.

mos tof us amik western.

aku je amik nasi putih ngan tomyam putih coz Zeeshan nak nasi. dia suka fries but tak healthy and tak kenyang, so aku amik nasi putih makan kekongsi ngan Zeeshan. He is very encik nasi yer….pantang nampak nasi dah menganga.

IMG_8084

Mak turns 68

alhamdulillah…..semoga dipanjangkan umur murah lagi rezeki, untuk kembali lagi ke Mekah seperti hari2 dan tahunnya sebelum ini. Amin….

nak bawak mak pi makan nipun aku dok tanya nak makan mana, dia dok nak ajak pi makan kat tempat yang sokmo dia makan kan tuh, so kita tukar selera. Berkejaran aku balik kerja aritu nak make sure on time sampai.

IMG_8212

the next day, early morning, big kids went to Sepang.

Ini kali venue berlainan dan ada agenda yang agak beza walaupun tak banyak. Yang penting venue lain tu yang wajib. Sepang agak jauh tapi dulu pun yang biasa KICK buat pun sama je jauhnya…

 

IMG_8216

3 nites 4 days getaway, camping 2 beradik ni, sebab dah banyak kali sangat pergi, semua dah sebati for them. Cuma packing baju semua, masih aku yang monitor. masih jugak aku yang buat.

buat tetengah rumah. aku petik je

pi amik spender 8 lai (eh kakak pakai disposable panties, much easier).

pi amik socks 8 pairs

pi amik baju 8 lai

pi amik pi amik pi amik

pastu depa rolled up

pastu aku rombak balik coz tak puas hati ngan roll up depa

macam tu lah….

one medium size luggage for Kakak, and 1 small luggage and 1 bagpack for Abang. Facilitator pun dah kenal depa 2 nih. Pergi bertahun berkali2 pun takde nya dapat discount, tetap gak bayar sama. tak kira le anak Redmummy pun, walaupun free promotion jugak depa dapat sini.

IMG_8222

kakak dan abangnya di hujung2…

kadang2 abang bukan nak cakap kat orang dia ada adik sama kat camping nih tau. Sometimes sampai dah habis tamat KICK pun kawan2 batch dia tak tau le ko ada adik ke sama kat sini…

ha gitu

perahsia sungguh….

Frankly speaking masa kat camping macam ni lah abang akan ada bertambah kawan melayu, oklah kakak pun sama, but abang lebih lagi suka collect number phones the girls, and the boys, tak banyak pun. the girls yang ke main banyak heh.

 

IMG_8227

Datuk Dr Fadzilah Kamsah ngah beri taklimat to the parents.

IMG_8208

 

Tuesday 26th depa balik. Pun apaknya yang jemputkan. Pergi dah tentu ler apaknya yang hantar sama. Aku tak kuasa nak ngekor.

habis 4 hari, bapaknya jemput jugak….thanks RD. sebab u ada in town. kalau u takde, i ler yang pergi ke Sepang tuh.

eh aku pernahlah jemput bebudak ni, waktu tu bapak depa overseas. masa tu aku baru few months beranak. dahlah datang awal, pump tetek tak bawak, astaga….nangis aku masa tu tunggu balik, susu dah membengkak betul!

clip_image001[6]

 daddy cakap budak dua orang ni duduk ke main jauh each other coz abang tak nak orang tau dia ada adik ikut sama pi camping yet sisternya pulak ramai dok usha tanya korek rahsia si abang….

clip_image001

clip_image001[4]

balik petang tu, siap kemas badan mandi makan solat, terus mintak handphone…

malam tu dia tunjuk salah satu wechat yang dia dapat dari teman campingnya

wah…awak tau tak, awak ni hotlah, kita semua cakap pasal awak dalam dorm tau!

mummy, hot tu apa? takkanlah hot panas tu?

muahahahhaa

abang abang….ko hot bang! wakakakak

so anw, malam tu, sebelum pergi dan balik dari camping, depa bergusti. Lead by Zeeshan.

Tengok tengok tengok hah….

Eh lain kali ler tepek. Kedekut sket hari ini :)

 

Comment: 4