Menangi Hampers dan Jacobs Mum’s Little Secret Book!

48hours sponsored post

 

jacobs1
Masih ingat lagi entries lama aku pasal Jacob’s? Terutamanya cerita tentang Jacob’s Mum’s Little Secrets Book?

I’m sure korang still ingatkan. Buku ni memang istimewa kerana dalam buku ini terdapat pelbagai petua, tips, ilmu dan juga rahsia tentang kehidupan berfamily, parenting style dan penjagaan serta pemakanan anak-anak. Kesemua petua tu actually datangnya dari semua lapisan masyarakat Malaysia so memang sangat berfaedah dan berguna kepada kita terutamanya ibu-ibu macam aku ni 🙂

Cakap pasal pemakanan anak-anak ni, si bongsu aku tu, sekarang ni a bit picky eater pulak. Dulu semua dia makan, sekarang ni cukup susah pulak nak makan especially sayur. Memang budak-budak macam dia ni tak suka makan sayur ek. So my trick terpaksalah aku potong sayur kecil-kecil supaya dia tak perasan dan bila suapkan dia makan, aku pun makan sekali. One for him, one for me. So bila dia tengok kita makan, dia pun laju jer nganga mulut makan 🙂

jacobs2

Si Kakak pulak pun sama liat when it come to eat sayur. Untuk Kakak my trick senang jer, “ooo tak mo makan sayur, taper nanti jangan menyesal kalo tak dapat naik rides bila kita pergi theme park” Kakak kan a bit short kalau nak bandingkan dengan Abang, so bila kita pergi themes park dia selalu tak dapat naik most of the rides sebabkan tak cukup ketinggian. So sekarang ni rajin la dia makan sayur. “Kakak nak cepat tinggi” katanya 🙂

Tapi budak-budak ni kadang-kadang depa bosan la jugak asik makan sayur jer, tu yang aku tukar-tukar menu, buatkan fruit salad pulak. So at least kalo tak makan vege depa makan fruit pun kira ok.

So baru-baru ni aku browsing timeline facebook, aku perasan ada mini contest sedang berlangsung sekarang di Jacob’s Facebook page. Korang berpeluang memenangi Jacobs biscuit hamper worth RM50 dan juga the informative Jacobs Mum’s Little Secret Book!

Of cos la saya sendiri ada buku ni. Memang sedikit sebanyak membantu aku dalam hal-hal rumahtangga terutama sekali tips tentang penjagaan dan pemakanan anak-anak. For me pemakanan diorang la yang paling utama kita kena jaga. Maklumlah diorang ni tengah membesar so kena la bagi makanan yang seimbang dan healthy supaya pembesaran diorang pun sihat, betul tak?

jacobs3

Untuk mini contest Jacob’s ni, senang jer nak menang, korang cuma perlu kongsikan korang punya healthy recipe with Jacob’s! I’m sure korang ada bermacam-macam resepi yang sihat selama ni korang masak untuk family korang kan. Cuma emailkan healthy recipe tu ke jacobs.malaysia@gmail.com bersertakan nama penuh, no IC, contact no dan juga mailing address. Dua pemenang akan diumum setiap minggu dan kena cepat sebab contest ni akan berakhir pada 31 Jan ni!

Untuk maklumat lanjut jangan lupa visit Jacob’s Facebook page. Sama-sama kita akan dapat manfaat dari perkongsian tu nanti, at least kalau tak menang, kita akan dapat menambah healthy recipe baru untuk family kita nanti. Selamat berkongsi resipi 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Jacob’s is brought by Redmummy.com

Comment: 1