Prada to Clinic….

IMG_2628

ada tak aku bilang yang aku ada lagi voucher shopping kat Prada Malaysia? ada allocation RM500, a gift from my ‘someone’.  So the expiry date is a year, and by July is ngam2 a year for me to utilise kalau tidak expire lah dah burn voucher tuh. Aku dok ulang alik ulang alik, menyampah betul beli sini, harga bukan main mencekik. Kalau voucher tu boleh pakai kat Europe, dah aku suh laki aku settlekan.

Can you see the sling clutch bag hitam tuh?

Nice one, ada merah and black blue and pink.

IMG_2635

almost paying but macam belah bagi. Nantilah. Mungkin aku tunggu till the last day of the voucher ;)

IMG_2643

Malam sebelumnya abang was not well. Demam sikit. Tapi dia bilang boleh lagi pergi sekolah, di pagi hari sebelum aku pergi kerja. But petangnya, dia tepon dengan suara sayu mendayu, mohon dijemput dari sekolah. Demam sangat. So aku pun berlarian lari ke sekolah, kali ke dua tiga aku ke sekolahnya, biasa urusan sekolah apaknya yang settledkan.

Nak cari kelas anak pun menggagau. Nasib baik rupanya ada jiran lama rumah aku, staff of the school! dia ler attended aku hahahaha….

Cikgu boleh tanya, betul ke ini Maknya?

Menyamar mengaku Kakak kang!!!

Hantar terus Abang ke klinik, ubat berjela Doctor bagi. Ada masa sikit, aku lari pi jemput kakak dari sekolah agama pulak. Lari pulak pi rumah Mak Ajah, coz nak beli ampaian. Pi dengan Mak, mak pandai bargained.

IMG_2649

Tu dia kan, 2 kotak ampaian, one for the big one lagi untuk bilik kain baju. Bersungguh ngangkut semuanya ngan Kakak, bapak beratlah haiiii! Takde kuasa tenaga lelaki kat rumah kan, bapaknya kat Europe. Abang pulak demam. But abang sangat boleh diharap, he s very manly, aku pi petrol pump, dia lah yang tolong sumbatkan pump tuh, dah boleh diharap gaklah. Bapaknya yang ajar. Anak sulong bujang kan…

Aku masuk kereta, dia yang bukakkan pintu, aku jalan bagai dia lah pegangkan tangan, but kalau ada masa2nya tak boleh dia nak pegang, kot ada makwe2 nampak. Tu dah almaklum sejak zaman dulu.

eh last week kan ada 2 entries Budapest and Vienna, tu bukan akak  yang pergi sayang oi. Tu RD, laki akak. Korang tengok gambar je ke tak tengok captions LOL.

Akak tak pergi ler dik, pala akak sakit ngan jetlag Europe tuh. kalau pi 2,3 minggu sedap gak, ni pi fly, landed, soping dah balik hahhaha. Biarlah laki is there. I will fly somewhere else, yang tak payah pening dek jetlag.

Nihon kara mata renraku shimasu!

Comment: 9