Toy Museum? Hem… !!

IMG_4517

Suka betul dapat duduk atas bar front desk nih yek…abis semuanya dia nak usik nak dicapai

IMG_4413

laki aku yang being tourist, banyak nau soalan dia tanya kat orang hotel tu, kita nak makan tempat nak makan, nasi kandar ke apa bantai roti canai pun tak kisah.

Tapi dia recommend nasi indonesia, ke gang2 wong solo macam tu lah.

apakah, mai Penang suh makan nasi Indo???

Oh tidak ler….salah negara tuh.

IMG_4427

aku sangat excited untuk bergambar solo, on the right end side tuh, but budak tu tarik pegang tangan aku suh berdiri sebelah dia and suh kakak snap gambo. hahhahahaa! pasrah jelah, maybe dia dah biasa maknya suh bergambar tapi kenapa pelik mak tak nak posing ke ngan dia and bapaknya and the luggage? probably!

 

IMG_4441

memikirkan apa nak dimakan, banyak gak kedai tutup coz hari tu kan public holiday, we found one of kedai nasi kandar ni but kami bukanlah pencinta the kandars, so sebab lapar meruap2 makanya hasil di pinggan itu terjadi. Sampai abang pun macam biar benar mak aku makan nih. Ada telur ikan, ada kari telur ada kari sotong 2 ketul. Hoi terus naik 2kg berat!!

Tapi tak lah sedap mana pun, buat lapik perut jadilah, coz kita tak amik breakfast, terus brunch.

IMG_4444

si kecil senang jer, nasi putih sepinggan! mamak nih takde soup!

laki aku ngan abang makan mee goreng, pastu telur rebus, kakak ngan maggi soupnya. complete set. perut kenyang, moh ke Toy Museum.

IMG_4570

Toy Museum ni adoi kelakar. on 2008 adalah kali pertama kita sampai situ, but bila kita datang balik kali ni, tempat sudah pindah, bila dah pindah tuh, laki aku tak percaya cakap waze. Udahlah  melepasi jalan berlingkau BatuFeringghi nun. Dia boleh turun balik, pergi gak Museum lama, sekali tengok ‘WE HAVE MOVED’ hamik ko…degil lagi cakap Pak Wazer.

Makanya naik semula ke Batu Feringgi, so kat sini pergi balik pergi kita dah wasted sejam lebih. makan tadi pun dah sejam lebih. so dah jam berapa kan….

we end up buat jamak dulu kat masjid near by there and baru masuk Museum.

IMG_4576

Zeeshan sebenarnya sedang tidur but kita kejut gak dia, takkan dia nak lepaskan peluang tengok maknek toys sini, abang kakak yelah dah pernah datang but pun  dulu tu lama sangat dah. 2008 kan.

IMG_4741

dalam nih kan, membahangnyaaaaaaaa!!

IMG_4593

laki aku frust betul datang kali nih, dah macam warehouse jer, tak jaga betul, macam cap ayam punya muzium sangat

IMG_4626

aku muka dah kekental boring mana ngan bahang panasnya. Aircond dia hanya rasa kat satu row tu je lah…pastu takde nama takde tulis caption nama characters bagai, so boredlah

IMG_4631

tapi dari aku, paling bengang cik RD ler kan, dia memang macam meruap marah betul ngan management yang handle muzium nih

IMG_4755

habis pusing satu round, aku keluar dulu. dok kat luar pun ya tuhan, letaklah kipas ke barang seketul dua, dalam panas luar panas

Entrance fees pun dah naik harga gak tuh. Sedih ler datang sini, kesal coz datang, tak kesal coz Zeeshan merasa gak masuk.

IMG_4666

So aku lari keluar dulu, followed by Kakak, semua macam membosan gila jer dok lam tuh. Aku rela dok kat bawah pokok nih, redup nyaman jer, dari dok dalam warehouse macam kilang pun ye gak, Tempat dah luas, parking tak repair, dok tanah putih pun ye lagi, batu2, ratakanlah, buatlah proper aircond sikit. Letak waiting area tu kipas ke apa, ko ingat ko kat Canada apatah lagi Paris? ada 4 seasons? Malaysia mar….musim panas sepanjang tahunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!

Pastu aku macam rasa nak pergi wiwi and shishi, the boys kan dari toilet.

You jangan masuklah toiletnya

Hah….kotor yek?

Zeeshan pun dok iyek iyek iyek.

eiiii..nasib baik tak masuk. ada orang komen kat IG akak ke kat FB dok kata benda tu pun bersepah2 tak cuci tak bersih, bau busuk ya rabbinya lahai toiletnya.

Ok…if Zeeshan pun cakap iyek iyek, kali ni dia punya iyek aku percaya. Tahan ler sampai the next destination!

Comment: 10

Batu Feringghi, Padang Kota and Bayview Hotel…

 

IMG_3983

hai duduk sorang je ke?

mana bini mung…..?

IMG_3979

nak le repeat balik naik parasailing tuh! rerasanya ada 2,3 kali aku dah naik nih, semuanya naik kat Penang jugak, kot ada satu naik kat Bali rasanya, cant remember…

but kita malas nak pi tanya tokey parasailing tuh, coz wont be long here pun…

IMG_3984

bebudak mana kira, ada baju ke takde baju, janji depa dapat berendam dalam air laut. Kids just love water, ko campak ler kat pool, kat laut kat sungai, semua depa lenjunkan

IMG_3995

so al bencekarama amik gambar je lah mokpok yang tak nak basah diri….

Zeeshan kan sedang tidur dalam kereta with atuk neneknya

IMG_4027

nak tercekik bini ko oi

IMG_4037

bila le hangpa nak sudah nih, itupun bila kita panggil naik dah time off

IMG_4055

belakang tu ada kuda kan, tu adik aku nana ngan niece aku si kak ngah naik

IMG_4057

kita pun menyambung layan asmaradanaaaaa

IMG_4060

pastu ada jer yang nak mengacoooooooooo!!!

IMG_4063

sorang lagi mengacoooooooo!! my makcik

IMG_4075

yang ni punya kacau bikin makpaknya terus naik ke darat coz this boy tak berkenan dengan pasir pantai, dok iyek iyek iyek…

dia baru bangun tidur and lagi ler geli dok suh apaknya dukung dia jerrr

IMG_4086

dok pujuk lagi…mehlah dok sini dik…

pun tak mauu

IMG_4097

so mari ler sesama naik ke darat…

IMG_4104

mak encik mana selipar mak encik….

IMG_4042

tak habis lagi korang pusing naik kudaaaa

IMG_4288 (2)

abislah sudah mandi laut kita kat Batu Feringghi dan terus ke Padang Kota

 

IMG_4161

tahan napas tahan napassssssssss!!!

Penang buat perut aku buncit, makan makan makan jerrr

IMG_4185

anak2 dah siap tukar baju mandi sikit masa kat Batu Feringghi, maknya pun, tukar baju jer, tak sei ler aku nak mandi heh. bapaknya jer masih ngan baju yang sama

IMG_4222

2 meja panjang kita amik makan kat sini, cuma tu lah serabutnya lahai ngan manusia penjual yang amik order, kiri kanan dok sergah suh order depa nya food

IMG_4241

some said memang mahal makan kat sini, but tu lah kita order bayo order bayo, tak tau le murah mahal, cuma bila mintak sotong kangkung yang datangnya bukan sotong biasa tu…lain sume ok oklah, depa sume makan tak hingat jerrr….

IMG_4321

Final pose, sebelum berpisah dengan batallion besar kami coz they will be heading back home to KL malam tu jugak, while us the Red Family, akan stay lagi for another nite, baru hegeh2 nak mencari hotel pulak heh…

IMG_4370

satu hotel yang near by there, Bayview Hotel, aku masuk tanya, ada satu bilik kosong hah tinggal, memang betul2 kat hujunggggggggggg bilik so jadi ler buat semalam. Check in pun dah kol 10 malam kan. Esoknya sebelum tengahari dah nak check out

IMG_4382

2 katil king tu kita satukan, untuk berlima punya membuta…

IMG_4387

dan Zeeshan seperti bebudak yang lain akan explore the room bukak segala cabinets, siasat segala barang dan antaranya, memuatkan badannya dalam drawer panjang nih! eii budak nihhhh

dan malam tu jugak kita jumpa his cookies and his botol air suam dalam safe deposit box! sampai situ dia simpan….

IMG_4406

our hotel view

IMG_4299 (2)

ni semalam almost RM400 tak masuk breakfast, cuti sekolah mahal kot some more bilik ni besar leh fit lah kita 5 orang kan…ok ler, takde plan takde apa, terus main redah jer. Baju memasing pun ngam2 ada untuk semalam stay lagi pun, memang aku bawak extra pung. Cos hari tu pun jatuh cuti Hari Malaysia, bolehlah jenjalan spend Penang semalam lagik. Hajat nak pusing Penang tapi akhirnya tak lah pusing sangat pun pasalnya by 5pm kita kena keluar dari Penang masuk highway to get to KL before 10.30pm pasal nak singgah umah kawan aku gak, and also singgah umah mak Ajah too. Bibik aku kan ikut family aku balik sehari earlier.

Comment: 11

Penang’s check out!

 

bonus hari ini

akak update blog

akak kena vertigo lah. tumbang bukan sehari, but 4 hari, cuma hari keempat selepas 2 hari MC tetap gak pergi kerja but alam keadaan pala tingtong gaklah.  Nak menyambung cerita Penang….

IMG_3584

luggage semua dah siap, cuma tunggu abang kakak siapkan kumon depa jer… ini dalam master bedroom of Penang’s homestay

IMG_3598

kejilah laki ngan adik bongsu aku, tau depa nak amik gambar aku, lelaju je depa yamseng!

IMG_3655

ini pun keji gak, for us coz makcik aku sibuk nak bergambar ngan anak sulong aku  hah….tapi ramai le yang menebeng samo

IMG_3672

check out time

pengantin yang dah tak rupa pengantin ler kan….depa datang coz nak hantar kita sampai ke tempat beli jeruk, gitu.

IMG_3690

4 kereta menuju pulangnya…kecuali kereta pengantin ler kan

kete aku last sekali, tetiba depa sumer berenti sini untuk amik gambar dan aku pulak heh yang kena menggadai nyawa ke tengah jalan raya….

IMG_3710

hah sampai sini, mak aku nak beli jeruk buat acar buah

IMG_4233 (2)

aku pun beli gak, yang kat tangan aku tuh. ya allah kalau pergi pasar malam memang carik jeruk ni jer, sedap. beli 2 bungkus, habis dah. kesal tak beli bebanyak. salah satu bungkus aku jadikan breakfast lunch dinner hah camne le tak tumbang!

sapa dari Penang nak balik, akak nak kirim jeruk ni barang 10 ke 20 bungkus boleh tak?

IMG_4480

adik sure adik nak makan muruku ni?

yes, i want

belakang, bapaknya letak balik, tak amik pun.

tau selera dia,  memanglah dia nak muruku tapi kang kong kong batuk…

IMG_3748

kita party makan kat luar Pak Aji, bebudak makan ice cream ler kan

IMG_3763

napa le ko nak kirai rambut mak ko tu dik….

IMG_3775

lepak sininya lama coz tunggu Mak Ajah yang dok shopping tak abis2 dalam tuh…

pastu langsung kita pergi lunch, entahlah mana restaurantnya

IMG_3845

 sebab aku tak makan (cam biasa ler aku tak makan, agak tak biasa kalau tengok aku makan kekdahnya)

so aku ler dokong si baby omputih nih, makpaknya nak melantak

IMG_3821

ada awek belakang tuh, sian dia, dah elok2 bertudung tapi baju dia alahai nampak plak bra. Terus adik ipar and adik aku tegur bagi hint dari jauh, tu yang dia dok kepit2 je lengan baju putih dia tuh. Pastu masa kita berenti jamak, ada aku nampak dia lagi sekali, tapi tak solat but duduk tepi dalam area solat tuh, kalau ‘cuti’ mana boleh masuk masjid dik.   Waktu dia masuk keluar sama ngan kami semua, tu yang almuskil.

biak pi munglah.

Baby omputih lena lagi tidurnya….

IMG_3856

hah kat restaurant nih kita minum makan nasi late lunch. Our parents lambat, ada kat belakang, kita kerjakan amik gambar depan nih dulu, asal ada peluang

IMG_3875

Jalan dengan Pak Aji tak boleh lelaju…

IMG_4254 (2)

hah bebudak bertempiaran dapat main kat masjid nih

IMG_3913

depa repeat dok balun beli air tin kat masjid nih coz seketul singgit jer. mana nak carik kat luar harga macam tuh. Even Zeeshan pun pandai sebat air tin ni yek….ke main lagi emm yummyy!!!

IMG_3952

Tetiba kita dah sampai Batu Feringghi, budak ni cos dia tidur lena sangat, so kita alihkan car seat dia to  my sis’s car coz dalam tu ada mak abah aku yang tak turun sama, so bolehlah tengokkan.

Yang lelain pergi mandi laut dan fefeeling posing tepi pantai.

Kita sambung lagi esok esok esok…

aku nak cepat habis citer ni coz aku nak dass satu makhluk nih masa wedding belah kami. Ha kamu tunggu ye makcik.

Comment: 6

Tumbangnya seorang mak…

oh my oh my

pengsan akhirnya!

Sebenarnya memanglah belum habis citer Penang but balik dari Penang, my weight naik, almost 4kgs (wpun masih dalam kategory my ideal weight) but aku tak nak weight tuh. I want to look good during my brother’s wedding. So i cuma ada less than 4,5 hari jer untuk diet and i managed to loose 4kgs within few days, after sanding pun tak sampai seminggu aku still sambung lagi diet.

Hari my brother bersanding di KL pun aku tak makan apapun, minum air semata jer. Pun ok. dah biasa kan, berbulan2.

dah jadi routine pun kadang2 aku makan kerepek jer, tapi air suam memang bergelen2 aku togok.

But Allah nak bagi jalannya, i balik kerja, badan macam flat sangat, i terus panjat katil, tetiba dah melepasi Maghrib dan Isya, and bila bangun I duduk kat tepi katil, nampak spinning wheels jer but gigih gak bangun. Terus muntah2 angin, hari tu sepanjang hari I cuma minum air suam dan setupperware grapes plus sedikit kerepek. Baru rasa kena makan nih, coz dah berhari2 tak nampak carbs protein segala maknek bagai.

Malangnya tekak dah tak boleh nak terima, I duduk kat kerusi hall, I bangun melutut and memang nampak satu rumah tu berpusing 360 ke 240 ke 180 darjah habis and I tumbang. Sempat panggil Kakak and tak ingat apa dah. Sesedar dalam mamai, abang kakak and bibik dok urut my kepala and dah berselimut but masih di lantai.

Tried to makan sesudu pun tak lalu memang dah teruk sangat peningnya mualnya, longlai betul. Terus terbaring sampai ke pagi di katil, in between asyik muntah angin. Bapaknya balik midnite, kerja kan. Esok pagi terus rush ke klinik.

FYI, memang takde low blood pressure pun, seharian pun masih lagi dizzy, ubat doctor macam tak jalan jer ngan pening2 nih….terbaring je hah atas katil. Dapat sehari je MC so back to work the next day wpun boleh je pergi balik klinik and claim ler lagi MC for bed rest, but aku malas. Kuor masuk kuor masuk baiklah pergi kerja.

So seharian MC tu asyiklah makan nasi ngan roti, naik santak. But actually tak tau ler is it because of the diet aku tuh coz bukan baru seminggu 2 diet pun dah lama, blood pressure pun ok, takde masalah,  Like I said, Allah jentik ler tu suh makan. dah ada nikmat makan ko nak diet drastik lagi, nak dikuruskan apa lagik.

Oklah dah sihat, sambung balik diet, i mean my diet tak nak pengsan balik lagi, tengoklah kalau rajin amik carbs, aku takut gila makan nasi hahahhahaa…..a milo + biskut kering je ok dah for me.

So all, stay healthy, nasib baik akak pengsan tengah rumah buatnya masa tengah driving or di mana sahaja yang takde orang, dah gi mana sik.  Aku ni jarangggggggg sangat sakit, dan bila sakit pun dah too much sangat baru aku jumpa doctor but most of the time memang aku tak layankan sakit nih.

Thanks Abang Kakak yang took after me so well waktu maknya collapsed, specially Abang yang picit pala maknya, comfort maknya, jaga adiknya sampai turn bapaknya balik (kakak and bibik had to go to sleep dah time tidur depa).  May Allah ease us everything.

Let s makan 🙂

Comment: 11

Final nite for the family but..but…

IMG_3554

pusing Penang nak makan, pengantin recommended tempat nih. but pengantin tak join ler, lebih baik ler depa mengulit dalam bilik pengantin, baru siangnya nikah kan. kahkahkah….pepaham je ler.

So kami pun datang le sini. agak susah betul nak dapat meja panjang, udahlah takde reservation.  memula kita asing meja tapi berkat sabar dan sabar walaupun perut memasing dah rock and roll, kita dapat jugak meja yang boleh sekali arungkan semua orang.

IMG_3494

aku geram dia tak nak angkat muka dia, bapaknya suh senyum sikit jerrrr

IMG_3559

jadi biarlah mak ko je yang senyum yek…

ini tempat makan, sebut kang sentap. tak yah sebutlah, but orang Penang tau lah kot. Harga for me bebiasa jer lah, sederhana ler, ada mahal ada murah but paling tak boleh blah, kita bungkus nasi putih satu (untuk bekalan Zeeshan makan), harganya RM2.20 sebungkus.  Aku tau pun esoknya bila depa dok bercerita balik perihal makan kat sini.

But macam ada masalah air minuman, depa cepat je settlekan, cuma tak yah promote lah yeah, kalau datang sini balik kot tak yah lah makan sini balik, kat Penang makan tempat lain pulaklah.

Ni adik aku suh makan sini coz ini tempat pertama kali dia dating ngan bininya dulu. Ko yang first time dating makan sini, kitorg yang kena sambung ko punya tradisi yeah.

IMG_3541

budak kecik yang tak dapat nak melekat ngan bapaknya so jalan pun nak mintak mak dokong. dia geli jalan kat sini, dok cakap iyek iyek,  lepuk kang

IMG_3562

balik rumah, sambung lagi mengantuk, tak larat ler nak melepak2 gossip sambung adik beradik kat bawah or bilik2 sebelah nun, tau jer nak tidur sesangat ler….ini master bedroom of the homestay. Ada 4 bilik, hall besar, atas bawah. 4 kelamin dok dalam bilik, the girls tidur hall atas and the boys tidur hall bawah. Mak Abah aku pun tidur bawah, ada tilam atas kita bawak turun, sampai ujung nak balik pun mak abah aku tak naik pun atas, buat lenguh kaki depa jer.

Sebagai penutup entry, ada 3 ketui gambar nih, yang tertinggal pulak. 3 ribu lagi gambar, jangan harap le akak nak letak semuanya kan.

IMG_4183 (2)

 Taken by Zeeshan. Ada banyakkkkkkk pulak tuh dia snap, ada jugak yang dia siap panggil Mi Mi Mi mintak aku pandang tapi tu lah bila dia amik semua lari frame.

IMG_3566

tak dapat signal tak dapat signal

dan bapaknya yang dilunyaikan dek si anak…..

IMG_4047 (2)

pun taken by RB

Lama tak guna nama RB dia kan (dulu masa baby was RedBaby pastu dah besar nih jadi ler RedBoy) but aku asyik gunakan nama penuh dia jer Zeeshan. Pun boleh jer kalau hangpa nak panggil pakai RB jer pun. but atas tulisan jer lah, kalau ko jumpa dia ko teriak ngan nama RB tu memang dia kata ko gila ke makcik?

Zeeshan sekarang ni 2 tahun 9 bulan, so lagi 3 bulan is 3 tahun lah yer…

Nakal dia, nakal budak ler. Walaupun boy, tapi dok ler hari2 asyik tengok Frozen jer. Aku memula dulu amende yg ko nak tengok nih dok mummy, fo yen pls. foyen pls. pastu tunjuk tv. Ler Frozen rupanya!!! Nama Elsa Anna dia hapal, menyanyi pun beria wpun biji butir aku tak paham, yang paling hebat, menari ikut apa yang dalam Frozen tu pun ko pandai jugak dik, walaupun tak semua. Abis tu dah siang malam foyen jer….

Dan esoknya semua check out…

Esoklah sambung.

Comment: 4