Sick

The tracking day…

IMG_8110

hallo, ai dah sihat, walaupun malam semalam the temperature was up to 38.2 but tu lah, laki aku bagi ‘cool fever’ terus akak baik dik oi….molek gak ubat satu nih hahahahaha….

so apa lagik, cargaslah berjalan, maklum ler ngah cecuti kan. Cadang memang nak bawak abang kakak jer pun (apaknya kerja), adik leh tinggal lepak jap ngan neneknya. Bila abang kakak dah siap, dok gedegang2 sesambil masak ngan mak aku, alahai kakak pulak menunjukkan ke arah kedemaman. Dia dah memang dari kat Gambang suara sakit2, dah ada tanda  ler, so memang dia demam ler pulak.

Jadi tukar haluan, RD bawak Kakak pergi clinic terus. Coz sebelum tu aku selongkar fridge (abang memang ngah bersihkan fridge pun), so aku dok buang ler ubat2 yang dah lama tuh, stock ubat kakak takde langsung. Aku sendiri mana pi clinic yang demam kali ni, dok bedal panadol and ubat selsema lama jer.

So kita split, abang and Mom to IKEA. aku kena keluar, dah lemau, nak kena carik ‘ubat’ aku gak nih…hiks

IMG_8145

ni antara yang aku beli ler, meja laptop. Ganteng sikit sambil ngadap tv tu kan, sebelum ni kat ‘bar’ at our kitchen, but posture badan makin tetua ni kena bertukar le sikit doh…

IMG_8179

half way member lonjong ni dok, mammi lapar lapar. So aku bagi duit suh dia pi order amik food dulu ler while aku jalan2 sorang2 lu…

IMG_8200

taraa…2 trolley. Total RM1150 kau! Laki aku geleng pala dengar aku punya ‘ubat belanja’ kali nih, hiks…

itupun ada satu benda kena repeat datang after 1-2 weeks time pasal stock merah comes later

Sonoknya pi IKEA Cheras tu dekat ngan rumah, parking pun best, kalau yang kat Damansara tu memang setahun sekali le gamaknya baru aku pergi…

IMG_8205

balik rumah, kakak tidur kat atas. aku panggil suh dia turun tidur bawah. Budak2 kalau demam ni jangan le depa tidur jejauh tak nampak dari muka makpaknya coz aku takut le kena ‘tarik’ ke dia menggeletar sangat ke kan, so memang aku perati sangat anak2 if demam nih. But hah kau, matanya dah lebam tertutup macma tu hah, confirm ler sangat allergic ubat. Coz masa dia makan ubat ni dia terus tidur and apaknya pun dah pi kerja.

Dia pun  bangun tidur ni baru perasan yang matanya jadi gitu.

Aku terus ler called Doctor kat clinic tu, so confirmed le T Amox antibiotic ni buat dia allergic. Pasnih pun all family of Amox ni kena ban dah, masuk record allergic ubat record Kakak sudah. Dr Adzrul advised all families of penicilin pun pasnih tak boleh dah amik gak, masuk record too.

IMG_8213

sian kakak demam, malamnya aku tidur dengan dia in her room, kena berteman. Inipun tekak takde selera of cos le dah demam kan, so dia nak bubur nasi, pun makan aku suapkan, habis gak semangkuk. Sambil dia melena ni, aku and abang buat memacam kerja. Si adiknya sebelum jam 9pm aku dah dodoikan. If not kang lagi ler haru biru hidup aku tak boleh nak buat kerja.

Jadi penat ler, half of barang2 IKEA tu aku ngan abang settledkan, yang lain tu biar apak korang le buat, benda tu nak kena ketuk2 bagai.

IMG_8216

Malam tadi jugak semua toys Zeeshan kita sort out balik. Bunch untuk bagi derma, mana yang nak buang dan simpan main. Banyak gila yang for derma. Ini project tak boleh buat sengsiang kang jadi gaduh ngan Zeeshan, kepantangan dia le kalau kita buang or bagi orang toys dia tuh. Tapi aku tak suka benda yang tak berpakai dah or banyak sangat membuak membazir macam tu baik bagi pada orang2 Cambodia sana heh.

Balik pada konsep, takpe ler kalau kita beli beli beli, at the end pepusing akan berpanjangan kat orang lain orang susah jugakkan. So tu konsep aku, kita beli pun memudahkan hidup orang lain jugak.

So that s how my lovely tracking Wednesday.

Comment: 2

Hari Diarrhea….

IMG_7591

korang nampak tak spaghetti bolognese Zeeshan tu, tapi ada beef kan tepi atasnya. Zeeshan tak makan beef tu, dia makan semata spaghetti tu jer. Depa sume yang lain makan steak and burgers. Aku kan menumpang je apa yang depa makan jadi antaranya beef Zeeshan tu pun aku gak yang makan ler.

Malangnya, aku suspect itu punca aku cirit birit, cirit yang esoknya sampai aku pening2 pala, naik bulu roma, sakit2 lemah badan, memuntah. That bad.

Aku suspect situ lah coz takde benda lain dah yang masuk perut aku selain benda tu jer, orang lain anak beranak aku tak de cirit pun, depa tak makan benda tu.

kena about 12pm noon (makam waktu malam sebelumnya), sampai tak jadilah pergi squash. Ingatkan dah recovered, walaupun sepanjang petang tu aku melepek, tahan sejuk badan, tapi bila dah nak dekat2 sampai rumah, dia attack balik. Bertempiarannnnnnn haku masuk rumah tau.

Malam tu kecepek terus.

IMG_7600

Zeeshan tak nak pandang camera jadi kena buat paksaan tolehkan kepalanya. Ini malam birthday laki aku ler, ikut mung le nak makan mana. pas bebudak habis mengaji, baru kita keluar lagipun this week kan dah masuk 3 hari tak sekolah. Esok lusa tak tau le pekabau, kalau haze teruk gak, makin delay ler abang punya exam nak habis. Diorang dah naik fed up pulak dok rumah masuk 3 hari nya, yelah macam kakak ok ler, cuma tak dapat nak mingle2 jumpa kawan, nak pi outdoor pun tak boleh, banyak pantang larang.

Yang aku suspect aku cirit makan dari sini ni, tak yah ler kot aku sebut nama tempat ni, sian pulak kang, Sapa yang recognize tempat ni, diam2 sudahlah yek. Not just that, typhoid outbreak pulak skang nih. Hari tu 2 hari KKM datang KLCC buat siasatan kat food court level 2 and level 4. aku memang ler tak makan situ kan, tapi itulah tempat paling murah dalam KLCC ni untuk dimakan oleh warga Tower 1,2,3 and sekitarnya.

haih…betul2 kita diuji skang nih.   Berdoalah agar sesatu yang datang ini cepat perginya. Insyallah. Masa aku cirit birit tu pun, terserlah kepucatan muka. Tak make up tu takper lagi tapi agaknya obvious sangat sampai ramai le gak tegur tengok memang dah cam orang sakit sangat. Takde mood betul aku aritu.  Malaslah nak pi clinic, aku kan kalau dah terukkkkkkkkkkkkkkk sangat baru carik doctor. pasalnya.

Oh birthday dinner laki aku, ada le dia dapat bunga (yang dalam entry birthday tu), aku le hantarkan, pastu dapat card and dapart shower gel sets dari anak2 from M&S. He s supposed to get one item lagi, from me but tbc dulu lah, macam tak berapa penting je pun benda tu, kalau ada pakai kalau takde pun tak kisah. Tunggu le pekabau birthday boy nak camner.

 

Comment: 3

The rest and relax…

 

IMG_4336

Minggu ni till Ahad ni, hari terakhir makan heavily for Syawal. Tengok muka akak pun dah penuh semangkuk.

that s ok, ai memang berniat pun naikkan berat badan masa Syawal ni coz tak nak limit makan. Semua bedal. Almost hehari ada reraya open house, baik personal invite mahupun corporate.

ko jangan risau dik, akak memang YOYO, arini kurus esok gemuk. So ko tak yah nak maki akak sangat. sok akak kurus, makan dalam ko balik kang. Tu orang yang tak pernah kekurus tapi dok kata nak kurus, ko pi sound depa. Ngan akak ni ko drop from your list ek. Mulut puaka ko dah tak laku kat sini.

IMG_4327

Green for Petronas Dagangan’s raya open house.  Petronas ni tiap kali depa buat event aku mesti sarung hijau.

ai pakai baju lama gak, eh green caftan tu baru la, by FV. kain tu Rizalman, dah pakai gak pun last year.

IMG_4347

 Fadzrul Nuffnang, very young and talented boy – solo and single

IMG_4345

Tianchad, my blogger buddy, Faizol ni orang kuat PDB. Thanks Faizol for having us, the Nuffnang bloggers. Tahun depan ai buat lagi pakai baju kaler hijau kay….

IMG_4380

Esoknya, aku pakai kurta. Lebih kuranglah namanya begini, indian outfit. Ada another raya open house, tapi malas nak berbaju melayu, sukati le kan, kata muhibbah.

Sesampai opis parking tu, baru 5,6 steps dari kereta, aku terpeleot. Sakit gila kaki kiri. But jalankan jer. Dengkat dengkut tu boleh tahan lagi ler. Tapi lepas sejam lebih, memang sakit boliau, tak boleh jalan laju, memang kalau lumba ngan kekura ke lelabi ke, depa menang ler. Aku kalah habis.

Siap naik biru dah kaki kiri nih. Terus amik creme, ada gang bagi. Sapu cecepat. takut masuk angin. Aku keje half day jer, lunch hour lepas beriadah raya, terus pi klinik. Gelak2 Doctor tengok, last dia jumpa aku was dekat 3 months ago yang aku asma teruk sangat tu.

Memang dapat MC for 2 hari (tecnically 1 1/2 hari le coz aku dah keje half day kan), dapat ubat tahan sakit and ubat spray.

IMG_4421

Balik rumahnya, terus tidurrrrrrrrrr. Sedap betul tidur petang.  Tapi nak move around, aku pakai tongkat, Mak and abah aku dah tinggalkan satu tongkat untuk aku pakai. Boleh tahan perit le kaki kiri nun. Tapi tak boleh pakai lama tongkat ni, si kecik tu asyik mengacau jer.

So hari tu, and esoknya MC tu aku buat keje rumah, habis kuih2 raya tu sume kasi simpan bekasnya. Ada 6 balang kuih raya tak bukak lagi, aku bagi Mak Ajah, sana lagi ramai orang datang rumah Mak.  Movement tak banyak sangatlah untuk hari pertama kena peleot.

IMG_4455

Pagi esoknya, aku buat lagi keje, korek2 kamera lama. Yang dah tentu tak berpakai. Pagi tu aku breakfast on the bed youuuuuuu! eh petang sebelum tu pun makan dari atas katil jer. Hiks…Bermanjaan dengan anak2.  I dont want to use these 2 cameras anymore, kita tinggalkan 2 camera je lagik. in total aku ada 6 camera, semua tak berpakai. 1 dah jahanam donno why, masuk air kot, satu lagi aku dah bagi orang, bagi niece aku.

Aku tengah ada camera baru pasalnya hahahahaa…wait up for my review.

IMG_4460

My MC day, spent with Zeeshan main2 camera baru kita. Jadi cameraman si kecik. Sonok gak cuti tetengah weekdays ni kan. Lepas he habis sekolah, aku tidurkan dia. Pepetang tu aku agak kaki dah ok sikit, walaupun slow movement,tapi boleh le jalan, aku pi cash converters. Hah aku pi tolak camera 2 bijik aku tu. Nak tunggu laki aku pergi, memang tak ler, dia nya slot weekends je ada.

Pastu tak habis lagik…

IMG_4487

Malamnya aku berkemas lagi, kali ni gobok buku. Cabinets buku tu baru, yelah baru pindah kan, tapi bibik aku pemalas betul nak kemas yang part buku2 Zeeshan. Asyik dia main cecampak sesumbat. Lagi nak balik ni lagi ler dia punya badan je kat sini, otak dah kat Indon sana tuh. Sampai dah kena ingatkan pun, sejam 2 je rajinnya. So aku kemaskan, ada satu bag buku Zeeshan, yang masa dia toddler tak pakai dah kot, pun nak let go. Tu aku malas pikir, aku nak tolak gak kat Cash Converters.

But not this special book. Dekat 15 tahun aku simpan buku ni.  Buku masa dapat anak pertama, sampai anak ketiga pun aku simpan. Even hadiah abang masa he was just born kat hospital tu pun, ada aku simpan, turun temurun. Nak simpan till cucu2 pulak muahahahhaa….

Dah tak simpan lampin kain baju, simpan buku pun molek. I love this book so much. Anak2 pun tau aku sayang buku ni, maklum le masa tu baru anak pertama.

IMG_4493

Oh hari kedua tu jugak, dalam malamnya lepas ankle aku twisted semalamnya, dah boleh jalan laju, tapi ada le dengkut2. But kalau kali ni race ngan lelabi kekura, aku boleh menang ler, depa kalah. Thanks doctor for the Volini spray! Hangpa kalau kena macam aku gak, hah cubalah mintak spray ni kat doctor, ko mintak kat bomoh takkan dia bagi ler. Bagus spray ni. Hari ketiga aku dah boleh jalan laju, tapi aku tak pakai lagi heels yang more than 3 inch lah, kena tunggu lagi. Doctor suh bagi muscles kaki tu relax sikit, bagi bebetul baik. Kang terpelecok lagik! Sakit worrrr.

So there u go, my sick day. Sakit di kaki, tapi mulut berjalan. Malam pertama MC kita buat jamming kat rumah anak beranak, technically aku kakak and adik. Abangnya dok tengah in between study. Kita facetime ngan apaknya yang ngah kerja, bagi live performance.

One day, nak amik cuti hari weekdays, so can do macam ni jugak. Amik cuti tau bukan MC, tak larat le aku sakit kaki terpelecok ni, nasib baik le tak jatuh je kat parking tuh, kalau takde orang nampak, takpe ler, kalau ada orang nampak and orang tu bebuat tak nampak, eii malu gak hakak.

Comment: 6

Tumbangnya seorang mak…

oh my oh my

pengsan akhirnya!

Sebenarnya memanglah belum habis citer Penang but balik dari Penang, my weight naik, almost 4kgs (wpun masih dalam kategory my ideal weight) but aku tak nak weight tuh. I want to look good during my brother’s wedding. So i cuma ada less than 4,5 hari jer untuk diet and i managed to loose 4kgs within few days, after sanding pun tak sampai seminggu aku still sambung lagi diet.

Hari my brother bersanding di KL pun aku tak makan apapun, minum air semata jer. Pun ok. dah biasa kan, berbulan2.

dah jadi routine pun kadang2 aku makan kerepek jer, tapi air suam memang bergelen2 aku togok.

But Allah nak bagi jalannya, i balik kerja, badan macam flat sangat, i terus panjat katil, tetiba dah melepasi Maghrib dan Isya, and bila bangun I duduk kat tepi katil, nampak spinning wheels jer but gigih gak bangun. Terus muntah2 angin, hari tu sepanjang hari I cuma minum air suam dan setupperware grapes plus sedikit kerepek. Baru rasa kena makan nih, coz dah berhari2 tak nampak carbs protein segala maknek bagai.

Malangnya tekak dah tak boleh nak terima, I duduk kat kerusi hall, I bangun melutut and memang nampak satu rumah tu berpusing 360 ke 240 ke 180 darjah habis and I tumbang. Sempat panggil Kakak and tak ingat apa dah. Sesedar dalam mamai, abang kakak and bibik dok urut my kepala and dah berselimut but masih di lantai.

Tried to makan sesudu pun tak lalu memang dah teruk sangat peningnya mualnya, longlai betul. Terus terbaring sampai ke pagi di katil, in between asyik muntah angin. Bapaknya balik midnite, kerja kan. Esok pagi terus rush ke klinik.

FYI, memang takde low blood pressure pun, seharian pun masih lagi dizzy, ubat doctor macam tak jalan jer ngan pening2 nih….terbaring je hah atas katil. Dapat sehari je MC so back to work the next day wpun boleh je pergi balik klinik and claim ler lagi MC for bed rest, but aku malas. Kuor masuk kuor masuk baiklah pergi kerja.

So seharian MC tu asyiklah makan nasi ngan roti, naik santak. But actually tak tau ler is it because of the diet aku tuh coz bukan baru seminggu 2 diet pun dah lama, blood pressure pun ok, takde masalah,  Like I said, Allah jentik ler tu suh makan. dah ada nikmat makan ko nak diet drastik lagi, nak dikuruskan apa lagik.

Oklah dah sihat, sambung balik diet, i mean my diet tak nak pengsan balik lagi, tengoklah kalau rajin amik carbs, aku takut gila makan nasi hahahhahaa…..a milo + biskut kering je ok dah for me.

So all, stay healthy, nasib baik akak pengsan tengah rumah buatnya masa tengah driving or di mana sahaja yang takde orang, dah gi mana sik.  Aku ni jarangggggggg sangat sakit, dan bila sakit pun dah too much sangat baru aku jumpa doctor but most of the time memang aku tak layankan sakit nih.

Thanks Abang Kakak yang took after me so well waktu maknya collapsed, specially Abang yang picit pala maknya, comfort maknya, jaga adiknya sampai turn bapaknya balik (kakak and bibik had to go to sleep dah time tidur depa).  May Allah ease us everything.

Let s makan :)

Comment: 11

Down down tapi dah UP….

image

musim orang sakit ke

memang tetiap hari memang ada orang sakit

sekali aku kena demam! mikkkkkk…dapat demam waktu sampai di Muar, tapi kulawan, coz wedding orang, takkan nak buat lembik, turun kl dari Muar terus collapsed, Sunday terus tafakur atas sofa merah, memang very the demam teruk…

wpun teruk demam, malam tu gak kena kuor with Sirman for a meeting, berselubung dari kaki ke kepala, balik umah dah kurang kebah and sambung kerja di RM pulak…

Takpelah, sikit je hari lagi, boleh rehat lama sket. Sokay, kena lawan gak sakit nih, wa banyak kerja nak kena hadap.

status twitter aku tuh sumer for sat, active gak lah. lepas kol 10malam terus membisu till the sunday eve, betul2 punya aku carik ubat, sirman selongkar fridge carik stock ubat demam, ubat sinus. malamnya nak tidur, kol 3 pagi tak leh tidur gak, aku selongkar jumpa gak ubat batuk…sebab bantuk non stop sangat, terpaksalah telan.

tu pasal aku memang back up betul ubat2 nih kat umah, pangai aku yang menyampah pi klinik…dahlah sebulan 2 nih aku kena berulang ke spital. tau tak seminggu 3 kali aku buat treatment, tapi dah ujung2 nih aku asyiklah skip tak pi pun treatment tuh.

malaslah…for me the best ubat ialah baring atas katil, tidur gak sodap.

Comment: 18