Cash Converters

The rest and relax…

 

IMG_4336

Minggu ni till Ahad ni, hari terakhir makan heavily for Syawal. Tengok muka akak pun dah penuh semangkuk.

that s ok, ai memang berniat pun naikkan berat badan masa Syawal ni coz tak nak limit makan. Semua bedal. Almost hehari ada reraya open house, baik personal invite mahupun corporate.

ko jangan risau dik, akak memang YOYO, arini kurus esok gemuk. So ko tak yah nak maki akak sangat. sok akak kurus, makan dalam ko balik kang. Tu orang yang tak pernah kekurus tapi dok kata nak kurus, ko pi sound depa. Ngan akak ni ko drop from your list ek. Mulut puaka ko dah tak laku kat sini.

IMG_4327

Green for Petronas Dagangan’s raya open house.  Petronas ni tiap kali depa buat event aku mesti sarung hijau.

ai pakai baju lama gak, eh green caftan tu baru la, by FV. kain tu Rizalman, dah pakai gak pun last year.

IMG_4347

 Fadzrul Nuffnang, very young and talented boy – solo and single

IMG_4345

Tianchad, my blogger buddy, Faizol ni orang kuat PDB. Thanks Faizol for having us, the Nuffnang bloggers. Tahun depan ai buat lagi pakai baju kaler hijau kay….

IMG_4380

Esoknya, aku pakai kurta. Lebih kuranglah namanya begini, indian outfit. Ada another raya open house, tapi malas nak berbaju melayu, sukati le kan, kata muhibbah.

Sesampai opis parking tu, baru 5,6 steps dari kereta, aku terpeleot. Sakit gila kaki kiri. But jalankan jer. Dengkat dengkut tu boleh tahan lagi ler. Tapi lepas sejam lebih, memang sakit boliau, tak boleh jalan laju, memang kalau lumba ngan kekura ke lelabi ke, depa menang ler. Aku kalah habis.

Siap naik biru dah kaki kiri nih. Terus amik creme, ada gang bagi. Sapu cecepat. takut masuk angin. Aku keje half day jer, lunch hour lepas beriadah raya, terus pi klinik. Gelak2 Doctor tengok, last dia jumpa aku was dekat 3 months ago yang aku asma teruk sangat tu.

Memang dapat MC for 2 hari (tecnically 1 1/2 hari le coz aku dah keje half day kan), dapat ubat tahan sakit and ubat spray.

IMG_4421

Balik rumahnya, terus tidurrrrrrrrrr. Sedap betul tidur petang.  Tapi nak move around, aku pakai tongkat, Mak and abah aku dah tinggalkan satu tongkat untuk aku pakai. Boleh tahan perit le kaki kiri nun. Tapi tak boleh pakai lama tongkat ni, si kecik tu asyik mengacau jer.

So hari tu, and esoknya MC tu aku buat keje rumah, habis kuih2 raya tu sume kasi simpan bekasnya. Ada 6 balang kuih raya tak bukak lagi, aku bagi Mak Ajah, sana lagi ramai orang datang rumah Mak.  Movement tak banyak sangatlah untuk hari pertama kena peleot.

IMG_4455

Pagi esoknya, aku buat lagi keje, korek2 kamera lama. Yang dah tentu tak berpakai. Pagi tu aku breakfast on the bed youuuuuuu! eh petang sebelum tu pun makan dari atas katil jer. Hiks…Bermanjaan dengan anak2.  I dont want to use these 2 cameras anymore, kita tinggalkan 2 camera je lagik. in total aku ada 6 camera, semua tak berpakai. 1 dah jahanam donno why, masuk air kot, satu lagi aku dah bagi orang, bagi niece aku.

Aku tengah ada camera baru pasalnya hahahahaa…wait up for my review.

IMG_4460

My MC day, spent with Zeeshan main2 camera baru kita. Jadi cameraman si kecik. Sonok gak cuti tetengah weekdays ni kan. Lepas he habis sekolah, aku tidurkan dia. Pepetang tu aku agak kaki dah ok sikit, walaupun slow movement,tapi boleh le jalan, aku pi cash converters. Hah aku pi tolak camera 2 bijik aku tu. Nak tunggu laki aku pergi, memang tak ler, dia nya slot weekends je ada.

Pastu tak habis lagik…

IMG_4487

Malamnya aku berkemas lagi, kali ni gobok buku. Cabinets buku tu baru, yelah baru pindah kan, tapi bibik aku pemalas betul nak kemas yang part buku2 Zeeshan. Asyik dia main cecampak sesumbat. Lagi nak balik ni lagi ler dia punya badan je kat sini, otak dah kat Indon sana tuh. Sampai dah kena ingatkan pun, sejam 2 je rajinnya. So aku kemaskan, ada satu bag buku Zeeshan, yang masa dia toddler tak pakai dah kot, pun nak let go. Tu aku malas pikir, aku nak tolak gak kat Cash Converters.

But not this special book. Dekat 15 tahun aku simpan buku ni.  Buku masa dapat anak pertama, sampai anak ketiga pun aku simpan. Even hadiah abang masa he was just born kat hospital tu pun, ada aku simpan, turun temurun. Nak simpan till cucu2 pulak muahahahhaa….

Dah tak simpan lampin kain baju, simpan buku pun molek. I love this book so much. Anak2 pun tau aku sayang buku ni, maklum le masa tu baru anak pertama.

IMG_4493

Oh hari kedua tu jugak, dalam malamnya lepas ankle aku twisted semalamnya, dah boleh jalan laju, tapi ada le dengkut2. But kalau kali ni race ngan lelabi kekura, aku boleh menang ler, depa kalah. Thanks doctor for the Volini spray! Hangpa kalau kena macam aku gak, hah cubalah mintak spray ni kat doctor, ko mintak kat bomoh takkan dia bagi ler. Bagus spray ni. Hari ketiga aku dah boleh jalan laju, tapi aku tak pakai lagi heels yang more than 3 inch lah, kena tunggu lagi. Doctor suh bagi muscles kaki tu relax sikit, bagi bebetul baik. Kang terpelecok lagik! Sakit worrrr.

So there u go, my sick day. Sakit di kaki, tapi mulut berjalan. Malam pertama MC kita buat jamming kat rumah anak beranak, technically aku kakak and adik. Abangnya dok tengah in between study. Kita facetime ngan apaknya yang ngah kerja, bagi live performance.

One day, nak amik cuti hari weekdays, so can do macam ni jugak. Amik cuti tau bukan MC, tak larat le aku sakit kaki terpelecok ni, nasib baik le tak jatuh je kat parking tuh, kalau takde orang nampak, takpe ler, kalau ada orang nampak and orang tu bebuat tak nampak, eii malu gak hakak.

Comment: 6

Cash converters!

IMG_0829

nampak jam tu, hah tu dia after midnite. Depa wish birthday and bapaknya yang konon nak special treat kat birthday girl, siap dokong cang cang bawak ke atas. Pastu bukan badan dia yang sakit, badan aku yang sakit coz posture dia dokong menyakitkan badan aku hiks..

Ada video depa bertiga (Zeeshan dah tidur) wish2 birthday. Maklum ler apaknya balik kerja kan after midnite tu yang depa tunggu lama.

Tarak hal ler, dah 40 dah tak heran pun aku ngan birthday2 nih.

IMG_0831

on birthday day gak, lepas bebudak pi tuition, kami pi The Melium Group, nun kat Lake Fields Sg Besi. Ada my colleagues pergi a day before, berborong2 bawak tapi bila aku pergi, alahai. Tak taste le pulak. Mungkin kerna aku mostly dedulu beli sendiri kat Europe so jadi bila tengok sendiri kat sini rasa macam not worth it, masih lagi mahal.

IMG_0833

handbags memasing kena diwrap plastikkan yek, so kami balik tangan kosong. But takpe lah, jimat duit. baru nak beli handbag raya :)

IMG_0834

tak nak rasa tak berbaloi, nampak ada kedai Cash Converters kat situ gak, so masuk dalam. Kalau le aku tau ada kekedai gini, memang aku campak baling2 barang2 aku yang kat rumah lama dulu kat sini. Boleh buat duit oiii

IMG_0840

Fan yang kat lantai tu, sedap seiiii! Harga originalnya berapa yek?

IMG_0845

we bought the guitar stand kat sini, bapaknya ada guitar tapi dok dalam bag, so bila ada stand tu, cantik le sikit buat deco kan. Harga about RM30 kalau tak silap (kat Alamanda, kecik size is RM40)

IMG_0848

hah stand yang aku pegang kat tangan tu, yang guitar depan aku tu, stand nya. sebat tang tu

 

IMG_0851

Golf set pun ada belakang nun. Kedai ni tak semua ler barang 2nd hand, ada jugak barang2 first hand yang baru. Macam aku punya guitar stand tu, berlambak2 ada, semua bebaru. Macam2 ler ada

IMG_0854

Macam barang2 rumah nih, sponge basuh pinggan pun baru, aku teringat beli coz sebelum kuor maid aku remind suh beli sponge, hah sedang elok ler kan..

basikal bebudak umur 4,5 taun pun ada but kena check memolek, ada sebelah break tak jalan bagai, tang ni aku rasa baik hangpa beli baru lah.

IMG_0849

galid aku dok situ tengok accessories. Sambil tunggu RD melayan apa tah, so aku borak ngan budak keje sini. Dik tu cincin emas ke? ni mesti dia tak jadi bertunang ke dia jual kat sini kan? Tak pun cincin nikah, dah cerai2 dia tolak kat sini kan dik?

hahahah yelah kot kak

Aku nak repeat ler gak lagi pergi, dokek yo ngan rumah den tuh.  Tapi betullah, memacam ado, rasanya kat BSP pun ada gak, tapi tu ler, yang dekat tak jenguk yang jejauh pi jelajah. Kebetulan je pun…tapi kat BSP tu bukan outlet CC ni lah, similar jer.

Comment: 12