Ikea

Adjustable Overbed table…

 

These few weeks sejak yang sekolah bukak nih, akak memang haru biru lagi lah. Dengan urusan sekolah anak2, yes my bad. Sampaikan auto schedule pun lupa nak tekan, but dah drafted.

But dalam bz sana sini, ada gak akak lari ke IKEA.

I think this table was bought like almost a year ago. Meant untuk pakai for our laptop lah. asal duduk kat depan tv, sambil blogging sambil tengok tv. Pastu aku kan suka bertukar positions. Pindah pulak duduk meja ni kat depan, for me to blog kat sebelah tangga. sofa panjang. but pastuh bertukar lagik, pindah ke dalam bilik aku coz aku malas nak blog kat bawah. PC yang baru beli tahun lepas tuh pun aku dah tak pakai, jadik harta abang, itu memang located at our PC/blogging area.

Kemudian lagik bila pakai nih, kepala aku sakit, asyik berteleng jer, last2 angkat letak atas badan. Yang IKEA laptop support Bylann tu pun aku ado gak, letak atas tuh. but pastuh kang, bila nak bangun bagai remehnya nak kena angkat lappy segala kan.

so aku sedekah jariah kat anak2 sapa yang nak, goes to Kakak. Ni kakak takde, maybe kita hantar ke depan tv balik lah, coz ni memang for straight vision, kalau berteleng2 tu tak sesuai.

IMG_5399

Pastuh aku pi lagi IKEA,dah terbayang nih, kaler merah. VITTSJO. Sampai2, sample pun hitam. Alahai, chances mcm takde je merah. Yet aku check kat ikea’s site, katanya ada merah. So malas pikirlah, amik je yang hitam but coding lain pulak. Aku gambled lah. Memang productnya betul but pun teleng gak kepala. Cis bedebah sangatlah. Jadi malam tu gak, aku carik online. I need to settle ngan yang macam kat hospital tu lah, itu lagi molek yang memang pueh hati.

the one yang baru beli nih, hah antau bawah, living room.

IMG_5269

Almost a week after aku beli online, my overbed table pun sampai. Alhamdulillah, sangatlah memenuhi citarasa tengkuk leher aku nih. Memang sebijik dengan hospital. Tak payah nak berteleng2 kepala, dahlah tu, memacam boleh letak kat atasnya meja nih. Just like ai want lah. Beroda bagai pun ye, nak tolak bangun tarik pun memang all at one go. So happy hakak dik! Leh tutup citer nih dah. Coz ai skang cuma blogging or layan movies ke hapa, kat 2 tempat, either kat kithcen (we have one permanent laptop dok situ), also one laptop in my room.

IMG_5261IMG_5258

The price for this overbed table is RM280 and 5 inggit lagi delivery service and I bought it from the not so famous online (eh tapi macam worldwide) but still ler, macam gamble je beli situ coz terpaksa bukak account untuk login beli but pastuh, bila payment made, satu hapa notification tak dapat, bila nak courier pun tak de cite, satu hapa update takde, pastuh within 7 working days baru depa post, huk aloh, memang kena sabar ler ngan online site gini.

So happy….

laki aku ingat aku nak jual lagi 2 meja laptop tuh, wpun dah tak pakai (for me), eh banyaklah cantik. Benda tu tak berlapuk, boleh pakai sokmo pung kan. Buat minum makan letak vase pun cantik hapa…..

 

 

Comment: 3

Our kaki ayam’s story…

IMG_4286

she s not taller than me, but dia pakai wedges tinggi aku, pasalnya…. mak nampak kemetot

IMG_4309

sebelum birkin blue tu expire, baik kita lunyai pakai dulu…

IMG_4383

the group of Red Family

Kakak in complete of Aidijuma, dari jubah ke tudung. abang masih lagi dengan konsep pakai topi coz his hair tak pepanjang lagi, dari awal cuti dia buat skinhead, saje gatei….pastuh bila kuor hah tu lah asyik bertopi jer..

magnet aku, kalau boleh nak masuk dalam perut. aku suh pi dok kat bapaknya, ingat peha mak kau tu kuat nak tampung ko dik, pun dia tak nak. Bukan masa ni jer, most of the time kalau kat luar mana pun, even at home pun nak berkepit jeeeee ngan maknya

itu kalau cakap masa tidur, lagi ler, selagi boleh mengempitttttttttttt. kalau kita tolak dia sket, jap lagi dia datang balik. shan shan….

IMG_4387

Dr Adzrul and isteri, Selamat Pengantin Baru Adz and Najwa

terima kasih atas jemputan mesra, semoga diberkati perkahwinan kalian and kekal ke akhir hayat

IMG_4419

oi dah macam keje pejabat je ko dik

dan tetiba kita dah sampai ke IKEA Cheras….wedding was jauh lah kat Bukit Jelutong, but we tak nak balik rumah, but aku pun tak nak berjalan sangat coz aku ngah sarat berbaju tradisional, dengan barang kemas bergemerlip…so berpusingan kita kat Shah Alam lah bagai. If balik rumah kang, bapaknya sure tarik bantal pasang aircond tidur. or movie online. So kids dok jom lah jalan jomlah jalan…

hasilnya ke IKEA. aku rasa ikea tu ok lah lagi bercatwalk dari aku jalan kat satu mall kan…some more near by gak ngan our house kat Cheras.

IMG_4471

tapi idok le aku berbarang kemas segala, semua tu aku cabut ler masa kat sini. Pakai masa wedding jer…then kita pusing2 ikea tuh, but most of the time aku ngan Zeeshan berduaan jer, coz half time depa spend dalam surau (i was cuti), and habis makan kat sini pun, aku ngan Zeeshan jalan caloo dulu…as ai said, he s my magnet sangat kan.

Silap besar betullah pi Ikea waktu gini, udahlah public holidays, cuti sekolahnya, homeng….manusiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa is unsengkarable. Tak de urgency datang sini but tu lah, nak gak mencelah tengah ribuan manusia dalam nih.

Beratur makan ni jer….sampai ke luar luar lane hujungggg nun, in fact trolley dah mmg takdelah, kita pakai tray je 3 beranak angkat. Magnet aku ada sama, dia pun nak memilih gak. Abang’s job carik meja makan, pun dia dapat yang hujungggggggggggggg belah kanan dalam tuh. Phew.

Udahlah aku ngan kakak sakit kaki  nih, salah kasut daaaa…..

IMG_4477

habis depa makan, aku ngan Zeeshan jalan dulu. Elok gak dia ni tengok Bajrangi hindustan tuh, coz dia dok takut je nak melencong ke mana, dok risau je aku ilang dari mata dia. Kan kes Muni / Shahida tertinggal train berpisah ngan maknya tu kan, hah….terus Zeeshan sedar diri, kena always be with mak abah if kat luar. Aku masukkan dia dalam trolley nih, ko pegang handbag mak ye dik…

Ada gak aku tinggalkan dia 5,6 langkah jer, nak tengok something2 ler, means dia masih dalam pandangan mata aku, but dia pulak yang risau tengok aku bergerak jauh dari dia, terus dia tinggalkan benda yang dia main and pegang tangan aku. Mummy waitttttt for me, begitu kau dia jerit.

Suh je anak2 korang tengok Bajrangi Bhaijaan and sesambil tu reracun sket ler. Sure diorang pun risau, tak nak le hilang mak apak kan hiks…

IMG_4480

dan kat bahagian pokok2 bunga segala IKEA tu, aku cabut wedges aku, tak tahan siot. Kakak pun joined the club,dia coz first time pakai wedges gak tu yang sama sakit. Sedap bebas jer selamba kita berjalan ngan kakiayam. at least kakak tu ada ler gak socksnya kan. Bila tengok beraturnya, oh lagi satu omeng gak. Kakak dah longlai2…adik sedap ler dok lam trolley.

dahlah mananya ngan drama kad ikea tuh. We didnt bring our IKEA family card, jadik masa kat kaunter makan bayar tuh budak cashier tu tanya je our membership number. But bila kat counter depan pulak, cashier tu dok cakap without physical card, tak boleh nak swipe coz itu dia punya KPI kena buat macam tu. Super *^#&)_) betullah. Ada lagi tu kalau tak bawak kena pi kiosk yang belakang hujung dunia tuh and reprint balik the card. Ko ada 18ribu orang kat belakang kau, ko tak kelakar ke nak suh aku pi patah balik? eii sakit jiwa lah.

The end…but aku kena pi visit balik ikea gak pasnih coz nak redeem points. I did the online redemption, tapi still kena gak pi kiosk depa amik printing vouchers tu, banyak hal betullah ikea nih. tak boleh ke semua sekali jalan online jer, auto kat membership card ko tuh. Grrrr

Dan kami 2 beranak pun berkaki ayam, sampai ke parking kereta…pun bahagia. Biarlah orang yang memandang, asal kami 2 beranak happily ever after :) . the boys dont care one hiks…

Comment: 5

The new makeup room!

IMG_1396

when u are wearing blue, u have to pose at the red sofa. Sungguhlah naik dedua colour ni. Tak kisahpun if not biru, asal contract dari merah, memang colour block sangat. No lah we are not looking for any sofas pun, but a must to take photo here.

IMG_1401

so i was on 4 days leave (dengan 2 hari weekend) so dapat 6 hari. Just to relax and rest. Kebetulan husband pun cuti public holiday Germany aku tak tau le for what jadi kita plan out pagi tu untuk keluar, asalnya to have our lunch at MO jer but tukar plan to Ikea since i really need a new thing in my house.

sofa yang aku duduk merah nih, agak kepelikan pulak design dia…

IMG_1418

one of the missions ialah untuk beli my new makeup table. Since we move the Red House, akak tak penah ada meja make up coz we have transformed our dry area in the bathroom as the makeup room lah. But thing is, i m getting old and using the stool chair is not helping me some more dengan kerabunan mata yang tak berapa nak nampak if tak pakai lense while make up. So it was 1 year 2 months gak lah bila ai decided to get a new one.

Pastu lighting tak membantu though ada banyak lampu bagai, still aku kena amik the basic meja make up yang dengan cermin depan muka and ada kerusi relax for my body posture.

i nak macam meja make up simple yang atas tuh, cermin berlampu2 tu optional, tak yah pun tak perlu coz i dah tau nak buat camne bagi lighting molek.

IMG_1431

oh no way ler akak nak amik meja make up gini, so not meee

IMG_1445

kita pusing satu round, aku rely kat husband amik the gambar with the code semua, so kat depan boleh sapu bersih le kan…rupanya dia hanya amik gambar tapi tak amik codeeeeeeeeeeeeeeee!!

IMG_1459

jadi kena lah pi bayau dulu, dah alang2 sampai ke cashier, he pergi hantar barang, and aku naik balik for lunch. Lagipun nak kena patah balik gakkan pi amik code untuk barang2 yang dia terlepas pandang codenya. Kat sini pun aku ada siap bawak tupperware untuk tapau the chicken wings, the kids love sangat. Dulu kat sini ada tupperware so leh bayau le sekali ngan tupperware tu, kemudian aku datang takde plak tupperware dia suh pi beli kat bawah naik balik, ke jadah apa. Tu yang aku siap2 bawak tupperware but dah ada pulak kembali the  tupperware lagik. Hish….

Jimat gak lah tak yah beli tupperware heh since dah bawak.

IMG_1449

muka toncek pasal ada orang tu dah pegang something yang aku nakkan hehehee

IMG_1468

napa le ko tak merah menyalaaaaaaaaaa!

IMG_1491

ini pun takde merah, ada white blue yellow and black. I go for yellow, kasi cheerful and colourful sket

IMG_1495

lari lelaju balik rumah, coz aku tak masak, jadi singgah beli soup untuk anak2 yang balik sekolah. Ada chicken wings to top up for their makan….petang tu gak laki aku bersingsing lengan pasang segala maknek benda. Ai is tengok je lah hahahaa…sapu2 kekemas, sambil tunggu dia bersilat.

IMG_1500

tips untuk orang yang suka minum air, hah belakang tu bersusun air botol untuk kami minum anak beranak. Setiap hari 2 botol akan kosong. Kami adalah peminum air kosong/air suam, the whole 5 of us yeah…

 

IMG_1519

hamboihhh sedap ko tidur ye…dapat aircond nya pasal

IMG_1527

dan transformed sudah.I had to move husband’s make up cabinet (alah barang make up dia 2,3 ketul je pun hahahah) to the main room untuk give way for my new make up table to be placed here.  So pueh hati, the one yang dari dry area of bathroom still for make up gak lah but aku suh laki aku do his things there, he tak yah nak duduk2 bagai, berdiri je pun, tak sampai 3min dah siap hensem hahahah. Bininya kena berejam…

For lighting memang le terang bilik ni, it s a walkin wardrobe area, itupun i have magic mirror yang ada lampu gak, also i beli satu lagi lampu IKEA yang leh adjust punat palanya ikut kiri kanan atas bawah. Went to kedai 2hinggit at near by my house and bought 2 liplap lampus to colourful my background and also at the dry area….(laki aku insist tak nak pi belikan so aku ajak dia pi antau aku ahhahah coz the parking hazab).

The rest of the videos, dah posted dalam my IG, check it out there specially at the My Story’s page in IG.

Comment: 5

Cik Red Sado…

 

IMG_9070

i went to IKEA, again. tapi kali ni ngan gang dan bestnya tak perlu drive, bff drovekan. Jarang sangatlah aku dapat melepak dok sebelah as passenger, so kali ni kawan rajin nak drive, jadi dapat le jadi passenger and mem belakang jadi boss kejap hehehehe…

IMG_9081

depa datang ni pasalnya nak makan kat ikea tuh,aku tak kisah pun sangat, aku lebih pada window shopping. Walaupun dah hapal2 barang dalam tuh kat mana bagai but masih gak nak pergi, dok ikea tu tak bosan.

IMG_9087

semua kawan aku ni bukan geti nak dok diam bila bergambar, manjang jer gegar. Aku je pun yang suka benau amik gambar pun kan.

IMG_9090

i would like to buy this item, but coz tumpang member tak de le aku nak angkut sekarang, baik pergi masa laki aku ada or solo, berat tu….nak transfer car to car, tak larat le hakak.

IMG_9097

kita makan salmon for me and makyong and meatball for the driver. Kantoi air botol suam aku dalam handbag :) . Tapi tekak nak minum kopi ikea, sedap gak, 2 kali hakak refilled. The chickens aku ada tapau (had to buy their tupperware for tapau of cos), untuk kids at home.

IMG_9115

the flat shoes, wajib bila jalan kat IKEA, kalau 1-3 inch pun ok lagi for me but coz aku ada member makyong, lagi le kena pakai flat (long term pikir if dia beli barang, aku yang kena bawak barangnya nanti).

IMG_9121

memang betulpun dugaanku, dia beli banyak gak barang yang berkayukayan so takkanlah makyong nak kena bawak beberat ni pulakkan. So she helped to carry my Chanel PST and aku carried this stuff. Ada 4 ketul barang aku dalam tu heheheh (2 set of red candles, the red ampaian kecik tu and set of scissors).

Kawan kami sorang lagi, pun dia ada bawak her 2 stuff but bcoz dia lagi ‘kering’ badannya dari aku, and aku paling ‘sado’ than dia, so aku le kena amik anugerah bawak barang pompuan mengandung :) . hehehehe tarak hallah, hanya orang yang pernah mengandung je paham dengan orang yang pregnant tuh, so settled. Sampai opis dari parking to lobby tower 2 aku mengusung and passed to her husband. Tapi ada 4 abang sado kat IKEA tu boleh gegelak senyum bahankan aku bawak senget bahu, hallo….senyum tu bukan sedekah kalau tak nak menolong! Dol lah.

Anw, aku malas nak kengkarang pepanjang  lam ni dah coz aritu yang aku buat the veryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy long entry of dengue, ramai betul pemalasnya korang nak membaca kan. Letih hakak menaip tau. Ini macam, nak tutup blog lah :(

Comment: 11

The tracking day…

IMG_8110

hallo, ai dah sihat, walaupun malam semalam the temperature was up to 38.2 but tu lah, laki aku bagi ‘cool fever’ terus akak baik dik oi….molek gak ubat satu nih hahahahaha….

so apa lagik, cargaslah berjalan, maklum ler ngah cecuti kan. Cadang memang nak bawak abang kakak jer pun (apaknya kerja), adik leh tinggal lepak jap ngan neneknya. Bila abang kakak dah siap, dok gedegang2 sesambil masak ngan mak aku, alahai kakak pulak menunjukkan ke arah kedemaman. Dia dah memang dari kat Gambang suara sakit2, dah ada tanda  ler, so memang dia demam ler pulak.

Jadi tukar haluan, RD bawak Kakak pergi clinic terus. Coz sebelum tu aku selongkar fridge (abang memang ngah bersihkan fridge pun), so aku dok buang ler ubat2 yang dah lama tuh, stock ubat kakak takde langsung. Aku sendiri mana pi clinic yang demam kali ni, dok bedal panadol and ubat selsema lama jer.

So kita split, abang and Mom to IKEA. aku kena keluar, dah lemau, nak kena carik ‘ubat’ aku gak nih…hiks

IMG_8145

ni antara yang aku beli ler, meja laptop. Ganteng sikit sambil ngadap tv tu kan, sebelum ni kat ‘bar’ at our kitchen, but posture badan makin tetua ni kena bertukar le sikit doh…

IMG_8179

half way member lonjong ni dok, mammi lapar lapar. So aku bagi duit suh dia pi order amik food dulu ler while aku jalan2 sorang2 lu…

IMG_8200

taraa…2 trolley. Total RM1150 kau! Laki aku geleng pala dengar aku punya ‘ubat belanja’ kali nih, hiks…

itupun ada satu benda kena repeat datang after 1-2 weeks time pasal stock merah comes later

Sonoknya pi IKEA Cheras tu dekat ngan rumah, parking pun best, kalau yang kat Damansara tu memang setahun sekali le gamaknya baru aku pergi…

IMG_8205

balik rumah, kakak tidur kat atas. aku panggil suh dia turun tidur bawah. Budak2 kalau demam ni jangan le depa tidur jejauh tak nampak dari muka makpaknya coz aku takut le kena ‘tarik’ ke dia menggeletar sangat ke kan, so memang aku perati sangat anak2 if demam nih. But hah kau, matanya dah lebam tertutup macma tu hah, confirm ler sangat allergic ubat. Coz masa dia makan ubat ni dia terus tidur and apaknya pun dah pi kerja.

Dia pun  bangun tidur ni baru perasan yang matanya jadi gitu.

Aku terus ler called Doctor kat clinic tu, so confirmed le T Amox antibiotic ni buat dia allergic. Pasnih pun all family of Amox ni kena ban dah, masuk record allergic ubat record Kakak sudah. Dr Adzrul advised all families of penicilin pun pasnih tak boleh dah amik gak, masuk record too.

IMG_8213

sian kakak demam, malamnya aku tidur dengan dia in her room, kena berteman. Inipun tekak takde selera of cos le dah demam kan, so dia nak bubur nasi, pun makan aku suapkan, habis gak semangkuk. Sambil dia melena ni, aku and abang buat memacam kerja. Si adiknya sebelum jam 9pm aku dah dodoikan. If not kang lagi ler haru biru hidup aku tak boleh nak buat kerja.

Jadi penat ler, half of barang2 IKEA tu aku ngan abang settledkan, yang lain tu biar apak korang le buat, benda tu nak kena ketuk2 bagai.

IMG_8216

Malam tadi jugak semua toys Zeeshan kita sort out balik. Bunch untuk bagi derma, mana yang nak buang dan simpan main. Banyak gila yang for derma. Ini project tak boleh buat sengsiang kang jadi gaduh ngan Zeeshan, kepantangan dia le kalau kita buang or bagi orang toys dia tuh. Tapi aku tak suka benda yang tak berpakai dah or banyak sangat membuak membazir macam tu baik bagi pada orang2 Cambodia sana heh.

Balik pada konsep, takpe ler kalau kita beli beli beli, at the end pepusing akan berpanjangan kat orang lain orang susah jugakkan. So tu konsep aku, kita beli pun memudahkan hidup orang lain jugak.

So that s how my lovely tracking Wednesday.

Comment: 2