Our raya red open house – keduanya…

IMG_2442

Our 2nd raya open house, untuk gang2 sekolah. Pintu tu tutup coz most of my friends datang tak bawak laki and anak memasing keluar masuk so takut ada yang keluar pagar segala jadi tutup pintu jap. But nak aircond pun ye gak coz pintu kalau bukak tak merasa sangat aircondnya

IMG_2456

Amir my schoolmate since sekolah rendah. Ustaz ni..hikss thanks mir datang ngan anak2 bini, baby ko bam bamnyaaa

IMG_2460

some crowds, ada kawan RD, eh our neighbour di VA dulu gak…gang2 sekolah aku yang ramai lah.

IMG_2461

tapi kan, aku dok lelayan ni tak makan pun, but aku dok bedal teh tarikkkk jer. Moncit perut. Habis guests malamnya baru rasa lapar hahaaaaa

IMG_2473

my dear schoolmates too, from the Cap Kunci, untuk bebudak kelas aku mainly

Norma my pantun buddy

Tanti, Jie and Mas

diorg ni ganas, aku exit left group, depa added aku balik. hahahaha mak pening bebanyak group ni noq. tu pasal semua aku left

IMG_2486

The sisters. Arwah ayah depa dulu BFF ngan abah aku

IMG_2493

Patma, Amir and Azizi

IMG_2498

pepusing sonoknya lahai borak tapi tu ler aku kena lelari gak ke dapur, ke depan segala

IMG_2516

ahah Sham and the kids too

IMG_2526

hah ni memang totally batch untuk gang2 sekolah, kalau ramai lagi, waaa lagi meriah. ini pun ramai gak

IMG_2547

pulangnya teman2 taunlan aku, ngam2 sampai pula some of our bloggers buddies

IMG_2568

Ayu and Sumi

IMG_2619

Faizal and family, Sumi Jelly and family, Ayu Rafikah and family, Ujang and family too…hah gitu

IMG_2632

mak merah tak pakai baju raya baru pun di open house sendiri, aku pakai je balik baju2 lama….pi beraya rumah orang baru aku pakai baju raya baru

 

IMG_2665

Ujang Yana…semoga selamat melahirkan the 2nd child

garang2 anak2 kita yang sebaya tu yek hahahaa

IMG_2668

Faizal and Izee…ada drama sikit minggu depannya waktu aku pi beraya rumah depa hahaha..nanti tu lain episod baru keluar yek pejal :)

IMG_2675

the last guests to arrive and to leave. Su and family. Su ni bukan takat kawan ke adik ke, Su ni adik ipar to my kakak. Abangnya kawin ngan kakak aku. hahahaha gitu tapi kitorg kenal masa tu lah but pastu dia pun baca RM. She used to help me gak dulu masa zaman aku takde maid. maaf Su, open house rumah mertua ko akak tak de kesempatan ke sana.

Last guests left at 945pm.

IMG_2660

kecapitannya kami, tapi sebab malam tu takde raya open house (ada kot invite) tapi tak boleh ler nak keluar dah tentu last guests leave pun at 945pm.

Thanks teman2, thanks for coming. Terima kasih pusing naik turun the Red House :) .

cantikkan cantikkan? hahahaaaa

Eh the menu untuk dedua hari, ada yang aku masak, ada yang aku tempah (through my usual makcik rendang), but for 3rd raya open house, mak aku turun padang tolong sama.  Yang rendang tu semua ada ler, lemang, nasi impit, bihun, nasi arab pun ada gak aku buat. Desserts too…alhamdulillah, all licin boliau!

Bloggers lain janganlah terasa hati, akak ni memang ada terlepas pandang. Dah lelama baru aku pasan le aku tak invite dia ni, tak invite dia tu. aaaaa. ampun ampun.

Comment: 4