Our 15th Anniversary…

tu dia decent habis gambar heh…

tak leh tak yah nak bebunga sangat ler, kami ni bebunga sendiri2 jer, tak tetayang sangat bahasa tu kahkahkah. 15 taun kot, bukan 15 hari. kalau 15 hari mau hehari ai lap you ai miss youuuu…

Happy 15th Anniversary suami, bernikah on 19th January 2001 Friday selepas orang habis solat Jumaat tu. Berapa kali lafaz ek, 2 kot. Nak pi menikah pun, aku yang pengantin kena drive sendiri bawak diri pi masjid, bawak pengapit and kenkawan. Habis semuanya tak geti drive masa tu hahahaa….

Alhamdulillah, moga dalam lindungan Allah perjalanan perkahwinan ini, bersama the askar-askar yang tak banyak mana, walaupun tiga orang, itulah nyawa harta kami- Shameel, Melysha dan Zeeshan.

Sebab 15 tahun, kasi special sikit ler…hari ni akak ngan laki akak cuti, pi merendek sat… :)

Dari kita zero to nil, dari kita kosong-kosong dengan hidup susah, giler ler kalau kitorang ni tak pernah susah pun, sesama bantu each other. Aku tersadung dia ler pendakapnya, dia tergelincir aku le pendindingnya. Terima kasih Allah untuk suami yang tak perfect, macam isterinya tak perfect tapi tetap syukur amin amin amin.

The 15th Anniversary…huh, banyak onak duri nak ke number 15 tu. Semoga panjangkanlah perkahwinan ini, dan perjalanan usia kami untuk berpuluh2 tahun lagi….insyallah.

 

Comment: 13