The Langkawi…

IMG_1638

Dalam taxi kitaaaaaa….

tu dia cerita sebulan lebih lepas baru nak kuor. better late then never. Semua pun cite lambat kuor. Macam pilot je mak kau, saja dengo apa le lagu yang anak2 remaja dengar la ni, best dia punya headphone ni coz Bluetooth kan. Kakak nak satu gak, tapi tak sesampai lagi, pastu tak nak besar bagak macam abang pakai nih…

IMG_1672

Lena kakak tidur, yang budak kecik tu dari dok depan pindah ke belakang…make up aku ni semua all done dari dalam taxi ni. Fav taxi laki aku, bila travel ke hapa dia memang panggil abang ni, tapi apakah pi Subang Airport pun boleh sesat terlepas jalan. Tu ler borak2 lagik….

IMG_1675

our flight was supposed to be in the morning but pastu re-timed to awal petang. haih…banyak buang masa jer, patut noon dah sampai jadi petang gak baru bertolaknya.

IMG_4146

panjang kaki ko yek dik, baju ni tak boleh pakai dah, kocik dah. Dah boleh bagi orang or the cousin ko jer dik

IMG_4179

dia bengang betul aku cabut kasut aku, bersungguh dia suh aku pakai gak kasut

IMG_4184

kami amik Fire Fly dari Subang Airport. aku memang suka fly dari Subang ler, selain dekat, tak besau pun ye, jalan pendek jer hahahaa…murah dah tentu ler. Jadi masa aku bayau tix ni, i think 1 month before tu kot, the FF was among the cheapest but kalau balik aku amik Malindo coz kalau sama FF akan lebih mahal. Kena pandai main kekira kat flights nih.

IMG_4189

Ok ler, Enrich points pun boleh collect gak dari FF. In fact aku transfer semua miles of my family to me so aku leh redeem. Jadi tak le mencekik sangat bila bayar flights.

IMG_1830

Lepak kat food court earlier, tak makan dari sini pun coz aku awalnya ada buat nasi goreng and spagheti, so kita dah bungkus tapau jadi makan dalam ni ler. Bekal tupperware pun siap aku bawak gak, sudu garpu segala, cuma order air je kat sini.

IMG_1696

gambar2 ada banyak beza coz some kita pakai handphone baru abang, the Zenfone2 Laser. Best features.

IMG_1712

jadi dah beranak 5 ni, sorang tak boleh le dok sederet kalau aircraft kecik camni, abang kena le dok belakang tapi dapat window. After all semua pun tidurrrr kecuali aku ngan laki aku ler. but rasanya aku pun ada lelap kejap ler…

IMG_1719

adik nya request nak duduk kat window with kakak…

IMG_1737

wanna show my gold gold accessories…kihkihhh

IMG_3905

ni hp sapa le ni, abis burst muka mak kau

IMG_1749

kakak pun boleh sambung lagi tidur, with adiknya…botol air Zeeshan tu,hari ke3 kot, tertinggal di Kota Langkawi..

 

 

IMG_1768

tadi lipstick agak burgundy, so aku tone down sikit, kaler light a bit lar

IMG_1884

udah sampekkkk….kojap yoo

IMG_1880

lepas buat urusan kat counter for our kereta sewa yang aku dah booked awal2, baru kita berjalan ler. Aku booked 2 kereta, 1 for my gf and her family (they will arrive the next day nya).

IMG_1780

ini keretanya, murah jer, RM100 dapat per day. walaupun 5 hari but kira 4 days gak, so RM400 lah.

sama jugak dengan harga kereta kawan aku. Trip ni boleh kata semua 9 orang, aku sorang yang managedkan, dari hotel transport dan maknek lain…

esoknya baru nak pergi baru laki aku tanya, eh kita dok mana?

bukan dia jer, kawan aku pun sama…eh apa nama hotel?

grrrr

IMG_4196

 dan apa lagik, kita terus makan laksa langkawi kat tepi beach near airport tuh… untuk pertama kalinya Zeeshan pun makan laksa dan he lovesssssssss it so much.

IMG_1877

dan secara rasminya di Langkawi aku langgar semua diet. Mulut laki aku, tak yah ler nak diet, bantai jer la makan, balik KL tu kang sambung le diet awak tu

IMG_4200

sedap le laksanya….bertambah2 ler coz Zeeshan dok pau kitorang punya je kan, berjaya gak dia jadi peminat laksa, so complete dah. Aku kena belajar buat laksa le pasnih hahahaha hakak tak geti dik non lelaksa ni semua

IMG_1881

 abang ko cabut beautician apps dari camera ko tuh, mak tak suka ler. pakai original sudah. Ler mami, dia default la, ok cabut default apps yg camni, tak orig.

IMG_4206

the boys…

abis dia dok lunyai main pasir tu tau, budak bandar pantang nampak pasir laut, harus le main kan. tu pun sket sket dia dok nak ke laut

IMG_1794

dan makanya, takkan nak terus balik hotel pulak…harus pergi buat lawatan muhibbah, setelah last datang sini pun was 5 years ago…

IMG_1805

aku riki2 dulu, dah memang nak beli periuk belanga set bagai tapi check2 le harganya jap…

IMG_1810

most of sebelah aku tu, Tefal brand, aku borong :)

IMG_1811

Kakak jadi assistant aku, amik gambar items + harga…

IMG_1815

kak, mummy nak stand ni jer kak, mummy tak nak senduk2 ni…

IMG_1818

mana ada jual asing mummy, beli je lah satu set nihhh

IMG_1823

hah rambang kau!

IMG_1856

ok ini aku ada beli, masa hari yang hujung2….buat letak our daily roti/kuih2…dah selamat pakai pun!

IMG_1833

ini cantik tapi kalau buat untuk kuih raya tak guna gak coz masuk angin….

IMG_1837

panorama

IMG_1838 (2)

kak amik ni, back up plan kita if kita tak jumpa gak stand yang mummy nak tu kayy

IMG_1866

cantik, aku amik tapi not the sets. aku amik the quilt jer…2 bijik. but not this date lah, hari lain aku borong..

coz skang pun bonet tak muat hahahaa…kita kan baru sampai, mana dengna luggage penuh santak siap letak kat dalam kereta pun ada. all 4 of us dok kat belakang ok! luggage satu kat depan

IMG_1844

towels, tak bagus, yang aku beli kat AEON tu gak molek. air tak telap langsung. All SAs dok cakap bagus bagus tu, cong sangat heh

IMG_1847

 ammi, nakkkkkkkkkkkkkkkk

kat Hj Ismail, dia selamba jeeee amik dari display racks tu

IMG_4212

 since kita kat Langkawi ni, dah memang for his birthday too, jadi amiklah dik…take one. harga pun tak mahal sangat, rasa dalam RM30-RM35, kalau kat KL Ni berat bagak macam ni mau RM200 hahahaaa

 

IMG_1867

 alright, kita survey sini pulak. aku amik ni gak but not this one, lagi besau,yang harga RM320 kalau tak silap. Itu nak buat rebus ketupat kahkahkah….laki aku cakap start taun ni dia tak nak nasi impit, nak buat ketupat!

IMG_4219

sambil aku window shop dengan lelain, adik dok tepi2 tu main Panda VS Dinosaurs

IMG_1856 (2)

senyum mak kau yekkk dapat pi Langkawi

IMG_1858

well kat sini yeap we bought the choc….cannot help ler nak tunggu hari2 lain, borong dulu

IMG_1865

happy boy with his giant dinosaur

IMG_1868

bilik pun besar, 2 kingsize beds, for family of 5 macam kita ni. Ruang kanan luas, letak segala mala luggages and barang belian di situ gak, solat pun kat situ gak. TV channels biasa2 jer yang dapat, pun boleh….

IMG_1885 (2)

kulu kilir dia membawak binatang dia nihhh

IMG_1904

banyak2 port kat sini yang dia nak amik gambar, aku tak tahan dengan bau longkang dari lapik ijau tu…busukkkk

IMG_1910

we jalan2 malam tu, dinner pun depan hotel jer…tak kuorkan kereta…

IMG_1914

terus maknya beli the batik cardigan nih…fefeeling leh pakai kat beach gitu kan…or buat cover bila pakai dengan sleveless top/dress

IMG_1911

kat kedai ni le aku beli, RM30 but kalau ujung2 lagi ada jual at RM20. Kedai ni je aku repeat 3 kali pergi beli untuk 3 hari hahahaaa

IMG_1919

sambil lepak tetanya kat kedai belakang tu, kakak nak buat henna…she s been asking lama gak nak buat ni, tapi kat KL specially downtown tu, orangnya panjang je beratur. lagipun kena cepat hilangkan coz dia sekolah, mana boleh ada inai2 macam ni.

IMG_4226

cardigan hitam aku yang dah jadi harta kakak

IMG_4230

so kakak buat satu lah, untuk lepas gian dia. while aku dok carik gambar2 untuk project kita 4,5 hari kat situ, hantar kat member aku yang will arrive the next day…

IMG_4237

dan budak henna bagi percuma untuk inaikan Zeeshan. as dia melorat nak gak ada macam kakaknya…so kita tulis situ Z for Zeeshan

IMG_4241

sonoknyaaaa, lorat btol ko kan dik

IMG_4249

yeap…sorang dapat bunga, sorang dapat Z and ada bunga sikit kot tepinya…lepas bape hari dah hilang hahaha…ok ler tu, RM10 kot buat untuk kakak tu, adiknya percuma jer.

aku dok kat Chenang, hotel semua pun aku carik sendiri. Nanti aku cite part hotel, if ada yang nak buat reference ler, kami pun dah pergi Langkawi banyak kali cuma kali ni pergi dah lama sangat sejak last trip was 2011.

Really tempat yang aku nak sangat pergi, since setaun lebih lepas kita dok concentrate buat rumah. Dan plan nak ke Hong Kong sekali lagi gagal coz harga menjunam mahal!! Dah kalau ko book lambat memanglah harganya mahal. So insyallah taun nih, aku dah plan nak book awal, if ada rezeki lebih. Lagi tinggi naik umur anak2 aku lagi tinggi le fees, tapi chances for Zeeshan untuk main benda2 yang for his height pun ok ler sket, tu je untungnya.

Actually memana pun, bebudak suka jer…asal janji pada kakak tu ler, dia tak nak pergi yang too winter sangat, macam Korea dulu tu, tak tahan depa sejuk bebonar. sejuk biasa takper ler, ni sampai berlapis2, gigil2 kat luar, bibir sampai kering, hahahahaha, korang dah besar, apalah sangat winter tu kan hiks..

 

Comment: 6