Tu dia….

IMG_8753

korang perasan tak kalau kat Sephora tu, dia punya security guards bosannya, dok mengekor kau macam ko nak curik semua harta dalam tuh. Dia tak kira le ko ngah make up ko ngah pegang barang, dia takde coverina, memang tengok orang macam penuh suspicious jer….tak kira le mana punya outlet, KLCC ke Ave K ke…eiii. Tu yang kalau nak memain touch up muka dalam tuh, benda yang sonok 15min jadi 5min jer…lemau!

 

IMG_8858

ayam perap lagi, Saturday noon aku dah siapkan ayam perap ni coz malamnya dah nak kena keluar.  Pagi Ahad awal aku dah goreng masak semua sesiap, anak2 ngan bapaknya hegeh2 nak tanya mak, nak ayam goreng perap ye,  korang pagi Ahad baru nak mintak, mak kau lagi advanced a day earlier dah settled.

Tips basi, ramai  kot dah tau but the pan or kuali yang paling molek, paling cekai pakailah Tefal. Tak melekat apa saja yang digoreng dah dimasak. Kalau brand lain tu aku tak tau la pulak, but tu lah paling cekai is Tefal ler. Bertahun2 le servicenya memang sedap. For kuali aku ada about 4 bijik (1 from redemption, tak pakai yet, 2 cap ayam (pakai untuk big memakan for top up lelauk yang kena panaskan) but satu lagi yang khas pakai for daily. Itu memang mahal beli (lupa le brand apa, malas bontot hakak nak bangun cek kuali tu), but the boom best, it s been with me for 15 years already. Sarung telinga hitam sebelah je dah tanggal (itupun one of my hawau maids pi cabut gatai buang, kan leh sarung balik grrr), so itu memang bagus sangatlah.

IMG_8861

ini kualinya, den buek ayam masak merah Ahad weekend baru nih.

IMG_8758

dan taraaaaa, after telling you that I really have to siang more than 30 – 50pcs of ikan ayam sotong udang ketam bagai segala setiap 2 weeks, hah ini dia. Yang dah bersiap siang, bersih2 dan untuk simpanan lam freezer. All these, hakak sorang yek buat. But actually orang kedai yang siang but aku still kena sambung apa yang orang2 kat pasar tu siangkan. Bukan dia buat bersih and bukan semua isi perut ikan sotong tu keluar.

Hah, nak buat ni semua kena at least an hour. My mom yang pergi beli ni semua with my adik pastu aku kalau dengo je dia datang hari Sabtu huwaaaa, nak kena bertangga dok dalam bilik ayo ler hah. Buat kat sinki pun boleh, tarik je lah kerusi tapi aku selesa lagi buat kat bathroom, pas 2-3 mangkuk nanti aku panggil abang amik simpan lam fridge. Baru ni laki aku tolong gak, tapi tolong tengok dari depan pintu bilik air, sambil borak ngan aku sambil dia main chess online dia. Hah gitu.

so baru ni je lah aku rasa nak amik gambau hah, aku keluarkan balik dari freezer and susun balik just nice for you to see. oh ini untuk max 2 weeks punya usage semua nih.  Weekdays my mom memang masakkan, kat rumah ai but weekend aku masak ler. But hehari yang mak tak datang tu, or pi berjalan, aku le yang masak, sapo laik nak pegang kuali tuh. So lauk pauk ni banyak, as i mentioned, I supplied lauk pauk yang mak ajah masakkan ni untuk my rumah adik gak, so not just for parents but also adik, anak2 buah. Rezeki bersama panjang-panjangkan :)

Comment: 5