Nov 6 2013 Wednesday, 10:00 am
Trim Wash Blow dry…
brother’s bonding….wpun RB tak paham apa yang abang dia tengah buat, and abangnya pun memang sebenarnya malas nak layan adiknya yang ajak main tractors tuh, dia ribakan jugak si adik, asal adik tak nyotnyetttt bunyik. yelah budak tu dok mintak dok kat riba dia….
brought our maid and kakak for their hair cut. satu batallion aku bawak. wpun abang kata dia boleh je dok rumah tinggalkan dia jaga adiknya, oh tak per ler…moh semua batallions, mak ko lagi rela sesama kuor sumer. Ni RD masih lagi takde, dah lama betul Kakak mintak potong rambutnya, kasi trim.
Maid aku pun rambut dia panjang asalnya tapi bersepai2 rambut gugur dia, sampai aku suruh potong dia tak nak tapi satu hari dia sendiri bising tak tahan ngan keguguran rambutnya, jadi hah jom, satu package semua kita pi potong rambut. Product ads yang aku buat doesnt suit my maid at all.
abang jaga adiknya…while the girls do their hair…
maknya pun sama trim, sket lagi aku nak potong libas but kang lagi lama anak2 ni menunggu, so takper, trim pendek sket udah
i m supposed to go to the Number76Style back but aku kekangan sangat masa….nak pergi bawak angkatan memang aku tak kuasa ler kan
First time kakak merasa dicucikan rambutnya. Memang aku suruh saloon buatkan coz nak bagi dia feel and the experience of cuci rambut by hairstylist. Biasanya dia gunting je, balik rumah sambung cuci balik…
Masih lagi dengan dunia leka ipadnya tapi sebenarnya sekejap2 jer dia tengok ipad nih, dia lebih explored the saloon, Sikat ler, penyepit, sampaikan the hairdryer pun dia bantai pi godam….
Cik Manis Gegirl dah siap bercuci, nak alter balik rambut yang potong asalnya
last2 dia mintak nak duduk ngan maknya, but tu lah tangan sibuk je nak mencapai sana sini. Rambut RB curly, macam abangnya so tak yah lah dah nak skin head dah, biar jer, nanti kembang2 curly kahkahkah…..nak tengok rambut dia akan datang, dah boleh jangka coz begitulah rambut abangnya dulu
yey dah siap….rambut aku curvy jer Michael buat but coz aku pakai baju gelap tak nampak le kan…kakak tu aku cakap takyah dah basuh rambut, cuma perlu mandi jer, but dia pi basuh gak hahahah baik tak yah cuci rambut ko kat saloon dah pasnih…but at least now dia dah ada experience ler kan bercuci rambut di saloon.
Anw, i m doing some surveys, if you all boleh help me out here:
1. Apa shampoo yang anak-anak korang pakai? For the age of between 9years old up to 15years old?
2. Apa skincare yang anak-anak kalian pakai, sama le between 9yo up to 15years old?
Untuk kedua2 soalan nih, open for girls and boys dan jugak you can mention the brands yang anak2 hangpa pakai tu, tak mengapa.
Yeah…please share. Thanks.
suzy
Nov 06, 2013 @ 10:23:16
Kak red, for skin care boleh try product Myracle Beauty, cologen basis xder masalah tang age sebab soap & spray dia pon baby yang enzima boleh pakai. Selamat…pregnant laldy pon ok. Yang shampoo emm my niece n nephews pakai shampoo baby jonsen yang kaler oren tu … HEHEHHE feeling baby depa kata =)
Mya
Nov 06, 2013 @ 10:45:55
saya bagi anak saya pakai shampoo head & shoulder.
smooth and silky warna pink. memang lembut je la rambut anak saya tu.
rasa sesuai kot, so maintain pakai tu je utk dia.
skin care? so far belum lagi.
losyen & bedak talkum still guna baby johnson.
Mya recently posted..Pengomen Tegar Bulan Oktober 2013
haiqal
Nov 06, 2013 @ 11:39:52
Dulu,saya ada masalah rambut.Kelemumur bersepah bagai nak gila,habis meraung tengok rambut sendiri.Masa tu form 1 ke form 2.Memang jahanam habis.
Lepas tu,guna Clear for men.Alhamdulillah,berkesan beno.Cuma,itulah,jangan guna selalu,takut nanti da biasa,tak ada efek.
Saya personally,suka shampoo Head and Shoulder,dengan lagi satu,tak ingat nama,yang ada sari apa entah,coconut oil ke apa.Tak ingat.hahaha.
belindai ishak
Nov 06, 2013 @ 14:56:56
So sweet la ank2 kak RM…. Btw aku tak tau lg apa produk yang ssuai utk bdk2 umur 9-15thn coz anak2 aku tak smpai umur 5thn lg…. 🙂
belindai ishak recently posted..Tips Elak Perut Buncit+Boroi
ainighafar
Nov 07, 2013 @ 11:14:51
refer from my anak-anak buah..
skincare :-
lelaki – x pakai
pempuan – 11 tahun ke atas da pakai clean&clear. sesuai la untuk remaja.. sebab budak2 ni aktif dengan aktiviti sekolah kan..so bila balik tu muka berminyak je.. pakai 1 set facial wash + toner + moisturizer..
shampoo :-
lelaki – pun x pakai
pempuan – sunsilk hijau..
hehe..
Noorbaybie
Nov 07, 2013 @ 16:06:12
hai RM,
for my girl @ 9yrs – shampoo pakai pureen family shampoo / sunsilk pink.. skincare xde
for my boy @ 13 yrs – shampoo pakai clear for men yg berangin tu ( menthol kot) .. skincare oxy hijau
irene
Nov 07, 2013 @ 18:06:47
Kalau nak prevent muka depa berjerawat in future cadang pakai basic skincare yang consist facial wash, toner and moisturiser tak kira brand apa sebab kalau dah jadi routine muka pun akan elok. Tambahan yang lain mungkin ointment for jerawat and tools for poking the acne educate both of ur children jangan gatal tangan nak picit jerawat tu dgn tangan sebab itu punca segala mak nenek jerawat. Lagi satu brand yg elok ambillah the bodyshop..Sales assistance dia akan tolong. Memangla taknak belanja lebih2 untuk anak..tapi ini untuk future investment. Nanti dah besar akn rasa menyesal kenapa x jaga muka..
As for rambut, kalau rambut dah sedia
mummydearie
Nov 08, 2013 @ 14:46:57
Oh, tak dapat nak join the survey. Anak-anak semuanya bawah umur 8 tahun. Sekarang ni depa pakai baby and kids products lagi 😀
mummydearie recently posted..Selamat Hari Lahir, Sayang!
Lyn Yusoff
Nov 08, 2013 @ 16:26:08
alamak xtau sbb takde budak2 kat rumah..
anak2 buah pun tk sure dorg guna shampoo ape..
Lyn Yusoff recently posted..It’s Friday
Siti
Nov 09, 2013 @ 19:34:49
Untuk permulaan Boleh pakai cetaphil.. Yang basic sahaja range sensitive…. Try lahhh tu pon boleh pakai whole body