Jun 19 2014 Thursday, 10:00 am
Bangi Golf Resort’s buffet Ramadhan 2014
Pejam celik pejam celik tak lama lagi jer dah masuk bulan puasa dah kita. Selain bulan puasa ni untuk kita semua menambahkan lagi ibadat dan amal jariah kita semua, buffet ramadhan juga antara yang ditunggu-tunggu oleh kita kan kan kan 🙂
Mungkin bukanlah setiap hari kita buka puasa di luar, tapi at least sekali dua kala nak la jugak berbuka puasa di luar kan, tukar selera orang kata. Personally for my family, weekends memang wajib buka di luar coz weekdays buka kat rumah homecook. Memang anak-anak punya permintaan. Dah bertahun2 begini, so tu pasal kalau nak weekends jer aku mesti gagau cari tempat nak buka puasa.
So a few weeks ago aku sempat pergi menerai buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Kira preview la dulu hiks 🙂 Rambang la jugak mata dan perut aku nak makan macam-macam hidangan kat situ. Lari diet aku hehh. Buat reratah. Ratah mendanya pun..makannnnnn ok!
First thing first. Sebelum kita ngap, kita kenal-kenallah dulu sapa cook dia. Betul tak? Inilah dia Chef Kamaruddin orang penting di sebalik buffet kat Bangi Golf Resort ni. Kelakar orangnya hiks, personally dia pesan jangan risau walau ramai mana pun yang datang buka puasa kat sini nanti , dia akan tetap tambah dan tambah lagi semua makanan kat situ.
This is my first time makan kat Bangi Golf Resort ni. So jom kita tengok apa yang depa offer untuk buka puasa bulan Ramadhan nanti.
Bangi Golf Resort menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan. Spread yang banyak, hujung ke pangkal. Dari A to Z semua ada kat sini. Ready made telur setengah masak pun ada! Siap dengan kicap lagi 🙂
Laki aku fan of it
Aku makan cuit sikit-sikit jer, buat merasa orang kata. Permulaan plate, kambing golek. Maklumlah time-time diet ni kena beringat, tu sebab makan yang bakar or grill jer! So la sedappppp, lagipun aku memang favorite daging kambing ni. Permulaan katanya, pastuh 3 plates kambing tu aku ngap!
Surau untuk lelaki perempuan ada jugak disediakan, parking pun senang. So datang buka puasa je kerja ko skang 🙂
Malaslah aku nak namakan satu-satu dishes ni semua, korang tengok jer lah gambar-gambar ni semua. Kalau tak terliur memang sajer jer la, tak pung tunggu bulan puasa nanti, ha confirm terliur hiks. Tapi butter prawn tu memang terbaik! Rangup dan pedas-pedas sikit rasa dia, memang lah tambah lagi dan lagi dan lagi. Pun udang tu laki aku kena kopekkan for me, kalau takde dia, anak2 aku tolong bukakkan, aku pemalas sikit bukak kulit udang hahahaa
Kuih-muih moden dan traditional memang tak ketinggalan. Buah-buahan of cos la ada. Manggis pun ada sama. Tapi aku kalau makan manggis punnnnnnnn malas nak kopek, kerja laki aku gak kopekkan. baik kat hotel mahupun di rumah.
Macam-macam Cooking Showcase dan their staff sedia untuk melayan dan menyediakan pelbagai jenis masakan dan juadah untuk memenuhi selera tekak dan perut kita 🙂
Antara sections yang ada, satay sudah semestinya, goreng-goreng mee mamak dan kueh tiaw memang menyelerakan, mee sup/kari, western appetizer seperti beef lasagna, spaghetti, of cos malay style pun ada, lemang dan rendang daging, gulai kawah, ikan salai masak lemak cili api, nasi ulam dan macam-macam lagi. You name it, mesti ada punya. Like I said, the spread memang banyak 🙂 Rasanya pulak for me, sesuai dengan selera dan citarasa aku yang secara tak langsung akan membuatkan aku akan datang lagi ke sini 🙂
ini kan, memang bikin aku tak berenti makan ler…apsal ko sedap sangat hah?
Last but not least, the highlight is kambing bakar! Ni memang terbaik aku cakap. So tender dan secukup bakarnya dan perisanya. Chef Kamarudin tu sendiri cakap akan topup dan topup lagi daging kambing ni sampai ke penghujungnya. So bukanlah kalo dah abih seekor ni sahaja takde dah. Akan berekor-ekor disediakan 🙂
Aku sambil menaip ni dah terliur-liur tengok gambar-gambar makanan ni semua haih. Kalau time puasa tengok lagilah hebat dugaannya. Macam aku dah cakap tadi, aku memang confirm satu family repeat nanti 🙂
Kalau korang nak datang, aku suggest korang buat reservation awal-awal, contact Wani di 016-9645544 / 03-8925 3728 / 03-8210 0265 untuk tempah table. Email pun boleh bgb.bangigolf@gmail.com. Harganya pulak RM50 dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Tapi kalau datang in group boleh dapat diskaun lagi 🙂 Pada aku quite affordable lah harga dia untuk buffet ramadhan. Bukan selalu, maybe once or twice kita layan buffet Ramadhan apa salahnya.
Thank you Bangi Golf Resort for having us there. So berselera dok? Jom kita sesama buka puasa di Bangi Golf Resort nanti 🙂 Untuk promosi ataupun any updates boleh lah visit Facebook Page Bangi Golf Resort.
Insyallah early July akak nak datang Bangi Golf Resort for buka puasa, jom kita singgung sama berbuka di sana?
akubiomed
Jun 19, 2014 @ 13:27:39
Macam-macam pilihan. Siap dengan kambing lagi.
akubiomed recently posted..Floria Putrajaya 2014 Pesona Warna
CIKCLOUDY
Jun 19, 2014 @ 16:27:30
adoiiii terliur la plak tgk kambing tuuu
CIKCLOUDY recently posted..BOKITTA HIJAB DI KUANTAN
Siti
Jun 19, 2014 @ 23:18:34
ya allah, rm50 je kak? murah gile tu
Siti recently posted..Review Hotel Nagoya Plasa, Batam, Indonesia
yangbaik
Jun 20, 2014 @ 10:23:55
dessertnya sangat memukau… termasuk juga kambing golek tu… 😀
entah bila boleh pi makan kat tempat macam ni… 😉
yangbaik recently posted..Ranking Alexa pada 20.6.2014
atie
Jun 20, 2014 @ 14:56:37
wow nicenya.. semua food sgt fresh n sedap2…
harga pun boleh tahan.. dessert sgt menarik dan tak sabra utk ngapp…
atie recently posted..Buffet Ramadhan 2014 Bangi Golf Resort
Baju Menyusu Murah
Jun 22, 2014 @ 17:34:07
huhu, sedap tu kambing golek, tapi nk gi jauh lak.. sape tau area klang/shah alam buffer murah tapi byk lauk mcm ni? Kambing la plg nak.. (telan air liur)
Melastik Bintang
Jun 23, 2014 @ 00:10:23
Kambing kesukaan ramai…
Nasib i x makan kambing kalau x abis dengan tulang tulang kambing sekali dibedal…. Eh dapat hamper?lalalala~
Melastik Bintang recently posted..Wanita Hamil Alami Kepanasan?
Sumijelly
Jun 23, 2014 @ 10:28:47
yela.. untungla.. dapat voucher org tu.. lgai hebat!!hhehehehe
Sumijelly recently posted..Bangi Golf Resortâs buffet Ramadhan 2014
Fara
Jun 23, 2014 @ 13:56:15
uitt menarik gak menu2 dia… okeh bleh la masuk dalam list utk dicadangkan, cuma jauh le pulop sampai ke bangi sana.. huhu
Fara recently posted..Shaklee – bisnes yang memberi dan menerima
Lyn Yusoff
Jun 23, 2014 @ 17:18:30
byk nya pilihan..
price pun reasonable.. boleh jugak untuk weekend berpuasa di luar 🙂
Lyn Yusoff recently posted..Lawak Kelakar
HAFIY HAZMI
Jun 23, 2014 @ 18:00:42
wow sedapnya tengok kambing golek tu.
HAFIY HAZMI recently posted..Promosi Perodua
10 BGR vouchers for the best 5 commentators! - Pencinta Merah Red Lover Red Diva
Jun 24, 2014 @ 10:00:32
[…] tu dok dendiam belakang. eh bukan 4, ada 3 jer. abang kakak tarak. Hari tu aku dah posted out on entry pasal BGR kan, so ini behind the scenes lah, Rugi lah tak nak post out cite nih, leh selamat cerita aku untuk […]
Skeen
Jun 25, 2014 @ 09:25:57
heheh harap2 dapat ler menang contest ni kak red… asik belek gambo kambing goleks jek.. ^_^