Posts by :

The Result of RM’s Contest…

Down:
1. malam tak lena
entry tak siap
triplets bertiga
pun jadi sangap

hint: the after effect

1. KEDAUNG – ini memang vocab dari RM sendiri, dah merata pun orang pakai, aku pun boleh jadi DBP 🙂

2. dayang2 ker? pengiring ker?

GBM – kalau tak tau gak, hahahah tak pek nak nolong dor, fyi, crosswords puzzle nih GBM yang sama2 contribute, kepalanya si Ayuthesun lah.

3. even the 6 year old in the house dah ada.. ko hado?

COACH – last month or 2 bulan lepas ada entry yang aku bagi my first Coach to Gegirl.

4. the ’shareholder’, the ‘board of director

REDDADDY – kalau aku cakap SIRMAN kang ramai leh jawab so kita tukarkan ke RD pun ramai gak dapat jawab!

5. Gambarnya paling kurang di Redmummy.com

SHAMEEL – dah tentulah abang, tapi ada yang tak tau sampai pi tengok video Project Alpha. hehehehe usaha gitu yek

Across:
1. RM is also known as…

1. MAK MERAH – kak red pun ye gak, kak merah tu panggilan, but mostly orang panggil RM as Mak Merah or KR as Kak Red, tak kisahlah memana pun, janji bunyik2 merah tu and RM sendiri orang dah tau it belongs to me.

2. The first cat in red family

2. REDDY – memang betul sungguh jawapan korang, famous Reddy!

3. RM has a deep passion in ________.

3. HANDBAGS – sayang ada sorang tu pi eja handbegs iskk…excited yek dik.

4. jinak2 merpati. you can see. you can compliment. but you can’t touch.

4. GEGIRL – nak kena jerit ngan dia, ha usiklah dia!

5. a dream come true vacation.

5. FRANCE – haisay, baru aku pasan ramai yang banyakk silap jawab kat sini. if u read 1 year entry carefully, aku tak pernah cakap Europe or London or Ams as my dream vacation. aku selalu sangat cakap aku teringin nak pi PARIS. so if i put PARIS, ramai pulak tau  so kita jadikan as FRANCE coz Paris di France. but napa le korang pi jawab Europe…oh nangis..

image

The crosswords puzzle contest can be found kat sini.

ngeh….!

sapa benar2 betul, sapa benar2 salah? sapa rasa nak tepuk dahi? sapa rasa nak tepuk mak merah? 😛 . Camne aku nak bagi hadiah nih, adiah punya banyak, penyertaan pun banyakkkkkkkkkk…..siap ada yang hantar 5 jawapan TAK TAHU, hahahahha teruklah tau korang nih. dan yang paling tragis, hanya ada seorang sahaja pemenang yang berjaya menjawab dengan perfectly betul! seorang sahaja!!

Hadiah saguhati SASA dilantingkan kepada Juliey sebab yang lain tuh, Europe dah ada tapi Handbag pun boleh salah eja, tak kira kotak ke dik? takde s pastu handbegs iskk camne leh letak e pulak tuh, dahtuh kedaung jadi Setayup, first time aku dengo perkataan setayup ni yang,  and ramai lagi jawapan2 korang yang very the kedaung. so aku rasa pilihan hadiah saguhati berhak dapat untuk seorang sahaja.

Tetapi hadiah utama SASA, yang tiada perfumes yek, aku pi baca kat blog dia, dia ingat ada perfumes SASA wahhahahaa, kalo ada akak dah sebat dulu yang oi, dah tentu mak merah nih tokey perfumes!

The winner goes to DD!

rezeki betullah DD tahun nih, banyak betul adiah ko menang kan….bayangkan, hanya DD jer yang betul menjawab FRANCE! lain apa cer? memang ramai akan kata aku baca RM ni setiap hari pagi petang siang malam, dah 3 tahun, dah 4 tahun, tapi kenapa masih lagi jawab salah….

sebabnya aku tak boleh bagi soalan yang too straight forward, kita tau korang dah terlampau loyal sampai hapal most of the syllabus dalam nih, wah syllabus ko! tapi tu lah, apa barang mya yang tokan pink pun salah? manjang TAK TAU je ko submit kan… huhuuuu!

btw, yang lain jangan rasa sedih…hadiah ada banyak lagi tuh, nanti aku buat 2nd round of contest yek. Nak Crosswords puzzle lagi tak? aku kasi senang dari utusan punya yek? sapa mau? Hadiah untuk crosswords puzzle RM adalah tajaan SASA yang saya perolehi from the SASA Bloggers Tea Session event.

Comment: 22

Red Family di Bazar Ramadhan…

IMG01825-20100814-1711

aku update bukak puasa ke sahur kat twitter yang oi, tu pasal korang jangan pelik napa takde citer makan2 buka puasa or sahur. sahihnya gambar pun aku tweet live terus. well, last friday aku sampai ngam2 lagi 5min nak berbuka, luckilylah helper aku dah pandai masak melayu, aku dah ajar dia yang oi, satu buku resepi melayu aku dah bagi dia sejak setahun dulu so dia memang dah pandai sangat masak melayu.

so on weekend, memang aku lah yang kena buat all out, and budak2 dah bagi list nak makan apa nak minum apa untuk bukak puasa. tetiba je abang dah siap list kooooo! mak haik! melampo betul listnya, makan ke mentekedarah. beli 4 inggit pun banyak tak habis inikan pulak list berjela2 tuh.

IMG01826-20100814-1712

sebab ini pertama kali kita ada masa untuk kuor as a family, ngan aku pun ikut sama coz aku nak jumpa makcik rendang yang kusayang itu….kat sekitar rumah aku memang ada melambak gerai under DBKL for pasar ramadhan nih, ko nak makan apa jer, sume ado.

IMG01833-20100814-1729

ini tempat yang aku paling suka pergi berparam…kat sinilah jugak makcik rendang meniaga, cuma nasib kurang baik, weekend makcik nih tak meniaga lah pulak, dia meniaga hari weekdays sahaja…aisayh… sapa ke penyanyi/pelakon lawa tuh, Syella yang ada butik pengantin tuh, ha dia pun ada menjual sama. lawo betullah budak tuh. putih gebu sungguh.  dulu masa belum jadi artis takde le selawa gitu, apa kah rahsianya ek?

jong jong jong! aku tak pi pun beli kat gerai dia, tak tau pun apa dia jual…

IMG01827-20100814-1720

kenapalah masa bukan ramadhan takde orang nak menjual ke main hebat macam nih yek? napa le masa bulan puasa ajer baru berebut2 orang carik duit raya, meniaga hebat gini iskk, tau tak, bukan orang melayu muslim kita jer yang sibuk membeli tapi cina india omputih segala bangsa berebut2 membeli juadah gak masa ni.

IMG01830-20100814-1724

aku cukup tak suka betul anak2 aku nih kalau nak makan sume yang diorg nampak semua diorang nak. eii, membazir betul. macam2 pulak tuh yang diorg order nak tuh nak nih….dah 2 kali berbuka gak habis membazir je buang. baik bagi kat security guards VA tuh, beli2 baik bagi diorg, ada gak pekdahnya. bengang betul aku. pasnih aku kena lagi serius ngan depa tak bleh nak manjang sumernya nak semataaa…

fishball nih amik sampai 3 jenis, makannya sebijik jer.eii korang! makan masa sahur lagilah payah coz semua makan nasi and dah tak lalu nak makan bebanyak, ater dedua pala lentok kat meja makan.

IMG01832-20100814-1727

mee kuning + soup nih sangat fav abang, dia beli ni makan sampai habis, berkongsi sama adiknya. aku kalo apa2 beli kongsi jer tak yah nak membazir kot dia nak tuh nak nih, ha beli satu korang rasa le sesama sket…tak rugi beli nih yek sirman if in d future abang nak lagik.

IMG01828-20100814-1720

nih aku tak tau lah apa mendanya nih, Puffina, tak try pun kita beli, but memang tak tau apa ke mendenya. kalau jual masa bukan bulan Ramadhan, nanti aku makan yek bang. tak pung masa aku ngah red flag datang bulan, nanti aku borong so boleh buat makan masa siang2 hari dok bawah meja ngan member yang sama2 datang bulan hahahahha…..

lecehlah, wpun red flag ko ingat senang nak makan ke, dahlah tak leh makan openly, makan kena sorok2, yang bersorok tu pun payah kay! nak buat air lagilah tak boleh, takut orang nampak, diorg takkan cakap apa tapi seganlah, sesengih sedepa je memasing nanti. ngan anak2 aku leh lagi menyorok.

IMG00324

the next station kita pergi kat sebelah tasik pulak. aku ada masak 2 lauk tapi ada yang kita nak carik macam contoh siput sedut takde jual kat depan JPJ tadi tuh. oh aku tak leh makan  siput sedut yang ada keladi yer, gatal2 kang, lgipun Gegirl pun nak makan sama, so aku kena carik siput sedut yang tidak ada keladi langsung. ni siput sedut aku tak getilah nak siang. kalau ada pun yang makan aku ngan Gegirl jer, orang lain tak geti nak makan….

IMG00325

bapak nak air cendol…yey! budak2 dah mintak air soya, tapi bila hidang diorg berebut nakkan air cendol bapaknya….

IMG00327

bubur pulut hitam ku yang sampai sudah lupa nak makan, coz tidur awal. bulan2 puasa ni banyak dugaan lah, antaranya mata cepat nak lelap wpun sat nite. sayang betullah aku dah terliur2 nak makan bubur pulut hitam nih…

aku suka sume jenis bubur kecuali bubur tu ko taruk durian, memang aku tak makan. tu pasal penah dengo aku makan tempoyak? nehi kan?

IMG00323

eh eh ada gambar catwalk ibu dan anak…

IMG00326

waa jumpa gak siput sedut tanpa keladi! aku belasah sorang nih untuk 2 inggit. tapi rupanya dalam aku ngah beli nih, sirman pi beli lauk lain gak, tu yang bila hidang banyaknya hai lauk banyaknya hai makanan….kalo makan kat umah mak ajah sedap gak.

IMG01831-20100814-1726

penutup entry aku kasi gambar ayam goreng kukus! ya allah sedap betul, tang Abang and Gegirl lah. tang sirman punya dalam dia tak masak sangat. aku tak amik coz aku tau mesti ada yang tak makan so campak kat mak nya. ni gerai kat depan JPJ tu gak, sebelah2 ngah gerai makcik rendang.

Adalah masa beli kat sebelah tasik punya bazar ramadhan kan, aku amik asam pedas ikan pari. laki aku budget 3 inggit jer, sekali 5 hinggit ko! aku terus cakap pasnih tak yah dah beli lauk2 gini, ai pun boleh masak. 5 inggit tuh! iskk… tu yang kuor twitter laki aku ngomel napa sampai sepetang punya param sampai 40hinggit anak beranak membeli. ngehh! Not like we beli everyday, tapi kalau sekali ngadap beli 40 ringgit, wui banyaknyaa!

Ahad abang teringin nak bukak puasa kat QB …. nanti aku cite apalak yang menarik under QB kay.

Comment: 22

Home Made Traditional Tart Nenas!!

a must sticky post entry, scroll down for the regular updates. thanks.

IMG_0952

Ingat ngan Ayu Tart idak? ingat lagi tak?? giler lah kalo lupa, wpun ngah fasting month, Ayu Tart ni dah makin lama makin disebutt ramai!! Ada aku baca merata2 kata jaminan tart kalau boleh tahan more than sebulan, tu memang aku was-was banyaklah, entah apalah gamaknya yang depa letak, max 1 month i can take lah, so order sekarang and few days sebelum balik kampung amik dari Ayu Tart sebab di My Lovely Tart, kita hanya boleh simpan makan for a max sebulan jer, nanti lepas sebulan tak molek dah.

IMG_0977

selingan jap, tart nenas nih selalunya officemates aku yang non muslim pun beli jugak. diorang kalau beli makan reramai or sambil2 ngah buat keje mulut mengunyah. so tart nenas from My Lovely Tart memang dah 3 kali 3 tahun berturut2 kuor dalam RM. dulu nama lamanya lebih famous didengar as Ayu Tart, skang dah go commercial wahh….

commercial sampaikan 3 tahun jugaklah ramai loyal buyers My Lovely Tart takkan lupa enaknya tart nenas nih kan…sama gak ngan umah aku lah, sapa datang beraya My Lovely Tart lah jugak aku hidang. amboi nak makan free je kan, invest lah duit sket beli tart nih, bagi orang merasa pulak. genteng lahhh!

IMG_0954

HARGA: RM26 untuk 50pcs

Lokasi-lokasi Penghantaran, tarikh to be confirmed later, biasanya seminggu atau 2 minggu sebelum Syawal etcs…

Bandar Permaisuri, Bdr Tun Razak Cheras
Giant Shah Alam (stadium) – Klang/ Shah Alam
Amcorp Mall ( A&W) – PJ/Bangsar/Jln Klang Lama
Alamanda – Putrajaya / Kajang / Bangi
Giant Batu Caves – Gombak/Selayang/UK/Wangsa Maju
Seremban

KLCC / Citibank Jalan Ampang pun boleh jugak.

IMG_0975

Gegirl punya fav nih, masa amik gambar nih, dia ngah puasa, waaahahahahah bila tiba waktu berbuka, terus dia makan ngap ngap ngap, sebab aku tak bagi budak2 minum teh o waktu bulan puasa, so dia bedal ngan milo, air suam pun sodap! argghhh….My Lovely Tart dan RM memang tak leh berpisahlah! tahun depan confirm kuor lagik!

IMG_0968

Negeri lain nak jugak ke, oh boleh, daerah yang  tidak dinyatakan di atas juga ada, jangan gundah gelana, dulu pun merata My Lovely Tart merantau buat delivery tart nenasnya nih, so start your engine by:

Website: My Lovely Tart

Email My Lovely Tart : ayu2207@gmail.com

SMS My Lovely Tart: ++6019 209 8810

IMG_0963

RM26 jer…., kalau tak nak SMS, ko tepon jer ++ 019 209 8810

Comment: 40

3rd Nuffnang Buka Puasa…

IMG_0839

Thanks Nuffnang for inviting me + Sirman again for the 3rd Nuffnang Buka Puasa with Nuffnangers and Nuffies. Pertama kali dulu saya diberi peluang sambil sharing session, buka puasa tahun ke2 aku clashed ngan event Project Alpha tapi ke3 kali ni Nuffnang jemput sekali lagi.

Event secara rasminya di The Apartment, KLCC.

oklah aku cuba kenalkan nama2 yang aku ingat yek…

IMG_0803

tudung purple, Noor Afzan, di hujung is Robb Nuffie, budak tapak tangan lembut giler baju hitam lupa namanya ngehhh…Jejai, Sirman and RM

IMG_0811

Tudung pink adik Sumi also blogger sorry nama dah lupa, Nicholas Nuffie, baju hijau biru lupa lagi namanya, baju kolar grey pun lupa namanya berspek, Sumi and her baby.

IMG_0829

Nicholas Nuffie, Robb Nuffie, si tapak tangan lembut macam tak pernah buat keje rumah, Jejai, Sirman and RM

IMG_0876

standing is Rina’s bf, Robb Nuffie and Rina Nuffie

IMG_0873

duduk is Aizad Nuffie, back plak Sumi, Robb Nuffie, Noor Afzan, Jestina Nuffie, Firdaus Nuffie, tudung pink, baju kolar hijau biru and grey collar ahhahaha amik ko akak dah lupa nama dik! at the back gives peace si tapak tangan and Jejai…

IMG_0934

Rina Nuffie yang very the ala model, sok sok jadik bini jutawan jangan lupa akak yek… Ngehhhh

IMG_0894

aaa lupa nama adik baju purple keje kat klcc, gaji cukup bulan kita shop2 kay, Nicholas Nuffie, belakang Sumi, si kolar ijau biru and grey.

IMG_0903

Jestina Nuffie, tudung pink,Noor Afzan, tudung bunga2 and tudung hitam hahahahah no names, ampun yek!

IMG_0884

IMG_0948

Sirman and RM, tak yah intro dalam RM, harus kena taji je kang…gila korang tak kenal aku dalam blog aku sendiri kan?

IMG_0846

Group Photo

IMG_0943

senang kerja bila Sirman pi snap gambar site memasing ada dalam nih yek, kot sapa takdak tuh hahahha…sib korang lah. Banyak gak gambar Sirman amik but sedang2 je lah yek kita letak lam nih…Nuffies ada dalam 6 orang, lain2 tuh bloggers Nuffnang…

Tunggu gak bila Nuffnang nak buat Raya Open House manalah tau kan, tak tahun ni tahun depan Tim will consider that. Event nih dah 3 kali Nuffnang buat, so antara sebab mereka disayangi oleh ramai bloggers pun coz sentiasa bersifat 1Malaysia, wpun ada event besar gak clash with those Nuffies yang bukan non muslim but they put it aside. Cuma kali ni tak ramai yang dapat depa allocated kan…but still, baik sket daripada takdak langsung. ye dok?

Buffet berbuka puasa hari tu adalah dari jenis masakan Negeri Sembilan…Selamat beriadah yer….

Comment: 54

So the update…

Gegirl is surviving…abang too. hari pertama jer Gegirl nangis2 tak tahan nak bukak puasa wpun lagi 10min je nak azan, tapi hari ke dua and so on, memang dia cemerlang sungguh. Petang2 dia tolong helper aku masak, abang pun masa hari ke dua dah macam2 ucapan

abang  dah nak pengsan ni mummy….tolonglah bagi air mummy

mummy, thirsty nya abang, mummy tak sian ke kat abang

wah banyak lagi dugaan ayat2 kesian dia bagi tapi aku buat pekak telinga jer. hati kena kental…dok pujuklah sakan…eloklah dia pi sek agama kalo idak lagi dia meracau kat rumah tak leh tahan…bestnya aku bagi dia 4 inggit untuk dia beli kuih pilih sendiri or apa ajelah yang dia nak beli bila singgah param with atuknya…

IMG01775-20100812-1555

tapi hari 3 ramadhan, dia tak bawak pun duit yang aku kasi coz tekak dia mau makan maggi worr! huh tekak ko tak agak2 nya menu ko mintak. yang mak ko tak suka ko makan tu lah yang korang nak. so diorg makan lah maggi, berulang2 supper pun maggi gak. but sahur memang aku wajib kan diorg makan nasi, air suam kena togok banyak2, kasi tekak tu basah. minum berbuka pun aku amalkan diorg minum milo panas dulu baru boleh minum air sejuk.

aku memang tak minum air sejuk, pantang tekak aku lah, and pantang gak badan aku yang sedang berurut. makan pun aku tak de nya nak jamah kuih ke hapa dulu, perut memang buncit but i cant take too much food at one time. aku hanya akan makan nasi n lauk semata. one thing yang aku suka makan bila bulan puasa ialah bubur pulut hitam. wui ini kalau dapat, sah masa supper lah aku makan.

Pagi ni sekali lagi berurut, aku ingat nak buat once a week nya urutan badan, best betul. i lost 1kg after 2 days of urut, or tak tau lah mbe dek kerna puasa gak kot. those yang tanya numbers makcik urut tuh, mintak maaf ye hemm..i cant simply give lah, number phone orang takkan aku nak bagi merata kat orang. lagipun privacy gak nih..so sorry yek, i wont reveal number makcik urut aku tuh.  lagipun too many things yang aku dah shared dalam nih, apa number maklumat info yang korang mintak mesti aku bagi, but ada jugak yang aku kena tapis2 lah seperti number phone makcik urut…..

Sabtu Ahad, hari budak2 nak pi beli juadah ngan bapaknya…sure sonok tu dapat pilih macam2… cuma sejak puasa nih pala aku pening2 ler mbe tak cukup air dalam badan lah ni kot. hari jemaat pas isya’ aku dah kong, menahan sakit pala, kol 2 pagi terjaga jap tengok sirman dok layan dvd, aku temankan dia pastuh terus buat sahur. so by 4am kita sume dah siap makan sahur….settled. mlm ni mbe diorg dapat pi tarawikh, coz hari bekerja budak2 kena tidur awal.

aku nak masak 2 lauk je lah hari nih…sah kat param tu macam2 yang diorg beli. oh yes, my fav makcik yang setiap tahun buatkan rendang daging ayam aku telah kembali sihat berniaga, sirman bought kari ayam from her and punyalah sayangkan aku dia siap kirim nasi lemak kay…oh best! i shall blog bout makcik rendang soon. ha makcik ni memang tetiap taun aku promote sampai ramai readers aku pun beli dari dia jugak kay!

Comment: 23