Apr 29 2016 Friday, 9:00 am
Satu hari dalam hidup Redmummy!
Rutin harian Akak rasanya lebih kurang sama kot dengan korang semua. Yang beza maybe cuma Akak kerja 8-6, kemudian balik rumah pikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada 3 anak. So kat rumah memang bermacam-macam kerja lepas-satu-satu kena siapkan, betul tak?
Bermula seawal 5.30pagi kena bangun sebab Abang dan Kakak nak pergi sekolah. Anak2 kena dihantar ke sekolah, pastu kejutkan Zeeshan pulak untuk siapkan dia punya school too
Once siapkan Zeeshan, Akak pulak siap sedia untuk pergi kerja sekaligus hantar Zeeshan ke sekolah dia. Kalau mood dia baik memang smooth jer la pagi tu, tapi biasanya dia buat drama macam-macam, layankan jer lah si bongsu tu 🙂 . Tapi memang banyak drama ler most of the time, adakalanya apaknya yang hantarkan.
Once balik kerja bermulalah kerja-kerja surirumah aku. Kepantangan Akak bila rumah bersepah dan berterabur. Kusut fikiran Akak kalau macam tu, so apa lagi singsing lengan kemaskan segala mak nenek yang berterabur bersepah bagai tu.
Si kecik biasanya rajin menemankan Akak buat kerja-kerja ni semua.
As I cleaning my gobok handbags and baju, sesambil belajar dan mengajar le sesikit ngan dia, dengar celotehnya 🙂
Memang macam-macam house chores kita orang perempuan kena buat. Dari mengemas, membersih, memasak, jaga anak, eh macam-macamlah, korang tambah sendiri 🙂
Tenaga dan kekuatan memang kena sentiasa boost up dari pagi sehinggalah ke malam hari, ha nak layan hubby lagi 🙂
Akak dah lah pendek pakai kerusi pun kena gak berjengket kahkahkah. Bukan tak boleh suruh hubby or Abang buatkan, tapi Supermak macam aku ni tak boleh tunggu diorang, kena gak buat sendiri lagi cepat siap dan puas hati sebab ikut kehendak ataupun susunan kita.
Multitasking memang paling penting sebagai isteri dan ibu ni, Selang seli mengemas, memasak memang rutin kita semua lah kan, semua tu memang wajib.
Selongkar kemas tempat cadar ni hah
katil kasik cecantik baru puas hati nak landing tidur. Tilam Akak ni punyalah berat nak angkat kalau nak tukar cadar, tapi macam tak percaya ada kudrat dan tenaga Akak boleh angkat dan sarungkan cadar tu 🙂 . Tapi jarang ler pun, coz berat gak ler tilam tu so biasanya laki akak settledkan gak. Bila lambat benau nak tunggu dia baru akak buat sendiri, walaupun berat.
Tipu la kan kalau Akak cakap tak penat, lebih-lebih lagi Akak dah tua macam ni memang terasa lelah dia. Sudah semestinya Akak ada alternative untuk menambahkan ataupun to boost up my energy dan kekuatan dalaman Akak so that all those heavy lifting, ke hulu ke hilir yang bagai cukup kaki tangan buat kerja-kerja semua tadi boleh disiapkan juga 🙂
Salah satunya antara my favourite health supplement ialah Blackmores CALCIUM+D3
Those yang tak tau, this health supplement baru sahaja dilancarkan tahun ni. It has an improved formulation of calcium called Blackmores CALCIUM+D3 which contains a high dose calcium supplement 600mg of Calcium with 500IU of Vitamin D3 to help absorption of calcium untuk kegunaan harian kita dan juga membantu to prevents osteoporosis.
Secara tak langsung, pengambilan Blackmores CALCIUM+D3 membantu dan membolehkan Akak menjadi supermak dalam menguruskan urusan rumahtangga dari pagi hingga ke malam dan menyiapkan kerja dari A to Z 🙂
Shan nak help mummy
Selain itu, Vitamin D3 berfungsi untuk menyokong kepadatan mineral tulang dan membantu penyerapan kalsium dalam badan kita dan sekaligus membantu untuk mengekalkan tulang dan otot yang sihat dan mengekalkan kepadatan tulang. Bila tulang dan otot Akak sihat dan kuat, so memang takde masalah untuk Akak membuat kerja-kerja rumah terutama when it come untuk angkat benda-benda berat. Ingat ringan nak angkat si kecik tu untuk vakum habuk kipas? Kena ada kekuatan dalaman gak tu.
Kenapa Akak pilih Blackmores?
Selain Blackmores merupakan nombor 1 supplement player dalam retail market dengan 17% market share, ia juga merupakan one of the few supplement players yang menawarkan pelbagai supplement untuk different conditions and life stages. Maklumlah Akak kan dah tua, so kena la memilih produk yang bersesuaian dengan life stage Akak.
Ni belum cerita rutin on weekend pulak, lagiiiiiiiii bertimbun-timbun kerja rumah yang menunggu! Tapi Blackmores CALCIUM+D3 ada membantu. Korang pun patut cuba dan rasakan perubahannya 🙂
RM Recent Comments