Confinement / Berpantang

Chest freezer for EBM…

wiiii!

hidup bahagia tak dengan berpantang? ada yang twit tanya aku kak red ko ni steady je lam pantang, cam best jer, buat faciallah, buat mask lah, shopping online lah.

yelah, dah aku engaged confinement lady, bukan murah aku bayau yang oi, tadah je badandia buatkan….lagipun kan masa dalam pantang jangan stress, tak boleh meroyan kena relaks jer…

selain dari kena tenang dalaman mental, kita juga perlu tenang coz nak memproducekan susu badan. Kerana susu badan yang banyak akan membuahkan hasil yang menyihatkan untuk bayi kita jugak. Dek kerna susu badan aku dah banyakkkkkkkkk sangat distoragekan dalam bottles and plastic bags, makanya kami terpaksa membeli the chest freezer jenama Elba nih, habis tu ko nak aku simpan susu kat mana???

Tu pun dah hantar 32 bottles ebm ke rumah mak aku. tumpang freezer mak coz mak ada 2 fridges.

Kuala Lumpur-20120125-00292

tapi space umah aku, umah mak ajah pun dah takde, pun tak cukup….beranak belum sebulan pulak tuh, mana nak dicampakkan lagi susu2 badan nih. sok dah start kerja RedBaby nak minum gak susu nih, selagi boleh pump, banyak production baik kita pump. Pump susu dah ler ke main banyak, Avent ler Pureen ler, Medela ler.

Aku pujuk RD beli, dia tak nak coz takde tempat nak diletak freezer besau gini, dapur sempit. Jumpa kat Tesco harganya lam RM700. Tapi di satu hari tu RD pergi balik Tesco nak belikan Diva Darling frozen popia untuk dia bawak balik UK, ada sale le pulak freezer ni. harganya RM470!! hari terakhir pulak sale nya, rezeki alhamdulillah.

waaa, terus pakcik tu beli padahal asalnya kata takde space kat umah.

So far as of now, belum sebulan beranak aku dah storagekan lebih 200 ebm dalam bentuk bottles and plastics. Sebenarnya aku suka storagekan dalam bottles tapi costly. Walau beli murah camne pun tetap mahal jugak bila dah melampau2 banyak botolnya, sok dah tak leh pump mana aku nak campakkan bottles tu oi? ada yang nak beli? ha pikir gak tuh. So kita terpaksa gak pakai plastics walaupun aku tak suka, siap ada reader yang offer beli murah sket dari supplier dia, ok ler jugak, kalo kat online market tuh lain harganya tinggi sket.

Harap2 kali ni susu badan aku berpanjangan lama sikit coz dedua anak dulu, asal masuk dah kerja jer mulalah susut and genap je 6 bulan terus putus susu. Aku nak ler jugak lama sket menyusu badan, wpun dapat setahun pun jadilah. FYI. aku memang modern but tang susu dah ada melambak kuor, batper nak bagi susu formula wpun berduyun yang nak menaja, kita pun tau susu badan kan berkhasiat.

Just nice, today pun my regular Anmum sponsored post pun kuor kan 🙂 .

Semoga si kecil RedBaby mendapat nikmat susu badan sepenuhnya, biar rumah sempit dek makan freezer, tapi jangan ko putus susu badan ibumu. Kerja aku pump, si kecil minum. bapaknya tolong markerkan tarikh kat setiap EBM. Anw space yang kata takde asalnya tuh, knowing me, aku pastikan ada space jugak. ada le menda yang aku lantingkan kat dapur tuh supaya menjadikan Elba chest freezer ni muat.

Eh eh tak sangkakan, blog aku akhirnya kembali bercerita pasal baby. susu tetek pun kuor lam blog ahaks….sepanjang2 aku blogging inilah doa kalian untuk aku bercerita pasal baby, ha berhasil jugak. Sapa ke hari tu nak engage aku pasal blogger yang menyusu badan, ha dik…mana surat proposal?

Comment: 25

Kerana madu…

Wui lama korang cuti yek, 4 hari sekali rap.

aku pun cuti blog terus bila dah sume orang cuti.

not just that, niat memang nak cuti rupanyer memang terpaksa gak kena demam panas. waa….demam sewaktu berpantang, memang not good and sangat menakutkan gak. First thing c/lady aku check masa aku demam, adakah aku menggigil badan dulu or petanda2 macam nak kena bentan/meroyan.  memang takde.

hari Ahad sbelum raya cina aku rasa tekak sakit melampau, petang tu gak naik fever. Malam makin teruk, tak pergi klinik, dok telan ubat demam RD jer. Tapi esoknya memang tak kebah jugak, tak boleh jadi kena gak pergi carik doctor lagipun aku dok breastfeeding, no choicelah kan.

Itupun malam tuh, 4,5 jam gak aku ngelak dari Redbaby, coz tak nak jangkit. but dia tak leh ler, dia nak jugak ‘ngempeng’ bunyik bahasa jawa macam nak melekat jugak ngan maknya, so kol 4 pagi tu yang dia tak nak tidur tu aku lekatkan jugak kat breast, dapat dia minum sikit jer ha ko terus melena. 4 jam ko dia berjaga, Sirman dok bawak dia lari kuor dari bilik takut berjangkit2 le kan… Aku terpaksa gak pakai mask untuk ngelak dari kena kat baby.

so petang raya cina tu c/lady aku jagakan baby, kita pergi kuor gak carik klinik, pun klinik ke4 baru bukak, apa nak buat cuti raya cina kan…jumpa doctor. masyallah, hensemnyaaaaaaaa doctor tuh, terus kebah laju demam haku hahahahha….laki aku cakap ye ke hensem cenggitu. Gamaknya mental orang baru beranak nih sumer dia nampak hensem jer kot.

Ubat doctor bagi fuiyooo….membunuh betul suh telan. ke main banyak. boleh bfeed jugak wpun makan ubat and demam. Ok skang dah ok, dah sihat walafiat alhamdulillah.

Pastuh aku ngan c/lady buat post morterm apa yang buat aku jadi demam. Satu rumah sihat walafiat kecuali awal2 bukak sekolah anak2 aku demam but tu dah lama. Pastuh, check back aku tak kuor rumah, dah tentu dalam pantang, orang2 yang datang pun kita pastikan takde demam batuk or segala penyakit berjangkit. Pemakanan, semua makanan berpantang yang healthy, tapi ada 1 madu ni yang kita suspect coz sejak aku makan/minum madu ni.

Aku ada minum satu air nih, tapi kena ditambah dengan madu, selama ni pakai madu burt’s bees, tapi bila dah habis, tak kuasalah pulak laki aku  nak pi KLCC beli, so dia ada beli madu ni dari satu kedai kat area rumah mak aku. Rasa madu tu bila aku minum air tuh masyallah, tengik perit pahit! dah 2,3 hari aku memang takkan habis minum air coz dek rasa madu yang tak sedap diacuakan ke air tuh.

So aku pun dah stopped kejap minum air tuh till aku dapat the new madu from Burt’s bees, hari ni gak adik aku pi belikan since kat KLCC dah habis, harus dia pi The Garden’s pulak. Mungkin jugak demam aku bukan dari madu tengik tuh, mbe dari punca lain but kita tak tau, cuma memang madu yang baru beli tu dah dinyahkan.

Masa demam tu pun aku tak berbengkung, badan lemah sangat. Dengan ubatnya yang drowsy huii..mentido jer. Tapi bila baby jaga memang tersedar sesajar…Skang dah sihat balik, ada ler jugak batuk sesikit but leh cergas balik.

Oh #petualama nak makan minum madu, harus gunakan sudu plastik yer, jangan gunakan sudu besi, nanti khasiat madu tu hilang.

Comment: 14

Bertangas!

IMG_8053

haaa, special kain sarung untuk bertangas. bukan kain aku, kain dari yang bertugas buat tangas aku ni lah.  Ini bukan package together with my confinement lady, ni aku amik extra dari my facial lady coz hers lagi cheaper and can be done skang nih. kalao ada orang tuh dia nak suh buat tangas after 30 hari ler. heh kuasa nak tunggu. aku kalo boleh nak buat nih hari2, tapi this lady tak boleh nak datang hehari gak, dia pun ada customers lain nak layan yang dah booked.

so anw, aku buat nih 30min jer, berkuap2 peluh giler la jugak badan masa nih, bukan takat aircond, kipas pun pasang gak sementara bertangas. Pastuh buat facial.

For 1 time facial and tangas, it costs me RM130. All together amik masa dalam 2jam lebih – 3 hours.

Apa tujuan bertangas tuh. Kalau untuk yang dah beranak ke or yang dah kahwin, untuk memantapkan lagi aliran ‘bawah’ kita tuh. specially yang dah beranak nih, tang kiri kanan lebam kelangkang kita boleh hilang jugak, kasi cerah coz hormon masa beranak kan memacam, pastu memcepatkan keringnya jahitan beranak di bawah tu gak. kalo ada penyakit putih untuk yang dah lama beranak pun boleh dipulihkan jugak. Macam2 ler…lom lagik aku dengo yang tak bestnya pasal bertangas nih, semuanya ok jer….

Memendekkan cerita, bertangas untuk hubungan kelamin kita lebih ‘ganteng’ gitu.

IMG_8051

Alatan  untuk bertangas yang digunakan, kerusi berlubang gini, and air akar kayu, manjakani and segala maknek herba yang disupply oleh si penjaga tangas ni ler. ada untuk steam, ada jugak untuk arang. aku amik yang steam, dia panaskan kat dapur rumah aku, kasi cepat and letak kat rice cooker and kita doklah kat kerusi tu ikut sukatik berapa lama, 15min paling sekejap up to an hour.

Last i buat tangas ni masa kat Indonesia, aku suka bila orang datang rumah buat nih, tak yah kita nak pergi mencari tempat orang. Privacy pun ye gak. Buat nih kena tutup kunci pintu bilik, kalo tidak kang anak2 ko terjah tengok ha banyak pulak tanya. Ada sekali tuh aku buat facial, abang dok sebelah aku tengok jer orang tu buat. hahahaha tensen btol aku ada anak bujang yang particular dok sibuk nak tau napa le maknya macam2 buat heh….

So this is a story bout bertangas.

Aku nak cerita pasal my full confinement story, but that s in the Tanamera Postnatal entry one day nanti yek.

Comment: 18

#petualama ….

 Orang takde kerojer, dok umah diurut ditungku disiapkan segala…so sambil dibelai2 bertungku tuh, aku mana geti dok diam. tangan nak menjalar jerr…

tak dapat pegang laptop takper

pegang bb kita twit twit…

sambil twit kita korek rahsia #petualama dari mak haku, mak mertua and dari confinement lady.  Banyak dari confinement lady aku ler coz dia yang menjaga aku.

Ini some dari twits yang aku sharekan, setiap hari ada je #petualama yang aku kongsikan. betul ke tidak mendanya tak tau ler, aku tolong twitkan jer. Ramai yang kata ada petua nih boleh pakai ada yang masih was2. takper…janji aku buang masa mengtwit korek dari c/lady aku yang sangat banyakkkkkkkkkkkkkk petuanya.

image

#petualama untuk seks 18sx pun ada gak but aku twitted menda tu 1 jer semalam, no more dah 🙂 . heheheee…. gila nak share menda gitu openly, lain pulak kerojernya heh. Dahlah ngah dalam pantang nih!

eh korang tak bosan ker baca citer dari meja edisi pantang nih?

banyak nih lama lagi baru nak citer luar dari hal rumah…ko nak citer shopping mendanya kalo aku dok kuor umah selangkah pun tidak, except seminggu lepas beranak haritu jer kena pi check up back wt my gynae.  Aku pantang kaw2 weih….takde culas. semua aku ikut, katanya lerrrrrrr. Badan nih jer dah bagai dipam2 or dah kurus ke hapa, belum lagik leh ditayang2 mar…

Ada saloon bergerak leh datang ke rumah tak? hahahaha….carikkan pls. Nak godam sket rambut nih, nak kuor rumah tak boleh, pas pantang je baru boleh all out.

Eh hari ni ai m scheduled to do another round of facial and tangas. Nak kena share citer tangas gak ke?

Comment: 18

Dari meja edisi pantang…

Wah hebatlah!

ingatlah dah beranak pinak bertambah2 nih, apatah lagi lam pantang takde orang nak heran ngan dunia RM. rupanya ramai yang mencarikuuu…..2 hari tak update blog, macam 2 tahun yek?

ahaks…pinggang ai tak ramping lagi, masih lagi ada permintaan. eh salah yek?

well well wa manyak bizi wor.

kan aku dah bilang asal malam jer pas maghrib isya tuh aku dah sayup2 kena tidur. mata ni bagai digam2. tapi nanti pas midnite aku berjaga. bila kadang2 berjaga tu rajin gak nak pegang lappy but most of the time nya jangan harapler.

Siang memang ada jadual bertungku urut and tidur bagai tapi ahah nah…antara kerojer orang dalam pantang ialah buat facial! panggil je orang datang rumah, tadah muka nih. Harga facial ada yang serendah dari RM45 hinggalah ke RM100. pastuh ada service tambahan gak, buat tangas, buat waxing, medicure pedicure, buang buluuuuuu segala bulu itu pas pantang le kalo ko nak buat dan macam2 lagi.

Aku ni dok nak buat something waktu senggang waktu baby ngah tidur, waktu mata aku degil ya rabbi tak nak tidur, hah aku buatlah facial. Product yang dia pakai tak international worldwidepun aku rasa biasa2 jer….tapi hasilnya vass! coz banyak hormon aku yang datang dari hasil pembawakan budak mengandungkan baby dulu, sket slowly hilang. ada yang berkurang terus waktu buat facial ni ler.

Kalau boleh apa saja service yang boleh datang ke rumah aku, mehlah sarankan, aku nak suh buat gak sementara aku ngah lam pantang and cuti bersalin. nanti dah kerja lagilah tak boleh nak buat apa saja, dok mengelek anak2, ngadap laki ngadap blog. Dulu nak buat facial waktu ada event for s/posts jer, kalau takde tuh, memang aku tak pergi. hah skang, bagus, namapun berpantang, kenalah dok umah kan.

Kuala Lumpur-20120112-00238

korang rindu ai? nah, muka ai  ngan mask, dapat tengok suku pun jadiklah yek…

gambar RedBaby sila sabariah..

Comment: 25