Parenting

Bunga merah untuk ibu yang rajuk…

IMG01269-20100722-1954

sebelum lagi banyak komen korang yang buat aku menangis dan meleleh2 ayo mata kat entry MAKNYA LARI DARI RUMAH sebelum nih, baiklah aku bukak entry nih cecepat…aku balik semalam sekali arung ngan bapaknya, nak masuk rumah sama2, so sanggup nih tunggu buat keje lama giler kat opis till dapat bbmed sirman ‘balik balik now’ ngehhehehehe….

so kitorg masuk rumah sesama, rupanya sirman dah kawtim ngan abang suh pi carikkan bunga utk mak nya.

ehwahhhh! nak beli bunga kat florist shop bapak korang tak nak kuor banjer, so petang tuh Abang, adiknya and helper aku pi lah carik kat sekitar VA. DBKL= jangan marah yek, anak aku berniat murni sangat ni….

oh bunga tu terjatuh dari cup, tu yang gigih2 kutip balik deco giler2 nak bagi kat mak nya yang kuat menyentap. huhuuuu

IMG01271-20100722-1955

ni takde main repeat2 yek, aku baru je masuk umah nih terus dia peluk2 tangkap maknya and bagi surat cinta + a cup of flowers. kan muka maknya cembeng sepedo sungguh, bughukkkkkkkkk! woi Redmummy ko sedor tak muka ko buruk bila cembeng2 macam tuh??

n Gegirl adalah kepohcik menyebok ahhahaha,anw sian gak Gegirl coz bila abangnya kena grounded 2 weeks nih, dia pun tak leh nak pi playground, tak leh tengok tv bila abangnya ada. or else abangnya tak leh join dia tengok cartoon lah yeopp…

eh aku ada cakap kan, bapaknya grounded abang for 2 weeks? hari tu dah kena 1 week, now bapak dia upgrade for 2 weeks.

IMG01272-20100722-1955

so dah berdamailah si mak ngan anak, maknya pun sebenornya dah rindu ngan anak2 nya oiii…malam tu aku tidurkan diorg, dari a to z abang citer. 2 kali dia menangis, first masa dia baca surat2 aku tuh,dia tak nangis sangat, but balik sekolah agama pas mandi, dia baca balik semua dia terus menangis. sedih tol dia buat mak nya gitu. pastuh pagi semalam waktu pi NK, pun dia nangis sedih sangat. He feels so guilty.

at least he got the idea…and he told his 2 bestfrens yang sama2 tiap2 petang main kat playground, for 2 weeks dia kena grounded. so kawan2 dia paham lah…takde lah diorang nak racun dia ajak pi playground or datang rumah main2 sebab tau the rules.

sebenornya jugak malam sebelum tuh, alah yang masa aku lari2 tu lah, Sirman dah slow talked jugak ngan Abang, so dia dah tau salah silapnya. maknya pun baper lama nak merajuk kan kan kan?

IMG01274-20100722-1957

cantik tak gubahan nih? hahahah budak tu sungguh2 kutip ek, aku siap hias atas meja makan lagik hikss. cup tuh rasanya dapat dari one of the weddings ke aku dapat masa reunion sekolah aku arituh, ni mesti akal panjang dia ngan adiknya and helper aku gak lah nih…bagus bagus, creative! tak yah kuor duit, utilise kan apa sahaja yang ada di dalam rumah mahupun luar rumah.

IMG01273-20100722-1957

terima kasih abang, terima kasih to Sirman yang initiate the pencatuman kasih 2 beranak semula, terima kasih gak korang yang bagi komen, haisay, sedih kay aku baca. sapa tak sayang anak oiii….sometimes we have to act like this, so they will get the picture jugak, bukanlah sembarangan aku nak merajuk. wpun ye betul mengado2 tol tua2 nak merajuk, eh tak kira muda tua, tetap merajuk tu akan datang, makpak aku pun tua2 tu pun sama ada jugak pangai majuknya datang….

aku pun wpun ada anak, masih gak baca parenting tips dari internet, google je and carik information kat situ, but tu lah kan….dari sini pun si adiknya belajar pengalaman sama jugak, tapi malam tu kelakarlah, waktu bunga2 tu jatuhkan, sirman, gegirl and helper aku dok gelak2 belakang abang (tanpa suara) coz rasa kelakar tol tengok mak ngan anak dok bermadu kasih menyambung semula sayang yang tertebuk. ewahhh ayat very the sasterawanita!

oklah korang, it s a good ending, alhamdulillah.

Comment: 38

Mak lari dari rumah, menyusul surat cinta…

IMG01216-20100721-0047

few nites ago aku duduk kat depan pc, macam malam2 yang sama gak, dok blogging semedang… nak menaip panjang ke nak menaip pendek. ada sikap abang yang sudah mengguris hatiku. if u notice dalam twitter aku dok study pasal few things on children behavior, bukan kita tak pernah kecil, tapi dulu kita budak kita pun buat salah, sume benda betul pada kita. and kita as aku pun suka nak bikin mak abah aku panas.  Sirman scolded him so badly, but tangan tak naik….nasib ko baik bang. I got home very late,  n dapat  sms from Fifin too saying ‘kakak jangan marah abang, nasihat saja, jangan pukul ye kak’.

waktu semua orang sudah tidur, aku tulis 3 surat + 1 green note untuk abang, bukan surat cinta bukan surat kasih sayang. surat seorang ibu yang sedih dengan perilaku anaknya….sedih sampai aku rasa baik aku tulis surat ajer, instead of talking to him directly.

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara sikap anak ****dari sumber email.

inilah cabaran besar sebagai ibubapa….halahai, semakin membesar anak-anak nih, semakin kuat godaan dan cubaan kat dunia luar tuh. hemm…oklah aku ngah merajuk lagi ni ngan abang, rasanya malam ni aku nak pergi bawak diri jap lah…sementalah pula aku ada hal luar malam nih.

rajuknya hati seorang emak……

IMG01263-20100722-0813

The next nite aku balik lambat lagi, sebenornya pretend lari dari rumah, coz merajuk ngan si anak, dia tepon banyak kali aku cancel call tak nak jawab. merajuk kay!! merajukkkkk!! ha ko tu lah, mak ko kalau merajuk, sampai tidur atas lantai. iya nyahhh…..aku tidur atas carpet, lapik ngan toto coz depa 3 dah tidur mati atas katil, sampai aku takdak ruang. udahlah ngah merajuk sendu, so macam memang sentap giler. tarik je toto tidur le kat lantai…bangun pagi baru sirman geti angkat kan ke katil, sakit2 dah pinggang badan aku, udahlah aku tak leh baring atas lantai, sejuk tu menangkap ke tulang. wahhahaha boleh je pi tidur kat bilik diorg or kat luor, but aku bukan majuk ngan laki aku, majuk ngan anak aku jer…

so…

surat tu dia tampal kat meja make up aku, aku diam x nak jawab, dah 2 malam pun tak jumpa ngadap dia, coz 2 malam maknya lari dari rumah kan. bila diorg dah tidur baru mak nya balik hahahahahah!

tu majuk ngan anak tuh, kalau aku majuk ngan laki aku, dapatlah korang bayangkan camner kay……so la ni masih lagi perang dingin, abang trying to pujuk lah over the phone/surat tapi maknya masih lagi membawa hati yang pilu luka lara. tak tau lah malam ni nanti, takkan hari2 nak balik pas diorg tidur jer….ado gak kono jeling ngan laki den.

kena kuat lagi pujuk nih, pengeras kurang…kalau power lagi dia pujuk baru maknya sejuk hati sket kot. so sirman, mainkan lagi perananmu jadi middle man for us. benda merajuk nih bukan macam memain ko…dia macam alahai, alah kita dah jadi mak ni paham lah, so aku dah pahamlah napa mak aku dulu ada merajuk kecik hati ngan aku gak dulu…

**parenting tip is only applicable untuk surat menyurat anak beranak kay, but not the lari dari rumah 🙂

Comment: 31

10 things your kids hate bout you!

IMG00883-20100708-2012

siapa yang tak rasa malu kalau ada orang malukan maruah kita, hina2 kita. siapa yang tak malu kalau ada orang yang kutuk2 anak2 kita? siapa yang tak malu bila keluarga kita dihina2? siapa?? kalau ko tak malu, pun tak marah jugak? siapa yang mahu menjadi tiang pastuh orang sembur ko macam ko takde nafsu perasaan.

when i was 18yrs old, kat ITM, kitorg satu batch nih ada 40 orang je kot. sorang student dalam batch aku telah ditorture kaw2, yang mentorture nih adalah dalam 5,6 orang, tapi semua kita 40orang kena duduk tengok sama. i was so sad. not coz aku sokong those yang buat budak tu macam tuh, coz i cant do anything. aku rasa ‘omg, hina sangatkah dia sampai korang buat cakap2 dia begitu kat depan kita khalayak ramai, tak boleh ke buat one on one kat bilik memasing’. ramai kitorg yang berdiam, tengok ajer. i know that incident was not right, but i cant do anything.

anw, setiap hari bila driving, aku mesti akan revise balik, apa yang aku buat untuk anak-anak aku. paling sedih bila aku akan rasa guilty coz aku marah diorg. lepas marah biasanya perasaan tu datang. masa marah tak ingat pulak hek. n ting, i got one idea…mbe i should ask my kids, 10things about your mummy, you dont like it. or hate the most.

so diorg pun apa lagik….!

IMG00888-20100708-2118

this is abang’s list – sebenarnya dia dah siap buat 10, pastu waktu aku kemas2kan meja makan, and ada air sirman lagi segeleguk tak abih, aku terus minum, sambil berdiri, apa lagik, dia pun tambahlah, Mummy suka minum berdiri. yang bercakap sambil makan tuh memang tak leh nak elak, masa makan je lah aku ngan sirman bercerita hal anak2 hal isu sana sini hal kerja….

semua tu betul aku setuju jer, tapi part aku membebel kan aunty tu ha bidaah. itu dia nak sedapkan cerita. pastuh main computer, ehheheh…itu blogging ler bang. suka menjerit…ater 10kali cakap lelembut korang tak jalan, ha kuor ler gempita suara mak ko! rotan ko setaun 2,3 kali je yek, ke main ko kira plak. lain tu iyekan jer…betul betul.

ni 10things u hate bout your mummy ke apa punya list ni weihh…??

IMG00885-20100708-2013

budak kecik ni pulak, dia tak pandai nak ngeja, so banyaknya nih dia pi tiru abangnya. tapi hasilnya sendiri, dia mintak Aunty Fifinnya tolong ejakan, so dia tulih. ok ok…sama je lebih kurang ngan abangnya jugak, dah dia tiru abangnya kan, but the last 2 tuh, mummy tak suka bersepah, ooo, ko sepahlah toys kain baju korang, memang mak ko prung prang. and last one tu patut dia nak tulis, Mummy suka pakai seluar pendek. itu bukan 10things u hate ler Gegirl, itu pakaian mak ko dalam rumah yang ko tulih dalam list tu silap darr…..

her Mummy suka kerja lambat…means maknya sokmo balik dari kerja lambat. tu ada sedih sketlah, adakalanya with new task nih, memang aku balik lambatttt sangat. sokmo kol 8pm or 9pm baru kuor dari KLCC, so ada sedih di situ. but kalau line clear, boss oversea memang aku balik sharp, bila he s in town jer mak ko kena balik lambat.

cubalah korang buat, tadah je telinga baca apa yang diorg tak suka pasal kita sebagai mak. soon nanti aku nak suh depa buat for bapak depa pulak. pastuh aku pulak bagi list apa yang aku tak suka on their attitude ke or perangai semacam yang tak patut ada.

ni yang aku tak sure ada kuor kat mana buku or Prof Madya mana yang bagi parenting tips nih, it s totally from my idea bila aku sokmo fikirkan hal family anak2 while on the road. open arm and open mind, insyallah, for anak beranak nya relationship. Tujuan aku buat nih, nak depa sharing their thoughts, tak nak diorang tertahan2 rasa dalam hati, tak nak diorang memberontak slam the door macam aku kekecik dulu yang sangat bengang, nak mengadu kat kakak abang, sume bantai bagi balik, nak marah mak dah jadi durhaka so makan menahan hati. aku nak anak2 aku sharing all their stories, secrets with us, so tak nak ada border line between the kids and the parents.

if they wanna shout their opinions or disagree for something, they are allowed to say it out, kalau salah, memang aku bagi sebab2 kenapa salah kenapa ko takleh ni tak boleh tuh….itu je concept parenting tips yang aku rasa leh share kat sini.

Comment: 33