Parenting

ABCD Parenting Tips…

ini bukan tulisan aku but tulisan laki haku. Kalau tulisan aku, ngan aku sendiri pun tak paham nak baca balik. Iyeeee, sungguh sangat. My handwritings sangatlah ugly and hard to read. Tapi font merah ni, warna rasmi kami ler, jadi pen merah adalah sangat merata2 di rumahku jua kihkihkih….

the other day, kita ada dengar talk by Zaid Mohamad. Aku suka dengar talk2 or ceramah parenting, cuma peluang nak attend tu, time factor a bitlah. Tapi kalau dah ada depan mata, takkan nak biarkan begitu je kan. Kena grab.

Being parents bukan kita beranak kuor je terus expert but benda ni hehari punya benda, kita belajar dari anak2 kita gak, pengalaman ni semua kan. also jadikan pengalaman lepas kita sebagai anak nakal (aku mengaku aku nakal gak dulu) ikhtibar.

You dont judge a person from her 20 years ago punya past lah, skang punya cite lain dari dulu punya cite kan.

IMG_9800

 

IMG_9801

 

IMG_9802

Point number satu kurang hasam je kan, jangan bagi mak kau membebel. Itu memang semua orang agreed, even aku pun sama sangat setuju coz kalau depa tak suka dengo mak kau menceceh, aku lagi tak suka nak menceceh sama gak. Penat ler weih.  Ada tu kan, aku dok je atas, malas nak bunyik. Tapi lambat sejam le depa buat benda or naikkan adik depa tu. So kalau bunyik,  nak tengok semuanya on time, hah kena jadi pahat.

Ada sekali tu aku sinus yang heavily malam tu,so memang tak larat le nak bersuara ke nak memarah. Diorang ada kesedaran gak lah, do the right things, naikkan adik depa, buat susu semua, but not on time, cuma lambat, janji buat.

So back to parenting tips by Zaid Mohamad tu, laki aku ada tanya pasal what s the best punishment for the kids kan, yelah depa ni ada stage toddlers, kekanak pastu teenagers dan belia. Jadi i have these 3 stages right now. Paling ketara bila kita dah ada top 2 anak yang teenager nih, abang and kakak. Kakak walaupun belum teenager tapi dah ke arah itulah, coz her brother dah teenager mestilah dia pun lagi cepat jadi anak dara gak.

Pendekkan cerita, lepas je dengar talk tu, malam tu aku laki bini discussed on the ABCD tips by Zaid and esoknya pulak, kami discuss this methods dengan anak2. Kitorang walaupun strict tapi kami akan berbincang ler dengan anak2 to help their communication gak. Tak bolehler semunya kuasa veto kan.

kekejian betul ler pinggang laki aku ramping betul dari bininya. LOL

That s Zaid Mohamad

So what s the ABCD tips nih, aku cuba ringkaskan as simple ler, the best man to explain is still En Zaid Mohamad (please search him over his FB, he is from the Smart Parenting Coach):

A: Above Average – anak2 buat lebih kerja rumah/or hal sekolah lebih dari expectation, lebih dari disuruh.

B: Break The Rules – sesuatu salah yang depa buat, but tak heavy tapi masih lagi perlu dipandang berat jugak

C: Cut The Privilege – ambil semula/take back the rewards yang telah diberi untuk B rules.

D: Damage Done – Salah sesuatu yang sangat berat contoh menipu bohon mencuri sebagainya.

Lepas tu aku malas nak go further explain on the ABCD tips nih coz aku dah terer hahaaha…jadi korang kalau nak tau lebih lanjut bolehlah tanya En Zaid, kang dia kata aku kacau kerja dia pulak hehehe but anyway tips ni bagus gak, so far alhamdulillah berjalan lancar walaupun ada tergelincir tapi still on track.

Jadi tiap kali depa buat the B or even D kami akan remind them on B. If they do the A, always acknowledge and give rewardslah. Types of rewards tu depends lah, tak perlu dalam bentuk materials (but most of the time, depa nakkan benda2 yang material jugak).

Anyway this week pun anak aku takde, depa sekarang ada kat Kem Ebit Liew – Program Kembara Iman dan Solat. Telah menjadi routine untuk kita hantar anak2 at least setahun sekali for this kind of camping trips. Ada satu tahun tu, 2 ke 3 kali trips kita hantar. Once a year ok just nice ler kan.

Untuk anak2 UPSR tahun depan or nama barunya: KSSR, ada HOTS / Writing Workshop for English this Sunday kat UKM Bangi, jemputlah2 pergi, bayaran RM100. Insyallah we will be sending Kakak there, workshop ni sehari jer from 9am to 6pm, by Adibah Khalid or Mommy Deeba. RM100 termasuk modul, breakfast dan jugak lunch.  Aku dengo the KSSR is application for KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) susah sangat. Abang cakap, kakak even dah belajar Maths of form 2 some more. Oh my. sian anak2 sekarang.

Comment: 3

Parenting issue!!

IMG_8478

The other day kita dah bertahun2 tak pergi Hajris, so pergi le sana jap, ni port lama aku kan, kita makan lat kat sini, tapi adoi, panas hati betullah ngan waitress yang takde manners nih. Tak kira la, kepantangan aku kalau ko bawak air panas, pastu ko pi serve kat sebelah budak kecik.

Aku nak cakap, kalau ko teraccident merecikkan air panas tu kat anak kecik aku, camne?

Kalau kena kat aku makpak lagi kita boleh lagi terima.

Kalau anak aku yang kecik ni tertepis gelas2 air panas ko, apa ko rasa???

eii!! so aku sound kat sorang ane dia. Kira supervisornya lah. Make sure jangan buat lagi camni yek, nak serve bebenda panas ke apa tolonglah kat bahagian adult, kat orang2 tua bagak ni bukan di sebelah budak2 kecik, baby ke.

Pastu datang pulak food, kali ni aku tak perasan, mata dok galid kat laki aku. Tapi kakak terus – mummyyyyyyyyyyy dia served sebelah adik!

baru aku teleng, mamat waiter tu dah jalan laju blah.

Arghh!! dia buat lagi (waiter lain pulak). Kali ni dia hantar maggi panas 2 mangkuk meruap2 sebelah anak kecik aku. Itu order dari abang kakak, diorang dapat makan maggi ni once a month je kan. Hish, aku sokmo pikir yang negative, yelah memacam hal anak2 ni aku risaukan. Andailah terlepas maggi panas mangkuk tu ke anak aku.

Ini tak boleh ditahan. Langsung aku terus panggil manager 3 paku Hajris tu.

Kali pertama boleh terima lagi, kali kedua ko buat hantar kat sebelah bahagian anak kecik aku, unacceptable. Actually aku tak kira ler kalau bukan anak2 aku pun, aku akan tegur gak if they serve kat anak2 buah aku yg kekecik tu. Masa kat KK aritu pun aku sound gak, I just cannot help if bebenda gini jadi kat anak2 kecik kita. Sianlah sangat. Bahaya ler.

I have one attitude yang keselamatan anak2 ni kita kena 24jam alert.

IMG_8649

Macam kat sini jugak bila Zeeshan dok nak pergi ke kedai toys/buku sebelah Hajris ni. Dalam ni dahlah sesak, mana ngan orang mana ngan pekerja lalu lalang ngan air dan  plate panas kan. So Zeeshan dok nak pi kuor masuk kedai tu, nakkan toy, Bapaknya dok subcon kat Abang. Yang abang di kulu adik dikilir tapi hish tak boleh ler aku. Suh bapak, bapak suh anak. Memang aku about to bangun dah, biar aku je lah yang pi kejar anak. Terus laki aku bangun, dia pi sendiri tengok Zeeshan.

Memang aku tak percaya kalau abang kakak jaga adiknya di public, kalau kat rumah boleh ler ini kat luar, adik beradik punya jaga adik2 tak sama ngan mak bapak jaga anak2, specially mak mak ler.

I would like to share you a story about satu lagi issue, mak bapak yang tinggalkan anak dalam kereta without any adult supervision. Ini korang kenapa?? Tak serik2 lagi anak2  mati dalam kereta tak bernapas. Anak2 diculit, kereta dibawak lari pencuri. Tak  nak belajar dari pengalaman dan kejadian yang dah melambak dalam social medias, berita, news allout lagi ke? Anak2 terkunci dalam kereta. Eh korang ni camne nak bagi kesedaran?

Dah 2 kali kejadian aku tengok anak2 kecil ditinggalkan dalam kereta kat depan sekolah anak kecik aku, to be exact di BSP tu. Kali pertama, mak nya tinggalkan anak dan pergi beli nasi lemak kat depan tu, kena gak melintas jalan sikit gak. Anak ko yang kecik dalam umur 4,5 taun or below that age kot dok sorang dalam tu. Aku mula masa tu tengok, aku baru pas hantar Zeeshan kan, aku nak bukak pintu kereta, terhenti kejap langkah aku tengok takde sapa dalam kereta tapi ada budak kecik. Kejap tu maknya datang, baru pas membeli and suruh si anak kecik tu bukak pintu (she probably dah ajar lock dari dalam, and bila mak datang bukak kan lock tu).

IMG_8626

Tepuk dahi aku tengok. Aku terpaksa tegur, di situ jugak, dengan cara yang molek ler. Jangan lagi tinggalkan anak dalam kereta ye, tak kira le anak ko lock, budak lagi tu. Bawak angkut sekali tak boleh ke pergi beli nasi lemak tu??? or panggil one of the aunties to jagakan anak ko jap but tu macam tak logik ler, dah depa pulak yang kena jadi macai ko kan.

Kali kedua ni pulak, pun sama tinggalkan, hari tu belakang kereta aku, kali ni depan kereta aku. Aku dah masuk kereta, about to blah ler pas hantar Zeeshan. Tu lagi, dia tinggalkan anak, n pintu kereta dia tutup macam tu jer.

Ini kalau aku jahat ler kan, kalau aku dah tau pattern2 mak mak hantar anak macam ni, memang ada le 2,3 bijik motor yang akan tunggu. Once mak buat camni, sorang jahat ni masuk je kereta, bawak lari kereta, dengan anak2 ko sekali dia angkut!!

Pintu tak berkunci, bukan kunci maksud aku, tutupnya tak kuat. kira anak boleh keluar, dan orang boleh masuk of cos. Haih….if lah tak boleh sangat nak bawak sama anak tu, suruh je lah aunty tu datang amik, depa pun boleh timbangrasa.

IMG_8680

Kalau ada lagi buat gini, aku amik gambar aku letak dalam ni. Korang nak menyesal sampai anak korang kena kidnap? Sampai orang bawak lari kereta dengan anak ko tu?

Sentiasa le peka dengan persekitaran. Hari tu dari simpang sebelum QBistro, aku ada nampak satu motor ni, 2 orang dok berlegar2 dari simpang tu, sama jalan ngan aku. Sampai aku benti kat sekolah Zeeshan, depa dok meround. Pagi2 tu, pala otak aku, ni nak cari mangsa ragut ke hapa. Coz macam aku cakap, sentiasa alert dengan environment, kalau rasa suspicious tu lagi ler kena berjaga2.

Please ye mak bapak sekalian, kalau sayang anak, tolonglah jangan buat camni lagi.  Mak Pak di sekolah anak kecik aku tu, kalau ada lagi akak nampak (dah cam cikgu besar jer), yang korang tinggalkan anak korang dalam kereta while hantar anak or even beli nasi lemak gerai makcik tu (tu mak angkat aku btw yek), kalau ai tegur, jangan nak sentap kay. Tu nasib baik aku tegur. for the sake of your kids tau. Bersedia jer ler. Tak larat baca berita anak2 ni jadi kecuaian orang tua sendiri.

Dunia anak2 kita sekarang tak sama dengan dunia kita dulu. Dari sek agama kakak ke rumah mak aku dulu kat Sek Alam Shah, aku berjalan sorang2 je balik sekolah. Jauh sangat tu, main road ye kiri kanan. Tapi sekarang, dalam rumah, luar rumah pun banyak penyangak super lahanad merata. Aku paling benci bila baca news anak2 jadi mangsa macam ni, nak tengok video pun sedih, boleh berlegar2 dalam pala otak.

Kerna tu lah aku sentiasa bgtau anak2 aku, kenapa mak buat camni, kenapa mak jaga korang tak boleh tu tak boleh ni, kenapa bahaya banyak sangat dari bahagia kat luar tu, sebabkan tengoklah, dunia zaman sekarang sangat jauh banyak bencananya dari zaman mak dulu. Ya Allah, jagalah anak2 kita.

Comment: 8

Let s get kiss in public!

 

berapa ramai kalian yang sokmo tengok drama menggedik gf bf, budak2 muda yang sekolah/kolej buat ‘kerja’ depan korang. yang reringan ler, kalau yang beberat pun buat keje depan korang, if u dont do anything, something wrong with you, not them.

this entry is not about kita yang kekertu ni coz kita dah passed that moment, kita dah insaf kita dah tak nak buat macam tu masa kita memuda dulu, speaking generally i m not pointing anyone. Pendek kata as we grow older, kita ada anak2 so kita nak lagi lebih be a good person, tak nak dah anak2 kita buat apa yang kita nenakal masa memuda dulu.

Kan? paham tak maksud akak nih?

so kalau dah paham, kita sentiasa beri nasihat dan peribadi yang mulia or at least something yang jadi contoh anak2 kita. Macam myself, i havent bertudung yet, but i trained my kids to have their 5 tiang solats, for kakak berhijab. I m not forcing but I introduce the hijab to her, sekolah agamanya and she learned from there bila tengok makcik pakcik tok nenek pun galakkan. Pendek citer she is fully hijab now, ok i dont want to talk about Kakak but for me, yes akak belum lagi bertudung (Ya Allah please open up my heart to berhijab), but i make sure my kids, my production, dalam adab dan susila yang memolek.

Not just me, semua parents hok gitulah. They want the best for their kids, and if ada anak2nya yang buat silap salah pun, depa still jatuh bangun together with the kids, kalau ada yang anak2nya dah durhaka pun, depa tetap doakan bebaik to the kids.

Ya Allah panjangnya mukadimah aku hoi!

so samalah ngan ai gak, i want the best to my kids. I tried to put my shoes at their position coz aku pun pernah umur 12 tahun, umur 13 tahun. If below 12 tahun tu banyak memain, dah umur 13 ke atas tu dok sibuk nak ada gf bf. Kan? Dah pass umur 18tahun ada le punyak lain songehnya….

The reflection budak2 zaman sekarang ni, adalah dari zaman kita dulu. But kita tak nak ler anak2 kita ni tersungkur so let s hold their hands together. Jadi antara cara nak menghold hands together ni, if depa anak orang pun, if benda jadi depan ko, you should tegur semoleknya. Cara camne ko tegur tu, jangan le sampai ko belasah anak orang tu pulak. Kan…

Sememangnya ada ler couple ni, dok beratur depan aku and my gf. Sambil beratur nak amik food tu aku memang facing my fren, but my gf is facing them. but my ekor mata still boleh nampak si couple depan nih.

At one glance I nampak the couple, the bf tu dok picit2 bontot dia ke pinggang dia, tu dari ekor mata. My gf nampak clearly. kita tak mention tu sesama, coz aku masih on denial ler tak nak do anything, nak close eyes. Perangai tak nak amik campur hal orang.

But waktu aku facing depan, the couple, i saw the boipren tengah mengkokak2 gigit kepala pipi tudung si gf. Kokak ke cecium ke gitulah. Bear in mind they are so young, not even 18 rasanya.  Wah masa tu my blood dah macam menggelegak. Nak tunggu mmber aku tegur memang taklah kan, mulut aku pun boleh tahan dah sabar dari aksi picit pinggang/bontot tuh.

Jadi terjadilah teguran lepas mulut to the couple.

Terus si boifren yang bukan main lagi tadi kokak pipi makwenya, terus blah.

Huk aloh. Tinggalkan gf nya yang ngah kena lecture ngan mak merah hah.

Dah kawin blom ni? Buatlah cecium tu lagi sekali, aunty amik gambar and letak lam facebook, boleh viral. Famous. Nak?

Dia geleng pala, si gf. Ater, boiprennya dah lari dulu tak nak kena lecture, si gf kena gak tunggu coz tray food dia kena gak amik.

Abang kakak, Zeeshan, if this happens to you guys, mami lempang2 korang. Bukan takat mami, readers ke kenkawan mami kalau nampak, depa pun sama tegur korang macam  nih, pastu depa anto report kat Mami and siaplah memasing yek. Ingat ye anak2.

Pastuh sambung cerita the couple tu, depa pi amik meja yang jauhhhhhhhhhhhh sangat dari tempat kita beratur yet situ ada berpuluh meja kosi kosong.  Kawan aku habis gelak membahak bila kenangkan balik, she ingatkan aku tak nampak tragedi gosok raba pinggang mahupun cium kokak pipi di tudung budak tuh…rerupanya mulut aku dah tak tahan terus tembak 8 das.

Semoga anak2 kita paham dan jaga adab tata susila, jaga nama mak abah, jaga martabat mereka sebagai anak teruna dan anak dara dan jaga agama kita.

Amin.

 

photo 1

 

The title of this entry is a sarcastic version, dok pahe gak?

Comment: 15

Parenting Tips…

image

Masa aku kekecik dulu ada mesin jahit kat umah….Mak aku ajar kalau engsel pintu umah berbunyik, disimbah jer cuit cuit dengan minyak machine jahit tuh. Sampaiiiiiiiiiiiilah dah tua bana ni, aku bawak petua mak aku tu. Tapi bila minyak tu dah habis, oh nak pi boli, jam2 tu idak ler teman kan.

TING! Otak aku ni ada gak akal panjang gak kadang-kadang! So aku pi amik minyak masak, renjis2 sket kat sliding door pintu umah aku, coz kotat bebenar. Nak bukak dok menolak menarik ke main liat.

Tell u, sekejapan lembut licin sudah sliding door itu……

Apa lagi pintu2 yang berkerut2 bunyik pun aku minyakkan jugak hahahahah!

al jimat belanja.

Satu lagi parenting tips dari Puan Redmummy, dibawakan khas oleh minyak masak sliding door :) Parenting tips tu petua mak aku tu, ajar anak sampai besar dia ingat :) Pasal minyak masak tu kira housing tips boleh?

Comment: 27

10 Things I Love About My Mummy…

IMG01048-20100713-2046 IMG01050-20100713-2056

Kenapa saya sayang ibu saya, dari versi Abang….sudut adiknya pulak lom buat2 lagik, hari tu dia dah buat tapi banyak repeat so aku suh dia buat lagik sekali…

Dalam banyak2 points ayat Abang tuh, paling aku suka bila dia cakap sayang mummy sampai abang tua and sampai 10,00,000 tahun! hehehehe….so cute.

Btw this is the continuation from the 10 things i hate about my mummy.

Anyone yang dah buat tips gini? Merah tak muka ko kena sound baik punya dek anak ko sendiri? ok ler tuh….aku pun kono setepek gak!

Comment: 14