#PrayForMH370

Next after Nona?

IMG_0726

IMG_0762

IMG_0745

 

IMG_0771

IMG_0785

Aku kan berialah suruh korang tengok, nasib aku sesipi jer terlepas, bilamana ramai yang hantar message that they are watching me over Nona, masa tu via iklanlah. hah sib baik! Laki aku pun sama serentak dapat message, so barulah hegeh2 tengok, sempatlah kakak record gak.

Aku tried embed dari tonton, tak bolehlah pulak. TV3 dah block ler tak boleh nak dload, kehkehkeh. so redha jer lah buat manual recording dari tv direct to phone. On top of this entry ada ler yer, itu video about 5min duration. Tak berapa sihatlah hari Ahad, memuntah sakit pala. macam masuk angin je badan. Kenangkan ada slot Redmummy dalam Nona 🙂 .

Thanks all thanks Nona thanks TV3.

Full version of the puisi Dunia Sedang Menangis MH370 yang keluar di Nona juga ada di this link.

Kesian laki aku, daripada orang tak tau, habis orang tau yang bininya Redmummy! OKLah sapa baca blog memang tau lah, but di luar kehidupan laki aku, specially kat di mana dia bekerja, tak ramai yang tau, dah akhirnya habislah. Lagi molek ler, senang banyak memata 🙂 .

Comment: 14

Timbang Kati!

serba salah ler nak bercerita. Dahlah Malaysia tengah kena hentam teruk dek most of the omputih, China specially. Ni kalau aku pi Beijing nih, nampak passport merah kita mau kena baling botol gak ni kang.

Tengok depa berarak kat Malaysia Embassy kita kat Beijing, naik bulu roma.

Camner yek….our govt dah bagi their best. Macam ni lah, apa sahaja jawapan yang govt kita bagi, tetap depa tak puas hati. Sabarlah, bukan depa tak carik debris ke hapa, tengah cariklah tu. Ausralian, in fact country China ko tu pun hantar gak batallion pi carik kat Hindi Ocean tu kan.

Kat Malaysia pun ada nyawa gak dalam flight tu, walaupun rakyat korang ramai dalam tuh, takyah meroyan2 meraung baling kerusi sangat lah, sampai panggil kita Malaysian the killer. Faith? tak tau?

We Malaysian have to be reunited on this, kita tengah kena hentam teruk. Aku memang tak campur lah komen2 kat FB kat Twitter dok berlawan2 gaduh pasal benda nih, no point ko cakap kat orang gini, lagi dia bantai balik ada ler. So, best if kita diam.

I write in my blog.

Tawakkal, kalau dah tersurat mengatakan mereka telah pergi tiada, kita yang muslim I am sure telah pun redha. Malam berita tu keluar, by PM, aku menangis tersedu2 sampai jam  4 pagi. Esok pi kerja mata muka sikit punya sembab. Itu kita, yang tiada kaitan pertalian dengan mangsa.

Bayangkan the family members sendiri.

Apapun yelah, kita yang tak kena ni bolehlah main cakap jer, but those yang sedang dalam stage menanti keluarga tidak pulang2, entah hidup, entah mati, makanya, lagilah pedih. My sympathy to all of you.

photo 4

oklah aku jumpa benda ni, shopping wise aku dah lama ler tak turun menyopping. If need be jer. jika dah terdesak sangat na kena pi beli.

ngah shopping the weight scale yang paling canggih le kononnya. Kita key in kita punya height, pastu ada BMI calculator lah. Esoknya kalau kita timbang, dia tengok berapa difference aku dah turun naik ker.

Patut bestnya carik yang, if naik sekilog or bape grams ker, dia akan jerit oi ko berat oi ko berat, berat badan ko naik kenapa!

hah macam tu yang sedap, memang penampau sikit kat muka. Tapi tak jumpa le scale yan boleh bercakap gitu. Kalau ada, memang scale tu yang aku balingkan nanti, dok mokak jer, oi berat berat. kahkah.

photo 5

Speaking of shopping, handbags pun lamo tak beli heh. Last one pun masa Spore trip tuh, the Hermes. Tak de nafsu takde keperluan dan hidayah segala nak beli baru. Mungkin dah stage pencen beli bag at least for few months gamaknya. Dulu tetiap bulan manjang beli. Kalau 6 bulan max aku tak beli satu bag, I am proud of myself!

Back to the weight scale nih, the price RM239, aku pi merataaaaaaaaaa kat dalam KLCC carik, in out many shops. but ended up kat dalam Parkson, selain boleh collect points ini ler yang paling on my expectation.

Aku ada jer yang weight scale lama kat rumah tu, but digital biasa jer. takde kira2 bmi bagai. but yelah, konon upgrade le kan. Hari2 kena timbang ko, aritu dia naik kejap sekilog, terus aku stop amik something yang aku suspect buat naik badan, walaupun sekilog!

April yek, kita citer, maybe midst April lah, not early April pasal resepi menu ke dietary program nih.

 

Comment: 12

#RememberingMH370 …

Rata-rata kita satu dunia, satu suara, satu Malaysia sedang bersedih

Dengan secara rasminya berita yang telah dipaparkan dan disampaikan oleh our dear PM, maka dengan ini, berakhirnya location MH370 di Lautan Hindi. Biar kita berharap selepas 17 hari, mungkin berpuluh hari lagi, mereka akan kembali, ada miracle dari Yang Maha Esa untuk mereka kembali ke pangkuan tersayang.

Walau dari China, Indonesia, India, Australia dan di mana negara mereka pun penumpang di dalam MH370, apatah lagi crew dan penumpang dari negara kita sendiri, Malaysia. We have been with them for over 17 days, dan sehingga saat hari berakhir, kita akan tetap mengingati mereka.

Sekiranya diizinkan Allah, tunjukkanlah sesuatu yang bisa menggembirakan sedikit hati kecil ahli keluarga itu, mungkin more debris, mungkin jasadnya biarpun …..aduh, payah akak nak menaip. Kita semua menangis. But I m sure, semua kalian paham maksud tersirat, untuk the family members of MH370, takziah. Alfatihah. To non muslim, you will be remembered.

Kami masih mengharapkan belas ikhsan kasihan dari MU untuk berikanlah sedikit berita, walaupun sedikit, temukanlah kami buat mereka, walau dalam keadaan apa sekalipun jasad mereka….buat kami, buat keluarga yang masih mendukung harap, biar mereka telahpun redha. Lama redha sekiranya benar KAU telah mengambilnya.

#RememberingMH370

Harap ada closure, tapi teruslah kita berharap. That s the best we can do.

Comment: 9

Pencuri pulangkan bag dicuri….

Dah 7 hari

7 days as I am typing this entry, masih lagi tiada bayangan MH370.

12 negara. Lebih 80 aircrafts, jets and kapal segala negara datang membantu misi mencari  menjejak MH370, belum ada berita gembira. Betul2 kita sedang diuji Allah.

Inilah ujian yang menuntut seluruh rakyat Malaysia, dan dunia, terutama keluarga pesawat untuk lagi kuat tabah dan berserah pada kemungkinannya.

Move on to my regular updates.

Masih lagi cerita Mak Ajah. Hoooo mak, mak famous la lately ni lam blog.

Remember yang kecurian kedua, dia sebat bawak lari bag mak ajah, hah semalam je pun kan entry tuh. Gamaknya budak tu ‘panas’ dia pulangkan bag mak. Dia sangkut kat pokok area2 kawasan rumah kami la (me and mom stays near by to each other). So ada la pakcik ni amik bag tu tengok isinya, ada nampak nama mak kat one of the papers ke hapa, of cos lah orang kenal mak bapak aku kan, so pakcik tu tepon Abah.

Dia pulangkan jugak bag mak, duit dalam tu ada RM10 pun dia tak amik. Tapi dia amik Quran! Mak cakap hah moleklah sangat tu, ko baca sikit Quran tu.

There u go the closure harap2 lah about the kecurian mak. Yang first kena curi tu memang takde nampak bayang. Tak cukup panas lah tu depa gamaknya.

On another note, congratulations to Zeeshan coz ada kawan baru, gap 2 years plus oklah, ada gak dia gang lelaki nak menibai gusi sok sok. My little sister just delivered a baby boy. Alhamdulillah.

Back to MH370, i read the news reported by the foreign countries, omputih2 ni buat report, tak kira ler bertulis or via video tanpa mengira sensitivity keluarga mangsa. Tak termasuk depa hentam Malaysia managing this unprofessionally. As a rakyat of Malaysia, dalam apa situation pun, apatah lagi ini antara pertama kali kita facing this kind of missing flight, kita kena united sangat.

Ko ingat issue flight hilang ni hari2 boleh jumpa ke? Ko ingat gak issue flight hilang is something that we expected?

Harapan kita tak menjadi macam the Indo pilots, they stop the search after 1 month flight was missing, they found the black box after 7 months, depa came out with the result of the investigation for like after 9months selepas jumpa black box tu. Paling menyayat hati, mangsa2 pesawat masih tidak dapat ditemui hingga kini.

Berserah pada Allah, untuk apa yang terbaik buat MH370. Sedih dengar ayat2 terakhir 2 Pilots Indo tu, Allahuakbar di ayat terakhir mereka.

Comment: 9

Dunia sedang menangis #MH370

 

Dingin pagi hening Sabtu

Mampir berita suram

Lantas jantung berdetik

Pasti hari yang panjang

Ibu teruskan langkah

Mencari rezeki di luar

Atas tuntutan duniawi

Biar hati bergolak dengan beritamu 370

 

Ibu makin tidak berdaya

Bertafakur di dalam mobilnya

Mampukah mengukir senyuman dalam tugasan

Kerna senyuman adalah kunci keikhlasan

Jam berdetik 11 pagi Sabtu 8 March

Ibu menitis di dalam keriuhan tugas

Ibu melihat Bonda Sofian di alam maya

Ibu melihat keluarga di Beijing meraung gelora

Ibu melihat berjujuran tangisan merata

Selangkah seharian, Ibu menyambung di tugasan kedua

Ibu mampu bergelak dan senyum gembira

Bagi menutup tangisan di dada

Ibu ngongoi menangis hiba

Nasib mu bayi si kecil

Nasib mu anak-anak kapal

Nasib mu ayah yang bertugasan

Nasib mu dinda di mana

Nasib mu seluruh isi 370

Mana berita mu 370

Mana pesawatmu 370

Mana mana mana

Berjuta naluri sedang menanti hiba

Berjuta nyawa sedang menangisi

Di bumi hanya mampu berdoa

Dunia hanya mampu menangisi

370 masih belum ditemui

Ibu menangis lagi, bersuara memohon simpati

Ibu menyepi

Ibu tidak berdaya membantu

Ibu hanya mampu berdiri melihat keluarga di dunia 370 meratapi

IMG_9746

Padamu Allah, kami bermohon

Pulangkanlah 370

Timbulkanlah

Turunkanlah

Tunjukkanlah

Kembalikanlah 370

Tidak berdaya mereka membendung

Tidak berhenti berita dibawa

Tidak berhenti tangismu bonda

Tidak akan berhenti usaha negara

Tidak akan sekali putusnya asa

Berdoa dan berusaha

#PrayForMH370

Pulanglah ke landasan semula

Pulang biarpun sudah tiada nyawa

Pulang biar hanya jasadnya

Pulang biar yang menangisi

Pulang biar ada jawapan pasti

MH370….bawalah berita gembira

Untuk dunia yang sedang meratapi

Untuk bumi yang sedang menangisi

 

 

Ibu , Redmummy

Comment: 28