Red House

5 Locations!

IMG_7776

tshirt bongok ni, 40hinggit? dah beli dah bayar baru rasa, apa hallah aku pi bayau 40hinggit, 2 helailah pulak tu kan

satu pagi ahad, bebasuh rambut mandi siap segala, bergerak solo, pi saloon. banyak locations aku nak tuju hari nih. coz kuor rumah ngan rambut bebasah, jadi sini 20min dah siap kering.. my usual hairstylist, Michael. once a week dia ler yang godam rambut hakak.

IMG_7806

ini lokasi pertama. kat PJ. Suami dan askar2 aku angkat barang2 dari VA house to Red House, for that Sunday is about 88trips ada kot. LOL.

Semua tarikh untuk semua new furniture sampai ke Red House – By right, sume sampai this week/ this weekend tapi semua kena delaykan ke next week coz final touch up rumah aku tu pun weekend nih. Settled kat PJ (yang tak sampai sejam on Sunday pun) patah ke Salak South pulak.

IMG_7807

meanwhile at home, depa hantar gambar, antara frame yang pecah berderai. Kenapa ler tak dibalut satu hal, pastuh arghhh, bukan nak buat tampalan memanapun, tapi tu lah kalau takde kaca tu nanti news tu lelama jadi kuning. Sian anak cucu aku nak baca. kihkihkihhh~

 

IMG_7805

Settled lagi kat SS, kawtim ngan laki aku, jumpa kat kedai makan BSP. bininya lapar. duit aku left 2hinggit jer. hahahahaa!

minyak pun dah merah2 blinking

We met at BSP, Abang pun ada sama, sempat campak keter to cuci coz aku tengok laki aku pun hantar car wash. Makan lelaju mee goreng berminyak haiyoookkk pastu berjanji kita jumpa kat Shell and Petronas for petrol and cucuk duit. Depa sambung ke VA house, rombak barang rumah. Aku pulak ke Kenanga Wholesale City. Memula laki aku tanya ‘you nak berteman tak? kerja angkut barang ai dah habis’

dah habis? yang – you balik you rombak, susun barang computer, 100juta kertas2, resits dan apatah lagi barang2 you tuh.

motif kerja habis??

so aku pun pergilah sendirian, i dont need my husband to teman, aku leh settle pun, skang ni banyak kerja nak kena split jadi tak yah mengada2 nak berteman2 segala. Kadang2 kalau ada laki ni, bininya melembik, so baik ler laki aku tak yah ikut, lagi bebas hakak leh menyopping pun ye gak hehehehe….

 

IMG_7809

jadi ini kedai yang aku tuju, Entah betul ke sama kedai ngan si Yanok tu, but she said tingkat 5. Ini first time gak aku sampai sini, Kenanga Wholesale City.

omeng, nak naik parkingnya, hamik koooooooooooo sampai 12th floor!

 

IMG_7825

tujuan asalnya aku nak beli hanger tudung Kakak yang kekecik comel tu, pun nampak coz Yanok ler. Pastu ada ampaian tudung nih, pun aku beli gak, but not the biggest one, tak nak le makan space sangat, nak letak tudung2 kakak je pun, so amik hok nih yang medium, bertingkat double decker, bulat leh pusing2. Pastu entah apa2 le aku hamik, total RM400.

wakakakkaka, tu pasal tak leh bawak laki gak. Senang nak memborong tanpa bantahan dek sesapa :)

IMG_7828

Dan bagusnya kedai nih, dia tau aku ni wanita yang kecil molek anggun melecun, abang sado ni ler tolong bawakkan segala barang maknek bagai. Thanks abang. Sampai ke parking dia tolong hantarkan. Lovely good job!! Dah kerna tu lah aku tak pergi pun dah kedai lain, kedai ni satu jer.

Siap settled, lelaju balik rumah.

Dan sambung pulak tolong laki aku kemas bilik kami, tu baru half section. ada lagi half section, aku sorang yang kena clearkan. Itu segala make up maknek segala, hah siap kau. siap untuk mana nak dilanting2kan…

IMG_7861

Lepas Maghrib, kita terus keluar anak beranak. Rumah dah penuh kotak ngan makpak penatnya….jadi makan pun dedekat rumah sudahlah tapi service kedai ni adoi hai lembabnya. Aku dah habis air segelas, food lambat gila sampai. Anak2 aku makan western, laju pulak sampainya….aku ni makan tetumpang apa yang laki aku makan. Zeeshan habis nasi 2 pinggan!

 

IMG_7856

ada nampak lelaki belakang tshirt hitam tu, dari dia amik order, sampai ke hujung, dia asyik cubaan nak mengorat maid aku. Memula tu sesengih, pastu aku terus terang tanya dia, eh ko nak ngorat Bibik akak yek? amboi ko….akak yang bagi order, ko berdiri jejauh kenapa?? Meh sini ko, tu pasal amik order tak dengar.

Bibik pun bila tau orang tu dok nak ngorat dia, lagi ler dia ke main amikkan gambar nih, kehulu ke hilir. Yelah bebudak muda. Kemain lagiiiiiiiii! laki aku geleng pala je tengok gelagat depa. haihhhhh

Abang kakak pulak dok cecucuk, bik bik, wahhh nak ada boiprenn!

So anyway, hari yang panjang dan total aritu aku bergerak sendiri dengan 5 locations!! Tapi weekend baru lepas nih, bermula episod unpack. Oh meng…

Comment: 4

Facepalm!

 

IMG_7378

so memakcik nyonya meneer kottt?

 

IMG_7390

sesedar, kain baju aku kan, tinggal untuk 2,3 weeks punya pakai ulang2. Lelain sume dah bungkus. Sapa ada buat wedding memang aku tak pergilah, tak kuasa ler nak selongkar kotak

 

IMG_7421

hah ni pun, terbalik jer itam merahnya.

Tapi dalam sibuk packing, aku pi beli gak baju baru. LOL.

btw hangpa kalau nak dapatkan 15% off diskaun shopping kat ZALORA, bolehlah pakai code akak nih: ZBAPZDSU

 

IMG_7494

belanja lagi sikit bilik anak-anak, colour adalah pilihan depa sendiri. anak bujang aku ni ngah sibuk hehari buat gaya breakdance ni ler. dok jalan dengan tangan ler, dok baring kat dinding, badan terbalik, adik keciknya pun sama mengikut gak. haih…

image

tengah rumah Merah dah jadi big island, makin lama makin besau islandnya. Laki aku dah tak larat nak hantar naik atas or even to attic, dedua stors pun dah penuh sama jugak, so last week aku tengok kecik je island nih, ada le 3,4 kotak, hah baru ni dah jadi makin besar dan besar! Dan as of today, makin besar lagi island nih, dia cakap, kemudian baru pikir ngan subcon subcon semua menpower mana satu ke mana for each boxes segala bagailah….for the time being, campak dulu dok situ.

Oh ada orang emails akak gak nak tolong pindah ni, tapi tu ler, menpower2 yang kita engaged pun dok nakkan gak perabot2 yang akak cakap tuh, so kang reramai jadi berebut le pulak alamak. Nanti tunggulah, dah abis pindah kalau ada left over lagi furnitures, akak lelanting kay. I ll roger2 lagi sini.

Comment: 8

The packings…

IMG_7038

hah, entahlah ni batch yang ke berapa dah for this one. But memang setiap hari, kerja laki aku hantar semua yang dah dipacked malam sebelumnya to our Red house. well ok, the location from our current VA house to new Red house, hanyalah 4min sahaja. Empat minit marrrrr.

Kalau 40min takde maknanya laki aku nak pi hantar hehari.

IMG_7177

jadi tak kira ler jam berapa aku balik kerja, memang aku akan buat keje ngan bebudak or ngan bibik to do the packing. Kalau macam benda yang tak perlu tunggu aku tuh, bibik akan buat sendiri siangnya coz Zeeshan pun takde, kat sekolah.

tu yang rumah aku, sapa datang skang memang kena langkah kekotak jer lah.

IMG_7348

so far skang dah jalan hantar kekotak ni lam 70% lah. Imagine, kami anak beranak je buat sendiri, Kalau weekdays tu, laki aku sorang2 je buat, mungkin ada 1st trip jer abang tolong before he headed to school.

Takper, last aku pindah randah dulu was about 10 years ago.

IMG_7350

ini batch yang dah tak muat kat dalam rumah, letak terus depan pintu!

IMG_6909

kedai bawah pun sonok tengok abang beli masking tape ke main banyak hahahaa

IMG_7006

selain di Wangsa Maju, sapa tahu mana nak cekau chest drawer cantik nih?

 

IMG_7473

kakak, teddy bear bagak ni pun nak kena bawak ke kakkkkkkkkkkkkkkkkkkk….

esok2nya adiknya bawak si teddy besau ni ke luar, terkena pasu, udah bertanda. Tetap gak kakak basuh, nak jugak bawak!

IMG_7471

hah, rumah aku dah macam ni lah, kotak dah makan jalan yek. Ada gak satu hari tu aku mencari barang, telah disorok dek Zeeshan kat celah bedah kekotak nih. Omeng, after 2,3 days baru jumpa yek.

Well, seminggu dua ni memang heavily citer nak pindah rumah jer, we are counting days to move jer nih, as per our plan, we have to move before Ramadhan.

Alhamdulillah, ini rumah kami ketiga yang dibeli. Rumah VA yeap currently yang kami duduk nih, insyallah pasnih, kita akan sewakan, Berderet le pulak orang nak on q menyewa lepas aku post kat page/instagram. Our second house was at Bandar Mahkota Cheras (we just sold it off :) ) and Red House is our third one.

Ada yang tanya kenapa tak pakai professional movers. Halahai benda2 nak packing ni semua kena buat sendiri and have to be done slowly, tak boleh serentak, coz kita takde space untuk letak barang or kekotak at one time. Tu pasal, lepas pack, esok kena jalan hantar to the Red house.  After packing, esok kena jalan. Paling max pun boleh simpan kat rumah 2 hari, tak boleh lama coz banyak benda nak dibungkus gak.

Ada yang nak tolong akak pindah rumah, we have the confirmed date to move out dah, in less than a week :) . Mai bagi nama. Upahnya….pick any of our furnitures at VA’s house, it s yours. hahahaha malas nak jejual, amik je lah buat upah hangpa. Oh, lorry ada untuk angkut barang to your location but you have to bear the cost lah ngan driver lorry yek.

 

 

Comment: 10

Furniture shops…

IMG_6917

Esoknya, selepas cerita segala viva ikea maknek sumer tuh. Aku pulak keluar sorang2. Coz laki aku sibuk dengan askar dia semua (except bibik je dok umah) kemas kekotak kat Red house. Bertrip2 depa angkat barang, so aku tak leh kacau depa, depa pun tak leh kacau aku, aku kena pi carik barang sendiri.  Yang ni takper, asal jangan laki aku pi beli sendiri tanpa aku, hah tu parah.

Coz dia memang tau taste aku camner, banyak songeh. Jadi serupa gak kalau aku pergi sesorang. So kita kena subcon subcon lah.  Ko handle sana, aku handle sini.

IMG_6918

aku suka pergi satu kedai perabot nih, kat somewhere lah hahahha, tak suka sebut tempat. So aku dah tempah memacam ler kat 2,3 shops situ. Jadi aku datang balik coz aku nak tengok barang lain pulak. Lagipun depa nak start mula hantar barang kat rumah kami pun bila aku dah bagi green light, sekarang ni semua tengah dalam process buat lagi by these shops ler kan.

Tak boleh ler depa hantar sekarang coz rumah aku tak siap lagi hoi. Cabinets tengah pasang merata tuh.

IMG_6925

Kat kedai ni jer, aku spent for 3 hours! sampaikan sesak dada aku coz ekon kuat benar kedai nih, aku memang dah 4 weeks tak sihat, batuk kong2, masa ni 4 weeks lah, minggu ke lima baru baik! tu pun selepas 3 kali jumpa doctor, kali ketiga doctor insist aku amik MC coz aku kena amik ubat yang need me to lie down tidur rehat lama sangat.

IMG_6955

Jadi sebab datang solo, apek yang amikkan gambar ni pun macam kesian je tengok aku selfie.

eh tak, aku tak amik sofa putih ni, gila hapa putih. Our sofa kena customized coz dek panjang pendek depan tv tu ler. Tu yang hak depan tv le kan, main hall / dining, semua lom pikir lagi hehehee

IMG_6966

my Edvin guy. esok lusa kan dia tepon aku cakap A stuff yang aku nak (dah aku dah bayar pulak tuh) takde kaler merah. For 3 days dia tolong aku carik kaler merah yang heharap aku berkenan, pun tak jalan gak. Last2 dia terpaksa ‘belanja’ aku yang mahal punya stuff, and rugi a bit coz barulah aku setuju. Tu ler, masa aku tanya ada merah ke tak ada merah, kompiden kata ado. Sekali kilang kata, no red for that ‘thing’.

But dia ni baguslah, memang the best!

Aku kena datang balik kedai dia nih, nak kena carik barang lain plak.

IMG_0939

Belanja sikit gambar rumah baru. Tapi merah painted belakang tu, dah tukar.  Aku dah tukar cat kaler lain, padahal merah tu aku gak yang pilih hiks. Tiles ni asalnya rumah ni kaler lain, like I said, kita pecahkan rumah ni, kita cabut tiles, ganti roof, pecah dalam, habis semuanya kita cabut, and rebuild.   U imagine sebuah rumah yang habis semua kita ‘ranapkan’ and ‘ganti baru’ ikut selerea kita.

Jadi proses rumah kami ni, dari pilih tiles, pilih cat, pilih WC (toilets), suis lampu, kipas dan semua little tiny things, memang semuanya kita mulakan dari zero. Tu pasal it took us like almost a year.  Officially pun rumah ni mula pecah dalam was Sept/Oct last year.

Tang cat purple tu, hah tu tv area :) .

Budak kecik ni dah tumpahkan air, bapaknya suh kasi lap, tau lah pulak tu amik mop lapkan.  Berpeluh2 depa buat kejer kat sini. Petangnya aku sambung lagi kat furniture shop lain, sambung jumpa RD kat sana pulak, Pastu jumpa contractors. Huh list goes on…

Comment: 8

Ni 3 locations plak…

IMG_6745

The other week, dah aku cakap setiap weekends memang kitorg keluar kan, cari barang. So contractor nak sinki. coz cabinets (not just kitchen cabinets, but for whole house’s cabinets) dah nak mula stagenya. Jadi kena ler carik sinki and taps nya kan.

Dah tetengok ler, but tak serious pun mencarik.

IMG_6754

Kita pergi kat Jalan Ipoh. Aku actually nak left one tap gini, right pulak tap gini, tapi kena beli asing ler, then cabut main tap, dah kerugian bagai. So laki aku cakap pakailah dulu ni, kasi jahanam sok sok kita ganti yang cam tekak aku nak tu ler.

 

IMG_6758

RD yang pilih sinks nih, aku macam, bapak le besauuuuuuuuuuuunya. kang tak sama match ngan tingkap. Dia pun bukak le ukuran, hallo, kecik ye, tingkap lagi panjang. Omeng, ok ler. Zeeshan pun boleh mandi dalam ni. LOL.

IMG_6760

Hook mana ko hook, ada je yang tak complete

IMG_6765

Kasi bungkus terus. Ada promo, aku rasa for banyak2 kedai yang kita cari, berbulan2, promo ni ler yang paling menarik. Habis jer kita bayau, terus depa cabut the promotion banner kat kedai tuh, rupanya ni memang last stock, rezeki. Kalau nak dapat hok macam nih, ada yang cecah ribuan gak, tengok brand le bagai jugakkan.  So hal sinks, settled.

IMG_6770

Rehat jap, laki den nak pekena roti canai luh…

Dulu pun kita datang sini gak beli apa tah, oh ye sinki merah aku, tapi kat kedai hujunggggg sekali.

IMG_6782

Menjingkit2 nak tengok meja merah nih. Langsung ke IKEA selepasnya.

IMG_6790

lawa merahnya, tapi bukan ler datang sini nak cari perabot, but ada benda kat IKEA ni yang kita nak gunapakai gak.

IMG_6795

aku paling suka tengok bebenda merah, tak kira le kat IKEA or memana furniture shops.

IMG_6802

Gobok merah pun lawa….

IMG_6804

Kerusi merah pun cun, tapi tu ler kosi IKEA ni kalau macam nih, sekejap je dah goal. Kita pernah beli and pakai, tak berapa bagus le productnya. Matik ler kan mementang tak buat ads IKEA hiks…

IMG_6805

Merah lagi…

IMG_6808

Masa ni ler anak2 tepon, nak tu nak nih, see, dah ke hujung pun trolley kitorang kosong jer…takde beli apa sangatpun kat sini

IMG_6810

kerusi merah ni, saje aku try, padahal oh yeh, kita ada amik satu meja merah kat sini. Last stock gak, takde kat display, ada uncle IKEA tu tolong check dalam system. Memang rezeki ler. So hah tu le sesatunya benda merah IKEA yang akan ko jumpa kat Red’s house nanti. hahahaaaa

IMG_6814

cermin ni pulak, laki aku ukur nak tengok sama tak ngan our measurement. failed. tak yah amik

IMG_6821

hah tangga ni kita beli, the 3 steps but kita amik yang black.. Tapi pastuh, esoknya, aku ada nampak kat kedai furniture lain, lagi cheaper than this.

IMG_6824

no red, no need

IMG_6828

cermin panjang anak2 aku semua settled! thanks abang contractor

IMG_6844

hah nih aku amik. lapik kaki untuk kitchen. Gila ler ko tak amik, merah tuh!

IMG_6852

ngukur lagi, tak gak samanya

IMG_6859

drawer merah ni cantik, but kita tak amik gak.

IMG_6871

Lepas tu, kita sambung ke VIVA pulak

IMG_6872

Kedai ni kan, cantik, tapi tu ler, harga dia very the unreasonable ler. Walaupun dah 30% off

IMG_6878

melopong hakak merah dengau harganya

i m looking some stuff for my daughter

IMG_6884

kedai cermin ni ok, harganya tak membunuh

IMG_0924

we might need this bed’s partition one day, skang tak perlu. Bilik aku leh main bowling kot hahahaa

IMG_6890

end up kat VIVA ini yang kita beli. Bakul merah tuh, ada roda. Aku nak buat letak kain baju kotor kat atas. Ada satu lagi size tinggi, takde merah. So memang kirim salam ler. No merah no gain.

IMG_6907

Tapi dalam tak beli apa, padat gak kereta arituh. Siap laki aku flatkan dedua seats belakang, untuk isi bembarang dari Jalan Ipoh, IKEA dan VIVA.

Tapi tak larat le malam tu gak nak hantar ke Red’s house, tu kerja bapak ngan abang and Zeeshan ler esoknya buat. Budak kecik tu pun tolong sama, tapi harap rajin sekejap jer ler, lepas tu dia buat sesepah cam biasa.  Tapi kan, tak yah ler harap2 nak aku tunjuk sangat isi Red house nih, ramai mintak. Paip and tiles merah je aku rajin tunjuk hahahaha…

Oh sinki merah dah tengokkan? hiks….

 

Comment: 4