RedMummy

New Haircut from Martha Tilaar, Jakarta

IMG_6797

someone needs a new haircut. rambut aku setaun lepas dok digital perm lah, ngan rebonding, relaxing ngan segala macam jenis pesen aku buat. kat bangkok buat curly, balik kl x sampai seminggu aku luruskan balik.

the bottom partnya dah rosak!  and aku pulak dah target tak nak buat hapa2 ngan rambut aku lagik hopefuly, except pasni nak jaga memolek gitu.

IMG_6809

aku memang dah tekad nak potong coz sepanjang berjalan asik rimas je kena ikat rambut. memang lah berangan nak bela lagik panjang tp eii rimaslah. skang ni nak make up pun kat sejam tetiap ari, ngan rambut lagik. baiklah potong. lam MT spa tuh pun ada saloon, aku memang dah booking awal2 jugak.

masa ni kan, ada 3 orang women msian tau..depa tu ala2 datin gitu. aku tak borak pun ngan depa aku cuma pasang telinga je apa yang depa borak2kan. ada yang mmg dok indon ikut suami keje kat jakarta, ada yang sorang 2 tuh datang berjalan jer. tapi ada jugak tragedi bodoh gak jadik kat sini bila mulut celupar hstylist pompuan sorang tuh pi tanya soalan personal sorang makcik umur 47 taun tuh.

ha camne aku tau umurnya 47 taun plakkan, udah saloon tu kitorg berempat je ada. maunya aku tak jadi telinga gajah.

IMG_6818

aku suh kerat jerr, atas bahu. kalo agak2 dia salah kerat leh aku sambung potong lagi kat kl . kira ada back up plan lagik lah kan. 10 kali aku tanya:

yang manu satu hairstylistnya kamu yang bagus?

ikut cocoknya pada ibu jugak, keduanya bagus

iya, soalanku mana yang palingggggggg bagus?

kena tengok pada cocoknya ibu.

eiii tak sudah2 cocok cocok, kalo aku tau cocoknya ngan aku, tau lah aku nak pilih yang mana. so ai got for that man h/stylist.

IMG_6820

ibu rambut mu sudah siap. mau beli serum Loreal ibu?

enggak mahu, aku sudah ada banyak

di sini murah ibu, di Malaysia mahal

di Malaysia jugak aku tidak perlu bayar seposen, aku dapat gratis sahaja product rambut Loreal (gratis tu percuma)

oh ngapain gratis ibu?

aku model haircolour Loreal

iyah ibu? padan kaler rambut mu bersinar sekali….

enggak percaya?

to my readers, the teasers that i m talking bout before this, RM is appearing in Female magazine and Nuyou chinese magazine . someone has blogged bout it. Modelnya aku sendiri pun belum bukak cerita, tp you can find it over here….She works at The Sun, no wonder abih sume majalah2 dia belek carik aku!

yes, ai m Loreal Haircolour model 🙂

So go grab your Female Magazine now, May’s edition.

IMG_6839

my hair is short already, time for lunch. we have few hours before leaving jakarta, mau berjalan ke Pondok Indah Mall, takut tersangkut di jalanan, aku tak nak amik risk. so kami makan dulu bertiga and terusan pulang sahaja.Jadi ringan betullah pala aku tak yah nak risokan kelebeh2 panjang. tp kat umah wpun rambut pendek, ikat tetap ikat. aku rimas ada menda kat tengkuk leher aku waktu aku ngah sibuk memalam ngadap blog ginih…

kak red, u seriously dah slim la.it’s really obvious.s.i.y really work huh???combination with the wrapping and dieting ker?? u look amazing with your new figure.just akak kena makeup always other wise nampak cam budak form 5 nanti. – Dhila sent me an email yesterday.

ada ke budak form 5 ko cakap dik! iskk….

IMG_6829

IMG_6848

Pak host, mata ko tu tajam bonar lah, ada reader ke main menusuk kalbu berkenankan ko. Ini lunch terakhir aku n Sirman sama Pak Host, lepas ni after August bolehlah sambung makan balik di KL, he s coming back for good.

N jumlah semua dari spa sauna massage facial potong rambut and all the beli belah product MT, total is RM500. sahaja. member aku melompat geram dengo murah kebana. bayangkanlah kalau massage lulur spa complete set kat kl tu jer dah kat 300 lebih, so mana2 massage lulur spa center, meh lah taja aku kat kl. boleh aku promote korang nya product pulak.

MAS, aku sudah mau pulang dari jakarta ke kuala Lumpur dengan pesawatmu…

Comment: 19

Salon Day Spa Martha Tilaar , Jakarta

IMG_6758

pagi ahad yang sojuk! pagilah sangat kan, kol 6 pagi aku dah bukak mata, berjanji nak kuor umah at 930am, kematu tol aku dok kemas2 barang lagi wpun malam sblm tuh dah siap packing. we are leaving jakarta on sunday eve, aku dan sirman sudah menyiapkan semua luggage.

IMG_6761

my purple top is from Rumah Mode Bandung too, levis curves saya bawak buat berat2 je dari kl, aku macam teringin nak pakai jeans pulok kan…

ye ye, saya tau kamu dah nampak kekurusan saya – SIY kay!

so apa lagik, model SIY dah menunjukkan hasil dari product SIY, meh join beli SIY plak ye sumer…

IMG_6770

selepas bfast kat McD Pondok Indah, kali ni bfast kat luar, bfast yang 2 pagi lain tuh Pak Host yang siapkan. terer ye dia masak. udahlah pandai masak, umah berkemas. sok bini dpt jenis pemalas, makan ati la ko Pak Host, ko je yang kena buat semua….

the first pit stop ialah di Spa Massage Martha TIlaar untuk sirman. di sini ada cowoknya yang bisa jadi therapist. Urusan2 booking nih sumer dibikin dek Pak Host. kalau dulu aku dianto Pak Host buat massage kat MT yang a bit far, kat2 town, tp skang aku dah pandai sblm sampai aku dah google carik yang dekat2 ngan umah nya.

malangnya bila kami di sini, booking Pak Host tu memanglah ado. tp therapist lelakinya enggak ada. ini untuk sirman tau bukan for me. my booking kat MT lain. saloon spa ni takdak gunakan product MT, tu pasal aku tak nak buat kat sini.

Pak Host sangat memahami jiwaku yang nak jugakkkkkk pakai product MT for massage lulur sauna.

IMG_6775

memandangkan cowok therapistnya tetiba dan dan tu lah cuti kan, (diorg ni pun satu, dah tau takde therapist cowok bukan geti nak tepon eiii geram tol!) takkanlah sirman nak kucampak pulak lain tempat massage ngan aku. so kita pergi ke massage centre yang under my booking pulak.

nak amik honeymoon package enggak ada, bilik dah abih (suami isteri bersama massage, mandi etcs) so kena amik asing2. tp cowok pun enggak ada utk sirman…means aku kena pilihkan laki aku yang traditional massage je lah.

for shoulder tangan dan kaki jer utk diurut. at first ingat tak payah lah for him, tp dia nak jugak tuh. orang kalau dah sekali suka diurut, lgpun lam kepala dia dari kl lagi nak massage nak massage, lebih plak ko kan dari bini ko.

IMG_6781

Pak Host, sirman nak buat facial

wah gampang luh! mentang2 semakin gelemer, mengada nak buat facial lah pulak!

dia nak buang blackhead dia lah

dan dan nak buang blackhead kan ko sirman…

aku add in the facial for sirman. huhuuuu! bininya pun tak buat facial kay!

IMG_6782

masa buat package mana yang perlu dipilih, depa cakap kat atas tu ngah ramai org msian buat massage sama gak. famous lah pulok kan. aternyer, kat Msia package gini mahal sesangat. tu aku tak tunjuk lagik berapa total harga service yang kami amik lagik kan. ha tu nanti yer…

so for me aku amik package all spa tu lah, lulur, masker, emm massage, hapa lagik ek, ratus (tangas), steam, mandi all nih sumer dinamakan Radiant White Package.

IMG_9162

ini bilik spa aku, sirman buat massage dia kat bilik sebelah. dia tak rajin nak amik gambo dia buat massage, nyampah aku. so arapkan gambar2 yang aku snap je lah yer..

IMG_9188

adalah jugak makan masa lam 2 stgh jam, for my package nih harganya 339k rupiah. bih kurang 115 inggit. bestt! adakalanya aku leh tertidur2, alahai napa le kat kl mahal bebenor kan. package2 gini kalau buat lam 100lebih mesti ramai yang bersusun.

IMG_9177

untuk penutup pulak, aku mestilah nak buat ratus. ratus tu tangas. tau tak tangas tu camne? ko nampak kerusi rotan berlubang tu kan, situ tempat kita duduk, memang le berlubang sebab tujuannya nak ditangaskan pepet nonok ko tuh. ha kau kan aku dah cakap clearly. dulu aku buat entry tangas ratus nih aku tak open sangat tp meh sini sume nak kena belajar kan.

si bibik tu tengah menyiapkan bara utk proses tangas ratus aku ni lah. di indon dipanggil ratus, di kl kita panggil tangas.

IMG_9192

ibu mahu saya ambil gambar ibu sambil membuat ratus?

ha? gambar ngah buat menda nih? oh enggak apa2 enggak mau. enggak perlu. biar bekas barangnya saja saya ambil gambarnya. gambar aku kalau ngah bertangas pun nak letak kat blog, melampooooooooo lah kan!

apa lah pulak gunanya tangas ratus ni? untuk tak kira lah anak dara mak2 orang bini2 orang dia akan bersihkan dalaman ko yang kat ceruk2 dalam tu lah. kalau mau lagi rapat mampat ke, buat le menda nih, kalau ada keputihan ke sapa2 ada buatlah menda nih.

tp aku rasa dia buat kat aku nih tak lama lah. coz dulu aku buat ngan MT satu lg tuh, lagi powerrrr dia bikin. n dulu tuh buat lama, ni buat tak sampai pun 10min.

IMG_9194

siap sudah! hahahah abih basah rambut aku dibuatnya ler..

kak camne dia massage spa tu kak? bukak baju ke?

iye bogel dik, nanti dia bagi spentot putih khas dia utk tutup pepet ko jer, lain2 kena bogel

pastu dia raba2 ko ke kak?

dia massage lah, pe kehal nya dia nak meraba. kalo x bukak baju camne nak flow urutannya. udahlah ko nak buat steam nak mandi nak berendam.

berapa jam plak buat nih. aku amik package yang palingggggggggggggg complete set sume makan kat 3 jam minus plus gak lah.

IMG_9197

IMG_9200

astaga, aku dah siap massage sume, sirman tak dsudah2 lg ngan facialnya kau. dia memang ada blackhead so dia teringin lah nak buang menatang kat idungnya tuh. at least kat sini buat seround nanti kat kl aku sambungkan lagik.

aduh pak gampang banyak benar blackheadnya

kauu…tu bape taun punya ternakan tuh.

dia buat menda nih kan, sampai menitik2 ayo matonya. ha kau baru tau rasa sakit. tu pasal aku tak berkenan buat facial sangat, kalao dua korek2 idung tuh…

IMG_6815

those malaysian ke indonesian ke yang nak pi sini, nampak tu kan numbernya bertepek, ni for branch Pondok Indah, tpt lain pun banyak…kalo kat kl dengonya dekat PKNS tu ada, kat atas tv3 tuh. aku ada contact details, nanti one day aku nak pergi. buat spa memang syok aaaa

IMG_6805

IMG_6824

IMG_6827

ini pulak product2 Martha Tilaar yang jugak ada kuborong….ai just took the scrub and the body wash,..masa ni dah ari2 terakhir, duit pun makin mengecut. nak amik banyak2 kang, buatnya nak pakai for lain2, masak lah pulakkan. so enaf with that lah. yang penting, tekak sendiri kena didahulukan dari tekak orang lain. coz orang lain anytime leh dpt, utk kita entah bila leh dpt kan…

IMG_6776

Skang ko nak tau berapa sume yang aku amik nih?

ha gini blackhead facial for sirman ngan my ratus/tangas, my complete massage lulur spa, traditional massage for sirman and bodywash and scrub yang berbotol2 total sumer lam RM450….tp actually total yang aku bayau is RM500 ngam2. so apa yang buat jadik 500 tu nanti kita buat kat satu lg entry lah.

pada aku kalau kamu ke Jakarta idak buat Massage Spa, rugiiiiiiiii! itulah sebab jugak kenapa Malaysia Airlines menghantar saya ke Jakarta coz depa tau aku kan suka massage jugak. Can ai request a complete spa package from my readers yang kekaya tuh? anto aku yang kat branch shah alam tu pun boleh, tak pun kat crown plaza KL kot MT ni ada branch gak.

kek memanolah, antarin aku yah. aku jual promosi lam blog ku di sini sik.

Comment: 17

The Happening Kemang, Jakarta

IMG_6664

Red as Redmummy – tertinggal caption lam tuh

IMG_6584

malam ni, cerita di Kemang jugak. aritu aku bilang Kemang nih happeningnya macam kat Bangsar kan..ala2 Beach Club pun ye gak. bezanya sini jugak ada kedai yang masih berjualan macam2 ado….kalo sat nite fever, after 3am baru tutup. sangatlah ramai anak2 orang kaya, berlegar2 kat sini.

jurangnya orang kaya dan orang miskin kat indon sangat tinggi, yang kaya nya kaya kebana, yang miskinnya plak,sangatlah hiba kita melihat.

one more tip tambahan, sediakan uwang 1ribu, 5ribu dan 10ribu rupah bebanyak, biar sampai 50 ribu pun takper. setiap kali duduk dalam macet jem kat jakarta/bandung, bila ramai peminta sedekah, engko boleh senang keluarkan duit yang ko dah letak kecil2 gitu.

just give lah, derma kat diorg, sbb sian sangat daif depa tuh.

IMG_6588

aku kuor masuk kedai…dalam satu deret kedai2 kat sini, satu kedai merah aku tu je lah yang murah. lain2 harga baju tshirt macam cap ayam je aku tengok, udah 400ribu rupiah. it s around 140 ringgit gak. perkhhhh. ko meniaga baju ke meniaga cekik darah pak?

mementang tpt2 ni ala2 orang kaya melanguk.

IMG_6611

berderet motor2 orang kaya, ni kira highly standard motornya sik, so dari kedai makan The Kings kami tinggalkan je kijang Pak Host,and jalan slow. aku jalan laju, yang 2 cowok tu jalan lembab giler. sirman dah tentulah lembab kan, dia dok snap segala ceruk gambau ngan backpack dia berat dek lappy lagik. Pak Host dok pikir nak tunggu sirman ke nak kejarkan aku yang tak geti nak dendiam.

aternyer….udah makan haruslah tenaga laju je nak pi tengok segala kedai.

IMG_6593

kat sini lah aku beli dress memerah yang masa makan aku leh lari menyelinap pi soping dulu. lam kedai tuh ada gak bergambar tp sebab ada gambo dress aku tuh, so ai dont want to tepek the photos here. aci kedekut kay!

ha satu lg pesanan dari sirman,bukan dari ai yer…

brek keter kat sini sure cepat haus kan Pak Memet?

sebab asik break break break jer sebab jem semedang

ye betul betul betul…

kanan aku bediri tu jalanraya kecil, keter bersusun yer.

kalau jalan shortcut kat jakarta dipanggil jalan tikus. Pak Memet jap2 menyelinap masuk jalan kekecik tuh. itulah jalan,  itulah tempat niaga, itulah umah 2 tingkat. pekhhhh…padan kau!

IMG_6678

so apa ada jual kat sini, apa barang yang tak dijual. paip umah aku je yang tak jual kat sini. kat jakarta ada but not at this kemang. sirman tak udah2 nak carik paip air umah,nak gantikan yang lama cam nak arwah tu ngan yang baru. mai jakarta nak carik paip air, memang saje le nak kena dasdas ngan aku kan!

ai bought one handbag from Kemang, yang dress tu sume kedai lain, tp yang hbag, the only hbag yang aku bisa rembat, satu tu je dari jakarta. as ai said, ai dont go for imitiation, so aku amik hok yang no branded at all, tapi classic. sirman and Pak Host jugak setuju ngan pilihanku.

wpun bukan merah, cantik gaklah.

IMG_6646

diorg ni sporting lah, kalau masuk kedai depa suka je amik gambo

kalo kat kl silap2 kena kejar rampasan kuasa kamera.

they dont really know pun aku ni tourist ke hapa, unless aku kena bercakap ngan depa.wpun cubaan utk cakap slang indon, tp masih gak bunyik2 melayu msian tu ado gak. so fail kat situ.

kompem kena ketuk tak leh nak mintak tawar caras2.

ada gak yang masa kat emm Ambassador Mall, dia dok suh aku amik apply apa tah, depa dok buat promotion tahap zimbabwe, aritu jan aku pi pun ada gak, yang kali ni pun aku kena gak. aku ke kulu dia ikut aku ke hilir dia ikut gak.

sorry i m not local, so i cant apply.

oh u tourist? bisa ibu bisa…kita juga ada yang utk tourist

eii degil ko kan…

wa cabut aa, diapun bukan boleh kejar kita jejauh, rasanya dia leh dok kat kawasan dia and bertapak 10-15 steps from kiosk dia tuh yer.

IMG_6697

IMG_6671

IMG_6616 IMG_6620 IMG_6629 IMG_6649

the top 6 photos, betul tak aku cakap tempat ni happening? sangat rumbu ramba.

pak host, mana orang2 yang baya kita, aternye napa sume nih budak2 umur 20s jer?

oh yang tua2 cam kita lepak tempat lain

so ni ko ngan sirman je lah yang bley cuci mata, sesingkat2 skirt cewek2 kat sini woiii

ko nak blogging kan red, so biar kitorg the boys yang sibukkan skirt2 cewek nih

huk aloh!

IMG_6741

menolak kemang dijadikan tempat hiburan dan maksiat katanya…

tapi hehehehe

kiri kanan penuh DUGEM

Dugem ialah dunia gemerlapan. wah gitu. disko le ngan kata lain. dugem dugem ko kan….

satu tempat yang aku nak snap sekali gambonya, kat stadium, dah 2 kali pergi tak dpt2 nak jengah, itu 48 jam punya dugem kay, non stop. siang malam bersambung hanya pada waktu hujung minggu. nak stay up memalam pi ngamik gambo buat review boleh ler tp nak merempuh macet jem dia yang siksa dek akal tuh yang aku tak sanggup.

IMG_6705

pak host, itu pompuan tua ramai tuh…takde laki ke hapa kat umah dok jalan2 cam orang muda ngah malam gini

oh yang group tu biasanya dia carik budak2 muda utk teman2 dia gitu,utk ehem2 ha kau!

fuiiiyoo…ala2 gigolo ek?

kalo aku kena temberang ngan pak host, saje je lah dia kan…

tp percayalah, depa punya seksa seksi peweittttttttttttt! kalo bend down 10 inci,kompem nampak celah bedah kay. btw kami duduk semula di cafe Oo La La ni pasal nak kena bertenet. aku perlu buat entry for sunday arituh mar…

IMG_6693

mata dok mengular jer, dah siap lom entry?

udah sirman, satu entry jugak sudah siap 🙂

asal satu jer? kang readers awak bising

oh ai buat entry ala2 emo. entry emo nih boleh buat pelaris ari ahad, so depa takde le suspect saya kat jakarta still, they will think ala2 saya masih merajuk marah gitu huhuuuuu

masalahnya aku dah tepu lah nak korek apa lagi nak ditulis. aku nak letak gambo, nak curi dari archive pun cam tak kuasa. kebetulan memang ada dollah yang buat panas dalam entry Mahsuri n palat nya pulak dia bikin waktu aku kat jakarta, so sedang elok le sangat kan aku taji ko yang ngah takde entry nih.

IMG_6752

2 hensem yang capek kepenatang melayan kerenahku.

yang baju merah is taken already yer

yang baju putih tu solo molo still, if nak kenalan ke ehheheheh…pengerasnya ada pada ku 🙂

nampak capek dan padat itinerary aku kan, ya kemang bukan dalam program actually, tp kerana program malampun sebenarnya depending on apa yang kami shoppingkan dan tuju di siang hari. ada jugak Pak Memet mencadangkan for us to visit the Mini Indonesia,iskk Pak Memet nih. pas 10 kali visit indon pun, tak tentu lg aku nak pi tempat2 gitu kay. Monas yang aku jejak dulu pun sbb Pak Sulis bilang…‘kalau datang jakarta jika enggak ke Monas, tidak lengkap perjalanannya ibu’

huiii….so aku dah pi Monas, makanya lengkaplah jugak jakarta trip ku. hikss.

saya bukan pencinta tengok2 tempat bersejarah ni lah, saya lebih suka membelek kain2 baju buat sejarah or melawat shopping mall. I wanna shop till I drop pasni MAS kena tukarkan temanya jadi I m broke oredi!

Comment: 11

The Malaysian Restaurant in Jakarta

IMG_6530

baju dari bandung jugak, Rumah Mode 🙂

kami melalui jalan yang macet tahap cipan. kalau malam sblmnya dari Pondok Indah ke Kemang hanya makan masa 15 min tapi kerana malam minggu, jem dia masyallah. sampai sejam kau pun x sampai2 gak kemang nih.our supir for that nite was Pak Host sendiri. Pak Memet balik berehat. oh rumahnya pun kat daerah Kemang jugak.

ada orang YM aku waktu aku ngah lam jem nih..

kak red kat AIM ke?

tak

alah mesti kak red ada kat AIM kan, lambai la ke kiri kak, saya ngah carik akak

tak lah, aku tak pergi AIM!

so encik kambing ngembik2…waktu ko ngah mekak2 suh akak carik ko lam dewan masa AIM tuh, aku ni ha ada lam kijang menuju ke Kemang town. yenadeyy!

IMG_6570

sesampai saja di kemang, makan sapedek dulu. muak dengan makanan orang indonesia, Pak Host usul utk kami makan di King’s Corner. malaysian food, with Malaysian chef and yes it s malaysian restaurant…

apa kekdahnya ko letak nama king’s corner pak, letak le nama kemalaysian sket, barulah Malaysia boleh di jakarta!

restaurant besau nih memang betul2 kat tpt happening kemang, so memandangkan it was a saturday nite, aku sudah ribut mahu jalan2 kat sini.

IMG_6539

sblm aku nak berjalan berrsendirian sebentar, aku tinggalkan 2 cowok ni borak bagai. oh asal usul kami nak makan kat sini pun nak berinternet (aku le kan yang nak blogging) huhuuuuu….tapi sampai sudah tak dpt line. apa dah…!

jadi kami berorder makanan dahulu.

sbb menu malaysia, kita rombak bukak buku menu carik the malaysian food yer.

IMG_6561

IMG_6563

wpun kita anak malaysia, dok kat negara mana pun, kalau ko dapat makanan malaysia, memang kompem senyum sampai ke pagi yer! but saya bukanlah kemaruk sangat nak makan coz aku blom lagi dok jakarta sampai 3 taun, baru 3 ari jer masa nih, lainlah pak host, dah naik kertu je dok kat indon nih.

tapi kerana saya datang atas dasar ditaja dan dibawa khas oleh Malaysia Airlines, so ai guess why not ai promote this restaurant as well. mana tau mungkin di luar sana ada rakyat malaysia dalam jakarta yang tidak pernah ketemu tempat ini. who knows. with my thousands of readers, spreading from mouth to mouth, ai m sure mesti ada sorang 2 yang perlukan bantuan ari RM.

IMG_6552

kemudian aku menghilang selama setengah jam. aku sibuk di kedai baju merah. bila sms aku berbunyik ‘food dah sampai,cepat balik makan’ eii sirman nih.

orang nak nyoping sorang2 pun dia sibuk nak ngaco.

ai grabbed few casual dress, cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dan murah!

n laju pulang ke The King’s Corner semula.

oh gambar atas tu saya posing sama Malaysia Airlines punya poster…betul2 kat atas kepala aku duduknya. isk isk, berjodoh betullah aku ngan MAS nih…

IMG_6547

aku sampai ajer, depa 2 dah abih makan. they ate the kueytiaw goreng and mee goreng mamak. alah depa pun makan kebulur sampai x sesempat nak ngamik gambo. me makan nasi putih, tomyam merah (they dont serve tomyam putih), telur mata kerbau (depa panggil telur mata sapi heheheheheh) n teh tarik.

oh udang masak  sambal pun ada gak aku amik, tp tengok je dah tau itu udang mesti manis.

kerana aku sudah kenyang soping, makanya makan ku pun kurang jugak.

tomyam and udang ditapau for Pak Host bawak balik. he can use for his late lunch too.

IMG_6555

ini teh tarik wa cakap lu! kaw kaw sodappppppppppp!

Jai – cafe VA, if your boss reads this message, aku siap cakap kat Pak Host ‘sedapnya teh tarik nih, lebih sedap dari buatan malaysia kedai Jai tuh lah’

kalo aku cakap sedap, percayalah sedap.

IMG_6568

alahai gediknya nak bergambo kepit2…

eh ai dah kurus sket tak? hehehhee…ada orang kata saya sudah susut a bit 🙂

IMG_6569

sangat bangga bila beraksi di restaurant yang menjadi idaman rakyat malaysia sendiri. merasalah gak ko makan dari nasi padang ke ayam penyet sumer tuh. they oso have indonesian chef yang dah ditrained oleh malaysian chef supaya memasak dengan cara gaya malaysian gak. for our dinner, it was served by the indonesian chef coz the msian chef sedang berehat.

yang indonesian chef pun masak dah meletup, apatah lagi kalo msian chef tu yang cook for us.

so ai say yes for this restaurant, highly recommended.

IMG_6567

so cukuplah kay cite untuk seharian nih. udahlah setiap entries dari episode jakarta trip bermula aku kena naip pepanjang, ai really need a break for a while.uploading photos are all done by sirman, saya pilih tulis gambar apa yang patut diletak, and he did the uploading.

but me has to do the typing and not forgetting the thinking part yer. nak kuorkan idea and imbas kembali setiap satu saat itu, depending on the photos jugak. just for unique photos and aksi di jakarta, sirman will choose and seperti biasa jugak saya akan melakar tulisan ceritanya dalam RM.

IMG_6533

so far saya harap kamu berpuas hati dengan rakaman dan persembahan saya untuk trip saya yang disponsored by MAS ini. This entry is not the end, ai guess by this Friday all entries will be published and posted in RM. hopefully.

Being a hardcore blogger, saya akan sisipkan dengan penuh terperinci for each trips that ai went. Enggak perlu berkira sik, kalau berkira makanya saya tidak dapat bebas menaip dan berkongsi cerita sama kamu.

Layari MAS untuk bersama saya shopping di Jakarta…

**sesungguhnya aku adalah sangat perlukan rehat, menaip semua entries sedari Isnin pagi hingga ke malam tadi betul2 buat aku perlu mengqada tidurku.

Comment: 18

Ambassador Mall, Jakarta

IMG_6426

rasakan korang! dari malam tadi till now tak udah entry menyoping je wuhaiii! tu kalo aku tepek entry bandung, lagilah sarat pala korang gamaknya.

Tapi ingat ye, tujuan asas saya posting all the mall for your shopping ni nanti kamu bileh tentukan yang budget utk sekian2 jugak boleh berlibur di jakarta. a fren of mine went to bandung dengan satu ribu ringgit malaysia sahaja. same as mine, MAS hanya beri saya duit belanja satu ribu ringgit jugak.

so with RM1k equivalent to hampir 3 juta rupiah.

kamu juga bisa shopping till bengkok!

IMG_6400IMG_6399

aku paling capek bila kena pi merata orang kirim suh beli barang. kalau barang tu aku senang nak carik takpe gak. kalau barang tuh plak sekali arung ngan barang yang aku nak beli pun ok lah jugak. spt contoh MT’s make up set, aku beli so aku bolehlah belikan utk orang.

tp kalo lah aku tak beli barang tuh, suddenly orang suh pergi beli, mintak tlg beli, boring boring! n dahlah tu, bukan je barang dia je aku kena belikan, siap disuruh beli utk kawan punya kawan gak! hangin tak hangin?

so ni aku kena pi kuor bape kedai masuk kuor utk mencair XXXL size tshirt lelaki. dari bandung aku mencarik sampai jakarta susah btol nak ada. ada lah XXXL tp nak kena ada all the design yang dia nak. banyak cekadak betullah!udahnya aku tutup cerita baju orang tuh, dengan size XXL, 3 pcs. sadap u kalao size ke hapa design tak berkenan. ai m not gonna take anymore kiriman lagi dah pasni.

kenapa aku tak leh nak tolak, coz orang tu kakak aku, dia nya berzikir bertarbiah kat telinga aku, halohai. list beli barang ke main panjang, suku bag aku je penuh ngan barang dia.

IMG_6406

2 kali aku lalu kedai aksesori nih, macam berkenan2 jer gitu yo. tp 2 kali aku lalu gak, 2 kali tu lah penuh ngan orang. hok belah depan tu jual lain, aku nak jenguk hok tepi tuh, terbongkok2 nengok idak gak dpt menyelit. mana ngan barang kiri kanan lagik.

seiii! kepadatan penduduk di jakarta terlampau mampat, sampai 2 kali aku datang pun penuh je ngan orang depa menyoping. bagi lah chance ai yang tourist ni plak kak…

IMG_6431

so the red shop yang kumaksudkan ialah kodai ni ha. yang aku dok leka ngan gegirl lam kedai ni sampai kami ilang the 3 boys arituh. tp aku rasa am nak lingkup lah plak kedai nih, barang dia nan ado yang menarik ati, nan ado yang baru seii. barang2 merah dah leh kira ngan jari jor. aiyooo..

idak sampai bape saat je aku pusing

callo lah carik kedai lain.

takde rezeki ko lah kedai merah utk menjadikan aku customer luh.

IMG_6439 IMG_6444

the top 2 photos adalah PAC’s counter. itupun menarik gak…saja jenguk2. tapi aku tak dilayan pun heheheheh, adakah kerana saya nampak seperti enggak mampu berbelanja di kedainya. atau aku nya make up mata yang tebal itam buat dia rasa ‘cewek ni kok enggak soping make up lagik’ alooo, aku dah beli lah set PAC ko tuh, aku saje je nak menyibuk kot ko ada buy one free 5 ke kan…

IMG_6456

kain ela utk dibuat kurung. ada yang 4 meters. cakap sahaja dari malaysia, depa terus tau utk baju kurung. orang indon tak pakai baju kurung ya. depa pakai emm…entah. sila correct saya di sini.

mostly depa ni pakai kain 2 meters, top lak lain.

itu yang aku banyak tengoklah ….

ai spent for 5 min kat kedai nih, nak amik kang mak aku tak leh pakai kain ni lelama, dia macam kain yang not suitable for mak aku yang suka kuor berpanas tu ha. ni kain sesuai utk dok lam ekon ha kau.

IMG_6468IMG_6465

oh akhirnya saya dapat jugak menyelit kat kedai aksesori yang ngelip2 memanggilku…ada subang set, cincin and rantai. sedondon gitu. ai was thinking to get for souveniors. cantik jugak. tp harganya jugak ngelip2 wuiii…

IMG_6477

orang lain yang aku suh snap, orang lain yang dingamik gambo tau…

cewek ni ada tatoot buah epal ke strawbery kat leher dia tuh, sakan sirman nak snap. jenuh aku tunggu dia tau…ko snap tatoo dia ke ko snap dia ngan kawan2 dia yang seksi kedaung tuh?

IMG_6473

yah ini model yang patut kamu amik gambarnya…baru le fly with RM via MAS! cantik enggak set merah orennya itu?

IMG_6488

dan kemudian leka di kedai kain nih…utk ibu dan ibu mertua ku. supposedly to get for them di bandung but ai just dont like the design yang ado. mungkin cantik tp masa tu sebab dah beraturs ribu sangat kain2 aku tak leh nak pikir lah amik yang mana. kat sini dalam Ambassador Mall kedai kain tak banyak and pilihannya jugak terhad. so aku terus gamble je zap zap potong 4 meters multiply 2  terus.

IMG_6487

Ambassador Mall ni is just next door to the ITC Kuningan. kedamaian bersoping kat sini, tu pasal saya rasa saya lebih pada tempat gini. compared than Mangga 2 yang penuh sengsara idup aku dibuatnya. ai donno, at this stage, aku sudah enggak betah lagik mahu berdiri.

ai saw the chair and apa yang minah tu bebelkan pun aku enggak ingat.

yang pasti ‘ha ok, size M, ha L, ha ye size XL’

MAS – kalau ke Paris beri aku 10 ribu ringgit bisa? masuk sekali accomodation and transportnya yah. sebab mahu diconvert uwangnya sangat mahal sik. aku kan Shop till drop 🙂

IMG_6512

baru 530 petang udah rembang nak gelap. waktu jakarta ngan kita bezanya satu jam. mereka lambat sejam than kita yer. seii ponek tol seharian. so kami nak menuju ke Kemang semula. aku ada nampak satu lagi kedai merah waktu melepak buat Blogging Job dari Ole Ole Cafe, Kemang, tp waktu tu dah tutup. since malam itu malam minggu ari sabtu, Pak Host bilang kedainya masih dibuka hingga jam 3 pagi.

so dengo je 3 pagi, mehlah kita balik rumah dulu, campak barang2 ni kat umah, tukar persalinan, amik Pak Host, biarkan Pak Memet berehat awal sikit ari sabtu tuh, and kami bertiga plus Pak Host boleh beriadah semula…

IMG_6519

macam rumah hantu la pulak rumah ni kan..

told ya before that Pak Host menginap di taman perumahan yang sama dengan Inul Gerudi. Kris Dayanti pun ada rumahnya di sini, tp tidak tau mana satu cucuknya. so utk kali kedua aku paparkan sekali lagi rumah Inul Gerudi yang sedang sibuk memboyot untuk kelahiran anak pertamanya. dari hasil tabung uji kay.

Bersama Malaysia Airlines, saya bukan sahaja bisa mendapat terbang tinggi, sekarang pun MAS tengah buat promotion  MAS Stimulus 9 packages, bolehlah kamu pilih antaranya mengikut kesesuaian budget sendiri. Saya tidak pernah menggunakan other  airlines, bukan kerana saya ditaja MAS, tapi sedari dulu saya akan terbang hanya dengan menggunakan MAS sahaja.

ya ibu bapak semua, saya pentingkan keselesaaan. kalau kok bezanya dengan tambang flight murah itu hanya beberapa ratus ringgit, saya rela sahaja berkepit dengan MAS. kamu jugak harus begitu sik….

Comment: 21