School

Demi anak-anak kita…

pucat gitu muka maknya…

skang ni abang pandai tau, alarm bunyik, dia bangun tutup, dia sambung tidur balik. kalau b4 school break aritu, bunyik je alarm dia terus mandi. bila aku kejut, he dok cakap mom, lagi 5min je abang tidur, nnt mom kejut ye. lepas 5 min dia mintak lagi 5min…banyak la ko punya 5 min!

wake up ye sayang…

dedulu naik gak suara aku pepagi, but one day both sirman and i sat down, we shouldn’t raise our voice specially in the morning. pagi tu punca rezeki nak masuk, kalau pepagi dah naik suara, anak pi sekolah pun rasa hati sakit sedih lah kan.

kerana itulah walau apa masalah pun, jangalah menunjukkan marah sedih pada anak2 di waktu pagi specially. pernah sekali dulu sirman anto abang ke sek agama, sirman cakap lam keter abang sedih ngan momnya. sebabnya abang dah sampai pagar lupa nak salam aku, dari lam bilik aku yang ngah menyiapkan gegirl dok kuor anak tekak napa pergi menonong x ingat mommy dah ye, x salam x cium.

bukannya marah, tp dia dok ingat mak nye marah. kerana itulah kalau korang tepon aku pepagi, kalo dengo suara aku ala2 manja tu ha ada lah sobabnya ye 😛

manusia kadang kala degil kepialu pun boleh berubah kerana anak, percayalah. satu hari nanti insyallah saya juga akan melalui aliran perubahan yang pernah abang suarakan…..

cantiknya mummy pakai tudung…

🙂

insyallah…

Comment: 23

Day in abang’s school…

ai got a time off petang fri. aku kena ngamik report card abang kat sekolah. pagi2 sirman bagi aku duit utk bayo buku abang, tp aku muncung gak lah. dulu masa dia kat Texas aku gak uruskan hal abang, ni dia ada kat kl pun dia x dpt nak dtg. coz sibuk keje. makan ati ok laki gila keje ni.

dah nak2 petang, aku cabut dr opis pun around 5pm, so dingdong2 half n hour before that sirman called ckp he will be joining me to abang’s school. tau rasa bersalah lah tu kan. lgpun lam blog kat 30 org puji melangit dia tolong ai basuh pinggan kan.

so aku jumpa sirman kat near hajris, coz dia anto keter dia cuci and aku amik dia tepi jalan jer zasss pi sekolah abang. for my new readers, just fyi, abang is in Chinese School. jadi bila aku sampai ni, anak2 yang makpak x datang lagi dok kat dalam dewan, cikgu pasang C70, bagi depa leka tengok wayang. kelas sekolah ko bang kan.

lepas amik number, manghaik, sirman n ai antara makpak yang the last wooii amik report card ni. hiks! and masa sampai ni ada lagi 20 lebih lagi turns. since aku x makan apa2 lunch tadi, aku bawak abang makan kat near by gerai. lapau u, 2 ketul kari ayam tu aku bedal. oh Bariah anak Kak Mas VA my neighbour pun ada sebelah ai tuh. Kak Mas VA is also my blog reader, napa le sirman x snap gambo dia..hish!

pas makan patah balik ke sekolah….makpak yang kat luar kelas dok menunggu turn masuk jumpa cikgu. termasuk la aku, tp aku x nak dok luar, aku kan ngah sakit mata, panas weii..aku nak dok dalam, nak rehat tidur kat meja sekolah.

ha ko ni no 43 yang kami dapat out of 49 students. kira kami ni makpak yang ke 43 dalam kelas abang lah yang datang amik report card. very the lambat…mostly mak2 classmates abang ni housewives n dah namanya sekolah cina, 99% makpak cina gak, depa laju je lah datang awal. tak cam kitorg kena lari dr opis. tiap kali aku datang sekolah abang kan, makpak depa ni kalo pandang aku whuiii dr atas ke bawah….ahahahhaha perasan tol aku.

tu cikgunya ngah melayan one of the mothers gitu…masa ni baru turn number 30 lebih, aku n sirman sambil2 tu layan la Atuk Daniel (kawan baik abang). aku sian tau ngan Atuk Daniel ni, makpak Daniel tu pelakon, penari, artis lah gitu, tp x berapa gelemer kalo aku letak gambo depa mesti korang kenal. makpak dema sangat2 busy, Daniel ni tinggal ngan atuknya, he s the only child je x de adik beradik lain. ari2 pegi balik tuition register sekolah beli buku everything atuk Daniel ni yang buat. Adalah 3,4 kali je aku jumpa makpak Daniel..depa carik duit tak tentu masa cam opis hour kan, so sian gaklah tak dapat nak spend so much time wt Daniel.

itulah atuk daniel merangkap atuk angkat abang gak. Atuk daniel ni jaga abang macam dia jaga Daniel coz adakalanya kalo aku n sirman terlajak lambat, dia tunggukan abang sampai kami datang. adakalanya gak dia bawak 2 beg sekolah berat2 abang n daniel dr sekolah ke gerai makan near by sek sementara tunggu aku or sirman or abah aku jemput abang…

n pastu mata aku x tahan, bukannya nak tidur tp nak melelap je coz pedihlah sakit mata kanan aku ni… mata kanan aku masa ni dah mmg tahap2 kritikal sangat2 la..sirman ajak pi clinic aku malas degil gitu kan, ai nak landing atas katil je mls dah nak pi memana

when comes to our turn, sirman tolak suh aku ngadap cikgu. biasalah kan, sume bininya disuruh, dia dok tepi2 nyampuk sket2. ha gitu lama siotttttttt aku ngan cikgu ni. mainly 3 things lah that we discuss, pasal pelajaran of cos lah, aside cikgu ckp pasal abang yang tak geti dok diam. asik nak berjalan je pi tpt kawan2 dia. aku nak je ckp kat cikgu tu, abang tu dr dalam perut x leh dok diam, tumit kaki dia dulu masa usia kandungan 9 bulan boleh terkuor gerak kat perut aku tau. sirman siap geletek tapak kaki dia kat perut aku dulu coz dia sangat2 over hyper active.

pastu cikgu ckp abang selalu tinggal buku, x bawak buku. wah masa ni kan sirman sudah sentap! sbb kan keje2 susun buku sirman yang buat bukan aku…terus la sirman tegakkan benang yang kering. ko x pelik le kan, sirman dok susun buku tp tetap gak x de buku yg dia bawak. aku suspect ni mesti abang x kuorkan buku dr beg gitu bagai. pasni sirman nak belek lagi 200% buku2 abang.

kes rotan satu hal gak. kadang2 abang kena rotan, masa mula2 kena dulu, almost 1 wk kena aku jadi sentap tau, aku pi jumpa cikgu aku tanya nicely napa rotan abang. dia ckp sbb abg main2 x buat hwork gitu. tp aku x ckp details., aku angguk2 jelah. cuma bila jumpa kali ni, cikgu tanya boleh tak dia rotan abang, and tanya gak aku ni rotan anak tak. aku ckplah tak tidak aku x rotan anak2 aku. aku yell, aku shout aku scream but ai dont rotan anak2. sbb dia ingat family melayu selalu rotan anak…no cikgu, skang dah x kira bangsa, skang ikut memasing nye cara ngajar anak but sirman n ai dont use physical punishment to kids.

then she said, she wont do lah rotan2 lagi, unless aku bagi permission. ai told the teacher, dia dah mengajar berpuluh tahun, kalau rotan students boleh buat students jadi orang, aku terima. so kalau nak rotan gak abang kat tapak tangan, aku izinkan dengan syarat pakai ruler plastic not the rotan gajah yang halus tu. itupun kalau abang dah melampau2 tahap nak kena tangan lah, kalo biasa2 ko nak rotan gak…me of cos not happy.

as a closing conversation, ai gave a very miny tiny present for Loushi abang, for Teacher’s Day. sebenarnya aku dok lupa arini ari cikgu, aku dok ingat bday adik bongsu aku jer. coz dia dilahirkan sama ngan hari guru. masa kat sini aku nengok byk adiah cikgu ni dpt baru aku teringat. ciss..! so aku bukak hbag aku, apa yang aku leh bagi. since i m perfumes collector, sib baik ada 1 extra miniature aku yang tak pernah pakai tp dok lam hbag..x dan nak wrap ke nak apa aku terus bg cikgu tu. kira adiah aku mmg unexpected tol la cikgu tu dpt. suka tol dia. ha gambar ni dia ngah pegang miniature tu sambil senyum2 malu. alah cikgu, ai bagi ikhlas tau.

oh berapa numbers abang dpt, sangat ‘cemerlang’. he s in chinese school..for sirman and ai, it s a good number. sirman jangan lupa sign itu report card.

This is what ai gave to the loushi, from Estee Lauder – Bali Dream Miniature. the one that ai bought from KLIA, back from JB end of last month. bertuah la sapa jumpa aku pasni kalo x de adiah aku selongkar je hbag bagi miniature kat korang kan…wah! katanya.

Reminder to get some presents too for Ustazah and Ustaz di Sekolah Agama abang plak, definitely not perfumes lah, apa nak bagi ek? aku ingat nak belikan kain ela kamdar boleh depa buat baju melayu/kurung, nak pi kamdar je lah satu hal malas (ai hv membership card there)…..any idea apa nak bg?

Yes selamat Hari Guru to few bloggers, Heartless Devilsh, Bani Hashim, Su…. alah sapa lagi cikgucikgi ek?

Comment: 10