Sirman

3 different stories in RM…

IMG00711-20100704-1455

for Dila’s wedding dan seperti biasa jugak wedding2 yang kita kena attend, memang aku and Gegirl akan gagau2 carik barang kemas. aku ni tak sangat dahlah, coz i dont have the collection anymore. ada pun diamond ring seketul tu jer, coz on 5 tahun dulu rumah aku dah dipecah masuk, so habis sumer barang kemas aku langsai! bukan je barang kemas, banyak jugak barang yang kena ngap, itu pi carik lam 2005 nya entry lah, orang dah nak raya pulak tu rumah aku kena pecah. ok not to go there lar…

so ever since that tragedy, tiada lagi koleksi barang kemas but coz aku ada anak perempuan, mestilah aku nak belikan for her…sampai bila2 pun dia akan pakai rantai yang sama, rantai budak biasanya halus mulus, ni pun dah 2,3 tahun gak lah rantainya, aku beli yang betul2 kuat kukuh nya grams and tebal sebab takut senang putus. gelang tangan dia dah putus dah hahahaha, tengok harga emas skang takut gua nak gantikan yang baru. nantilah ek Gegirl.

hah, sirman tak pilih lagi tuh between 1 – 3 yang aritunya entry aku mintak dia bagi! oh tapi aku ada selai rantai emas hadiah dari bonda ku, semua anak2 perempuan dan menantu perempuan dapat dari mak aku, she has given up wearing all the barang kemas, dunianya ibuku hanya pada Allah dan Mekah, kerna itulah setiap tahun dia ke sana. She s not a woman yang suka beli benda2 lain kain ke, barang kemas lagi lah…sumernya earnings dia, hanya untuk dia ke Mekah sahaja.

IMG00718-20100704-1459

the pendant ni patutnya pakai satu jer, but alang2 ruby batu tu dah hilang tercabut (bengang giler aku camne leh tercabut, ngeng nya quality Poh Kong) ….so kita tambah ngan pendant M yang pun dah lamaaaaaaaaaaaaaaa aku beli. The M pendant is sangat2 berharga coz it looks cheap but actually duit beli pendant tu datang dari duit mas kahwin yang aku dapat dari Sirman. Wilayahnya mas kahwin was RM80 kan ke minus plus so he top up sket lagik and jadikan pendant. sebab kalau tak dibuat apa ngan duit tuh, kekal je lah jadi pokok pulak cenggitu jer….family mertua aku buat duit tuh jadi versi pokok berdahan so kalau tak masuk lam box memang berabuk worrr.

that s the pendant story, those yang nak kawin or dah kawin kalau tak tau nak buat apa ngan duit mas kahwin yang kita dapat, bolehlah diemaskan….negeri lain lagi mahal ye dok, ha lagi mahal ko dapat lagi macam2 tebal ko leh buat. M stands for my daughter’s name and my short name. It belongs to Gegirl now.

IMG_3547

wahhh lama giler tak tunjuk muka mata make up. sekian lama aku tak make up cenggini kak…lama sangattt! ini pun sebab Dila’s wedding main capuk2 jer coz dah kelambatan. RedGlow masih ujud lagi, i have not seen them for quite a while jugak sebab masa tak pernah match. bergossip pun manjang ngan wa jer, day and night. Ina is ….

IMG_3543

sorang ke main lawa sorang simple jer. Abang sets the rules, any weddings dia memang tak nak pergi! haisay, ko abang…sebab kita tak nak guna kuasa veto makpak, oklah tak nak pi wedding, sokay…anto pi umah toknek ko. abih wedding terus jemput dia semula.at first pun Gegirl tak nak ikut, dia kan rapat ngan abangnya but sebab ada anak Rose, Mia, so she changes her mind. demi kawannya gitu….tu yang bila orang tengok eh mana abang, ha abang nan ado, abang tak suka pi wedding, tapi kalau aku jegil mata suh dia tukar baju gak, lam bengang2 dia pi lah jugak.

The scooters ni aku beli waktu aku dating ngan abang dululah, punyalah siksa nak membawak coz berat kau! dia dok mintak toys jer, macam2 game tah hapelah, aku suh tukar amik scooter, memang melonjak je lah dia alangkan scooter lama dia masa umur 3,4tahun dulu pun dah jahanam. the Ben10 scooter for abang and red Princess scooter for Gegirl, both at RM200 or less kot ha lupa hahahaha..mana receipts? ha receipts ado tapi gagau nak carik.

that s part of the hadiah dating day and for their exams too gak, and i m so proud to see Abang;s mandarin ada development baik kat sekolah maupun kat Smart Reader. Result exam sekolah agamanya je yang blum dapat yet…

Btw harga scooter tuh aku tengok kat Toy’s r us sangat membunuh, ni aku beli kat Sg Wang so leh tawar menawar jugak. antara ayat aku menawar ‘weii apek, susahlah mau angkat i banyak barang mau kendong, angkat ini 2 kotak lagi, berat worr…kasi murah lagi lar’ ya gitu….! 🙂

Comment: 9

Demimu bola…

IMG00685-20100703-1624

kitorg 3 dah siap, bapaknya dok mata kat tv ngan bola bola lagi! ni ulangan bola pun sibuk nak tengok, highligtnya kot. aku ni bukanlah kaki tengok bola, but sometimes bila nak kena kenen2 ngan dia so kena lah jugak mata aku ni tengok sama. tv kat depan tuh memang sesajor bolaaaaaaaaaa siang malam kalau dia ada kat rumah. sebab bapaknya tak nak gak bangun angkat badan pi mandi, budak2 pakat panjat ke badan bapaknya…

pun tak jalan gak, tengok mata dia ngan bola gak tuh!

IMG00683-20100703-1622

bertinggung 2 beradik kat atas bapaknya….aku suh dia pi potong rambut pun sirman dok tunda2, tu ko tak tau yang ada kalanya aku kena bangun kol 230pagi ngejutkan dia untuk tengok bola. ada waktu macam weekend baru nih aku kena stay up till 230 coz nak kena jadi alarm clock dia. yelah dah suami ko minat mende tuh, kenalah aku tolong support seperti mengejutkan dia. coz kalau dia suh aku goreng cekodok kol 230pagi, lagilah aku tak sanggup, baik aku tarik selimut…aku buatkan dia black coffee jer, letak lam flask, pringles sebelah kopi. tau lah dia nak ngap…!

waa 4 yrs ago, aku kena goreng cekodok worr ngan buat air depa sebab adik aku pun sama melepak kat umah aku melayan bola ngan dia! sib baiklah taun nih adik2 aku bz so masing2 tak dan nak layan bola sesama ngan Sirman kat VA, if not, keletung keletanglah aku kat dapur dah macam nak masak sahur.

eh sahur ….

waaa puasa nak dekat!

lor minggu ni ada bola lagiiiiiiii……………

Comment: 13

For my event, choose 1 to 3…

IMG00582-20100628-1953

i heard and i ve seen it before….

lelaki kat Paris sangattttttttttttt romantis. lelaki lam gambar ni kadang2 jer…that s me to judge lah. but orang kata bila tengok dia ngan aku, macam iskk romantiknya laki you kak reddd….. yek yek? aku suh dia cemolot depan public, mampus dia tak nak hahahahah

no lah, romantis bukan bermakna ko kena cemolot depan public, i mean sepanjang pemerhatian aku kat tetiga negara yang aku pergi, kat Paris memang ketara keromantikan lelaki2 di sana. wpun di dalam lrt sorang berdiri sorang duduk, tapi tangan dan gerak mata couple yang aku tengok sangat menggugat jiwa. wpun di mana depa berada, kat lam mall, sambil jalan2, kat atas bas, or mana2 lah yang aku nampak, lelaki Paris very the pandai menjaga hati kenalurian wanita di sana. bila dah lelakinya pun romantis, sang wanita sana pun samalah in one package.

iskk syoklah, betul aku seronok tengok couple2 kat sana….

Paris itu kota cinta, betul sesuai sinonim sungguh namanya ngan manusia2 kat sana. Those yang ada kemampuan, kalau nak anniversary ke Paris, yes, very digalakkan…! actually mana2 negara pun kau pergi, kalau hati ko  happy, ngan sidia tercinta, tak kisah jer…tapi kalo ko ngah bermasalah, baru pas kena talak, pi pulak Paris, susah sketlah. bukan susah apa yang oi, hati ko susah, ko pergi mana pun tak dapat nak rawat hati ko. Tu baik kita pi Mekah, kat sana ubat segala jiwa masalah.

aku teringin nak pergi lagi Paris tuh, dapat 2 malam pun jadilah. macamlah dekat! 2 malam katanya…..perkh. nak menyimpan duit untuk 2 malam tuh ke main siksaaaaaaa!! my wish dapatlah kiranya kali ni pergi ngan anak2, kalau ada pun adv yang nak antar ke sana, aku tak kira, aku sanggup kuor duit sendiri bawak angkut anak2 aku….korang komplen flight lama bonar, ha mak ko bagi ubat batuk jerr…

aku nak elaborate lagik pasal lelaki romantis nih, tapi macam malas pun ye, macam aku nih leh satu hari cite lam satu entry tu panjang lebar, but biasanya aku malas. coz bila aku malas, korang biasanya akan sambung2 kemalasan aku ngan citer2 and pengalaman korang jugak. dalam legacy aku, my abah tak romantik pung. garang..ngan bini pun garang muahaha…

but speaking of my husband pulak, pernah masa ngah bercinta, dia main gitar wah tetiba dia tukar lirik letak nama aku kat lagu tuh, eii kembang ai. malu sipu2 balik curtain. nyampahssss. tah sirman ingat ke hidak gamaknya. tapi kalau biasa kitorg berempat jenjalan, sirman memang sokmo tak tingggal tangan bininya, jalan berdua lagilah memang pegang sesajor. cuma jalan berempat, akan ada penghalang, gegirl or abang. dedua nak dipegang tangan sama gak. specially gegirl, ada waktu gegirl leh cakap ‘kang adik merajuk kang..’ ahahahha siap boleh bagi kata 2 tuh kalau tak makpak asik berpegangan tangan je, in between kena ada dia jugak.

i love sirman so much, so my wish list for the upcoming event, u can pick one:

1. a handbag, no need red colour pun tak per…i promise not selling in Shop@RM, simpan sampai vintage!

2. masuk jelah cash lam my account, tau lah nanti i nak buat apa!

3. gelang kaki sebab benda tu tak yah nak cabut2 bila dipakai, kalau cincin ke earings or rantai, aku asik mencabut je, pakai pun kang masa orang kawin jer….tapi since emas naik melampo2 harganya, u better pick either no 1 or 2 .

Thanks Sirman the most romantic husband in my life. ada laki satu je kan, most romantic lah kena panggil 🙂

membebel ke main panjang, rupanya ada list 1 – 3 muahahahahhaha……hey dude, it s my day ok!

Comment: 15

Oren oren!

IMG00658-20100702-2354

sukanya penyokong orange nih…

Gegirl sokong brazil, blue vs daddy yang orange! semangat sungguh depa aku dok teman je guling2 atas sofa. i m not a football person, quite tak kisah ko nak berjaga tengok bola ke hapa…

Tahniahlah orange, masuk semi ek?

tak sesia sirman beria membeli topi and spec Holland tuh untuk anak daranya, end up dia yang pakai… 🙂

Comment: 11

Blue Cube for RM, eh for RD!

IMG00605-20100629-1812

sirman mai klcc you….! ingat sesuka jer. dia ada project, aku lak bila tau dia nak mai, lajulah pi book beli tiket wayang nengok The A Team. lagi 15min nak pi tengok movie, kita lenjan dok dalam blue cube Celcom….nun lam klcc gak. kalo tak kerana Sirman nak dok melanguk lam tuh, tidaklah teman menapak ke sana…

IMG00595-20100629-1803

sambil dia buat keje, meh kita bergusti pose diri sendiri…

IMG00596-20100629-1804

gambar ni tak bestlah, staff blue cube mengaco je background

IMG00599-20100629-1805

abang bz bz bz…    IMG00603-20100629-1807

hai hello 🙂

oh situ ada satu je kerusi, aku laju je carik kerusi n duduk coz kaki mak penat capek. aku bantai pakai high heels 5 inci! muahahaha…pun tak gak sama tinggi ngan Sirman. that s not the point, aku suka pakai tetinggi. tapi aku tak penah teringin nak pakai ballerina shoes. tak tau lah. dahlah kita ni comel cute petite dan rendah hahahahaha, so memang tak yah lah pakai kasut2 flat gitu.

beauty is pain, sambil jalan2 ngan Sirman aku tak komplen but bila dapat duduk, oh nikmatnyaaaaaaaaaa….!

love the shoesssssssssssss so much, patut beli 2, 3 pasang. sedap gila pakai, dalamnya lah, yang buat sakit sket coz baru2 pakai kan, dia nya tinggi. ater 5 inci!

IMG00197

image

the power of twitter, bukan setakat untuk kita gunakan untuk mengambil tindakan mahkamah, tetapi juga untuk kita  mendapat the latest feedback and info terkini. when we were in Europe, on moving, Sirman gets the latest news on WorldCup from the twitter too. canggih kan?  n banyak je aku tweet tanya2 tu tanya2 nih laju je kawan2 lam twitters membantu.

nak crop letak tempek kat sini aisay, panjang lebarlah pulak….apapun korang yang dah layan2 my tweets tuh, yes yes, korang memang bestlah. dapat reference kaw2, punya, siap aku check sana check sini, sume bantu membantu bagi site mana yang senang nak beli the usb and cable charger.

aku nya bb baru nih tak boleh pakai bb lama nya usblah, so tak leh nak share2 charger wt Sirman. kenalah beli gagau2. coz yang ada tu parking kat opis. means kenalah beli yang senang aku nak pakai dari rumah gak.

IMG00607-20100630-1337

sudahnya wa jalan kaki to Wisma Central, next to KLCC….biarpun panas berbondong2 tapi odw ke WC, ada makcik jual cendol verrrrrrrrrrrrrrrrdapnyaaa! tapi cafe yang aku makan tuh tempatnya semacamlah pulak, macam penuh ngan orang seberang je lah pulak…ah whatever.

with 2 usbs, and 1 car charger, aku dapat ngan harga RM50. murah ke mahal? tapi leh je aku mintak murah lagi kot,tawar menawar, but rimas panas, macam eii boringnya nak tunggu lelama kat situ. rasa nak bambus cepat je coz takut hujan. hujan kang camne nak lintas pulak dari WC ke klcc…

so dapat sudah, settled satu kes. tunggu kes Sirman tu pulak yang bila nak sudahnya. hopefully by next week sume issue gadget nih akan selamat watamat ya khatam.

Comment: 8