Oct 1 2014 Wednesday, 10:00 am
Penang dan selamat tinggal…
ko takde kipas merah kan? haaa…ni one of my readers bagi. aku pun dah lupa sapa namanya, tapi memang dah banyak tahun gak lah. Adik, If you still remember you bagi kipas merah ni kat akak, hah say hi plsssssssssssssss…..aku pandai simpan barang. so pandai gak jaga. orang bagi aku appreciate. gitu.
Ini nak pi mencekik lagi, makan lagi…yelah pusing sana sini dah jam berapa. ini di Batu Feringghi gak, nak makan kat tepi jalan melingkar nun and tengok orang mandi manda lagi.
Zesshan menjakun dengan kipas merah mak. Kakak tu mengantuk je tunggu laksanya.
tapi kita salah kedailah. yang dulu 2008 tu atas sikit, kita ni dok ke bawah pulak.but nak melintas pi carik balik gerai taun 2008 ko ingat itu good idea ke, entah2 gerai tu dah bungkus or dia dah bukak restaurant ya gagah besar perkasa
macam takde abang je dalam nih, ada belakang aku nun, ngah mengadap laksa, dia sorang je 2 mangkuk!
jagung bakar ni pun aku sorang je yg bedal
aku kalau benda bebakar, ha memang always fine. satay pun aku suka…ikan bakar
anak2 dah bising betapa meriahnya mandi laut depan tuh, sedap mata memandang sedapnya kalau kitorg dapat mandi ni mummy
takpe bang, i have plans for your birthday already
you gonna like it
semalam dah dapat mandi laut kan, so hari ni janganlah mintak mandi, mau terbakar kulit ko, tetengah panas nih ….walaupun alasan baru le anak jantan kan, dok ngapa ler.
mereka2 yang meriah mandi tapi pastu aku macam tak nampak pulak shower room, di manakah mereka bergantian. sebelum tu ada nampak family ni melintas pergi ke kereta ngan basah2 memasing. aik, tak salinkah….mana ada shower room kat parking tuh.
Zeeshan dok diam coz ada umpan.
Idoknya dia nak dok diam macam tu jer kalau takde yg boleh dirasuahkan. Udahlah tepi jalan tu jalanraya
kami pulang selepas kenyang, depa le kenyang ngan rojak, laksa bermangkuk2, cendol lagi….aku cukup ngan jagung bakar je lah
masa ni memang berat aku dah naik 2,3kgs already
hasil dari makan lauk kat pengantin kahwin, pastu makan makan makan and also the nasi kandar segala bagai sume tuh, nak menurukan sekilog to 3 kgs sampai seminggu took time, tapi nak naikkan, sehari je siap naik ler berat! haishhh
longkang besar tepi tu dik, jangan berangan lah ko nak lalu situ….
eh tapi baju ni pun memang buat besor pun, sapa2 pakai pun memang dia jenis plus size besar beggy je badan ko, takpelah, sejurus lepas balik dari Penang terus aku diet balik. on shape back. Habis je makan sini, kita siap untuk masuk highway…takde le ke mana dah. wasted time kat sesat + toys museum dah tentu.
Makan makan dapat le kat sini je yang best.
aku memang suka Penang, but nak come back tu yang perit gak. Takpelah one at a time, one day, insyallah kita repeat lagi.
so masuk highway kali ni kita lalu jambatan baru Pulau Pinang, masa datang semalamnya ikut bridge lama, saja merasa…
makin lama makin laju pulak heh pakcik nih, dah sampai 170 aku suh dia slow down lah, jangan kejarkan sangat. anak2 semua dok tidur kat belakang nun lagipun, drive calmly jer. itu pun 2,3 kali gak lah berenti, berenti kencing ler, solatnya, nak hausnya, nak kacangnya. hoh! ngam2 sampai umah kawan aku at 1020pm! betul2 budget nak sampai that time. Terus pulak pi rumah mak ajah, oh my penatnya.
Packing pun aku, unpack pun aku. Camne le Maya boleh tak geti packing luggage oi, semua laki dia buatkan, bestnya jadi seorang isteri bernama Normaya. While Akak, hah semua segala aku yang buat, aku cuma suruh anak2 keluarkan baju yang nak dibawak, letak kat hall, meh mak pilih mana satu. OR aku sendiri pergi kat almari depa, aku yang buat pilihan. Macam tuh. Check list untuk fly sentiasa sama jer, oh untuk local jalan2 pun sama ler jugak, takde jer bezanya pun.
Dan tamatnya trip Penang maka tamatlah cerita wedding Penang so on. Thanks Penang for having us, ada best ada yang tak best. We will come back again.
By the way dah alang2 kan, apa hotel yang kat Penang tu yang ada private beach ek? macam ada je hotel nya tapi aku kelupaan. Kira beach and laut tu boleh mandi ler, tak yah nak keluar pi Batu Ferhinggi tuh. Hotel apa yeah?
1. Golden Sands Penang? – we used to stay here before
2. Holiday Inn Penang? – we used to stay here too, highly recommended hotel sangat!
3. ???
4. ???
5. ???
RM Recent Comments