Final nite for the family but..but…

IMG_3554

pusing Penang nak makan, pengantin recommended tempat nih. but pengantin tak join ler, lebih baik ler depa mengulit dalam bilik pengantin, baru siangnya nikah kan. kahkahkah….pepaham je ler.

So kami pun datang le sini. agak susah betul nak dapat meja panjang, udahlah takde reservation.  memula kita asing meja tapi berkat sabar dan sabar walaupun perut memasing dah rock and roll, kita dapat jugak meja yang boleh sekali arungkan semua orang.

IMG_3494

aku geram dia tak nak angkat muka dia, bapaknya suh senyum sikit jerrrr

IMG_3559

jadi biarlah mak ko je yang senyum yek…

ini tempat makan, sebut kang sentap. tak yah sebutlah, but orang Penang tau lah kot. Harga for me bebiasa jer lah, sederhana ler, ada mahal ada murah but paling tak boleh blah, kita bungkus nasi putih satu (untuk bekalan Zeeshan makan), harganya RM2.20 sebungkus.  Aku tau pun esoknya bila depa dok bercerita balik perihal makan kat sini.

But macam ada masalah air minuman, depa cepat je settlekan, cuma tak yah promote lah yeah, kalau datang sini balik kot tak yah lah makan sini balik, kat Penang makan tempat lain pulaklah.

Ni adik aku suh makan sini coz ini tempat pertama kali dia dating ngan bininya dulu. Ko yang first time dating makan sini, kitorg yang kena sambung ko punya tradisi yeah.

IMG_3541

budak kecik yang tak dapat nak melekat ngan bapaknya so jalan pun nak mintak mak dokong. dia geli jalan kat sini, dok cakap iyek iyek,  lepuk kang

IMG_3562

balik rumah, sambung lagi mengantuk, tak larat ler nak melepak2 gossip sambung adik beradik kat bawah or bilik2 sebelah nun, tau jer nak tidur sesangat ler….ini master bedroom of the homestay. Ada 4 bilik, hall besar, atas bawah. 4 kelamin dok dalam bilik, the girls tidur hall atas and the boys tidur hall bawah. Mak Abah aku pun tidur bawah, ada tilam atas kita bawak turun, sampai ujung nak balik pun mak abah aku tak naik pun atas, buat lenguh kaki depa jer.

Sebagai penutup entry, ada 3 ketui gambar nih, yang tertinggal pulak. 3 ribu lagi gambar, jangan harap le akak nak letak semuanya kan.

IMG_4183 (2)

 Taken by Zeeshan. Ada banyakkkkkkk pulak tuh dia snap, ada jugak yang dia siap panggil Mi Mi Mi mintak aku pandang tapi tu lah bila dia amik semua lari frame.

IMG_3566

tak dapat signal tak dapat signal

dan bapaknya yang dilunyaikan dek si anak…..

IMG_4047 (2)

pun taken by RB

Lama tak guna nama RB dia kan (dulu masa baby was RedBaby pastu dah besar nih jadi ler RedBoy) but aku asyik gunakan nama penuh dia jer Zeeshan. Pun boleh jer kalau hangpa nak panggil pakai RB jer pun. but atas tulisan jer lah, kalau ko jumpa dia ko teriak ngan nama RB tu memang dia kata ko gila ke makcik?

Zeeshan sekarang ni 2 tahun 9 bulan, so lagi 3 bulan is 3 tahun lah yer…

Nakal dia, nakal budak ler. Walaupun boy, tapi dok ler hari2 asyik tengok Frozen jer. Aku memula dulu amende yg ko nak tengok nih dok mummy, fo yen pls. foyen pls. pastu tunjuk tv. Ler Frozen rupanya!!! Nama Elsa Anna dia hapal, menyanyi pun beria wpun biji butir aku tak paham, yang paling hebat, menari ikut apa yang dalam Frozen tu pun ko pandai jugak dik, walaupun tak semua. Abis tu dah siang malam foyen jer….

Dan esoknya semua check out…

Esoklah sambung.

Comment: 4

Penang’s wedding. ya watamat.

IMG_3233

hah baju aku sebenarnya dah lain, aku bertukar lagi. kata banyak baju. Asalnya tak nak tukar, nak pakai jer baju dari pagi tadi nikah depa, but dah bosan dok lama kat rumah transit, pastuh adik aku ngan parents kan balik rumah homestay, so aku kirim sekali arung kain baju aku nih. Dah alang2 bawak, baiklah kita tukar baju and pakai.

Tapi kak lopa tu tak tukar tudung, mana ada stock. so sarung je lah. Lantaklah kalau colour tak match ke hapa…..kak lopa dont care.

IMG_3256

pun tak match ngan suami, pun aku tak heran, bukan kitorang yang nak kena menikah….

laki aku kalau pakai baju melayu, lagi terserlah kekurusan dia

IMG_3259

dah bape banyak selfie dah pun kau, sebenarnya tak boleh nak tengok social media langsung coz signal kat sini was very poor. Dah balik homestay baru ada signal, so bayangkanlah baper jam aku dan lain2 terputus hubungan dengan dunia luar. Mata pun dah nak lelap tapi rumah orang, mana ler nak melandingnya, abis daya kita borak kita menyakat kita makan kuih and kita posingggggggggg jer lah.

IMG_3273

bersiap untuk berarak, akhirnya sampailah jugak pengantin perempuan

IMG_3277

sebelum pengantin lupakan kita, baik kita sebat dia dulu

IMG_3281

adik aku nih, kadang2 otak dia biol, kadang2 ok. macam kakak lopa dia jugak

IMG_3287

payah nak bergambar ngan anak2 di saat family yang ramai coz depa always with the cousins, ini dah dapat kidnap kakak, cecepatlah wefie ye kakak…abang jangan ko tanya, sama le payah nak tangkap

IMG_3297

hah kita berarak ngan barang2 hantaran, tapi tu lah takde satu pun barang hantaran untuk pihak perempuan yang aku upload kat sini hehehehe….

IMG_3299

Mak korek apa tu mak….

ini belakangnya tudung merah Kak Lopa. thanks kakak for pinjamkan.

oh aku tak bawak handbags pun hehehehe, aku bawak Prada bagpack (coz ni kisah travelling jugak) so aku malas nak ngusung 2,3 handbags lagipun dalam bagpack tuh ada segala harta karun anak beranak, jadi biarlah. At this time rasanya bag aku telah kubalingkan kat one of my kids or my anak2 buah.  Apa barang pakai baju cecantik bawak bagpack.

Hah masa nikah aku bawak and aku pakai gak coz baju aku jarang jadi kena tutup belakangnya 😛

Udahlah earlier nak pakai kain yang tuck in baju, hampir nak kena terajang hahahahah…

IMG_3305

Diiringi dengan anak2 tahfiz An Nandoh, berselawat ke atas Nabi sambil kita berarak

IMG_3311

dan bertemulah kita di tengah perjalanan

IMG_3336

tak terus ke pelamin, terus ke meja pengantin coz dah lebih kol 2 ke almost 3 macam tu lah semua dah kebulur hahahaha! so apapun kena makan dulu.

IMG_3366

Pengantin dan mak abah

IMG_3470

kakak dan abang ipar pengantin dan makpaknya

anak2 dah bertempiaran

IMG_3397

the parents, 3 sisters and pengantins

IMG_3411

the 5 beradiks (2 boys lagi tak dapat hadhir, sorang lagi dah masuk kereta anak dah meraung nak ekon) with parents and pengantins

IMG_3416

ini pose wajib!

IMG_3444

pengantin perempuan yang dah ke mana2 pun masa nih so cukuplah ngan pakcik korang jer, inipun terlolong2 nak tangkap abang kakak. Zeeshan takper, dia always depan mata makpaknya

IMG_3547

since pengantin dah ke mana, jadi biar kita je yang bermaharajalela kat pelamin ye kiddos

IMG_3467

depa kahwin berbanner2 segala, kita dulu nan ado hahahaha….tapi bestnya banner ni kena mention, the gambar pengantin 2 orang nih was taken by RD at our house. Sehari selepas kami semua pulang dari beraya di Melaka dulu tuh… pastu depa edit

hah kenangan gitu.

IMG_3472

nampak benaulah ni bukan dari camera aku kan, ini barang2 hantaran dari pihak pompuan kepada pihak lelaki

IMG_3478

paling aku tak boleh blah, PS4 as hantaran!

gila betol adik aku tuh…

ni anak2 buah dok nak kenen nak main sama, tak dapat2 lagi merasa. Udahlah pokdenya duk jauh, bila masa ler korang nak menibai nih.  Apapun, tahniah Pokde and Mokde baru yang telah selamat menikah dan menjalani hidupan suami isteri. Cuma pikir tu camne le korang nak dapat settle down, sorang kat Kemaman, manjang offshore, sorang lagi kat Sarawak.

IMG_3411

the 5 beradiks (2 boys lagi tak dapat hadhir, sorang lagi dah masuk kereta anak dah meraung nak ekon) with parents and pengantins. Tahun bila ler nak dapat bergambar 8 beradik ngan mak abahnya. Sungguh payah dan susah. Even masa kawin belah our side pun, tak dapat complete gak coz ada sorang abang aku kena course sampai 2 bulan tak boleh nak balik at all.

Nantilah kita cuba lagi lain event lain masa.

So habis wedding tu semua balik homestay, and membuta. but my parents and family sister pergi ikut Along aku ke rumah besan mak aku, di Sg Petani. Kitorg ketiduran sampai Maghrib. Anak2 buah aku dok bingit main pun aku tak sedar, penat sangattttttttttttt! laki bini ngan Zeeshan sama tidur hoh. Bangun2 kebulur lapar mencari sapadek.

Gegambar dalam homestay tu aku malas sangat nak amik coz ramai yang tak berhijab, so tu yang bebalik muka aku jer. Oh btw, to those yang peminat Epi (konon muka hensem ramai ler kan fans gak dia dalam nih), ha akak dah takde adik lain dah nak bagi korang kawin so korang tunggu je lah anak2 korang besau berbesan le ngan dia yek 🙂 .

Comment: 5

A trip to Penang…

IMG_2631

kakakkkkkkkkkk, sian anak mak tidur ternganga! The boys yang belakang tu pun tidur sama jugak. Aku rasa aku tidur kejap jerlah coz laki aku tak bagi aku tidur, suruh borak borak borak segala. Sampaikan citer ex boipren lama sebelum kawin ngan dia pun kena citekan gak. Ngeng btol. untunglah ex boipren aku tersedak2 kena sebut.

Aku suspect dia baca gak blog nih, gila tak baca. Tak pun bini depa.

Wah depa.

Macam banyak.

IMG_2694

Adakalanya kita berenti for jamak lah, for kencinglah for makanlah….ini stop kali kedua. Mana ke tempat nih aku pun dah malas nak mengrecall. So ini dok kat gazebo jerlah, kita ada bawak bekal bagai, ada yang beli, ada yang makan kat atas tpt makan tapi aku dok kat gazebo ni jer coz asalnya Zeeshan tidur dalam kereta so tu yang aku menunggu.

Bila dia bangun jer, mula ler nak melekat pastu berzikir carik daddy daddy daddyyyy.

Dia punya tahap close rapat gila ngan bapaknya dah macam aku rasa aku ni mak tighi jer. Tak bolehlah bapaknya hilang kejap!

IMG_2704

Pastu tetiba aku dah bertukar wajah jadi ‘bibik’ kahkahkah….kita sampai kat homestay Penang tu lam kol 10lebih malam ler. Borak borak borak, lepak anak beranak, 5 bijik kereta kan, ada lagi adik aku amik satu lagi rumah tapi kita cancellah, rumah ni pun besar, double storey. Cuma bila dah reramai, rumah dah macam sekolah tadika jer. Dengan bingit bebudaknya, bingit suara bibik aku lagik

Waktu laki aku ngan Zeeshan dah beradu, aku turun and berkampung kat bawah coz nak memakaikan pengantin tu inai.  Inai dah bawak khas dari KL sesiap. nak pakai 3 jari je pun kan.  Itupun dia ngelat je tak nak pakai but kita kakak-kakak punya mulut lagi power so dia pasrah je lah.

IMG_2731

udah siappun. dan lelain pun sama berinai, aku tidak ler berminat hahahaha…..

IMG_2847

pompuan bertudung tu mesti berkata, kenapa le aku dapat adik yang suka ngan job clown ni kan? Terkangkang2 lompat ko dalam masjid dah kenapa Dik?

IMG_2824

eh kakak Lofa

tudung dipakaikan oleh my niece and tudung ni pun kakak yang punya

IMG_2901

dan kami yang ber’cuti’ kena duduk di tangga masjid sahaja, untuk pernikahan adik kami, he s not the last in the family (second last) but insyallah the last yang kahwin lam family lah kan. Kalau ada yang pasnih kawin lain hah tu toksah citer ler. Macam nih, dedua wanita ini adalah bermadu. Dedua ni kakak ipar aku from my Along.

Akak ada cakap lam instagram yang my brother pernah bernikah 5 kali kan (3 isteri masih ada, lain bercerai) sebenarnya salahlah fakta tu, dia dah menikah 6 kali hiks…

Abang sulong aku yek. Ini isteri2 untuk no 2 dan no 6.

IMG_2911

Memandangkan nikah ni aku pun dok kat tepi tangga jer, so harap belas ikhsan dari depa ler je kan. Yang duduk atas kerusi tu Abah, kaki abah aku kan tak kuat, solat pun solat duduk jer. Dengan sekali lafaz, Epi sah menikah.

ahhaha pendek gila penceritaan, abis tu, gambarnya je untuk lam masjid ni beratus but pasal aku takde sama, so takyah letak bebanyak sini heh.

IMG_2942

Doa dibaca suami, belakangnya mak ajah. Mak aku kena pakai shades most of the time coz matanya yang tak berapa sihat

IMG_2962

 

adik ipar baru aku nih, orang Penang. tapi bukanlah cam anak mami mami tu…

IMG_2978

pertukaran cincin dan barang kemas untuk pengantin pompuan, sakan laki aku gelak apa le yang depa bahankan tuh…mementang ai cannot join

IMG_3021

yang di tangga, buat je lah apa2 yang patutpun…

IMG_3035

hah dah habis majlis di dalam, so kita satukan Red Family sekejap sebelum memasing bertempiaran

jubah biru kakak aku baru beli dari Ampang Park untuk occasion nih, abang ngan Zeeshan pakai kemeja tak berbaju melayu coz aku malas nak pack up dari KL. untuk bapaknya jer wajib pakai yelah dah adik ipar lelakinya kahwin kan, takkan semuanya nak bertshirts manjang.

IMG_3095

the complet family of my parents, cuma 2 brothers je tak dapat hadhir atas tuntutan kerja

anak2,cucu, menantu. oh ada sorang makcik

IMG_3104

dan kemudian pengantin jadi rebutan untuk digambarlah specially kami the 3 sisters!

tak caya ke yang belah kiri tu sekali mak merah?

hish….kakak lopa tu

IMG_3146

i love my Kree Skirt!!!

Asalnya akak tuck in baju but pastuh yelah kat masjid kan, kakak aku nak terajang bontot aku hahahaha so kenalah keluarkan.

Takpelah sok sok pi kerja ke event, pakai balik Alida Skirt by Kree nih lagi.

dah habis ler sakan berposing, kami kena menganjak ke rumah transit.

IMG_3187

batch Along and anak2 dan isteri2nya…

IMG_3196

ini pulak batch wanita wanita, kat luar ada batch lelaki lelaki but pastuh yang kat luar tu pun dok masuk dalam. agak berejam le jugak kita tunggu kat sini coz pengantin pompuannya kena bersiap bagai. Tapi sib baik dihidangkan dengan kuih yang sesedap, air panas dan air sejuk.  Jadi perut pun berlapiklah coz kitorg dari rumah homestay sebelum ke masjid, makan ala kadar je apa yang ada buat lapik perut. Yelah nak menikahnya jam 10pagi, 930 dah kena keluar, batallions bukan sikit alang.

IMG_3213

Kakak aku suka benar posing dengan Kakak Lopa

IMG_3218

ini my niece, pas Pokdenya kahwin nih, hopefully is going to be her turn, tahun bila tu entahlah….

niece aku ni sangatlah rapat ngan aku, dan dialah jugak yang bertanggungjawab dalam menyarungkan tudung untuk Kakak Lopa. Makanaya dengan ini, habislah cerita pernikahan Epi.

Dan bersambung lagi siri akan datang untuk majlis persandingan belah pompuan, berjalan pusing2 Penang segala.

Syok gak dapat orang jauh nih, merasa gak jalan jauh kan.  Kalau yang dapat sesama KL hah dok ternganga lah kita sekejapan dah sampai rumah mertua hiks….

Dalam penceritaan majlis nikah kahwin nih, macam smooth je kan, sebenarnya hiccups sangat banyak hahahaha, but majlis pun dah selesai so kita tak yah lah cite details, aku pun malas nak memikir imbas kembali. Kalau aku cite yang major2, sure korang geleng pala 😛 .

Comment: 8

Biru biru biru!

IMG_2613

 

IMG_2603

IMG_2618

 

wei akak buzyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy, adik aku kahwin ler. Biru2 atas nih, kebetulanlah kami 2 beranak all in blue, tapi aku ngan selipar merah tak tinggal ler kan, ini taken last weekend waktu kami nak bertolak ke Penang ngan 5 bijik kereta for pernikahan dan perkahwinan belah perempuan for my brother. Minggu ni pulak majlis belah kami, so memang kedaung ler busy busy, ngan mananya adik aku siap kidnapped aku lagi lunch break lari pi Chow Kit.

Itupun masa dia cakap nak ke sana ingatkan naik motor aku dah menggigil akak ko ni pakai skirt plak arini (wpun labuh), so sib baik dia tukar plan pakai kereta.  Pastu menjakun kat GM Plaza tu ada car lift hoi! wah……hah ko tak tau kan, akak dah merasa, technically takde le merasa macam naik lift pun coz ko dah dok lam kereta but still………..aritu pi ngan RD naik motor, mana tau ada mende tuh sumer.

Jadinya, to round up cerita, semoga perjalanan perkahwinan adik akak Epi tu selamat, berkekalan ke akhir hayat. Korang yang tersebut dah dapat invite, akak tak open kat blog, akak open kat IG, FB  and page jer. If anyone of you sudi nak hadhir, bolehlah WA or Telegram akak today today today 🙂 .

daa…..

Gambar atas aku pi IG/FB kan dah ramai ingat aku ngan laki aku jer, sekali imbas ler korang dok cakap. That s my eldest son, si abang ler. Dia kan tokey kacang panjang! Maknya kacang pendek.

Comment: 9

Baling belakang tabir Genting….

IMG_3767

sebab entry on Genting Highlands dah keluar (the sponsored post) so bolehlah kita citer behind the scene sikit but tak ikut turutanlah yer, aku malas nak naik turun gambar adjust balik, so as camne aku transfer, aku cerita dari sinilah.

Pulangnya dari Genting, laki aku stopped ajak makan kat Melawati kot. Aku dok leka dengan dunia semasa di tangan so tetiba dah suh turun kereta. Zeeshan mentidur but sebab laki aku nak makan gak the famous nasi ayam sini, kita turun ler jugak heh….itu si kecik tengah memamai a bit.

 

IMG_2099

laksa untuk abang kakak, cendol and abc for them too….tapi bapaknya yang lelebih makan coz banyak sangat ‘sampah’ dalam laksa, kakak tu suka laksa kosong jer…

IMG_2106

dia order sampai 3 plates of nasi ayam, 2 plates nasi. Semuanya dia punya. aku punya ayam sikit dan half nasi ayam tu aku makankan…

IMG_2109

nak mendiamkan kejap si kecik tu kena lah bagi ipong, kang dia berjalan merata, orang nak makan nih. baby chair pun takdak…

IMG_2117

dan mengajar apa itu durian kat Zeeshan. Sesungguh ler abang and bapaknya ajar the durians, yang ke main tajam tuh. Lagi ler budak tu takut jer nak usik

IMG_2120

no no no

no manjang bila suruh pegang

IMG_2124

bungkus beli dari hujung tu ke pangkal, berkilog lah coz nak bagi sesama family

IMG_1355

ini sampai malamnya kat Genting, we were the last family yang sampai, yelah laki bini kerja, ngan anak sulong aku pun abis sekolah lambat, malam tu gak balik kerja baru packing. Pastu sesampai depa semua naik bilik but aku ada briefing kejap. Naik atas tengok budak ni dok berlari kejar2 ngan abang kakaknya….

IMG_1357

kesian kalah mak ko nak berposing ngan ko, coz nak ler sesama matchy tunjuk seluar merah belang putih dia ngan baju maknya kan..

IMG_1358

kita dapat 2 rooms but not connecting so the boys were in one room and the girls, sah2 ler mak ngan kakak sebilik. Tapi punya riuhnya jap keluar masuk keluar masuk….

sonok ler aku ngan kakak, tidur lena hahahahah dah Zeeshan ngan bapak and abangnya kan.

Tapi aku gak yang tukang kejutnya even berasing bilik, sebelah je pun,  pakai tepon tak jaga jugak, aku masuk dengan access card, sib baik dah memang stand by amik simpan kat bilik aku gak…

the hotel room memang spacious (hemm mana ke gambar), kalau tak bawak bibik maybe leh sumbat jer 5 beranak, but asalnya nak bawak, sudahnya tak bawak jugak, tu yang utilise jugaklah bilik dedua nih.

Eh kita dok kat Awana Resorts Genting Highlands.

 

IMG_3154

esoknya lepas brekfast, sebelum the journey of our Ice Age Adventure begins…

kita naik bus yang depa dah chartered for all of us from Awana to First World Hotel

IMG_3159

ada jugak yang nak photoboom!

IMG_3163

hah, baru le rasa macam form 5 sikit, tadi ngan abang kacau belakang macam budak Uni. LOL

Baju oren akak nih, ngan baju purple atas2 nun dari MilkTee

IMG_3172

waktu rehat jap kat sini, nak hp kakak dari tangan si adik tuh, coz kita nak gerak dah, fuiyoooooooo dia punya baling hp kakak dia! hahahaha tak sempat nak tangkap, ipon aku laki bini pun sama jugak dah senasib, kalau kita cakap nak amik dia punya marah terus dia baling. but kalau sempat, cecepatlah rampas. Nanti nangis, sib baik tak pecah berderai!

Kakak dah nak mendayu jer tengok hp dia kena baling dek si adik….

IMG_1713

part of mak’s job….ini bape shot gak nih, memula suruh aku berdiri, lepas tu aku kena menyangkung, sok sok kena tidur baring pulak amik gambar anak-anak nak posing update kat status wa lah, we chatlah, momentslah, memacamlah korang…

Itu Genting Highlands memang aku kena repeat balik datang, sangat dah bertahun2 tak jejak sana, bebudak sendiri pelik kenapa mak pak tak pernah bawak depa ke Genting, itu nasib baik ler ada job kat Genting kalau tidak mau sampai sudah korang tak naik atas tuh. Insyallah kita datang lagi, either with or without blogjob mak yeah….

Skang kita semua tengah sibuk, these few weeks aku ngah sibuk ngan wedding adik aku, we just got back from Penang and this weekend is our side’s turn. Semoga berjalan lancar semuanya.

Comment: 9