RB oh RB 4 bulan!

 

IMG00450-20120428-1155

Tau tak, bila tiba harinya the no plastic bags day, tiap Sabtu kan, memang tak ramai orang kat Jusco @AEON. aku memang suka shopping masa hari Sabtu. bonet aku memang ada je bags untuk shopping. so momantai. Aman tenang je shopping masa kat sini. Satu trolley RD tolak, RB pulak aku yang menolak. Abang kakaknya takdo, ada yg tuition ada yang school projects. Huh, berlari2 aku laki bini menghantar budak2 ni ke sana sini.

Cakap pasal school projects ni kan, aku rasa ada yang makpak ni macam main sesenang je suh mak bapak abang pi hantarkan anak diorg ke rumah anak lain. main lepas tangan jer. Bila ngutip takde le pulak nak antokan anak aku pi sekolah balik.

So pusing punya pusing le jugak hari Sabtu tuh…..

IMG00455-20120428-1248

aku kan paling pemalas betul nak lipat2 stroller nih, but dedengonya laki aku nak kena pergi outstation lama pulak so dipaksaya gak aku buat sendiri. Ye ler ye ler. bukan aku tak buat pun selama beranak pinak sebelum nih, tapi saja tak nak buat. Senang jer, ada number, tekan 1, 2 ,3 zasss angkat simpan bonet!

IMG00418-20120427-1416

Anw a day b4 this, kami bawak RB pi cucuk 4 bulan. Banyak betul drama nak dptkan appointment. Masa 2 months check up, staff nurse yang bagi slot 5 May. Pastuh depa overlook tak perasan itu public holiday, bila depa perasan, depa tukarkan tarikh appointment aku ke bape belas haribulan tanpa telling me langsung. Entah aku boleh idak pun bukan depa tanya. Tu sib baik aku check nih. sesuka je ko main tukar kan.

Then it s too late, so kita amik awal, pun drama gak. Mana ngan eh….ok malas nak cerita the drama yang banyak. Pendekkan cerita, dapatlah jugak slot.

IMG00421-20120427-1444

He s been so good, rela je dia kena cucuk, kena 2 pulak tuh but tak demam alhamdulillah. cuma sebab kita pergi jumpa 2 doctors masa nih, ya hampun aku letih betul dengan farmasi spital nih. korang pun almaklum ler sangat kan. sampai staff sini pun ngaku kelembapan the farmasi.

IMG00424-20120427-1554

aku nak tunggu dptkan the med dox kat atas, RD and RB lari turun bawah dulu untuk amik ubat from the first clinic. Sampai tertidur2 si RB tu hah. RD tu tak tidur tapi dok gayakan anaknya mentidoq.

Selesai jer, aku lari balik with RB alone. just me and the baby. bapaknya sambung pergi kerja sampai ke malam. dan ini juga pertama kali sejak aku beranak kecik nih, kuor berdua in the car wt the small RB.   Tanpa dibantu sesiapa dalam kereta tu yek. Kitorg kan datang asing-asing, bertemu je kat spital terus.

IMG00428-20120427-1628

muka musykil jer budak kecik nih, mau taknya aku pasang lagu2 baby rhymes dia kasi distract so dia tak hokhek hokhek, toys pun bersusun aku letak. mata dia pun kuyu je nak tidur tuh….well bukanlah pertama kali for me, anak2 lain pun berdua je ngan aku bila ke mana2 most of the time. bapaknya kan sokmo takde dulu2 tuh….obersi outstation je semedang.

Tapi ni sebab dah lama gitu kan, so memula macam gabra gak.

IMG00438-20120427-1640

Memulanya tu kejap jer ler, pas 5 minit aku kembali brutal. Siap singgah beli laksa lagi, tapi aku tak keluar ler, akak gerai laksa datang terus pass through tingkap….

selamat hari berdua bersekereta with RB pertama kalinya – aku kan supermak!

IMG_1239

kakakkkkkkkkkkkk abanggggggggggggg tolong jaga adikkkkkkkkkkkkk, mummy sibuk kat dapur niiii

nah, kakak yang bijak capai iPAD, bukak utube, carik video baby rhymes, pasang bagi adik dengo and nonton

IMG_1240

budak kecik ni kan, dia nak orang mengadap je dia. pasang kejap jer pun kena ada sama dok ngan dia. kalau layan bercakap ngan dia lagi afdal. Kadang2 most of the time aku pasang jer Channel Baby TV kat Astro tu, mau le dia mengelip tengok pastuh dah mokakk hokhek nak dikepit2 sama……oi tak jadi kerja aku tau. Tu yang malam2 pun dah after 11pm ke midnite baru dapat nak pegang laptop.

Anw alhamdulillah RB dah 4 bulan.

Oh budak kecik tuh, dek kerna dia dok nak berkendong memanjang, tak jugak dia meniarap sendiri lagi. Hai lambek le jawabnya nih, asal letak kat tilam je tak lama dah mintak dukung. Dia suka orang berdirikan dia pastu dia lompat2 kakinya tuh, ha tu memang pojaan betullah kat dia. Dapat pulak dipeluk ke hapa lagi dia suka.

Just 2, 3 hari ni je dia dah mula paksa his body to roll over. Semangat sungguh, gamaknya dia pun tahu, saya RB dah 4 bulanlah hei! Dan makcik pakcik mesti dah tau nama kita kan? My mom just announced it in the magazine 🙂

Comment: 32

Marie, well Marie!

 

IMG_1250

Babe, lunch?

Sorrylah kena skip lagik, aku nak pi rehat kat Marie France jap..

The rehat means dipamperkan, dibuangkan lemak biar pelan2 sedikit asalkan ada hasilnya. Yang utamanya dapat tidur barang 15-20min. Itu paling utama coz sambil tidur kita akan duduk dalam hot blanket. ataupun ada treatmentnya menggunakan ultrasound. atau ada ketikanya ada gel yang disapu di perut kita nih.

target utama ialah buang lemak, mengurangkan lagi dan lagi di bahagian perut dan peha. Most ketara is perutlah. Bear in mind, i just gave birth 4 months ago. Baru le sangat. Sebenarnya masa dalam pantang pun aku jaga kaw2, so kira cepat gak menyusut badan, but namanya pun dah keluar 3 orang, jadi MFB tolong lagi kasi cepat sket langsing.

Pinggang dah nampak but buncit tu hah…

Treatment sini takde yang sakit…tapi aku adalah tak berapa tahan sikit with the cold blanket. waaa itu mengiggil2. boleh buat kejap je, tapi pasnih kena gak buat cuma cover tang perutlah tak yah the whole body, MFB ni frenly, depa leh buat ikut penyesuaian badan kita. But but, orang tak boleh tahan sejuk, tapi aku boleh tahan panas. Dapat chilly wrap, memang berjam2 pun aku boleh tahan, siap tidur berdengkur2 lagik.

IMG_1252

Hand treatment adalah antara terbaru di MFB. I mean for me lah coz masa 2 years ago aku buat treatment kat sini mana ada untuk tangan nih. But tak yah lelama, usually for 5min jer selepas kita dah buat wrapping untuk pecahkan lagi lemak. Itu semestinya. By the way, sambil buat treatment kat MFB, makan pun kena jaga jugak. I havent touched on this yet nanti on the next story kita citer pasal makan minum pulak yek.

So far my target to do the treatment at least 3 times a week. So i ll try to datang kalau tak lunch break, usai waktu kerja. Kalau boleh memang nak pergi hari2, but tu lah, tak menyopping le pulak aku heh if sekali pulun 5 hari lunch break. Mungkin ada antara korang yang join the MFB session? Camne rasa?

Nanti i nak work out with MFB, mintak pulun buat TALT or known as chili creme sahaja to my tummy part, but tu lah buat tu tak leh hari2, kena every 3 days baru boleh balun. Yelah depa pun nak aku pakai semua treatments yang ada.

Setiap kali aku balik dari MFB, mesti terserempak with my buddy  kat lobby bawah…. apesal ko mamai2 je ni Red?

Badan aku ringan je bila keluar dari MFB, some more aku baru bangun tidur hahahaha

#untunglah kak red dapat MFB, tapi korang pun #untunglah sama jugak boleh ikut treatment akak and cuba sessi percuma bersama MFB. Maukah anda?

Comment: 14

Red Bobawrap from Lunatots!

IMG_1286

Sapa pergi Habib sales?

ai pergi uuu!

tapi aku paling bengong sakit hatinya, emas kat Poh Kong was RM180/gram, aku pi potong gelang kaki aku sikit, so yg balance tu tak boleh amik cash kena tambah dari emas gak, siot btol. yelah masa beli dulu tu kan ngah pregnant, ni kaki dah kecik a bit rasa longgar je, nak tak nak kenalah aku tambah pilih pilih amik cincin emas. Cantik ngelip!!! tapi menambahnya ke main banyakkkkkkkkkkkk. hish.

then malamnya ke Habib.

coz aku nak tengok apa yang vass deboom2 depa ada, some more aku nak trade in barang kemas lama aku gak. Habib malam tu open sampai midnite ko! manusiaaaa ngan staff+ securities sama ramai jer aku tengok. tak masuk ngan polisnya sama bertangga.

 

IMG00463-20120428-2302

memandangkan aku sorang je membizi tengok sana sini pusing depan belakang, tengok2 eh suamku dah menyarung RB! ok ni bukan mobywrap yer. kalernya ni merah! ini adalah bobawrap. dan ini kalernya Merah menyala. not macam jingga oren mobywrap aku tuh. hah nice kan?

seru seru seru je pasti muncul.

inilah merah idaman dan texture kain serta tak perlu lipatan macam mobywrap.

FYI, RD pakai sendiri yek bobawrap nih. coz cara nak menyarung silang ni sama lebih kurang jugak dengan mobywrap so petik jari je le for him to wear this.

IMG00464-20120428-2313

sekejap2 aku tengok and check them kat resting area Habib, sian Gegirl sampai tidur2….. yang abang pulak sampai habis ler prepaid dia balun dok sms sana sini sambil tunggu maknya dok bling2 tak sudah2. iPAD pun lupa nak bawak, hah sian le korang….RB pun melena di dakapan bapaknya

IMG00416-20120427-1412

aku pun ada pakai jugak, ini aku pakai masa kat Prince Court…sangat2 merah menyala ye!

IMG00467-20120428-2331

kalau dah biasa, takde masalah nak pakai gini and baby pun kalau kita biasakan memang dia pun akan seronok. Macam RB nih since aku pun dah ada 2 wrap, 1 is mobywrap and 1 is bobawrap, aku pakai boba kat luar and moby kat dalam rumah. coz sometimes kita nak move around buat kerja dia pun nak berkendong jer, memang aku wrapkan je di badan.

cuba RD tak kemaskan a bit kain bahagian shoulder tuh.

IMG00461-20120428-2250

 for the back one….

IMG00397-20120425-1840

the day i got my red bobawrapIMG00400-20120425-1911

Thanks to Suraya from Lunatots

takde appointment pun aku main redah je datang kedai dia! coz tak tau pun dia kenal Redmummy #eh 🙂

IMG00401-20120425-1912

Lunatots ada bukak new outlet depa di BSP (Bandar Sri Permaisuri) dan sesungguhnya itu adalah satu berita gembira untuk ibu2 ayah di daerah Cheras apatah lagi BSP coz tempat kitorg nih bukannya ada sangat kedai2 untuk parenting gini. udahlah Lunatots ni warna temanya merah, hah sangatlah Redmummy jugakkan?

Anw, sebenarnya aku agak ketinggalan pengetahuan pasal ujudnya Lunatots, coz amoi jual emas kat Poh Kong tu pun bila aku pakai bobawrap dia boleh tanya ‘ini dari Lunatots bawak ke?’ ha kooooooooo! kelas amoi P/Kong kan!

Makanya insyallah pasnih bolehlah jadi pengunjung setia Lunatots.  Lokasi depa untuk di BSP:

32G, Jalan Danau Lumayan 1,
Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Tasik Permaisuri,
Cheras
KUALA LUMPUR
56000

Contact No: 0102414050

Nanti hangpa bilang sama the boss Lunatots, Suraya and staff depa, Redmummy kirim salam 🙂 . For lovely readers nak dapatkan diskaun from Lunatots, eh boleh diuruskan tuh….right Su?

Comment: 29

Femag 11th Issue…with RM

image

 Alah Dynas, masa i pregnant pun i was a superhot too. Orang cakap lah. Bukan ai cakap 😛

 

image

oh, a story of us, the Red Family. Jemputlah baca online di sini sinun sana!

Comment: 47

Detik-detik bersama MFB…

 

IMG_1032

2 tahun lepas waktu aku engaged by Marie France, I was like, eiii bestnya! I was the first blogger yang dapat peluang bersama MFB, dan part of my journey that year, kita dapat offer to ramai bloggers and readers to join their workshop / sessions. So that was then, then last year when I was pregnant, I dapat banyak offer jugak other slimming centres. But sudah tentunya aku kembali pada Marie France. Among of the reasons, depa punya professionalism tu memang class ya bagus seronok sangat.

Sebab lagipun aku dah ada record with them so takde masalah on the understanding. paling senangnya depa dah kenal Redmummy. Lagi satu since MFB ada outlet besar di KLCC, so aku memang akan lari je pi menebeng buat treatment. Tak lunch hour, after work. Momantai

So yang wajibnya dalam treatment nih since I pun baru lepas beranak ialah membuang lemak2 di perut, peha, hips dan jugak lengan. Tapi antara 4 tuh aku paling ngeri tang perut and pehalah. So far antara treatment yang aku dah buat ialah tempek hot creme on my fat parts. Mostly tiap kali buat treatment nih, memang aku tidur. Cuma kalau buat cold wrap, hah ni kompemlah aku tak tidur!

Yes dear, datang MFB pun ai boleh tumpang rehat and lelap mata biarpun for 20min. Dengan environment yang gelap2 terang, lagu berdendang, memang kalau tak kerana buat treatment, mau 2,3 jam gak aku boleh tidur situ.

 

IMG_1039

So begitulah selepas siap semua hot or cold wrapping, in between ada hand treatment jugak then duduk rehat kat sini nonton tv or baca majalah. Tapi tahlah kadang2 aku ni kat sini pun aku boleh tertidur. Katanya kerusi beach, alangkan beach takde je tu pasal aku terlelap. MFB memang merehatkan badan kita. Specially orang yang tak cukup tidur cam aku nih. Since i have a baby memang I bangun malam 2,3 kali jugak coz of bfkan RB. Kengkadang jer dia bangun sekali dalam mood melalak meraung mengada2 mintak dukung pusing satu rumah then lena tidur balik.

Huh ada satu kali tuh, aku berjaga dari jam 4.30 pagi ko sampai terus pergi kerja. Apa lagik lunch hour je bukan kejarkan makan skang ni, terus lari pi MFB, untuk my treatment and qada 20min tidur.

Hot bandage +plastic cover yang aku pakai tu memang bertukar2 setiap kali datang. Ini warm boleh senyum lagik, masa cold wrapping, muahahahha, aku rasa macam aku kat winter weather sahaja. Terketar2 bibir gigi menahan sejuk. But bestttttttttttt, MFB kan 🙂 .

IMG_1042

dan juga sebagai seorang ibu yang fully bfeed yang perlukan pumping setiap 3-4jam sekali, waktu ini memang aku ada event after the MFB, so memang aku angkut pumping too, nah…..aku tumpang jugak kat bilik MFB to do this. Oh lagi satu korang MFB masih lagi mengekalkan ginger tea as their trademark. Wahhhhhhh! memang aku suka sangat, habis buang angin segala! Feeling macam dalam pantang jer.

Well so far gitulah, ada warm and cold wrapping and menggunakan pelbagai jenis machine too. The rest of the treatments kita akan berkongsi dalam cerita lain ye. ahah jangan ngelat, makan minum pun kena jaga, pelan2 nanti ai cite sama kay.

FYI, Datin Paduka Umie Aida adalah MFB’s ambassador.

Comment: 18