Di tepian pantai malam gulita…

IMG_9441

IMG_9476

IMG_9446

IMG_9451

IMG_9464

IMG_9470

 

IMG_9496

IMG_9501

IMG_9499

IMG_9444

semuaaaaaaaa gambars pakai auto timer 10kali snap kay! kat dalam kawasan hotel, sebelah beach tu lah. jalan memalam jap tengok scenery, orang takde pun masa nih. kita 4 beranak jer. ngan abang dok jalan ke pantai aku tarik, jalan lagi dia ke depan aku jeritkan. eii budak nih.

dahlah ada member aku cakap ha ko bebaik kang hantu laut ikut balik. hotel ko tau lahkan. hotel yg kita duduk ni dah 28 tahun ko! hah mantap tak dia punya sejarah. dah sama umur ngan korang.  ahhahaha

anw, fyi aku kan dah berbulan pakai skincare product baru, suka pulak heh, tu muka licin tanpa secalit make up :). best gilak rasanya..eh eh over teropen citer muka pulak. the product nanti i ll share it with you soon.

bestlah dok Langkawi. best for holiday.

emm…kalo ko suh aku dok permanent kat sini, gulp!

 

Comment: 20

Jangan kacau boleh tak?

Salam Kak Red,

saya nak submit cerita seram yg dialami oleh sy sendiri. Masa saya sekolah menengah dulu, saya tinggal kat satu rumah sewa ni, dengan family. Rumah tu half batu, half papan. Mula masuk, memang dah rasa lain macam. Rumah tu walaupun rumah sewa biasa, tapi besar. Saya selalu tak lena tidur. Time 12 malam je mesti saya paksa mata saya supaya lelap. Sebabnya…

bermula pukul 2 ke 3 pagi, saya akan dengar satu bunyi kat bawah bantal saya. Macam ada benda tengah mencakar2. Bunyi macam kucing yang cakar. Padahal sebenarnya family saya mana ada bela kucing masa tu! Kalau bela pun, takkan la kucing tu nak cakar2 bawah katil saya. Huhu. Last2, saya tidur tak pakai bantal.

Lepas tu, saya dengar bunyi tapak kaki lalu daripada ruang tamu menuju ke dapur melalui bilik saya. Saya tak tutup pintu bilik. Sengaja saya biar bukak sebab takut. Lepas tu saya dengar bilik air berbunyi macam ada orang guna. Saya tutup mata tapi tak jugak tertidur. Tapi yang anehnya, sampai hari dah siang bunyi tapak kaki tu tak lalu balik ke depan. Tak mungkin abah saya yang lalu, sebab saya sure sangat abah saya tengah tidur masa tu.

Adik bongsu saya pun selalu kena ganggu. Dia selalu cakap sorang2 dan selalu sangat react macam tengah main bola dengan seseorang. Adik beradik saya 5 orang, just ada sorang je lelaki, yang lain semua perempuan, adik bongsu saya ni perempuan. Dia selalu cakap tengah main dengan “abang”. Huhu. Adik lelaki saya masa tu tengah sekolah. Habis tu, “abang” mana pulak yang dia tengah dok main sama2 ni.

Banyak lagi la cerita Kak Red. Saya pun pernah kena kacau masa mandi. Masa saya mandi, saya dengar pintu bilik air kena ketuk. Lepas tu kat luar saya dengar adik saya tengah ketawa. Mungkin dia menyakat saya. Jadi saya marah suruh senyap. Lepas tu saya terus bukak pintu. Bukak2, takde orang! Adik2 saya semua kat ruang tamu. Takkan sekelip mata boleh ada kat depan..

Huhu…sekarang saya dah tak duduk rumah tu. Alhamdulillah rumah yang sekarang ni ok.

Tq Kak Red.

Sender: Luna Qiszara

Comment: 19

MengGamat!

IMG_1012

dalam hujan lebat, carik jugak tempat nak makan….main boh jer. aku pun tak tau lah, tapi menu dia ko tengok ler, siap dia framekan hah! penah jumpa orang framekan menu kat kl nun? hahahaha first time aku jumpa nih…

IMG_1021

kitorg tembak makan mee je sumer, aku mee hailamlah, abang mee soup, gegirl mee goreng sharing ngan bapaknya, pastuh sume yang kitorg makan tuh bertukar2 merasa to 4 of us! masih lagi lam hujan lebat…abih makan lari laju2 masuk keter and dang…balik hotel!

konon ler nak balik…

IMG_1030

dah alang2 lalu kat kedai kilang Gamat yang besau nih, takkan tak turun wpun aku dah beli gamat kat kedai Semail..

IMG_1029

kat Semail depa jual 12botols utk RM9  kalau kat sini depa jual 14botols utk RM10. hah kalo tak silap aku berkira2 arituh. pastuh sapa ke cakap, kat Makam Mahsuri yek? RM8 utk 12 ke 14 botols! lagi murahhhhhh!!

IMG_1031

aku nih sib baik ler tengok baca dulu kotak2 tuh. ada kotak gamat tuh jual set gak kaler biru, harganya RM150. mak oi mahalnya, rupanya nama dia ialah lintah gamat. utk kesihatan zakar katanya.  hahahaha! aaa aku letak balik! coi tol

IMG_1037

mau bape? takde sapa kirim aku takde le belikan hahahaha

IMG_1039

hah sapa nak kuat?

IMG_1043

ada bahan2 mentah…apa ke menda akar draka mentua nih?

IMG_1045

1 of these nih, aku ada beli, untuk resepi sirih menyirih hahahaha wink 🙂

IMG_1050

dok setempat, jom balik hotellllllllllll!

IMG_1052

lalu ler pulak Chenang yang happening macam Bali tuh…singgah jap, aku turun sorang2 coz nak beli shirts, kan baju mak tak cukup. skirt biru tu ada datang ngan kuning, yg kuning aku beli

IMG_1058

pusing sana sini tengok, huh harga mmg meletup mahal. aku bukan foreigners yang oiii, napa le mahal nau nak carik tshirt pakai buang je kalau boleh pun…malas nak angkut baju bebanyaklah.

IMG_9413

anak2 dok dalam keter dok main gaduh main gaduh…

IMG_1055

sampai sudahnya aku kena panggil balik dek Sirman, dapatlah jugak 2 lai tshirts yang malam tu and esoknya jugak aku pakai…Chenang nih memang ala2 Bali jugak, tempat omputih selamba je pakai baju 2 lai tutup yang patut2. but sebab aku dah get used ngan Chenang so takdelah aku nak pi kat kedai2 nih bagai…lagipun harga kain bajunya tak padan dengan quality pun ye gak, not that good sangat with the price offered.

anw, takper, janji dapat jugak beli and penamat untuk shopping di hari Jumaat of Langkawi. terus balik hotel mandi manda, and zass pergi makan kat formal dinner under my company retreat, lepas tuh pengsan atas katil, depa ler tidur sesedap.

aku berjaga sampai kol 3 pagi buat s/posts berduyun nak kejarkan due date. pastuh kan…hahaha pastuh aku pun lari panjat katil bila asiklah komen pasal Misteri Malam masuk, dah aku terbayang2. muahahah. mak takuttttttttt!

 

Comment: 27

Kisahkan SPM korang!

image

image

image

untuk adik2 kita, anak2 kita yang telah selamat mendapat keputusan, syabas yer. Wpun kurang cemerlang, jangan ribut2, itu hanya SPM…hidup kita boleh berjaya bukan hanya melalui SPM sahaja. Untuk yang ke main sakan vass meletups lah result korang, ok ke mana hala tuju gamaknya?

Takkan nak jadi full time blogger pulok?

Untuk warga2 kertu yang telah pun pernah menjalani SPM, apa kata kongsi sejarah pengalaman korang waktu nak pi amik result tuh.

My one, saya hanya dapat Gred 2, back on 1992. Itupun belajar seminggu sebelum SPM ok hahahaha! setahun form 5 tuh aku mana ada belajar benau, dok leka ngan activity sekolah jer some more lepas abih kelas aku pi bekerja part time di Baskin Robbins, balik dah tengah malam, esok pagi pi sekolah balik mata ngantuk, balik je dari sekolah tidur rehat sejam 2, pi kerja balik.  kalau ada activity tu yang al fitam….

So saya belajar hanya 1 week sblum SPM…masa amik result aku pi menonong jer, tengok eh eh ai dpt Gred 2. Terus tepon mak ajah pakai public phone, kawan2 lain yang sepatutnya or mungkin disyaki mendapat result cemerlang, kecundang. Yang memang pandai nauzubillah pun ada yang tumpas, dan yang memang disyaki result vass pun dah tentulah Gred 1 jugak.

Balik umah aku dapat RM50 dari Mak Ajah.

wpun mungkin mak dah lupa, tapi tu lah pertama kali aku dapat duit yang palingggggggggg banyak selambak teruk RM50 dari mak aku. Suka giler! Lepas tuh aku sambung study kat ITM. gitu….

So pengalaman korang amik result SPM camner?

 

Comment: 44

Cerita Gula…

48hours sponsored post, pls scroll down for new entries

Sampai sekarang nih aku masih terkenangkan boss lama, yang 8 tahun aku served, he must be reading this 🙂 YM ni minum teh o, tak pernah sekalipun dia letak gula. So tea lady dah naik tau cara minumannya. Kalau minum kat kedai pun, dia cuma mintak air suam ajer.

So sampai sudah aku pun terikut sama perangai dia yang tak amik gula. Tapi tu lah, bila dah no longer with him, datang balik perangai letak gula aku nih. I can’t afford to drink without sugar, just yet. Tapi pandai tak bagi anak2 makan gula or something memanis.

Eh eh namanya pun mak kan.

Kita nakkan the best untuk anak2 kita kan.

 

image

Sebenarnya anak2 kita ni tak perlukan penambahan gula dalam air minuman dan makanan depa. Gula yang ada dalam buah-buahan sebenarnya dah mencukupi untuk tumbesaran depa. Kalau dalam masakan pun, letak secukup rasa garam, aku pun tak menggunakan gula dalam masakan melayu nih. But I heard di Kelantan, kalau masak pakai gula yer. Hah tu memang aku tak leh makan sangatlah, manis ko!

Air dah manis, makan pun manis. Camner tuh?

Ngan kuih muih kita lagi, seri muka, keria, pisang goreng Aseana tu siap ada gula merah lagik, hah lebatlah kita punya these selections of :

1. obesity
2. gusi/gigi caries
3. diabetes
4. darah tinggi
5. heart disease and stroke

Tu pasalnya orang Malaysia kita ni banyak penyakit ‘3 beradik’ coz kita ni amik gula ke main wajib ada dalam makanan minuman kita.

Tapi ini bukanlah bermakna kita tak perlukan gula langsung, but pengambilannya harus dikawal, dulu aku bantai 3 cube gula untuk segelas kopi hitam. Now dah slowly kurangkan ke 2 cubes sahaja. Nak reduce ke seketoi macam menzalimi diri sendiri pulak, baik minum air suam jer dah kalau minum kopi pekat hitam tu jadi pahit semata hahahaha!

So as a mom, aku memang pantau sangat2 ngan budak2 ni punya pengambilan gula. Nak makan ice cream boleh? Once in 2,3 weeks bolehlah. Gula2? Memang hangpa akan tengok budak2 tu tak berapa sangat coz dah diajar pun gula2 candy tu tak molek dimakan. Tapi memang aku galakkan depa makan buah, cuma diorg ni kalau makan apa2 nak disiap2kan bukak depan mata baru depa nak makan, sama je ngan bapaknya.

Kalau tak dipotong hiris sesiap, memang sampai kecutlah limau epal tuh takdenya depa nak usik. Rerasanya tahun lepas ada gomen buat kempen pengurangan gula kan, korang pun kena sama ingatlah. Jangan aku tulih ni korang baca tapi tak buat pulak.

Ada orang tak kisah pun anak2nya makan sweet candy nih, tapi if possible dilarang keras and cuma amik untuk ‘merasa’ sahaja for the kids. Sebulan sekali ke, yelah namanya pun budak2, semua yang manis and packaging jajan tu dahlah cecantik, attract depa sesangat kan, but kita yang tua ni lah kena monitor.

Sebenarnya mengurangkan gula atau berenti gula dalam minuman untuk orang tua boleh mengurangkan berat badan, but take it slowly, bukan diberhentikan serta merta. Ni kang ada pulak yang bila dengau berenti amik gula terus nak kurus cepat kan. No, jangan buang terus gula tuh, kang energy ko nak dipakai jugak.

 

image

Mak yang superactive sebab gula berlebihan 🙂
So pls, reduce your sugar intake!

Nak memahamkan korang yang added sugar macam corn syrup solids tuh, sukrosa, glucose syrup pun and banyak product dalam children kita nya makanan minuman ada gula tambahan.  Dan mana pula dalam gula tambahan nih pun juga dari natural source seperti tumbuhan. Tetapi tu lah kita tak naklah sugar intake yang berlebihan pada anak2 ini menggangu tumbesaran diorang pulak, tidak perlu sangat dalam pengambilan makanan minuman anak-anak kita pung. Sebab tu lah bila kita nak beli cookies, or any junk foods, minuman apapun ko kena belek the ingredients. Added sugar nih pernah tak korang dengar kalau terlebih diamik dek anak2, depa punya hyperactive kemain sakan pulak.

Aku takde pun buat study pasal betul ke ngan added sugar boleh buat anak2 kita ke main active, but I heard from my reading, from kawan2 aku punya pengalaman. Mungkin benar juga boleh buat budak2 nih jadi resah nak tidur malam, banyak nau sugar dalam air minuman carbohydrate yang depa amik kan.

Sebab itulah tahun lepas gomen buat promo untuk pengurangan dalam menggunakan gula. Eh gula ni manis lah, suka nau ke makan minum memanis. Tak pening ke pala ko minum manis manjang? Aku ni kalau dibagi air sirap ngan air suam if lunch kat gerai, aku bedal air suam. Air suam tuh kan dia punya nikmat lalu kat tekak, terbaik. No sugar at all!!

Perbanyakkan minum air suam, berliter2 pun takper, kurangkan pengambilan gula baik dari added sugar dalam minuman makanan ciptaan manusia mahupun dari gula natural yang datang dari buah-buahan kita tuh. Manis2 ni tak berapa molek dik, boleh cepat dapat 3 penyakit je nanti…

Khdimat pesanan masyarakat dibawakan oleh Redmummy.com

 

Comment: 37