The guests for the Red Raya Open House…

IMG_4571

cak cak cak….muka sembab ke muka tak cukup tidur nih…

pagi2 hazab dah mandi coz kang lambat mandi lambat buat keje!

IMG_4577

so list of jemputans yang dapat hadhir. ada jugak yang tak dapat turned up. ….majlis bermula at 10am. ke main ko tak sabao ek nak tengok sapa guests yang datang. tu pasal akak ko ni bukak entry mintak mahap dulu, sebab kang adoooooooo yang hati terluka napa tak dpt jemputan, nak kecik hati segala weih..

IMG_4607

our first guests are Liza and Family. turut menemani, Sid and Yanok. eh ayat aku macam bagi laporan berita TV3 plak. so apa kata aku jump jump je lah yek, gambar sket punya beratus, yang mana2 penting je lah aku letak kay…Liza nih sebumbung ngan aku, tapi rasanya dah bape bulan tak jumpa dia lah…

eh nak2 kat raya dulu ada jumpa kat Habib, see see bukan jumpa kat tempat kami berlindung dan bernaung…

bz kooo!

IMG_4603

pasangan purple, nak kahwin dah nih. Yanok and Bojeng

ni kawasan balkoni, nampak plastik sampah hijau tuh, saje aku letak bagi sapa2 nak buang sampah. coz kalo letak bekas dustbin macam kureng je kan. so aku letak je tepi tuh. tp diorg buang tisu je dalam plastik tuh. lepas makan, diorg tak yah anto pinggan ke dapur, di sebelah meja makan aku ada letak baldi. sapa makan letak je situ, pastu dah separuh kita amik and tukar pakai baldi lain, yg separuh dr baldi pertama kita basuh. macam tu lah aku and fifin repeat benda ni dari pagi sampai ke malam.

IMG_4610

apa ke sirman amik gambo the girls jer….laki si liza and anak bujangnya tak kuor blog tau! comei2 yanok and Sid. si Sid ni ngengada aku ngah borak2 layan tetamu dia ngan yanok dok kat balkoni boleh sms aku tanya soalan genting. hampehs korang… zass aku bangun, rupanya laki aku ada sama, ler kenal2kan je lah ngan orang tuh orang nih. eii PR laki aku nihi….orang tu nak kenalan ngan orang nih, tak nak plak disatukan…

IMG_4617

satu-satunya kawan abang yang hadhir, kawan baik dia dari dulu dan kini. budak ni ada buat drama gelas pecah…followed by drama “KENAPA REDMUMMY” by yana anak Leen. huh….bersangkut-paut sungguh! kawan abang ni melepak dari pagi sampai ke petang…sampai aku plak risau, siap suh dia check kat bibiknya, betul ke dia boleh dok umah aku lama2. tak risau langsung budak ni dok kuor berjam2 ker.

dahlah makpak nya tak dpt datang…

IMG_4622

kita ada Normaya dan suami….maya yang skang wuii mulut bukan main laser lagi dalam blog. aku tunggu gak mana ke dulang hantaran aku, eh eh ko tak bawak Mya? pastuh…oi apa datang beraya pakai jeans nih? baju raya ke main susun dalam blog dari palestine lah, dari Hadnyai lah, ijau pink2 lah…tapi datang pakai jeans??

11 – 0

ehehheheehee

IMG_4627

ya kamu ingat enggak sama abang sayang ku ini. bukan anakku dong. itu Pak Host! konspirasi beli langsir di Jakarta adalah project bersama kami ler…eheheh dia ler yang sediakan kotak aku yang penuh dengan langsir ke main berat. wahaha orangnya ganteng sik, aku tau dari dulu ramai yang korang berkenan ngan dia, tapi 7 dulang kena hantar kat aku dulu yekkk…

IMG_4629

baju putih tu Ketua Pramugara tidak terlampau dalam MAS….kawan aku dari sekolah menengah, dulu dia tak nak ngorat aku masa dalam kelas coz aku bughuk, dah tetua nih baru sedau diri yang RM dah ada umph. hehehehe….mak over! anak dia ko sampai bapaknya kata macam kenan omputih. hensemnyaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Bung – pi Paris nak kirim Chanel lagik ek 🙂

eh eh…ke ko dah bawak balikkan utk ai? yippiiiiiiiiiiiiiii!

IMG_4630

Bertudung pink, bukan baju pink. tu Maya. yang belakang tudung pink lawa2 jelita sama anak bujangnya, itu my kakak cayang, producer TV3. dia yang bertanggungjawab kuorkan aku dalam TV3. tiap chanel saluran tv tuh, aku ada kaki belakangnya…ha for TV3 is Kakak Huda ku nih with Kak Kelly (not able to turn up).

Ok … nak carik baju cantik for Media Prima Open house…2 kakakku sudah menyeru suh amik bau di Sri Pentas.

IMG_4643

huh…pasangan purpleee! datang lambatttt acik sentap cuppies lambattt! sian ada guests yang tak dapat merasa. eh jap…semeter ke kain ela purple korang tuh?

Ayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!
bukan salah ayu cuppies ku lambat tiba….tapi terima kasih salam kuih passed away yek u ehehhehehee

seblah ayu tu kan, baik budak nya tau…kalau aku ‘terpesong’ sket dalam twitter. laju je dia and ayu tarik aku balik ke landasan. supaya bukan kerana mulut badan binasa…ye ye. tak semestinya kita tua, kita benar, so diorg ni lah yang betulkan jalan bengkang bengkok aku tuh.

n wanita yang ngah borak ngan aku tuh, merangkap jiran tetangga, reader RM, dan jugak anak2 kami sesekolah dan sebaya…sian Kak Mas, dalam pantang. Alfatihah untuk bayinya yang meninggal dunia sewaktu dalam kandungan 8 bulan.

IMG_4653

pewitttttttttttttttttttt!!

Mira, Maya, Leen and Lyn Yusof…

hujung kiri and hujung kanan masih kosong. yang 2 tengah dah ada cop mohor besar.

IMG_4661

hah pening pening penat….baru dok 3 min, dah kena berjalan check sana sini. eh pasnih open house aku nak kena engage sorang lagi lah, pinjam maid sesapa tolong maid aku. sebab berdua je tak boleh. ni bukan 2,3 jam nya kerja, ni dekat 20jam punya service woi.

so dengan itu aku bolehlah layan2 tetamu…borak2 lama sket. orang nak amik gambar aku pun, main kidnap2 jer….

ingat dalam gambar2 yg diorg amik tuh senang diorg nak tangkap ai. susah koo….aku byk keje kat dapur nak make sure air minum makan sumer complete. laki den kojonya dok borak jer….anak2 lagilah tak leh nak menolong, melolong2 dok panggil maknya nak tu nak ni ado ler!

IMG_4667

wiwitttttttt….4 dara you!

ayuthesun, lyn, sid and yanok….

mung pasan tak Rose takdak? dia sibuk pi uruskan peminangan adiknya, hal family gila hapa kalo nak datang jugak pi open house.. sah2lah majlis adik dia lagi penting. yang sorang lagi, sibuk berlaki. takper, GBM ada 3 orang datang pun dah meriah. Nanti nak buat satu round lagi lah… **tak janji**

IMG_4670

ini yang ko nampak, yang ko tak nampak ado kat dapur cobaan nak menculik kucing2 aku. yang bersepah dok kat balkoni tu ramai. budak2 yang dok sakan berulang minum air oren gulp gulp pastu berlari kat luar…huh sakan! tak campur diorg main kat luar depan pulak, main kejar2 lah, skooter lah, basikal wuii meriah.

IMG_4680

apesal ko ayu tengok semacam je sanggul akak ke ko tengok lampu ceiling akak? comei?

ni budak2 ni datang umah aku bawak handbags ke main mahal, tapi letak bags main campak2 jer…tak sayang bags ke weih? si Leen tempek LV dia tepi tv aku jer..melepek.

si Mira letak Gucci D Ring dia penyek2 gitu je atas carpet **taulah carpet baru muahahahah**

si Yanok letak Gucci GG Twins bukan leather **nak tiru kak red nya leather GG Twins lah tuh ahhahaha** pun tepi sofa2 merah jer.

aku lantingkan ke bawah rumah karang….

IMG_4674

btw tetamu2 yang datang selain dari cuba mengkidnap kucing2 aku, depa juga cuba mengintai koleksi handbags aku hehehe…tapi maid aku sudah kasi kunci pagar pendinding kaw kaw! itupun at one time terpaksa dibukak bila akak ipar aku dok mokak2 nak tengok 1-2 bags. iskkk

anw gambo atas…puteri2 yang setia bersama RM baik dalam susah, mahupun dalam senangnya. baik dalam tangis mahu dalam duka.

oi aku nangis korang jangan lari kay!

semua dah kenal atas tuh kan…yang jubah purple + tudung purple adalah Ms Lemb yek, datang sama suami and anak jugak….

IMG_4681

oh ada lagi satu handbag….milik Lyn Yusof yang masih single 🙂

IMG_4684

cubaan dipaksa berdiri untuk amik gambar with GBM, the Ayu the Sid and The Yanok

sedap tak kuih passed away akak????????????????

IMG_4688

eh ada pun gambo ai n sang suami…together with Leen. Leen dah sokong back up RM lama kay!

IMG_4699

anak2 kuorkan sumer kucing and sorokkan depa in my room, coz kesian sangat diorg adalah bosan dok dalam tuh. kejap jer, pastuh bila orang tambah ramai, depa pindah semula dok dalam cage. eh diorg pun ngeri nak kuor tengok ramai tol manusia yang jakun ngan depa.

spt contoh Mira yang ke main rakus memeluk Mozel. Mira blog ko nak ikut jejak langkah blog sirman ke? makin menjunam purata updatenya.. 🙂

IMG_4689

Oh Yana yang potpet dan manja dan aduh…betul2 aku kalah ngan dia. tak leh bayangkan kalo anak aku Gegirl mulut ke main petah bercakap macam dia. coz mak dah kuat menceceh, dapat pulak anak pun kuat bercakap, wuiii berlawan2 laki2 dalam rumah kuor umah gamaknya…

yang bujang tu abang Yana, pendiam. tak macam adiknya…perkhhh!

tragedi KENAPA REDMUMMY akan kekal ke akhir hayat oleh semua saksi berkaitan…Yana sayang aku kay, aku pun sayang budak kecik nih. Leen nanti bawak yana nak pinjam 3 jam main2 ngan Gegirl boleh tak?

IMG_4692

waaaa teman mesra di twitter, eh dari blog actually bertahun dulu till now…Wenkt and the boys…jauh tuh dari Kelantan terus singgah rumah RM yek…

mungkin ada lagi tetamu waktu pagi ke tengahari yang tidak kuor dalam RM nih…aku pun dah pening pala tengok gambar macam ada yang tak dpt snap. well, yang pegang camera bukan aku, aku tak dok setempat, borak 2 patah ngan dia, pastu melompat ke dapur, borak berpatah2 ngan yang belah kanan, dengo telinga belah kiri, jawab mulut ke depan…ha gitu.

sibuk ko…..namanya pun tuan rumah.

IMG_4708

dan kemudian betul2 last guests of frens pulang, sampai pula family mertua aku. tak yah duduk lama terus makan. kapar tu kan jauh, jauh kalau tak biasa….diorg datang umah aku pun setahun sekali tak tentu…anak menantu lain dok dokek2, Sirman antara yang jauh nun duduk di Cheras…

IMG_4721

semua adik badiik Sirman datang + mak mertua eden kecuali 2 org adik lelaki Sirman yang masih beraya di rumah mertuanya nun di utara….and sorang lagi si bujang kerja.

ok supposedly aku plan nak buat on 25th, tapi tengok jemputan utk open house berduyun2 nak buat masa tu jugak. I was quite free for last weekend, and invite yang ada pun boleh tepis2 sket lah….so tu yang last minute kita decide jugak nak buat. tu yang ke main guests pun dipanggil a nite before the open house…

IMG_4733

ngeh…amik gambo reramai ngan family mertua…umah kecik pun keciklah…biar santak!

IMG_4735

main camera pakai timer 10snaps, sakan lah kitorg bergambar…

IMG_4746

Gegirl dah bersalin baju, dia sebelum tuh pakai baju kurung pastuh bila nak zuhur amik sembahyang abih kain kurung dia basah, so aku suh dia tukar je pakai baju jalan… ini gambo kitorg buat ngeng!

IMG_4768

kakak sirman and anak-anak….mampatlah korang dok kat balkoni tuh. tak panas dok sini unless ko pi ngadap matahari, coz aku dah letak kipas berdiri biar kasi sejuk…cuma mintak jangan hujan jerr…alhamdulillah, betul2 last guests sampai malam tu baru hujan mencurah…sib baik sangat. sbb kalo hujan, tempias ko….dahlah banyak sofa2 aku kat balkoni nih.

IMG_4801

later after that, makcik Sirman yang dari Kapar pun datang sama….happening lah. meriahhh….siap diorg balik aku bekalkan lauk pauk and nasi sama gak.

IMG_4806

kejap diorg dah nak balik, my parents pulak sampai…mak abah aku datang dibawak adik bongsu aku. pastuh berduyun2 lah sampai jugak…all from my side. .eh eh abah pakai baju raya yang ai bagi kay…mak aku asal datang beraya kat umah aku je mesti pakai merah..

eh ramai orang datang umah aku napa mesti pakai merah. dah tetau je korang kan

hehehehehe

IMG_4808

my youngest bro and tunangnya. hari tu aku cakap tak jadi kawin kan, oklah aku betulkan fakta…tak jadi kawin tahun nih…ditunda entah bila lah. si adik yang nak kena lesing ngan aku! makwe sebelah tu tunangnya yang comel dan cantikkkkkk sekali.

IMG_4828

sambil2 tuh tengok the gambar2 masa hari raya dan juga di Melaka. Sirman connectkan laptop ke monitor LCD tv, so puas sikit mak abah aku nak tengok. orang2 tua aku mata bukannya nampak sangat…

IMG_4844

in between tuh, our frens pun datang, depa tak leh nak mai slot pagi mahupun malam…

IMG_4847

pastu kakak ku and family …semua kira adalah kecuali my 2 brothers and Nana adik pompuan aku yang masih di Kelantan.

IMG_4877

Gegirl yang mandi kali ke 3! the cousins dok buat kerja main kat bilik. janji korang jangan ngaco kat luar dah sedap lah tuh…malam tu gak Fifin mengemas bilik diorg nih..hui sepah hujung ke pangkal!

IMG_4899

Epi my bro, Kak Ngah my niece and Wana my SIL

IMG_4909

btw yang amik gambar2 nih bila Kak Ngah ada dia ngan adiknya yang pegang…no more Sirman coz diorg suka jadi photographer kan..budak Epi ni makan laju2 pastuh sibuk pi main futsal…lanting baju merata…padan muka kena bebel ngan aku. dari budak sampai ke tua dok main lantingggggggg sepah2 baju ko kan…

IMG_4925

ni entah sapa yan gkuorkan budak Ams nih, and depa dok acah2 nak amik Ams bawak balik, abang yang dengo waktu ngah main PSP terus meloncat amik Ams anto balik bawak masuk kandang. hui jangan ko…he s very the sayang to the cats…

IMG_4954

Nak Maghrib kot baru le aku dapat jamah sket, waktu tengahari aku dapatlah gak makan, buat lapik perut…ni versi malam pulak. penat nih boleh buat hilang selera makan, tp bila dah reda sket dia punya laparrrrrrrrrrrr, toksah ko cakap….melepak kat balkoni with my sis, SIL and BIL.

IMG_4976

n taraaa…versi pas maghrib baru pas mandi, tukar pakai baju kurung merah. ni baju raya lama…no make up, rambut pun lom sikat dok baru pas cabut towel dari rambut. family aku dah nak balik, tu yang diorg tunggu aku abih mandi….waa, segar gila dapat mandi. tapi nak make up idak ler…tak kuasa weih

IMG_4989

Lepas Maghrib jugak, bermula kawan2 Sirman datang mengunjungi kami di VA….termasuklah lawyer aku yang sedang menguruskan kes aku. sorang lagi lawyer aku tak dapat datang, dia kena pi attend tahlil kat rumah Arwah Dato’ Sosilawati…pun membantu kerja di sana gak. amboi ko lawyer no 2 aku yang bukan datuk (dedua pun bukan datuk hikss)….handle kes untuk Arwah Dato’ Sosilawati pulakkah? huhuuuuuu….

IMG_4996

I also have Ms Bunga and family. eh dia dah beranak 3 kay, baru je beranak tapi cepat betul kurusnya cos dia tengah tak sihat…the red cap is Sirman’s bestfren…

IMG_5011

ada pun gambar Abang Zaidi Tukul, tapi gambo family anak2 bininya takdak…sapa le photographer nih iskk…and the rest tu sumer kawan2 Sirman..

IMG_5030

Sirman buddies from his old company. Sirman ngan gang2 opis lama dia kamcing kaw2…tu pun ada a few tak dpt dtg. skang dia di tempat baruuuuuuuuuuuuu….

IMG_5038

budak2 pun ke main ramai. gegirl dalam ramai2 tu lah tengah2 padang dia nak buat drawing from her laptop…cousins dia dah balik so minah tu bosanlah…abang pulak dok tak sudah2 repeat tengok My Name Is Khan.

IMG_5078

ni kawan baik aku dari sejak umur aku 13 tahun. He was a student of Alam Shah and i was staying there sebab aku anak pekerja. Kita dok quarters kat Alam Shah nun. tak sempat pun jadik bf aku coz aku pun ada bf lain kat SAS nun hahahaha tettt….lSo kawan aku nak jugak dia datang…bayangkan aku kawin dulu dia kat Japan, family dia dari Rantau turun ko wakilkan dia. Dia kawin pun aku datang wpun masa tu orang dah nak lipat meja makan hahahaha. gila lambat sampai, tak jumpa rumahlah, Rantau tu dahlah jauh.

Nak cakap Jepun ngan dia, selamba kodok je cam cakap jawa dia leh jawab. anak dah 2…dah midnite pun sampai jugak dia kat rumah aku. waktu nih..toksah cakap lah, suara aku dah serak…

IMG_5053

oh adalah sekeping gambo yang ada….semua furniture di balkony kita dah angkut bawak masuk dalam. segala set2 kat atas meja pun kita dah cleared up aku kosongkan habis atas meja tuh. The night guests semua balik dapat bawak nasi tomato and nasi impit tapi ayam masak merah tak dpt nak dibekalkan…coz abih boliau just nice untuk last guests. lauk2 lain pun habis lebih kurang sama jugak…

Papadom patut habis lambat, tapi si Gegirl mengulang makan tuh berpiring2. jap2 dia amik 1 piring…Abang mengular ayam masak merah. semua diet nasi, makan ayam masak merah sedap ngan air oren…huii sampai gelas air oren mak ko pecah berderai…tapi bukan angkara abang pun.

Mana yang masa orang ramai datang abang and gegirl berpelepap2 gaduh. perkhh….mata aku dah jeling pun diorg tak jalan gak. Anw, tu lah citer kisahnya my red raya open house with the guests. Those yang datang, terima kasih dan mohon maaf atas cacat cela. Those yang tidak mendapat jemputan sekali lagi aku mintak mahappp…..lain kali insyallah saya panjangkan jemputan yer.

For my Nuffies di Nufffnang, tahun lepas aku hantar sekotak cuppies besau…tahun nih aku tanya depa nak apa, so diorg prefer rendang segala…and aku hantar fresh rendang ayam, rendang daging and nasi impit terus ke office Nuffnang few days after my open house. Diorg pun tak dapat jemputan aku, wpun ada yang dah tweet2 sentap…takpe dah kuganti hantar terus ke opis depa…

Yang lelain kalau nak mai beraya datang rumah, dijemput dan jangan lupa mintak rasa kuih raya passed away yer…anak2 aku buat tuh :).

huh letih betul buat entry panjang lebau ketapi nih.

Tu pasal aku tak leh kuorkan entry ni sekali zass semalam, kena la bagi teaser sebijik…ni pun gambar ada banyak aku pilih2. Red Raya Open House is brought by Redmummy.com . hoi takde sapa tajalah. sapa ke tanya aku arituh lam twitter, sendiri2 ler…amboi sumer nak disponsor, manyak ko punya diva…

Sebab open house aku dah selamat success, skang giliran aku pulak nak singsing lengan catwalk pi beraya open house rumah korang pulak….i m comingggggggg, drop your invite pls 🙂

Comment: 25

Red Lewre…

IMG02833-20100922-1432

masalah weih! hari tu pi Isetan sebab nak tolong pilihkan baju utk kawan aku, dia yang nak membeli, tapi dia balik tangan kosong. aku balik bawak 2 lai baju baru. macam biasa alasanku ‘eh eh kena amik skang nih kang orang lain sebat!’.

I must learn to leave my purse behind lah, bawak handbag kosong jer. kan kan?

pastuh kawan aku nak beli kasut kerja, aku pun menebeng tertebeng terbeli gak sepasang kasut. Silap sket jam dah nak pukul 2pm, kalau idak sure aku akan menambah lagi belian kasut.

IMG02828-20100922-1347

merah2 oren…satin nih. eii cantik. tak bape tinggi. harga emm RM189 kot.

IMG02827-20100922-1347

heelnya runcing. ok dah biasa runcing gini. tapi kalau terpercik kena air, susah gak nak lap tuh…i used to have few pairs jenis gini. tapi cantik tuu…oren2 merah.

IMG02829-20100922-1349

yang ni merah darah. tak berapa tinggi, just 3 inch. RM179. sedap giler bila jalan….wpun dia ada buckle besi tuh but still leh pakai for office wear and casual. nak pi umah open house pun senang. oh aku pi beraya memang takde nya lah nak pakai kasut2 berikat, kasut yang heel belakang bertutup pun aku tokseiii…..i prefer wedges jer, sarung gitu.

nak lagi best pakai selipar. tapi nampak nau lah pulak pendeknya dahlah kain suor tu labuh. so wedges pun dah ok.

IMG02831-20100922-1351

Lewre Buckle Merah RM179

OR

IMG02830-20100922-1350

Lewre Satin Merah RM189

mano yang mata korang nak aku sarungkan?

this will be my 2846829 pairs of red shoes…..dah agak2 jemu, aku bagi adik ipar. nak best, pi jual kat readers. jual lambung kati. nak best lagik entah tak tau nak buat apa, kalo dah patah riuk lain cerita lah kan….

masalah aku, tak beli make up tetiap bulan tak mengapa. tapi baju ngan kasut ngan handbags memang iskk….tempting betullah. takpo, bukan peram, tapi dipakai…. macam jaga handbags jugaklah. aku tak pakai kasut yang sama hari2, hari ni pakai hitam, esok kelabu, lusa brown. jarang pakai kasut merah pi kerja…

btw shabas betti to staff Isetan yang menjaga bahagian Lewre nih. kelas siotttt! superb betul service.

so soalannya yang mano ko nak? satin or buckle merah?

Comment: 36

RM’s Red Raya Open House…

IMG_4575

altersebutlah kisah di dalam twitter, sudah pun diannounced yang ada open house di rumah kecil merahku….kita tak jemput openly, sumer main DM, main BBM, sms sahaja. sapa yang ko nampak datang tu kebanyakkannya hadhir sebab mendapat invite a nite before the open house.

betullll nih. yang tertentu je dapat invite awal. as i said, rumah kecil tiang tak sampai seribu. rumahku kat atas langit….kalo terlebih dari kapasiti, siap lah berlaga bahu berlaga cik von. korang nak ke bersempit macam tuh? cakap memanglah senang, tak kisah, nanti belakang mesti kata eii tak selesalah pi open house kak red tuh, ramai nau orangnya yang datang…sempit betul nak makan pun tak selesa.

bayangkanlah, aku tolak sume furniture aku ke tahap maksima yang boleh…kita nak selapang-lapangnya. meja sume ke tepi, sofa pun boleh kira, sofa lain sumer dok balkoni. kucing2 aku sume dok terperap satu hari dalam cage, sian depa, tak leh keluar langsung.

IMG_4554

ai catered the food. orang kata, bayo jer. takyah nak risau berjaga awal dari pagi nak masak itu ini. sumbu gas dapur aku tu dahlah satu je boleh pakai, lagi 2 dah cik mamp….yang aku buat, aka bantuan maid aku, tu hah nasi impit jer ngan air minuman. fruits dah tentulah kita kupas sendiri.

masyallah penatnya toksah cakap lah. satu hari suntuk punya open house ko! cadangnya sampai kol 8 malam jer…tapi sirman sudah panggil sama kawan-kawannya for the night shift di VA, terbaiklah….guests terakhir pulang only at almost 1am.

wahhhahahahahah capek-capek!

IMG_4560

majlis bermula dari jam 10pagi, itupun ada timing kita dah buat sesiap. 10am to 12pm, frens sahaja. 12pm to 4pm, family Sirman sahaja. 4pm onwards, family RM, 8pm onwards pulak, kawan2 Sirman n sket kawan aku…tapi bila pikir2 balik, hish, kalo abih kol 8 malam memang tak boleh nak buat open house reramai gini. kena buat 3 hari 3 malam lah jugak baru boleh jemput semua orang…

but gilo hapo nak buat 3 hari 3 malam.

kedaung kaki! satu hari ni pun +  esoknya kaki aku capek dan juga hilang suara!

IMG_4556

menu macam tahun2 yang dulu jugak, nasi tomato

eh aku tak buat open house tetiap tahun kay, dah 5 tahun dok VA, ni kali ke 2 buat. alcadang nak buat kat CV, rumah beso bertanah, tapi heheheeheh….orang lain dah sewa umah aku tu lah. so kita dok je lah buat kat rumah atas langit.

IMG_4589

berlawan dengan ayam masak merah

IMG_4590

rendang daging pun ado

IMG_4591

kari daging ni pengganti dalca, coz aku tak suka dalcaaaaa

IMG_4592

lemang yang Sirman ‘bakar’ malam sebelumnya kat Cheras ehehheheee

IMG_4593

beehoon goreng pun ado

IMG_4594

nasi impit kalo takda masa jamuan open house raya, apa barang kan kan kan?

IMG_4596

aku tak herankan isi lauk tuh ahahhaha, tapi aku nak pulang paku buah keras kat Sirman, dulu dia cakap membazir je beli set nih, ke main aku nak jugak set nih angkut dari Langkawi ok. tapi dia tetap gak cakap membazir, but aku pedulik hapa…nak jugak! ha ko tengok Sirman…bila orang puji set2 sudu senduk yang cantik2 ni sapo yang dapat namo? bukan nama awak ke Sirman?

eii patut beli 15 sets terus!

IMG_4597

air oren gulp gulp….sedap je budak2 minum ulang alik yek, pastuh batuk berlawan2 masing2. satu lagi bekas pun ado gak air oren, tp dah thari aku tukarkan ke air teh o. tak boleh jadi ni sume main air sejuk je, nak monitor anak2 aku pun payah….

IMG_4598

ada tembikai merah and tembikai kuning, ada gak epal and lai. pilihan buah dibuat oleh Sirman. asal aku nampak je dia bawak 2 bijik buah tembikai…wui u ni sirman, buah yang senang batuk nih u bawak balik napa…mahaplah. aku ni mak2, apa yang makan minum tu sume aku pikir kat anak2 aku and anak2 orang. tapi ada jugak mak2 yang tak kisah anak2nya minum air batu yek…

IMG_4632

kuih raya pung ado. sapa rasa kuih ‘passed away’ yang anak2 aku buat tuh? sedap tak???????? unik namanya kuih passed away tuh….rugi lah sapa tak makan! n the cuppies for the guests. oh cuppies sampai lewat **sentap**!

IMG_4788

u think just bcoz ko ada maid, sume ko nak campak kat maid ko ker? well ai tak tau lah majikan lain, tapi aku ada rasa kesian kat Fifin. bayangkan dari kol 6 pagi dia buat kerja sampai midnite, dia duduk pun kejap ajer masa mak aku panggil ajak tengok tv sesama nonton itu gambar2 raya masa kat Melaka….masa tu je lah tak sampai 5min pun. lain sumer dia berdiri, penat ok. aku at least boleh gak lari2 pi layan guests.

huh laki aku lagi lah….aku cakap baru dia nak tolong angkat cawan gelas segala. wuii pakcik nih, cubalah rajin sket, dahlah guests non stop datang nih. suh amik gambar pun light2 jer….dia bz berasap, bz berborak, dapat pulak gang2 yang ramai nau sekepala ngan dia….ha kan kan.

itupun my maid baik ya allah, siap suh aku berenti basuh pinggan coz dia suh aku melayan je kat luar tuh. aku berenti layan guests dok dapur ni pasal family je kat luar tuh, diorg punya borak, aku boleh nyampuk dari dapur jer…sinki kena clear cepatlah. kita tak pakai pinggan plastik, sume pinggan kaca. pinggan plastik aku buat display je kat umah tuh. pastuh aku fussy, tak nak pinggan nih, tak nak pinggan tuh, nak pakai pinggan jenis gini gitu.

so kita basuh jam2 tu gak, bila orang dah habis makan. sambil tu lauk pauk pun kena dipanaskan, takkan nak bagi orang makan dari pagi punya laukkan. so 4,5 kali kita angkat jerang dalam periuk and kuali. makcik caterer aku siap stand by kot lah ada kurang lauk pauknya.

tapi aku nak tau sapa yang antara guests yang datang, pi dapur bawak cawan see through ke maid aku n cakap kat maid aku yang cawan tu retak? sapo sapo?

cawan tu design nya memang jenis gitu, ko nampak je retak tapi nan ado. dahlah tak complaint kat aku, pi komplen cakap kat maid aku. abis maid aku angkut semua set cawan tuh, tarik semula dari hidangan, but bila dia tunjuk kat aku, dah sah2 itu design cawan tuh. hah sapa yang pi ngadu kat maid aku tuh? mai sini aku nak tau sapa??

hah, aku nak audit lah kalo gini…tak baiklah ko claimed cawan aku retak, itu designnya weii! sapa tak nak ngaku, aku tunjuk gambar2 open house kat helper aku nanti yek, biar dia pin point sapa orangnya…ha baik ngaku cepat!

IMG_4564

pagi2 budak2 dah siap berbaju hari raya….complete set! serba merah, sket lagi tak kenal antara abang ngan sofa and carpet tuh hahahahah….diorg aku kasi makan dulu, tapi in between diorg lapo pi amik sendiri jugak…petang sket diaorang tukar baju. gegirl pulak sampai 3,4 kali aku mandikan. asik berlengas peluh jer dok lari sana sini…

IMG_4694

gambar kitaorg berdua mmg takde lah, ini pun aku dok rehat jap waktu orang ramai2  datang tuh and tetiba je si tua bangka tu dok kat peha aku. ke main senak peha eden menahan berat dia yek….muka masa ni memanglah hot gebus. tunggu pas maghrib apa jadik. …

IMG_5053

gini jadiknya di malam hari  …. sampai suara serak hilang 3,4 hari blom jugak berbaik..

btw baju kurung hitam merah yang aku pakai tuh memang baru tak pernah berpakai, was supposedly to wear during my bro’s wedding, berpuluh meter aku beli dari Jakarta utk mak, anak menantu cucu pompuan masa kat jakarta. yang lelaki dapat kain melayu warna merah. so sebab adik aku tak jadi kawin awal tahun arituh, semua anak menantu cucu pakai buat raya. termasuklah aku!  so pasnih bila 2 lagi adik aku tu nak kahwin, kem salam lah aku nak beli lagi bermeter2 gini….sendirian berhad sajer pi carik kain memasing yek. tak yah tema2…

eh eh ni cite open house RM kan…so gitulah yek.

sebelum ada yang hati terguris

sebelum ada yang sakit hati menyampah kerna tidak mendapat jemputan

sebelum ada yang rasa nak terlolong2 coz akak merah pilih kasih coz tak jemput korang

sebelum ada yang nak bakar eh tak bakar, merajuk zimbabwe ngan Red Family coz again tak dapat jemputan.

ya mohon maaf kami hulurkan. maaf sangat2…

satu sebabnya..kalo rumah aku besau, memang aku jemput hangpa sumer. tapi rumah aku nih kecik. lagi kemampuan kami takat di sini sajer. unless aku exclude family members aku, memang aku boleh accommodate korang sumer. malang apakan daya…..

jangan kang, alah kak napa ko jemput dia, tak jemput aku. aduhs…setiap satu kejadian tu ada sebabnya. korang ni bukan boleh caya, kang cepat jer merajuknya bila kang nampak muka orang nih, tapi jemputan utk ko tak dapat. sorry tau tau tau!

btw sampai 4 hari jugak suara aku tak gak baik2, serak seribu, garau gempita!

Comment: 30

Launching the Red Burgundy Caviar…

IMG02806-20100921-1216

comeinya baby baru aku ni dok? comei dok. sebab ko comei aku buat entry special lagi utk ko…!

IMG02816-20100921-1316

pertama kali dalam sejarah dimulai pakai pun dalam minggu ni jugak….pakai camera dr BB member aku so gambar adalah tidak menyerlah cahaya nya but tu sume tak penting! yang penting oh i m so in love, feel like to get a new colour for the jumbo. sebab pikir2 kalau pakai baju merah, takkan nak bawak jumbo merah plakkan kan kan?

some was asking kenapa aku sanggup invest on the expensive handbags…

antara sebabnya event aku bersepah2…………it s part of my accessories bila attend event. RM is known as seorang yang tiada designer handbags sebelum 2 tahun lebih dahulu tapi kerna income blogging (ya allah alhamdulillah dengan rezeki mu) makanya saya jadikan the designer handbags as an investment, satu lagi kerna saya dikenali blogger yang menggunakan earnings blogging untuk menunjukkan kita mampu untuk membeli handbags yang mahal2 begini.

It s only from the blog. The BLOG the RM.

I m not going to mention you the price, it s Chanel Caviar Jumbo size, sendiri pahamlah the investment yang aku buat bukan ajer untuk kepuasan peribadi serta kemenyampahan suami hahahahha tetapi juga kerna kerja saya as a blogger yang perlu look ‘vass meletup top top’ di dalam event yang saya hadhiri. ha paham idok?

aku bukan pakai semata utk pi kerja jer, but more for my blogging job. itu pasalnya…

IMG00129-20100921-1255

eh eh hari ni saya papar jaja muka kawan2 saya lah yek. 3 sahabat baik saya tapi sebenornya ada lagi 3 orang kat opis yang baikkkkk jugak dengan saya, 2 daripada mereka are chinese and sorang lagi melayu tapi tak join sesama….so kita makan kat Chillis. diorg pilih tempat makan, aku kan kureng makan kat Chillis nih, i prefer Aseana lah weih. tekak aku lidah melayu worrr!

This is Alang a Kelantanese…padahal muka dia dah bertahun kuor RM hahaha cuma aku sokmo hidekan depa setahun lately nih. sajer jer. penat dia nak menjawab kot kang bininya kawan2 tanya oiiii Alang tu kenal RM kerrr

IMG00130-20100921-1255

diorg ni pun letih tak suka gak kuor RM coz nanti korang tanya2 aku eh kak saya kenallah kawan2 akak tuh, pastu bila aku bilang diorg, depa bising, tu lah kak, janganlah jaja2 muka kitorg, malaslah nak dpt gelemer blog ko tuh. eh sudah, hari ni je kuor, esok2 aku peram balik muka korang setahun!

hah makan ni kan Ms Lemb banjer and Alang belanja Ms Kech kooooo. diorg tak banjer aku pung. aku pun tak campur nak banjer Ms Kech hahahaha….aku makan bayar2 sendiri jer. sebabnya aku sokmo banjer diorg, so no hal lah. n best is Ms Lemb is Kelantanese too, so aku and Ms Kech akan campur berborak dialect Kelantan gak ngan depa nih.

Gapo ko ingat ambo tak leh nak kecek Kelate? huh…meh nerai!

IMG00137-20100921-1334

Kak Red, minah depan ko tu pun carry Chanel ke? macam fake je minah tu pakai jumbo hitam tuh..

akak tak nak komennnnnnnnnnn!!! ngehhh

ini gambar banyak candid lah…kan aku cakap aku ngah borak2 ngan Alang turun escalator lagik and tangan aku pun pegang BB aku sendiri, the girls memang suka amik gambar ai. maklum ler kawannya yang vass ini kan perlukan gambar utk blog carik makan.

IMG00139-20100921-1337

some said the jumbo size is too bulky to me. eh ko tau medium size dia lagi sakit jiwa. boleh muat purse aku je weih. pastu kunci keter je kot. sempit sendat. alang2 beli biar alah memakai, so aku settled with the jumbo size lah. just nice tak muat kepala aku pun dalam tuh. boleh muat santak segala daily items aku. dahlah purse aku mak besau. ngeh suka suka…

sok sok nak carik kaler beige lah pulak!

hitam tak yah, coz i already have the black PST. eh aku tak jadi lah jual Chanel PST aku tuh, coz members aku sumer paku, gilo pi jual, itu biar kasi vintage sampai anak cucu! so takleh jual sudah….

handbags lain korang pi le book kat Shop@RM aku tuh, ada installment plan some more…

Comment: 23

Versi mohon jenama terbaik…

IMG02824-20100921-2143

masih lagi bukan cerita open house ehehhehe…sabar yek. al sabar!! aku nak menagih cite simpati sket ngan dapur masak aku yang dah 5 tahun usianya. semenjak aku dok VA lah. sumbu tengah dah kojol. sumbu kanan ko tembak 19 kali baru dia menyala. sumbu kiri je yang bernyawa. so bila nak masak masyallah, boleh pakai satu sumbu dapur tu  je lah. ko bayangkanlah kalau nak buat open house dengan 1 dapur je. tak ke keruan hidup ko!

dedulu masa beli dapur masak nih, tak tau pun apa brand yang molek the vass…main acah2 jer agak2. ikut budget. yelah masa tu kita dpt kunci rumah VA terus dalam masa sebulan kita nak buat renovation, buat kitchen cabinet segala….coz nak pindah by new year gitu. huii….pastu budget pun semput jer. so amiklah Elba.

tak cool lah brand nih. sib lah takde lagik aku buat ads Elba kan…. hiks.

tu pasal aku pemalas nak masak rendang, tahun lepas pakai 1 tungku bernyawa, 1 tungku lagi tenat, sket punya lama siksaaaaaaa dia nak memasak. geram betul.

IMG02821-20100921-2001

satu malam tuh aku ikut Sirman pi Tesco, ada hal di situ. so waktu nak balik nampaklah leng chai nih jual Sugawa the dapur gas letrik ko. perkh….. complicated betul. tapi nampak mudah jugak coz tak merbahaya. yang buat spoilt pasal dia pakai letrik, nehiiiiiiiii…naik lagi bill letrik acik. udahlah bill api tu aku yang membayo hahahahha so aku harus bersikap kedekut dan berkira di situ.

harganya RM2498. meletup2 ribuan tuh. alah kak, tutup je mata amik je lah duit income blogging ko tu, bayo jer, bag riban2 ko boleh beli yek kak.

eh harganya aku boleh tutup mata tapi pakai letrik tuh, for long term idak ler….

balik tu macam akak bedah and akak senah aku borak2 ngan Fifin (my helper). beria2 ler kitorg pikir2 pasak2 kasi pro and kontra. tapi kalo takde letrik, tak boleh masak kak…kalo pakai dapur gas + api at least boleh masak kak.

ha betul2 tu Fin….!

ok ok kita tak jadi beli yek yang mahal2 tuh…kita beli yang biasa je lah

IMG02822-20100921-2001

sambung borak macam kak bedah kak senah jugak..

finnnn…kalo beli dapur letrik tuh, dapat PERCUMA 10 periuk fin!! kita leh masak nasi impit sekali rap je fin. pastu kuali pun tak melekat gak fin, dapat 1 kuali wui finnnnnnnnnnn! kuali akak tu dah handle sebelah patah…!

ahhahahahaha

sirman dengo dari luar kak bedah and kak senah berborak…

oh sakan…

tapi dipikir2, dulu pun aku beli kuali tahan kental dekat 10tahun gak bernyawa kuali tu wpun harganya considering mahal jugak. yang buat kena beli balik coz handle sebelah dah tercabut. banyak jasa kuali tuh, utk advertorial pun aku banyak guna specially utk ads Maggi huhuuuuu…

so makanya kita tak jadilah beli dapur mahal tu. aku pun nak carik periuk merah kat Isetan tu jugakkan. yang penting skang nak carik 1 kuali baru, 1 periuk merah baru yang bosar godang, leh letak pala aku dalam tu kira2 sizenya and jugak satu dapur gas masak yang baru.

Aku bagi korang peluang nominate jenama2 yang gah dan the best korang rasa patut aku pakai, nanti cukup minggu ni ke next week ke, bila cik von rajin aku pi lah Sen Heng depan rumah aku tu jer. but this time memang nak beli 2 tungku dapur jer, bukan pakai pun setungku lagi tuh.

Takmo Elba ek….gracias…oh terbaik pada aku adalah brand tu tahan lamaaaaaaaa, macam Elba ni rasanya tahun pertama tungku ketiga kecik tu dah tak jalan, tahun ke 4 tungku ke2 dah tenat. Sebelum masuk tahun ke 6 baiklah aku tukar yang baru…

Comment: 31